You are on page 1of 6

SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH : IBNU TUFAIL

NAMA : ROSHIDAYU BINTI ISMAIL

NO. MATRIK : JEA 080118

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER : SATU SESI 08/09


PENGENALAN

Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn

Tufail al-Qisi atau lebih dikenali sebagai Ibnu Tufail merupakan seorang tokoh falsafah

Islam. Beliau dilahirkan pada 1106 Masihi di Asya , Granada dan meninggal dunia pada

1185 Masihi.

TOKOH IBNU TUFAIL

Tokoh falsafah Ibnu Tufail ini telah banyak memberikan sumbangan terutamanya

dalam bidang Falsafah dan bidang-bidang lain seperti sastera, ilmu matematik, astronomi

dan ilmu perubatan. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang sangat dikagumi

terutamanya oleh orang-orang Islam. Ibnu Tufail adalah pakar dalam ilmu hukum

perubatan dan ini dapat dibuktikan apabila beliau pernah menjadi doktor peribadi kepada

pemerintah al-Muwahidin, iaitu Abu Ya'kub Yusuf. Ketika hayatnya, beliau pernah

dilantik sebagai menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh ahli pemerintah.

Beliau juga turut membabitkan diri dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan.

Ibnu Tufail banyak menulis kitab-kitab namun hanya satu sahaja yang diwariskan

kepada generasi umat Islam iaitu kitab Hay ibn Yaqzan. Kitab ini memuatkan

pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa menarik dan imaginasi indah. Bagi

umat Islam mereka berpendapat bahawa kitab ini merupakan warisan paling unik yang

ditinggalakan oleh ahli falsafah Islam kerana menerusi kitab ini beliau
berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah

dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Selain itu juga, menerusi buku Hay ibn Yaqzan ini Ibnu Tufail cuba merangka

satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia

serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan Tuhan.

Menerusi buku ini beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan. Watak ini hidup di

sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam

kehidupan iaitu panas, sejuk, kering dan basah dengan tanah.

Walaupun watak ini hidup terpencil di pulau tersebut namun dia dapat

mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan

pancaindera. Langkah Ibnu Tufail menggunakan analog watak itu dalam bukunya

dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk

falsafah. Buku itu turut mengandungi pengamatan Ibnu Tufail dari aspek ilmu metafizik,

matematik,fizik,dan sebagainya. Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir

oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri manusia pula terdapat roh

yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.

Falsafah Ibnu Tufail juga bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan

dengan metafizik semata-mata tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau

mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.

Hal ini disebabkan oleh kepanasan yang berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang
dan lapisan udara. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa

pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains

untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan

dengannya. Pandangan yang dikemukakan oleh Ibnu Tufail jelas menggambarkan tahap

ketinggian ilmu beliau.

Selain itu, pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga turut meliputi perkara yang

berhubung dengan masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menyifatkan

masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas. Lantaran itu,

mereka mudah terpengaruh dan terikut- Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan

terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.

ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.

Tokoh ini juga merupakan seorang ahli falsafah yang berpegang kepada logik

dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia. Barangkali bertitik tolak

daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana

dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang

berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan

pemerintahan serta kenegaraan. Kegiatan ini dilakukannya sehingga beliau

menghembuskan nafas terakhir pada 1185 Masihi.


PENUTUP

Secara keseluruhannya, ilmu falsafah ialah ilmu yang melihat sesuatu kejadian

dalam alam semesta secara keseluruhannya iaitu menghubungkaitkan sesuatu benda,

perkara, kejadian, dan sistem yang dikaji itu dengan benda, perkara dan kejadian dalam

system yang lain di dalam alam semesta ini untuk melihat keberkaitan antara satu sama

lain dan dengan itu dapat dibuat kesimpulan yang menyeluruh tentangnya iaitu dari segi

hakikat dan sifat kejadiannya, kedudukan dan juga matlamat serta fungsinya, serta

keberkaitannya dengan system-sistem yang lain dalam alam semesta ini.


RUJUKAN

www.allbiographies.com

www.google.com

http://tokoh.blogspot.com

www.yahoo.com

You might also like