You are on page 1of 9

SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KARYA KLASIK : PANTUN NASIHAT

NAMA : ROSHIDAYU BINTI ISMAIL

NO. MATRIK : JEA 080118

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER : SATU SESI 08/09

1
PENGENALAN

Falsafah merupakan satu bidang yang mengkaji dan mempelajari seluruh

fenomena kehidupan dan pemikiran manusia secara kritis dengan mengutarakan

persoalan berdasarkan penyelidikan atau eksperimen atau melakukan kajian secara

menyeluruh bagi mendapatkan alasan yang tepat sebagai penyelesaian.

Dalam tugasan ini, Pantun Nasihat dipilih sebagai karya klasik bagi mengupas

dan mengkaji falsafah yang terdapat dalam karya ini. Kajian yang dilakukan

menggunakan kaedah rujukan, internet dan perpustakaan. Pada kebiasaannya, pantun

begitu terkenal dalam kalangan masyarakat melayu dan pantun merupakan genre sastera

yang berbentuk lisan. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti Pantun Budi,

Pantun Kanak-Kanak, Pantun Jenaka, Pantun Nasihat dan sebagainya.

Pantun juga turut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu, antaranya adalah

seperti sebagai alat hiburan dan alat bagi menyatakan sesuatu perkara secara tersirat dan

pendengarnya dapat memahami perkara tersebut walaupun iainya tidak dinyatakan secara

terus terang. Pantun juga terdiri daripada pembayang dan maksud. Rima akhiranya juga

mestilah sama dan ini menambahkan lagi nilai estetika sesebuah pantun tersebut.Oleh hal

yang demekian, karya-karya klasik seperti pantun haruslah dipelihara kerana selain nilai

estetikanya yang tinggi, ianya turut mengandungi pelbagai unsur didaktik yang boleh

dijadikan pedoman terutamanya kepada pemuda pemudi hari ini.

2
PANTUN NASIHAT

1.1 Hangus bertih berwarna merah 1.8 Burung didik terbang di awan
Mari dituang ke dalam kain; Muda belia menangkap ikan
Suami yang letih usah dimarah, Baik-baik bila berkawan
Kelak terbang ke bunga lain. Akhlak mulia mesti diutamakan

1.2 Kalau keladi sudah ditanam


Janganlah lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Janganlah lagi meminta balas

1.3 Dalam meniup ingatlah api


Dalam makan ingatlah tulang
Dalam hidup ingatlah mati
Dalam berjalan ingatlah pulang

1.4 Angin teluk menyisir pantai


Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

1.5 Pergi mendaki Gunung Daik


Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

1.6 Berakit-rakit ke hulu


Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

1.7 Buah cempedak di luar pagar


Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Ambil galah tolong tunjukkan

3
FALSAFAH PANTUN NASIHAT

Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap koleksi-koleksi pantun di atas,

falsafah yang dibincangkan dapat dilihat menerusi mesej serta pengajaran yang

terkandung atau tersirat di sebalik pantun tersebut. Secara keseluruhannya, pada setiap

rangkap dalam pantun ini mengandungi unsur-unsur nasihat yang tertentu dan boleh

dijadikan sebagai panduan.

Berdasarkan pantun pada rangkap 1.1, jika diteliti unsur nasihat yang disasarkan

adalah untuk isteri-isteri demi menjaga kerukunan rumah tangga. Di sini, para isteri

dinasihati supaya jangan menengking atau memarahi suami yang telah penat bekerja

kerana ditakuti si suami akan beristeri baru jika kerap dimarahi. Sebaliknya pantun ini

mengajar isteri atau pun gadis yang bakal menjadi suri rumahtangga supaya menyambut

baik kedatangan suami yang baru balik bekerja dengan kata-kata yang manis, yang dapat

menghilangkan rasa penat mencari rezeki. Nasihat yang terkandung dalam pantun sesuai

dijadikan panduan oleh para isteri.

Selain itu, pantun pada rangkap 1.2 pula mengetengahkan nasihat supaya dalam

melakukan sesuatu perkara seperti menghulurkan sesuatu pertolongan janganlah

mengharapkan atau meminta balasan. Hal ini kerana tidak ada gunanya pertolongan atau

budi yang dicurahkan itu sekiranya kita mengharapkan balasan. Dalam agama Islam,

sekiranya kita berbudi, buatlah dengan hati yang benar-benar ikhlas supaya kita

memperoleh keredhaan-Nya.

4
Manakala, pada rangkap 1.3 pula, nasihat yang terkandung dalam rangkap ini

ialah setiap insan seharusnya tidak melupakan asal-usul mereka sendiri. Ke mana saja

kita berada janganlah dilupakan tempat asal kita. Begitu juga dalam kehidupan, janganlah

kita terlalu taksub dengan kehidupan yang mewah sehingga menyebabkan kita lalai.

Dalam agama Islam ada mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati mati supaya

kita tidak melanggar batasan-batasan yang ditetapkan dan mendekatkan lagi seseorang

dengan penciptanya. Ramai manusia yang terpesong dari landasan yang benar ekoran dari

terlalu leka dan lalai dengan kehidupan.

Kemudian, mesej yang cuba diketengahkan melalui pantun pada rangkap 1.4 ialah

walaupun kita memiliki harta kekayaan bertimbun-timbun, tiada maknanya harta tersebut

sekiranya kita tidak tahu berbudi bahasa. Biarlah kita miskin dan tidak berharta asalkan

kita tahu berbudi bahasa. Bagi mereka yang muda seharusnya pandai mengambil hati dan

menghormati mereka yang lebih tua barulah hidup lebih tenteram dan harmoni selain

memperolehi kebaikan dan keberkatan. Dalam kalangan masyarakat melayu amat

dititikberatkan amalan berbudi bahasa tidak kira apa darjat sekalipun kerana budi bahasa

mencerminkan masyarakat yang sopan-santun. Perkara yang paling penting yang

terkandung dalam pantun ini ialah sentiasalah berbudi-bahasa samaada dalam

berkomunikasi mahupun dalam melakukan sesuatu tindakan supaya disenangi oleh

semua pihak.

5
Seterusnya pula ialah pantun pada rangkap 1.5 cuba menyampaikan mesej iaitu

amalan bergotong-royong sepatutnya diamalkan setiap masa kerana ianya merupakan

amalan yang baik. Terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh melalui aktiviti gotong-

royong ini. Dalam kalangan sesebuah masyarakat misalnya, aktiviti gotong-royong wajar

diamalkan setiap masa seperti pada hujung minggu kerana aktiviti sebegini dapat

memupuk semangat bersatu-padu dan bekerjasama. Selain itu juga, aktiviti sebegini dapat

memberikan kebaikan seperti kebersihan di kawasan penempatan akan sentiasa terjamin,

kawasan yang bersih dapat menjamin kehidupan yang sihat dan bekualiti.

Berikut adalah pantun pada rangkap 1.6 iaitu mesej yang cuba disampaikan ialah

dalam mencapai kajayaan atau kesenangan bukanlah mudah kerana ia memerlukan usaha

yang gigih. Biarlah kita bersusah-payah dahulu supaya kita senang di kemudian hari.

Kejayaan yang dicapai akan lebih bermakna buat diri seseorang yang bersusah-payah

untuk menggapainya. Pasti akan lebih dihargai dan dikenang sepanjang hayat. Ini juga

dapat mendidik seseorang supaya tidak mudah berputus asa dan dapat menerapkan sikap

sabar dalam diri. Kesabaran yang tinggi harus ada dalam diri supaya segala cabaran atau

rintangan yang menghalang dapat kita tempuhi.

6
Selain itu juga, pantun pada rangkap 1.7 memberikan mesej iaitu kita hendaklah

menanamkan sikap sentiasa ingin mempelajari sesuatu yang baru dalam diri. Ini dapat

membantu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri. Sentiasalah bertanya kepada

mereka yang lebih tahu seandainya kita tidak tahu supaya kita tidak tersasar atau

terpesong. Didiklah diri supaya sentiasa ingin belajar tidak kira di mana kita berada

sekalipun.

Kemudian, pada rangkap 1.8, mesej yang terkandung ialah dalam berkawan, kita

seharusnya sentiasa jujur dan ikhlas barulah hubungan persahabatan itu lebih mesra dan

rapat. Akhlak –akhlak mulia sepatutnya selalu diutamakan tidak kira dalam apa jua

situasi sekalipun. Hal ini bertepatan dalam ajaran agama Islam di mana umat-umat Islam

disuruh agar sentiasa berakhlak mulia supaya beroleh keberkatan dan hidup dalam

keharmonian. Jika dilihat pada masa sekarang, anak-anak muda semakin taksub dengan

perubahan dam pemodenan yang berlaku pada hari ini sehinggakan budaya sendiri

semakin dilupakan. Kesannya, dapat dilihat pada hari ini begitu banyak gejala-gejala

sosial yang kian menular dalam kalangan generasi muda hari ini. Sepatutnya, setiap insan

sewajarnya sentiasa berakhlak mulia supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam

gejala-gejala negatif.

7
PENUTUP

Berpandukan karya-karya klasik seperti pantun ini dapat disimpulkan bahawa

karya seperti ini sangat tinggi nilainya dan memiliki banyak kelebihan dari pelbagai

aspek. Pantun seperti ini telah dicipta oleh generasi nenek moyang kita dahulu supaya

ianya dapat memberi pelbagai manfaat kepada generasi muda hari ini. Namun, pada masa

ini, karya seperti ini seperti seolah-olah tidak bernilai lansung ekoran dari perubahan

yang berlaku, peubahan yang barlaku turut mempengaruhi eksistensi budaya masyarakat

melayu sendiri. Ini disebabkan oleh terjadinya pergeseran nilai dalam kehidupan

masyarakat melayu. Selain itu, peluang atau ruang bagi mendedahkan atau

mempamerkan karya pantun ini kepada generasi hari ini semakin kurang, kerana pada

masa ini sangat jarang diadakan acara seperti acara berbalas pantun. Hal ini menjadikan

generasi muda pada hari ini kurang berminat untuk mewarisi karya-karya seperti pantun

ini kerana kurangnya kesedaran terhadap budaya sendiri.

8
RUJUKAN

http://culture.melayuonline.com

http://penyair.wordpress.com

http://www.google.com

http://www.yahoo.com

Pantun lipur lara melayu

You might also like