You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK:

ONTOLOGI IBNU RUSHD

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

NAMA PELAJAR : ROSLINDA BINTI SAWAD(JEA080119)

Pengenalan
Nama lengkap Ibnu Rushd ialah Abu Walid Muhammad ibnu

Ahmad.Beliau dilahirkan di Sepanyol pada tahun 1126 dan meninggal dunia

di Maghribi pada tahun 1198.Ibnu Rushd merupakan seorang ahli


falsafah,perubatan,matematik,teologi,ahli fikah mazhab

maliki,astronomi,geografi dan sains.Beliau merupakan ahli falsafah yang

paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah islamdan pengaruhnya bukan

sahaja berkembang luas di dunia islam tetapi di kalangan masyarakat

Eropah juga.Beliau dikenali sebagai Averroes di barat dan merupakan bapa

kepada fahaman sekularisme.

Ibnu rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama kerana

ayah dan datuknya merupakan kadi di Cordova.Beliau dihantar belajar

kepada ibnu Zuhr untuk mempelajari ilmu fiqh dan perubatan.Sebelum

meninggal dunia,beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir

yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin dan bahasa Inggeris dengan

judul faclititation of treatment.

Beliau menjadi hakim di Sevilla pada tahun 1169 dan dua tahun

kemudian menjadi hakim di Cordova.Selepas beberapa waktu,beliau telah

dilantik ebagai doctor istana pada tahun 1182,namun begitu ramai yang

berasa cemburu dengan kedudukan beliau.Akibat desekan pihak tertentu

yang menganggap beliau sebagai mulhid,beliau dibuang ke Alaiseno.Pada

penghujung usianya,kedudukan ibnu Rushd dipulihkan setelah khalifah Al-

Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapannya.Namun segala kurniaan itu

tidak sempat dikecapi apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada

tahun 1198.

Falsafah Ibnu Rushd


Falsafah berasal daripada bahasa Yunani philos yang bermaksud ‘cinta’

dan Sophia yang bererti ‘hikmah’.Kata majmuk philosophia yang

menerbitkankata philosophiy dalam bahasa Inggeris,kata falsafah dalam

bahasa Arab,kata philosophie dalam bahasa Jerman dan bahasa

Perancis,kata filosofia dalam bahasa Sepanyol dan kata falsafah atau filsafat

dalam bahasa melayu bererti ‘cinta akan hikmah’ atau ‘cinta akan

kebijaksanaan’.

Falsafah bagi ibnu Rushd,tiada lain ialah melihat dan memikirkan

tentang penciptaan supaya ia dapat memandu kepada penciptaan dalam

lain perkataanmelihat ke dalam makna kewujudannya.Syariah dalam

pelbagai caranya menggesa manusia supaya memerhati penciptaan melalui

akal malah ia juga menuntut pengetahuan melalui akal.Jelasnya,ia

mengindikasi keperluan penggunaan fakulti akal atau lebih tepat lagi akal

dan agama dalam menginterpretasi benda dengan firman: “Apakah mereka

tidak memerhati kerajaan langit dan bumi juga segala yang dicipyakan

Tuhan”.Oleh itu,memerhati dan memikirkan tentang penciptaan terbukti

menjadi satu kewajipan akal.Berfikir secara mendalam menjadikan sesuatu

yang kabur tampak jelas dan ini tentunya dapat dilakukan hanya melalui

akal.

Pemikiran falsafah yang ditonjolkan oleh ibnu Rushd adalah satu

pemikiran yang membawa kita ke arah berfikir secara mendalam dan

kritis.Falsafah pemikiran tentang kewujudannya memaksa kita supaya

berfikir menggunakan akal yang diberikan untuk mentafsir,menganalisa dan


mendominasikan sesuatu perkara itu menjadi jelas dan terang.Tanpa akal

yang diberi oleh Tuhan,nescaya kita tidak dapat menilai dan melihat tentang

penciptaan dan kewujudanNya sama ada secara langsung ataupun tak

langsung.

Pada persepsi ibnu Rushd,pemikiran falsafah tidak boleh dikatakan

suatu pembaharuan dalam agama islam atas alasan ia tidak pernah wujud

pada zaman awal islam.Ini kerana pemikiran hukum juga tercipta pada

zaman terkemudian dan tiada siapa pernah mendakwa ia adalah

pembaharuan.Ini seharusnya juga menjadi sikap terhadap pemikiran

falsafah.Dari penjelasan beliau,majority muslim mengesahkan pemikiran ini

kecuali minority kecil yang menolaknya dengan hujah-hujah hokum sebelum

dan semasa zamannya.

Jika pada masa sebelum islam,seseorang pernah melihat ke dalam

persolan ini,ucapannya boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan

bantuan dalam melihat kepada persolan yang sama.Persoalan perbezaan

agama menjadi tidak penting jika padanya ternyata ada sifat

kebenaran.Mereka adalah para pendahulu yang menyiasat perkara ini jauh

sebelum kedatangan islam dan segala objek yang menjadi pertanyaan dalam

pemikiram falsafah telah mereka uji dengan sempurna.Kaedah ini amat

diyakini oleh ibnu Rushd sebagai salah satu cara untuk memperolehi

instrument pemerhatian semesta dan memikirkan tentang ciri

umumnya.Dengan mengetahui ciri umumnya,akan terhasil pengetahuan

tentang makhluk sekaligus pengetahuan akan sifatnya.


Pada pandangan saya,falsafah pemikiran yang diajukan oleh ibnu

Rushd mengandungi maksud yang tersirat yang membawa kita ke dalam

pemikiran yang lebih mendalam lagi untuk kita mencari,mengkaji dan

menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbinya.Dan memang benar

kata ibnu Rushd bahawa tiada pembahuruan yang dilakukan dalam

pemikiran falsafah kerana pemikiran falsafah sudah wujud zaman

sebelumnya.Daripada falsafah pemikiran beliau, kita dapat mengetahui

tentang makna kewujudan sesuatu dengan membuat kajian dan ujian serta

menyiasatnya.

Filasuf,apabila menuruti segala aturan pelajaran yang betul,tidak

mungkin dirosakkan oleh pengajian tersebut.Oleh itu,tindakan pelarangan

pengajian falsafah adalah suatu pertimbangan yang salah.Sebarang

kerosakan yang terjadi,mungkin terjadi secara aksiden(tidak sengaja) seperti

mana kesan sampingan dalam penggunaan ubatan,jika kerosakannya serius

datangnya dari pengajian falsafah,bagi ibnu Rushd: ia disebabkan oleh

keghairahannya yang menguasai diri mereka ,guru yang tidak cukup bagus

atau kekurangan semula jadi yang dimiliki.

Menurut pandangan yang diberikan oleh ibnu Rushd,saya berpendapat

bahawa segala kejadian yang berlaku sama ada disengajakan ataupun tidak

disengajakan.Ini kerana,manusia semuanya dicipta dalam keadaan yang

tidak sempurna,ada kelebihan dan ada juga kekurangan.Jadi jika berlaku

sebarang kerosakan,ianya berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak

disengajakan,bukannya hanya tidak disengajakan.Falsafah menurut


pandangan saya ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji dan mencari makna

di sebalik sesuatu perkara,oleh itu jika berlaku sebarang kerosakan ianya

kerana sifat kekurangan yang ada pada kita ataupun kerana terlalu takjub

dengan apa yang kita ingin kaji dan ketahui.

Tidak semua manusiadapat temui kebenaran melalui falsafah.Oleh

sebab itu,shariah menyatakan tiga cara bagi bagi manusia guna mencari

kebenaran dan menginterpretasi al-Quran;secara

demonstratif(penunjuk),diaelektik dan retorik.Atas realiti ini,ibnu Rushd

membentuk konsep bahawa manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu

filasuf,teolog dan awam.dalam erti kata yang sebenarnya,telah ditetapkan

bagi setiap orang satu cara,konsisten dengan kecenderungan semula jadi

mereka,supaya dengannya dapat mereka menemukan kebenarannya.

Menurut keyakinan ibnu Rushd,kebenaran demostratiftidak akan

bertentangan dengan Quran,kerana islam adalah suatu kebenarannya akhir

dan falsafah sifatnya adalah pencarian kebenaran.Jika terdapat pertentangan

anatara falsafah dan Quran dalam kewujudan sesuatu benda,Quran harus

diinterpretasi secara kiasan kerana pertentangan tersebut hanyalah pada

pandangan nyata sahaja.Interpretasi wahyu secara kiasan,menurut ibnu

Rushd,telah menjadi kebiasaan di kalangan ahli hokum,teolog danfilasuf dan

metode ini telah lama diakui oleh seluruh muslim:yang menjadi pertikaian

hanyalah had dan adab penggunaannya sahaja.Tuhan telah memberi makna

dan interpretasi yang pelbagai,sama ada nyata atau tersembunyi,pada

kebanyakan firmanNya untuk merangsang upaya menuntut ilmu dan sesuai


dengan kecerdasan akal yang berbeza.Komuniti awal muslim juga telah

mencapai consensus bahawa Quran mempunyai makna nyata dan

tersembunyi.

Pandangan ibnu rushd bahawa islam adalah suatu kebenaran ,saya

sangat-sangat bersetuju dengan falsafah beliau kerana islam merupakan

satu agama yang benar dan sahih.Ayat-ayat Quran yang diturunkan

membawa makna yang tersurat dan tersirat yang memerlukan kita mencari

kebenaran di sebalik yang tersurat.Pada pendapat saya,Quran memberi kita

suatu kebenaran yang kita cari,sebagai contohnya,seseorang yang mengkaji

dan meneliti kandungan Quran akan mendapat hidayah Allah SWT melalui

pemerhatian dan pengkajian yang pernah dilakukannya.Saya sebagai

seorang mualaf,tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Quran dan islam

adalah sesuatu yang benar.

Secara kesimpulannya,terbukti visi suci,melalui penandaan ini,punya

makna esoterik(batin) serta menggesa penggunaan fakulti akal dan agama

dalam pencarian kebenaran.Dan untuk kebenaran itu,suatu yang objektif

tetapi subjektif untuk mencapainya atau dalam lain perkataannya kebenaran

itu satu tetapi jalan menujunya itu mungkin dua atau tiga.Keseluruhan

daripada falsafah ibnu rushd,saya berpendapat falsafah beliau sangat

bertepatan dengan keadaan alam yang terbentang luas yang perlu kita cari

kebenarannya dan kewujudannya.Tanpa pemikiran falsafah untuk melihat

dan memikirkan tentang penciptaan dalam mencari makna kewujudannya


dengan memerhatinya melalui akal,kita mungkin tidak dapat melihat

sesuatu yang kabur dengan jelasnya.

FirmanNya:

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang/kejadian diri

mereka/sendiri?(agar mereka mengetahui bahawa)Allah tidak menjadikan

langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan

dengan/tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan.Dan sesungguhnya

kebanyakan di antara manusia benar-benar engkar akan menemui Tuhannya.

(Surah Ar-ruum ayat 8)

Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa kita perlu mencari kebenaran dan

kewujudan diri kita seperti yang telah dinyatakan oleh ibnu Rushd bahawa

manusia harus melihat dan memikirkan penciptaan dan makna kewujudan

manusia itu sendiri

BIBLIOGRAFI

1.Abdul Jalil Hassan,1989:3.Falsafah dan Pengetahuan Islam.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

2.Hasbullah Bakry,1964:5.Systematik Filsafat.Solo:

Penerbit Ab-Sitti Sjamsijah

3.Sidi Gazalba,1974:17.Sistematik Filsafat:Pengantar kepada dunia

filsafat,teori pengetahuan,

Metafizik,Teori nilai.Kuala Lumpur:Utusan Melayu Bhd.


4.Al Syaibani,1991:25.Falsafah pendidikan islam (terjemahan Hasan

Langgulung).

Shah Alam:Hizbi.

5.Hassan Langgulung,1991:41.Asas Asas Pendidikan islam.Shah Alam:Hizbi.

6.Wolf,1992:5.About philosophy.New Jersey:Prentice Hall,Inc.

7.Dipetik daripada Alha Kelantan:http://alhakelantan

tripod.com/tokoh/id7.htm1 yang diambil

Pada hari Jumaat,22 Ogos 2008.

You might also like