You are on page 1of 7

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU


SOALAN:
SEORANG TOKOH FALSAFAH SERTA BUAT HURAIAN
TENTANGNYA

TAJUK :
PLATO DARI SUDUT FALSAFAH DAN IDEALISME

NAMA : SITI NUR SYAKIRAH BINTI MAT TAZALI


NO MATRIK : JEA 080134
NAMA PROF : DR.AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK FATMAWATI BINTI SIDIK

SEMESTER 1 08/09
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA

Isi kandungan
Bil Perkara Muka surat
1. Pengenalan 3
2. Latar Belakang 4
3. Sumber Falsafah Plato 5
4. Idealisme Plato 6
5. Kesimpulan 7
6. Bibliografi 8

PENGENALAN
Falsafah politik Plato berupaya membahaskan dan menghuraikan pelbagai sudut

kehidupan manusia berkaitan hubungannya dengan Negara.Hal ini demikian kerana

falsafah politik Plato berbeza dengan falsafah politik moden yang mempersoalkan

masalah perorangan dan haknya berbeza dengan falsafah politik kontemporari yang lebih

2
cenderung kepada membahas istilah politik seperti kebebasan,kesepakatan atau

persetujuan ,demokrasi,keadilan,kekuasaan,kewibawaan dan kebebasan.

Bag Plato manusia dan Negara memiliki persamaan yang hakiki sekiranya

manusia baik maka Negara pun baik.Justeru sekiranya sesebuah Negara berada dalam

keadaan baik bererti manusianya pun baik,sebaliknya apabila manusia berkelakuan buruk

bererti negaranya pun teruk.Negara merupakan cerminan daripada manusia yang menjadi

warganya.

Pemikiran Plato perlu difahami dalam konteks sejarah,peradaban dan budaya

politik Yunani secara umum,Athens dan Sparta secara khusus yang sedikit banyaknya

telah mempengaruhi pemikiran Plato.Pada awal kedewasaannya Plato telah menulis buku

republic,manakala buku politicus dan the laws ditulis pada masa tuanya.Buku republic

sangat terkenal sehingga diakui sebagai satu hasil seni sastera yang paling agung dan

merupakan karya manusia yang terbesar pernah ditulis dalam bidang falsafah.

LATAR BELAKANG

Nama Plato yang sebenar ialah Aristokles.disebabkan dahi dan bahunya yang

amat lebar ia mendapat gelaran Plato dari seorang jurulatih senamannya.dalam bahasa

yunani Plato berasal dari kata benda “platos” iaitu kelebaran dibentuk daripada kata sifat

3
“platus” bererti si lebar.plato dididik dan dibesarkan oleh pyrilampes yang merupakan

saudara mendiang ayahnya serta menjadi bapa tiri kepadanya.plato dilahirkan dan

dibesarkan pada zaman perang peloponesos sedang bergolak.beliau menyaksikan

kekalahan Athens dalam perang peloponesos pada 404 sm.kekalahan Athens telah

merangsang semangat plato untuk terlibat dalam arena politik.guru falsafah yang amat

dikagumi,dihormati dan dicintai plato ialah Socrates yang menjadi guru dan sahabat

kepada beliau.kematian Socrates pada tahun 399 sm menjadi permulaan pada

pengembaraan Plato yang cukup lama.

SUMBER FALSAFAH PLATO

Hampir keseluruhan karya falsafah Plato menggunakan “kaedah sokrat”iaitu

kaedah yang dikembangkan oleh Socrates juga dikenal dengan nama “kaedah

4
dialektik”atau juga disebut “elenkhus”.Kaedah itu wujud dalam satu bentuk soal-jawab

atau dialog sebagai usaha untuk memperoleh kebenaran dan pengetahuan.Plato berjaya

menghasilkan kaedah sokrat dengan menulis dialog-dialognya ke dalam sayu bentuk

kesusasteraan yang mampu memberi kesan terhadap ramai orang dari abad ke abad.

Pemikiran Plato tidak hanya dipengaruhi oleh Socrates.Plato pernah belajar ilmu

falsafah dari Kratylos,murid Herakleitos.si gelap (hoskoteinos)mendapat gelaran tersebut

disebabkan oleh falsafahnya yang sukar difahami.Herokleitos mengajarkan bahawa setiap

benda itu sentiasa bergerak dan berubah-ubah serta tidak ada sesuatu pun yang akan tetap

dan tidak berubah.Plato mengenal ajaran Parmenides yang bergabung menyusuli

pemikiran Herakleitos.Parmenides beranggapan bahawa sesuatu benda itu tidak bergerak

dan yang ada itu merupakan abadi serta tidak boleh berubah-ubahh.Plato mengakui

kebenaran ajaran Parmenides tetapi kebenarannya tidak berlaku di dunia nyata dan Plato

mengatakan sesuatu benda yang abadi itu berlaku di alam idea.

IDEAALISME PLATO

Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenar yang dapat dikenal pasti

melalui pancaindera.Pohon,manusia,haiwan dan sebagainya akan mati dan berubah tetapi

idea berkaitan pohan,manusia,haiwan tidak akan pernah berubah.Menurut Plato idea

bukanlah sekadar gagasan atau gambaran yang hanya berada di dalam pemikiran manusia

5
kerana idea bukanlah sesuatu yang subjektif yang tercipta oleh daya fikiran manusia.Bagi

Plato sebagai realiti yang sebenarnya idea bersifat objektif.Idea itu

mandiri,sempurna,abadi dan tidak akan berubah.Plato beranggapan alam indera bukanlah

yang sebenar kerana sifatnya sentiasa berubah-ubah,tidak tetap,tidak abadi,majmuk dan

aneka ragam.Alam indera merupakan bayangan atau gambaran yang tidak lengkap dan

tidak sempurna dari dunia idea.Plato mementingkan alam idea kerana beliau beranggapan

alam indera merupakan tiruan sementara dari alam idea.

Terdapat dua cara untuk mengenal alam indera dengan alam idea.Alam indera

dikenal pasti melalui pancaindera manusia contohnya manusia mengenal meja yang

pelbagai ada yang bulat,ada yang segiempat dan sebagainya sedangkan alam idea dikenal

pasti melalui akal budi contohnya manusia memasuki alam idea serta mengenal idea

tentang meja yang sempurna,tunggal dan abadi.Idealisme Plato berbeza dengan idealisme

moden.Plato beranggapan alam idea merupakan suatu realiti yang objektif disebabkan itu

idealisme Plato sering disebut idealisme realisti manakala idealisme moden bersifat

subjektif serta disebut idealisme subjektif.

KESIMPULAN
Gagasan Negara idea dengan ahli falsafah raja merupakan gagasan yang

dipertahankan oleh plato sehingga karyanya yang terakhir.Plato mencipta gagasan negara

idea bukan untuk dijadikan pedoman praktik tetapi merupakan suatu idea,idaman atau

6
cita-citanya dalam usaha untuk menjawab pertayaan ke mana arah tuju Negara dan bukan

untuk menjawab pertayaan cara mengurus atau mengatur sesebuah Negara.

Plato juga menyedari bahawa tidak mungkin Negara idea itu dapat diwujudkan

secara sempurna dalam alam indera ini kerana yang penting bukanlah kehadiran secara

fizikal di alam indera ini,melainkan kita perlu menghayati prinsip-prinsip dalam Negara

idea itu.

BIBIBLIOGRAFI
J,H RAPAR,1993.falsafah politik Plato.Dewan bahasa dan pustaka.Kementeriaan

pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur.

You might also like