You are on page 1of 8

FALSAFAH

DAN
LOGIKA MELAYU
(JXEA 1104)

KARYA KLASIK
GURINDAM DUA BELAS
( RAJA ALI HAJI )

NAMA : SITI RADZIAH BINTI BAKIN

NO MATRIK : JEA080135

PROFESOR : DR.AMRAN BIN MUHAMMAD

TUTOR : WAN NURUL ASNIDAYU BTE


WAN ZAWAWI

Antara petikan gurindam dua belas oleh Raja Ali Haji......


FASAL 1

Barang siapa tiada mengenal agama,


Sekali-kali tiada boleh dibilangkan agama.

Barang siapa mengenal yang empat,


Maka itulah orang yang makrifat.

Barang siapa mengenal Allah,


Suruh dan tegahnya tiada ia menyerlah.

Barang siapa mengenal diri,


Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia,


Tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat,


Tahulah ia dunia mudarat.

FASAL 2

Barang siapa mengenal yang tersebut,


Tahulah ia makna takut.

Barang siapa meninggalkan sembahyang,


Seperti rumah tiada bertiang.

Barang siapa meninggalkan puasa,


Tidaklah mendapat dua termasa.

Barang siapa meninggalkan zakat,


Tiadalah hartanya beroleh berkat.

Barang siapa meninggalkan haji,


Tiadalah ia menyempurnakan janji.

(1) PENGENALAN
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani @ Greek purba dan pertama kali
digunakan oleh Pythagoras ( 570-504 SM ) iaitu ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 SM.
Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “PHILO” bermaksud
“CINTA” dan “SOPHIA” bermaksud “KEBIJAKSANAAN”. Oleh itu falsafah boleh di
ertikan sebagai “CINTA AKAN KEBIJAKSANAAN”. Namun takrif ilmu falsafah
seharusnya lebih terperinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar itu.
Falsafah juga boleh di takrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang
berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat,
hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai
satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang di
ambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta.
Dalam tugasan ini, saya telah memilih karya klasik gurindam dua belas yang akan
dikupas dalam ilmu falsafah. Puisi yang amat terkenal dan jelas memancarkan falsafah
dan logika melayu ialah Gurindam dua belas yang telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji
yang siap dikarangnya pada 23 Rejab 1263 H bersamaan 3 Julai 1847. Raja Ali Haji
(1809-1872) adalah seorang ulama’, bangsawan dan ilmuan Melayu yang terunggul pada
abad ke-19M, yang banyak berperanan menjadikan Johor-Riau sebagai benteng terakhir
pusat peradapan Melayu tradisional sebelum ditewaskan oleh badai kolonialisme
tamadun secular Barat pada abad ke-20. Menurut Ismail Hamid (1989) istilah gurindam
berasal daripada bahasa sanskrit. Menurut Raja Ali Haji adapun gurindam itu, iaitu
perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataanya dengan satu
pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua
itu jadi seperti jawab (Sutan Takdir Alisiahbana, 1954). Menurut Za’ba (1962) pula
gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini
mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk
dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Fungsi gurindam ialah sebagai puisi yang digunakan
untuk tujuan pendidikan, hiburan dan sebagai dokumentasi gambaran masyarakat.
Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat terutama dalam
majlis-majlis yang formal. Sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang
wujud dalam bentuk tulisan iaitu “Gurindam Dua Belas” yang dihasilkan oleh Raja Ali
Haji.
(2) KUPASAN GURINDAM DUA BELAS DALAM ILMU FALSAFAH
Secara keseluruhannya, gurindam 12 yang dicipta oleh Raja Ali Haji ini lebih jelas
memancarkan falsafah dan etika logika melayu yang berteraskan islam. Contohnya
dalam (fasal satu dan dua) menceritakan tentang perlunya ada iman atau akidah iaitu
pembinaan kepercayaan dan keyakinan didalam hati kalbu terhadap keesaan Tuhan,
kebangkitan hari akhirat dan penentuan qada’ dan qadar oleh Tuhan. Selain itu kita juga
dapat merasai kewujudannya dengan rasa dan iman yang tinggi kepadanya walaupun kita
tidak dapat melihatnya dengan pancaindera secara kasar. Kita mestilah beradab kepada
Allah s.w.t dengan cara menundukkan kepala, merendahkan diri dan menghimpunkan
himah kepadanya dan mengekalkan diam dan mendiamkan segala anggota. Kita juga
mestilah menyegerakan mengerjakan suruhannya dan menjauhi tegahannya dan sedikit
berpaling daripada takdirnya . Kita juga perlu melazimkan fikir akan kebesarannya dan
kemuliaannya. Hal keadaannya hendaklah mengenal dengan sebaik-baik ikhtiar dan rasa
takut akan akhirat dan mengharapkan rahmatnya. Jangan kita marah dan susah kerana ia
Tuhan yang amat murah dan amat mengasihani.
Contohnya, kita perlu melakukan ibadah-ibadah yang telah ditetapkan didalam rukun
islam, mengakui ketuhanan Allah, mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa dalam
bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan fitrah dan mengerjakan haji jika mampu.
Semua itu demi mendisplinkan anggota badan, fikiran dan juga emosi manusia.
Mata, kuping, lidah, tangan dan kaki merupakan tergolong dalam satu sistem kajian
espitemologi. Sistem ialah pemeringkatan sekumpulan elemen atau unsur yang berkaitan
antara satu sama lain yang diorganisasikan (disusun mengikut keutamaan
kepentingannya) untuk memenuhi sesuatu maklumat atau objektif tertentu. Sistem-
sistem tersebut seperti mata (keindahan pemandangan), kuping (kemerduan pendengaran)
dan makan (nikmat rasa) tergolong dalam tiga jenis keseronokan iaitu keseronokan
jasmaniah atau fisikal.

Keseronokan yang amat buruk dari segi etika dan agama ialah keseronokan
keterlaluan dari segi makan dan minum. Nafsu untuk makan dan minum merupakan
sumber bagi segala kejahatan, kerana melalui makan dan minum yang berlebihan
menambahkan hawa nafsu (lust) yang merupakan pembantu utama kepada syaitan iaitu
anasir luar (external element) kepada kejahatan. Contohnya boleh dilihat seperti yang
terkandung didalam petikan Gurindam dua belas (fasal ketiga).
Contohnya : Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Sistem-sistem tersebut juga merupakan satu amanah atau pinjaman Tuhan. Mereka
yang berakal, menganggapnya bahawa sesuatu nikmat itu amanah atau pinjaman yang
harus disyukuri, dinikmati dan dipelihara walaupun sementara, tetapi tidak akan gundah
gulana yang amat sangat apabila jalan mengambilnya kembali kerana itu haknya.
Selain itu, dalam Gurindam dua belas ini juga ada menceritakan tentang sifat-sifat
jahat seperti angkuh, hasad dengki, bengis, kikir, dan tamak haloba (avanice), mabuk,
nafsu, bakhil, bohong, mengumpat, kepura-puraan dan dangkal (frivolity) sebagai
penyakit hawa (afflictions of passion) akibat kegagalan penguasaan nafsu haiwan dan
akal. Akal inilah hakikat diri insan yang sebenarnya yang akan menjadi punca
pembebasannya daripada jasadnya pada akhir hayatnya. Nafsu amarah atau jahat yang
merupakan diri yang bersifat kebinatangan (haiwan) iaitu rakus, buas, tamak, angkuh,
dan egois merupakan roh manusia (spirit atau lebih dikenali sebagai “Body and Soul”)
yang dapat dilihat dari segi pergerakan hakikat diri.
Sifat-sifat jahat tersebut adalah merupakan satu kajian bidang ilmu yang meneliti satu
cabangan daripada alam semesta (kosmologi) dilihat dari segi subsistemnya iaitu
mengkaji sains manusia dan kemasyarakatan yang mengkaji dan menghuraikan diri
manusia secara individu dan juga berkelompok dan berorganisasi, misalnya pemikiran,
perasaan, pertuturan, dan sebagainya. Contohnya adalah seperti yang terkandung dalam
Gurindam dua belas (fasal keempat dan kelapan).
Dalam masyarakat melayu tradisional, orang-orang yang dianggap mempunyai nilai
etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai
orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budu bahasa, budi bicara, akal
budi, atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia. Budi pekerti dan adab sopan
yang mulia merujuk kepada tingkah laku, keperibadian, fiil perangai dan tindak tanduk
yang baik, sopan santun, wajar, pemurah, penyayang dan penuh menyumbang dan
bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya. Budi bahasa dan budi budi bicara yang
mulia pula merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas, dan
penuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengar. Manakala akal budi
dan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran (rasionalisme) dan hati kalbu
(mistik) yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan, dan
kebaikan. Adab dan sopan itu merupakan latihan jasmaniah dan rohaniah. Contohnya
dalam (fasal kelima).
Terdapat juga tentang kewujudan makhluk yang hidup dalam alam trasedental (alam
ghaib) yang banyak mengganggu manusia terutama golongan muda-mudi yang tiada
pegangan hidup atau tiada kerangka berfikir (paradigma). Syaitan dilambangkan sebagai
makhluk Allah S.W.T yang hidup dalam alam ghaib (trasedental). Syaitan tidak boleh
dilihat dengan pancaindera secara kasar. Syaitan dianggap sebagai jenis-jenis ilmu yang
mistik dimana kaedah kajiannya dengan cara latihan jasmaniah dan rohaniah, ilham,
kasyaf, dan wahyu. Syaitan merupakan sesuatu yang abstrak kerana tidak dapat diihat
dengan pancaindera secara kasar dan tidak dapat disentuh. Jika kita mengikut pemikiran
secara pendek, syaitan seolah-olah tidak wujud kerana kita tidak dapat melihatnya tetapi
kita dapat merasainya dengan hati kalbu, rasa, perasaan, dan yakin atau percaya sebagai
anggota pengukuran. Kerangka berfikirnya (paradigma pemikiran) adalah berdasarkan
mistikal dan supralogikal. Syaitan juga dikenali sebagai makhluk yang berada dialam
maya (alam tidak nyata).
Contohnya (fasal kesembilan) : Kebanyakkan orang yang muda-muda,
Disitulah syaitan tempat berkuda.
Persahabatan dikalangan anak muda ataupun mereka yang berhati muda
kebanyakkannya didorong oleh perasaan keseronokan, keghairahan, dan keberanian.
persahabatan demikian mudah muncul dan juga mudah hilang. Dalam persahabatan
anak-anak muda kurang perasaan iman kepada Allah S.W.T, maka mudah diganggu oleh
syaitan.

Dalam gurindam dua belas juga menceritakan tentang adab-adab dengan pasangan
atau orang disekeliling kita seperti adab sebagai anak dengan ibu dan bapa, adab dengan
isteri dan adab dengan kawan. Gurindam dua belas (fasal sepuluh) menceritakan tentang
adab berserta dengan bapa dan ibu itu, iaitu hendaklah anak itu mendengar dan mengikut
apa-apa ajaran dan suruhan bapanya. Selain itu, kita hendaklah berdiri ketika berdiri
bapanya dan ibunya kerana hormat akan mereka. Dan hendaklah anak itu menjunjung
perintah bapanya, juga tidak anak itu mengikutnya, derhakalah dia. Kita sebagai anak
juga tidak boleh berjalan dihadapan ibu dan bapa dan jangan berjalan membesarkan suara
dihadapan ibu dan bapa lebih dari suaranya dan menyahut dengan sebaik-baik sahut pada
ketika ia menyeru akan dia. Dan bersungguh-sungguh dan loba-loba atas menuntut
kesukaan bapanya. Hendaklah menghinakan diri kepada ibu bapa dan jangan memban-
gkit-bangkitkan kebajikan ia kepada bapanya. Jangan menilik (memandang) bapa denga-
n tilik kejahatan, dan jangan menjeling dan memalingkan muka kepada ibu dan bapa.
Dan juga sekali-kali pemergiannya dengan tiada izin oleh ibu bapa. Adapun adab dengan
ahli-ahli keluarga kita sendiri, anak isteri kita dan kawan-kawan kita. Maka iaitu
hendaklah diadilkan daripada nafkahnya, zahirnya (jasmaniah) dan batinnya (rohaniah).

(3) KESIMPULAN
Ternyata Gurindam Dua Belas oleh Raja Ali Haji ini jelas memancarkan falsafah dan
etika logika melayu yang padat. Raja Ali Haji telah banyak memasukkan isi-isi tersirat
yang berteraskan islam dalam penulisan gurindamnya. Kita dapat mempelajari banyak
ilmu pengetahuan dan ajaran seperti tentang adab-adab kepada Allah S.W.T, kepada ibu
bapa, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan juga dapat mempelajari ilmu-ilmu mistik
(trasedental). Seperti dalam gurindam fasal kesembilan, secara langsung kita dapat
mempelajari tentang kehidupan syaitan yang sebenar yang hidup dialam tidak nyata
(alam maya). Sesungguhnya kelalaian generasi muda-mudi sekarang adalah kerana iman
mereka yang mudah goyah dan telah didorong oleh syaitan yang direjam. Selain itu, kita
mestilah memelihara amanah atau pinjaman yang diberi oleh Allah S.W.T dengan sebaik-
baik mungkin. Contohnya, seperti mata, kuping, mulut, kaki dan tangan (terdiri daripada
satu sistem). Sesungguhnya gurindam dua belas yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji ini
menjelaskan falsafah dan etika logika melayu yang sangat bersesuaian dengan
masyarakat melayu tradisional yang sarat dengan pengajaran dan pendidikan selain
berperanan sebagai media hiburan dan sebagai dokumentasi gambaran masyarakat
melayu.
BIBLIOGRAFI
Buku Mutiara Sastera Melayu Tradisional,Dewan Bahasa dan Pustaka,KL 2003

Profesor Awang Sariyan.2007.Jabatan Bahasa Melayu.Akademi Pengajian Melayu,UM


Penerbit Synergymate Sdn.Bhd

Raja Ali Haji (mss.) Bustan al-Katibin

www.karya-karya klasik.com.my

You might also like