You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

SITI ROSFIZA BINTI IBRAHIM


JEA 080136

TAJUK : KARYA MELAYU KLASIK


HIKAYAT CAYA LANGKARA
Maka Muqaddam dan Muqddim pun tertidur ia di bawah pohon kayu beringin terlalu
besar. Maka dilihat oleh Caya Langkara Muqaddam dan Muqaddim tidur seperti orang
mati maka Caya Langkara pun naik ke atas pohon beringin itu. Maka dipatahkanya pucuk
beringin dengan takdir Allah subhanahu wa taala maka terbit air daripada pucuk beringin
itu memancar-mancar seperti pancuran keluar air dari dalam pucuk beringin itu. Maka
Caya Langkara pun membangunkan saudaranya , maka ujarnya, “Hai kakandaku
bangunlah minum air.” Maka Muqaddam dan Muqaddim terkejut daripada tidurnya serta
dilihatnya ada air, maka Muqaddam dan Maqaddim hairan melihat hikmat Caya
Langkara seraya diambilnya diminum.

(Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara,muka surat 12.


Penyelenggara Wahyunah Haji Abd. Gani:Transliterasi
teks oleh Ghazali Abdul Kadir.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka 2005)

Hikayat merupakan salah satu kumpulan sastera sejarah.Dalam karya-karya yang seperti
ini terdapat unsur mitos,lagenda dan ada juga bahan sejarah seperti nama-nama raja yang
memerintah di sesebuah negeri dan jurai keturunannya.

SINOPSIS HIKAYAT CAYA LANGKARA

Hikayat Caya Langkara mengisahkan seorang anak raja (Caya Langkara)yang telah
dibuang ke dalam hutan bersama ibunya.Kejadian ini berlaku kerana perasaan hasad
dengki oleh saudara tiri Caya Langkara iaitu Muqaddam dan Muqaddim yang telah
memfitnah bahawa Caya Langkara akan membawa malapetaka kepada negeri mereka
sekiranya Caya Langkara tidak dibunuh atau dibuang ke tempat yang jauh dari negeri
mereka.Caya Langkara mempunyai kuasa yang luar biasa yang tidak terdapat oleh anak
raja lain.Caya Langkara membesar dalam hutan bersama ibunya. Tidak lama kemudian
Raja Ajam iaitu ayah kepada Caya Langkara telah jatuh sakit, tetapi hanya ubat kembang
kuma-kuma putih yang dapat menyembuhkan penyakit raja.Muqaddam dan Muqaddim
terpaksa pergi mencari ubat tersebut di puncak gunung negeri mesir kerana ubat tersebut
hanya terdapat di sana. Dalam pencarian ubat tersebut Muqaddam dan Muqaddim telah
berjumpa dengan Caya Langkara. Caya Langkara pun bersama-sama dengan saudara
tirinya mencari ubat tersebut. Dalam tempoh pencarian ubat tersebut Caya Langkara
terpaksa menempuhi pelbagai dugaan semata-mata untuk mendapatkan ubat tersebut.
Tidak lama kemudian Caya Langkara telah bertemu dengan anak raja negeri Madinah
iaitu Tuan Puteri Ra’na Kaseen dan mereka berempat bersama-sama mencari ubat
tersebut. Dalam pencarian ubat tersebut Caya Langkara terpaksa berlawan dengan orang
kafir untuk mendapatkan ubat tersebut dan Caya Langkara dapat mengalahkan orang
kafir tersebut dengan menggunakan ilmunya serta mengislamkan mereka. Selepas
mendapat ubat tersebut Caya Langkara telah berkahwin dengan Tuan Puteri Ra’na
Kaseen. Caya Langkara juga merupakan tempat rujukan semua Raja.

2
Falsafah yang ingin saya keluarkan daripada petikan hikayat Caya Langkara yang

telah saya temui seperti petikan di atas ialah falsafah keagamaan. Hikayat Caya

Langkara merupakan sebuah hikayat untuk menunjukkan bahawa agama Islam telah mula

berkembang pada masa tersebut. Hal ini kerana falsafah keagamaan dapat dilihat pada

nama serta perkataan yang digunakan dalam hikayat tersebut. Semuanya berunsurkan

Islam. Sebagai contoh ayat dalam petikan tersebut telah menggunakan perkataan “Allah

subhanahu wa taala”. Dalam ayat tersebut penulis ingin memberitahu kepada pembaca

secara tersirat bahawa semua benda yang berlaku di sekeliling kita semuanya berlaku

mengikut kehendak Allah s.w.t. Hal ini kerana hanya Allah s.w.t yang mempunyai kuasa

mutlak untuk memberi sesuatu yang baik ataupun sesuatu yang tidak baik kepada

seseorang. Perkara ini bergantung kepada niat seseorang tersebut. Contohnya, dalam ayat

59 Surah Al-a’Raaf membawa maksud sesungguhnya telah kami utus nabi kepada

kaumnya,lalu ia berkata: Hai kaumku sembahlah Allah,tidak ada bagimu tuhan selain

daripadanya. sesunggunhnya aku takut,jika kamu (ditimpa) azab pada hari yang besar.

Selain itu, penulis cuba mengetengahkan sikap bertanggungjawab antara manusia

dengan manusia. Sikap ini penting bagi menghindari daripada berlakunya sikap

pentingkan diri sendiri. Dalam agama Islam manusia dilarang mementingkan diri

sendiri.Hal ini, kerana semua manusia merupakan ciptaan Allah s.w.t yang dicipta

daripada tanah. Oleh hal yang demikian, teori Darwin yang menyatakan bahawa asal usul

manusia berasal daripada monyet adalah tidak tepat kerana dalam Surah Al-Mukminun

ayat 12-15 yang menyatakan bermaksud “Dan sesungguhnya kami telah mencipta

manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah. Kemudiannya kami jadikan saripati itu air

3
mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh(rahim) kemudian air mani itu kami

jadikan segumpal darah,itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami

jadikan tulang, lalu tulang itu kami bungkus dengan daging,kemudian dia kami ciptakan

makhluk yang lain(manusia yang sempurna) maka maha suci Allah yang sebaik-baiknya.

Berbeza pula dengan hujah Plato. Plato menyatakan bahawa “setiap manusia ialah

seorang daripada kumpulan manusia”, dan setiap binatang daripada kumpulan binatang.

Di samping itu, dalam agama Islam telah menegaskan bahawa hubungan adik

beradik tidak putus walau sebesar mana pun pergaduhan mereka. Seperti kata pepatah

melayu, “carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga”. Penulis cuba

mengambarkan hubungan Caya Langkara dengan saudara tirinya yang tidak pernah

putus walaupun bukan adik-beradik kandung. Perkara ini dapat kita lihat pada petikan di

atas yang menunjukkan Caya Langkara seorang yang tidak menyimpan dendam terhadap

saudara tirinya.Walaupun pelbagai perbuatan jahat telah dilakukan oleh saudara

tirinya,namun Caya Langkara tetap menolong saudaranya dengan mencari air untuk

diberi kepada saudara tirinya yang keletihan kerana kehausan. Hubungan adik – beradik

tiri juga digambarkan dalam Surah Ar- Rahman ayat 19, membawa maksud “ Ia biarkan

air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Ini

menunjukkan bahawa walaupun berpisah lama namun tetap akan berjumpa akhirnya.

Dalam hikayat Caya Langkara penulis ingin memberitahu bahawa kuasa luar

biasa yang dimiliki oleh Caya Langkara merupakan peringatannya kepada peristiwa

sejarah Islam. Peristiwa yang ingin penulis berkongsi dengan pembaca ialah kejadian

4
Nabi Ismail dengan ibunya Siti Hajar yang dalam kehausan dan kepanasan di gurun pasir.

Dengan kuasa Allah s.w.t terjahan kaki Nabi Ismail telah menghasilkan air,telaga zamzam

yang terkenal sehingga sekarang. Di sebalik hikayat tersebut pula penulis telah

menggunakan nama Caya Langkara yang mempunyai kuasa luar biasa yang dapat

mengalirkan air melalui pucuk beringin. Dengan kuasa Allah dapatlah saudara tirinya

iaitu Muqaddam dan Muqaddim minum air tersebut supaya dapat menghilangkan rasa

kehausan. Dalam cerita ini penulis cuba menunjukkan bahawa agama Islam telah mula

berkembang di kalangan raja serta rakyat jelata. Pada zaman falsafah purba yang

mengalami ketidaktentuan teologi dan kosmologi merupakan salah satu sejarah falsafah

barat yang diperkenalkan oleh Betrand Russell (1933) mengikutnya mazhab falsafah di

Itali Selatan yang lebih bersifat keagamaan , dengan Pythagoras sebagai pemukanya.

Seterusnya, dalam cerita hikayat tersebut penulis juga menekankan bahawa semua

manusia haruslah hidup dalam keadaan yang aman tanpa sebarang permusuhan dan

persengketaan kerana amalan tersebut dilarang dalam agama Islam. Hal ini,kerana tidak

akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak. Dalam al-Quran surah Ali’Imran

ayat 102 telah menyebut bahawa berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah

dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikannya)

kepada kamu ,ketika kamu telah bermusuhan. Ini boleh dikatakan hubungan Caya

Langkara dengan saudaranya, Muqaddam dan Muqaddim yang telah menfitnah Caya

Langkara kerana perasaan hasad dengki yang mempengaruhi diri mereka. Falsafah

keagamaan merupakan satu ilmu mistik yang berkaitan dengan ilmu tentang objek yang

abstrak dan atau transendental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang mistikal dan

5
supralogikal ,melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui

ilham,kasyaf, dan wahyu,dengan nilai berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati.

Kesimpulannya, hikayat Caya Langkara merupakan salah satu karya melayu

klasik untuk saya kaji sebagai tugasan saya pada kali ini. Oleh itu,setelah dikaji saya telah

dapat mengeluarkan satu falsafah daripada hikayat tersebut. Falsafah yang saya dapat

keluarkan ialah falsafah keagamaan. Hikayat Caya Langkara merupakan satu cerita untuk

memberitahu kepada pembaca bahawa pada masa tersebut agama Islam telah mula

tersebar secara sedikit demi sedikit namun bukan semuanya mengamalkan ajaran

islam.Menurut Prof. M.Saeed Sheikh, falsafah Islam mesti ditakrifkan sebagai upaya

menerjemaahkan dan membina semula pelbagai wawasan metefizik yang terdapat dalam

Al-Quran dengan menggunakan bahasa dan gaya falsafah yang tidak terdapat didalamnya

sebarang unsur muhibah terhadap sesuatu yang tidak Islam. Berbeza pula dengan

pendapat Prof .Mahsin yang menyatakan falsafah Islam berasal usul daripada tradisi

yunani sudah berupa suatu persoalan sampingan sahaja , pelbagai gantian telah

dikemukakan sebagai pilihan terbaik untuk mengisi falsafah Islam, iaitu teologi

Islam,perundangan undangan Islam ,tasawuf Islam dan sebagainya sehingga sekalian

mutakallimin(ahli ilmu kalam atau teologi), ahli sufi, fuqaha, muhadithun(ahli hadith)

merupakan pemikir yang sah untuk digelar sebagai ahli falsafah Islam.

BIBLIOGRAFI

6
Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

G. M. A. Grubbe. 1970. Plato’s Thought

Hasbullah Bakry. 1964. Systematik Filsafat. Solo : Penerbit Ab. Sitti Sjamsijah.

Hashim Bin Haji Musa. 2001. Falsafah , Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Seyyed Hossein Nasr.1989. Terjemahan daripada An Introduction To Islamic


Cosmological Doctrincs.

Http://www.wikipedia.org / wiki /falsafah.

You might also like