You are on page 1of 12

Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

1
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Tokoh Kebanggan Negara

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional


wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang
menduduki tangga no.1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau
pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006
dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006,
2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan
Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah
menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-
beradik, iaitu Lianne dan Cheryl yang merupakan pemain skuasy cemerlang di
peringkat kebangsaan.

Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata


pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita
menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian
Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran
Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau
Pinang.

2
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Pada 7 Jun 2008, Nicol David


dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)
sempena sambutan hari keputeraan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin. Beliau merupakan
penerima pertama anugerah ini yang
diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah
ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang
kesenian, sains dan kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi
penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun
Abdul Rahman Abbas.Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah
Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru
beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau
Pinang. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga
berasal dari Pulau Pinang, pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal
daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian
honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain
Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai


wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004, di
samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima


tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun. Ketika
berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon,
yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau
Pinang, bersama adik-beradiknya. Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992,
apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior
Negeri Pulau Pinang. Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan
sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan
Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16.
Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang
untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol
pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. Pada tahun yang
sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong
Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior
Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard
Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian,
sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi
Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu

3
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

mencapai status profesional pada tahun


2000 apabila memenangi gelaran WISPA
sulungnya hanya sebulan selepas
penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai
pada bulan Februari apabila beliau
menewaskan Salma Shabana di pusingan
akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun
2008, Nicol David dikurniakan gelaran
Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa
obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada
tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh
UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang
dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga
mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51
perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka
Seoul pada April 2007. Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali
berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp,


Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia
remaja pada usia 15 tahun. Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang
pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu. Beliau berjaya
mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau
merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang
sejarah skuasy; ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama,
termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-17),Terbuka Junior Jerman (juara
Bawah-19), Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan), dan Juara Junior Asia
untuk acara individu dan pasukan.

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior


Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf
juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–
3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara
termuda kejohanan itu. Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior
Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun.
Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat
emas di Sukan Asia pada Disember 1998. Nicol juga merupakan antara sebilangan
kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka
Junior British.

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000 apabila
memenangi kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah
lembaga skuasy tersebut.Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau

4
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

mengalahkan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan


markah 9–1, 9–0, 9–5. Sebulan selepas itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan
penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun.Nicol turut meraih penajaan untuk
jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan
WISPA sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat
raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha Sports. Pada bulan Julai, Nicol
merangkul kejuaraan Junio Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya
Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan
akhir. Beliau merupakan pemain skuasy perempuan pertama yang menjuarai
Kejohanan Junior Sedunia dua kali. Nicol turut memenangi acara perseorangan di
Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia Chuah
di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di samping membantu pasukan
Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah
9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam
kerjayanya.Beliau bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran,
memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002 setelah
kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di pusingan
akhir.Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan
Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–
10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang
kedua dalam kerjayanya. Akan tetapi, Nicol gagal
mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah
kecundang 9–7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari
Hong Kong di pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu


memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di negara sendiri,
beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian
tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan November.
Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh
Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4. Nicol kurang menyerlah juga dalam
acara utama WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS
Carol Weymuller,Terbuka British dan Terbuka Texas. Di Terbuka Qatar Classic,
Nicol kecundang di pusingan kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9,
9–0, 9–4.

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan.
Pencapaiannya yang terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala
Lumpur dan Terbuka Malaysia. Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan
pada bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA
WorldStars di Shanghaidan separuh akhir Terbuka Dunia, supaya naik dua tangga
ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang
berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat

5
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia.
Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan
Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara
tersebut. Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia
dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia
pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama
yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari
Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit Dalam masa dua bulan
selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas
dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh
para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006,
sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga
nombor 1 Dunia dalam sukan ini. Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang
gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983. Nicol
membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa
Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis dan
Terbuka Kuala Lumpur. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini
menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. Apapun, Nicol mula
meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas
kembali kedudukan #1 dunia. Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka
Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham
dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka
Dunia Wanita. Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara
dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan
Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah Nicol turut menggondol kejuaraan
Terbuka Qatar Airways Challenge, Kejohanan Terbuka British Dunlop, Terbuka
Hong Kong, Terbuka Pulau Pinang dan Terbuka Malaysia CIMB. Nicol mengungguli
ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing
terdekatnya, Rachael Grinham, dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada
bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan
oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang
berlangsung selama 87 minit. Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal
mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley
Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit.
Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir
kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat
gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.
Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia
setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan.

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa
kalah. Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan
mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific buat kali ketiga
berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak
Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan. Nicol meraikan setahun kalendar penuh

6
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita
Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga
teratas. Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka
Apawamis di New York pada bulan Februari, diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia,
Terbuka British di England, Terbuka Seoul di Korea Selatan, Terbuka Malaysia,
Masters Singapura Terbuka Belanda,Terbuka Dunia di England, Qatar Classic dan
Terbuka Hong Kong. Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan
Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah
memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998, kemudian
menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan
Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking
WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie
Grinham (Belanda) di tangga kedua ; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di
tangga ketiga; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di tangga keempat. Dalam
pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa
kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau
tewas kepada Natalie Grainger di pusingan akhir. Selepas kekalahan itu, Nicol
bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali
diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan
kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35
dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA. Seminggu
kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi
mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set.

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka


Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.
Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan
Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam
tiga set. Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka
Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas
Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol
menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-
turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.

Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie


Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut,
dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan. Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set
dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu.
Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya
dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking
Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald
sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.
Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka
British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit
untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan
Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat. [ Nicol mengakhiri

7
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh
akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-
turut. Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari. Pertandingan
pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan
Mac; beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus
kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan
juaranya. 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya
Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya
mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu. Inilah kejuaraan Nicol yang
keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002,
2005, 2007 dan 2008.

Nicol memenangi lima lagi kejuaraan jelajah sejak April, termasuklah menjuarai
gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij” pada 22 September. The World Open win
was Nicol fifth thus equalling Sarah Fitz-Gerald's record for the most times World
Open win. Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan
komanwel di Dehli,Nicol menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam
masa 40 minit untuk meraih pingat emas.

8
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Pencapaian Nicol Ann David


1999
Terbuka Remaja British – Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia – Juara
Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia - Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja
Jerman – Juara, Kejohanan Remaja Malaysia – Juara, Kejohanan Remaja Dunia –
Juara, Terbuka Remaja Scotland – Juara di bawah 17 tahun,
1998
Terbuka Remaja British – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
Di bawah 17, Kejohanan Wanita Asia – Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit
Final – Juara di bawah 19 tahun, Sukan Asia – Pingat Emas,
1997
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 15 tahun, Terbuka
Remaja Australia – Juara bawah 17 tahun,
1996
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
bawah 14 tahun
1995
Terbuka Remaja Scottich – Juara 14 tahun
Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001),
Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005),
Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

2006
Kejohanan Asia - Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan
2005
Terbuka Kuala Lumpur Country View - Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al
Saad Kuwait - Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch - Juara, Kejohanan Terbuka
CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British - Juara, Terbuka Carol Weymuller –
Juara, Kejohanan Dunia - Juara
2004
Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta
Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir
2003

9
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak


2002
Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara
Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002
(Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait - Juara perseorangan, Terbuka
Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan
2001
Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara
Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara
2000
Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara
Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open - Juara

  
1999
Terbuka Remaja British – Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia – Juara
Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia - Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja
Jerman – Juara, Kejohanan Remaja Malaysia – Juara, Kejohanan Remaja Dunia –
Juara, Terbuka Remaja Scotland – Juara di bawah 17 tahun,
1998
Terbuka Remaja British – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
Di bawah 17, Kejohanan Wanita Asia – Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit
Final – Juara di bawah 19 tahun, Sukan Asia – Pingat Emas,
1997
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 15 tahun, Terbuka
Remaja Australia – Juara bawah 17 tahun,
1996
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara
bawah 14 tahun
1995
Terbuka Remaja Scottich – Juara 14 tahun
Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001),
Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005),
Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

10
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

Rujukkan

1 . Internet

2 . Surat Khabar

3 . Majalah Sukan

11
Tokoh Kebanggaan Negara.

Naman Murid : Sashmettha Krisma Nama Guru : Pn. Sabariah Arifin

12

You might also like