P. 1
Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

|Views: 2,623|Likes:
Published by Affiq Yusoff

More info:

Published by: Affiq Yusoff on Apr 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

Alam Sekitar

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber -sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar.  Air  Bahan Buangan dan Kitar Semula  Pemuliharan  Udara

Water There are a few countries in the world where fresh water flows freely and in abundance. Rainfall is plentiful in Malaysia, and therefore it becomes easy to take fresh water for granted. The truth is that Malaysia is on the verge of a major water crisis and effort is required from all its citizens to help improve the situation. The following are a list of things we can all do to conserve water usage: 1. Turn the tap off while brushing your teeth. 2. Use a basin of water for shaving. 3. Take quick showers rather than baths.

This will save you money and also reduce the amount of packaging used. motor oil. Use grey water (water used for washing) to water plants. These are steps we can take to guard against water pollution. Waste and Recycling Issues with overflowing landfill sites are a problem in many countries and Malaysia is no exception.  Buy in bulk. 9. Plant native plants instead of traditional lawn grass to avoid the use of herbicies. On top of conserving water. Watering during midday heightens evaporation and leaves less for the plants. and other household hazardous wastes. 5. 6. but save on electricity as well .4. However. Do not throw in the trash. antifreeze. because they can migrate to your water source. Some countries are attempting to overcome this problem by incinerating the waste. Reuse  Bring your own to the office instead of using disposable cups  Buy reusable containers for storing food  Buy sturdy grocery shopping bags which can be reused again and again  Bring your own container when buying takeout food  Use energy efficient light bulbs which not only lasts longer. pour down the drain or dump on the ground paint. 8. pesticides and fertilizers. making it more efficient). Install low flow shower heads and faucet aerators (which disperses water. Install low and dual flush cisterns. Make sure all leaks are fixed. These are things we can do : Reduce  Bring your own bags when doing grocery shopping instead of using plastic bags. it is important to ensure that we prevent our drinking water from being polluted. Water plants in the morning and evenings. the quantum of waste which is incinerated is small and incineration is not without its problems. Wash dishes with a tub of water instead of running the tap. 7. We have to do our part in ensuring that the amount of waste going to landfills is kept at a minimum.

gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat. Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. jike serangga menjadi pupus.  Sell or donate goods which you no longer want to use Use rechargeable batteries Recycle  Participate in your community recycling programme (if there are no programmes. Oleh itu. .  Buang sampah dalam tong yang disediakan. Secara langsung. adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. containers) Pemuliharaan Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi. Sebagai contoh. Jika perlu. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan. kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.  Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh. banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. start one)  Recycle car batteries and motor oils  Separate your rubbish into recyclable and non-recyclable  Start a composit pit using your organic waste (but not in highly populated areas as this can attract rodents and pests). This becomes good and natural fertilizer for our plants  Use items which have been made from recycled materials (toilet paper. Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:  Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan  Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen  Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. bottles. adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara.  Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Namun. Namun demikian.  Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan peghasilan karbon. seperti udara yang kita hirup. sup penyu.malaysia.  Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.  Servis kenderaan anda secara konsisten. Misalnya sirip ikan yu. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu.  Elakkan pembakaran secara terbuka. Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin). Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.gov. Rujukan : http://www.  Janagan gunakan penyembur aerosol.aspx . Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api. Udara Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini. malah ia lebih cepat. ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.  Beli kereta yang lebih ekonomi. menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara. Sebagai peserta. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan.  Untuk perjalanan yang dekat. kaki beruang dan lain-lain.my/BM/Relevant%20Topics/Society%20and%20Life/Citize n/SocialWelfareandCommunication/Environment/Pages/myEnvironment.

3. Datin-Datin. Dato-Dato. Seperti yang kita sedia maklum. 2.UCAPAN YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SEMPENA PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN (MASM) 2010 21 OKTOBER 2010 (KHAMIS) PUTRAJAYA Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Alam Sekitar Y. Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi Majlis pada tahun ini juga mempunyai maksud yang tersendiri. 1. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia dianjurkan setiap tahun bagi memperkasakan program kesedaran alam sekitar dalam mempertingkatkan amalan mesra alam di kalangan setiap individu di Malaysia dengan kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Puan-Puan yang dihormati sekalian. Dato¶ Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Y. Dato¶ Hajah Rosnani Ibarahim Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Tan Sri-Tan Sri. Tahun ini tema sambutan adalah: µPemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama¶.Bhg. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan untuk melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 serta Penganugerahan Bandar Lestari dan Wira Alam pada pagi ini. Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk Sambutan dan semua pihak yang terlibat dan telah memberi kerjasama padu dalam menjayakan Majlis ini yang pada tahun ini dadakan di Putrajaya. Tuan-Tuan. Putrajaya merupakan . Bhg.

6.sebuah bandar lestari dan mesra alam atau sustainable city mula dibina pada tahun 1995 sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. kegagalan kita memelihara alam sekeliling boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat sejagat. kemarau dan sebagainya. tanah runtuh. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. tasik dan wetland ini dapat menyeimbangkan pembangunan dan pada masa yang sama mengekalkan persekitaran yang sihat. penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram dan sebagai ya serta n fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan ekosistem. sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman. Salah satu program yang diadakan ialah sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang diadakan setiap tahun. tasik dan wetland. Kerajaan telah memperkenalkan dasar dan garispanduan serta menguatkuasakan pelbagai undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. 4. Dato-Dato. sihat dan berkualiti adalah penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. garis panduan dan program ini perlu dijadikan panduan kepada semua pihak termasuk Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan sumber semula jadi digunakan dengan lestari di samping alam sekitar kita dipelihara. Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir. pencemaran air. . Dasar. Masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran udara. pembuangan sisa pepejal dan toksik. Alam sekitar yang bersih. 5. Tan Sri-Tan Sri. Putrajaya juga menyediakan kemudahan Park & Ride dengan bas NGV serta sentiasa menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan pergerakan kenderaan bermotor di sekitar Putrajaya sebagai langkah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas-gas pencemar. Taman. Tan Sri-Tan Sri. Dibangunkan berdasarkan konsep bandar dalam taman. Kita juga amat bertuah kerana masih mampu menghirup udara segar kerana kekayaan sumber semula jadi ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Sehubungan itu. Namun begitu. Kita harus sedar akan kepentingan khazanah alam sekitar kerana Malaysia merupakan antara negara yang mem punyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi di dunia. manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat dan kawasan kediaman. Dato-Dato.

iaiatu. kerana ia dapat mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah. dapat turut serta dalam aktiviti yang disediakan sepanjang Minggu Alam Sekitar berlangsung. barulah kita dapat menghayati semangat cintakan alam sekitar seterusnya melaksanakan langkah kedua iaitu practise. Di seluruh dunia terdapat hampir 5 billion pelanggan telefon bimbit pada masa sekarang dan 15 billion bateri telefon . para hadirin boleh menggunakan platform Minggu Alam Sekitar kali ini. sahabat handai. rakan sepejabat dan kenalan. bunyinya mudah. we learn. Justeru. jika berpeluang. untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan alam sekitar serta bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas. second. Pada hari ini. tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. namun amat praktikal. bukan pihak Kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan. sebagai permulaannya. antara lain. learn atau belajar. First. Sama-samalah sebarkan dan kongsi pengetahuan dan amalan anda dengan kaum keluarga. Dengan pengetahuan yang ada. atau amal. Sebagai titik permulaannya. we practice and third. Sambutan tahun ini. Terdapat banyak tapak pameran di sediakan sepanjang 3 hari mulai hari ini hingga Sabtu. practise atau amal dan share atau kongsi. Apa yang penting adalah setiap individu perlu bersedia membuat sedikit perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam. Dalam usaha menjaga alam sekitar. tentang apa yang ingin anda tahu tentang pemeliharaan alam sekitar. Perkongsian maklumat dan amalan adalah asas dalam membudayakan sesuatu amalan. 8. Tan Sri-Tan Sri.7. dan seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak pelupusan. memberi tumpuan kepada pengurusan sisa elektronik atau dikenali sebagai E-waste. 9. 10. para hadirin semua dibekalkan dengan beg mesra alam bersama-sama satu buku kecil bertajuk ³Amalan Mesra Alam´atau Environmental Friendly Practices. jiran. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Penggunaan Beg Mesra Alam ini merupakan salah satu contoh amalan yang baik atau good practice dalam memelihara alam sekitar. Dato-Dato. 11. Back to basics. ajaklah saudara mara dan kenalan berkunjung ke sini dan sama-sama memanfaatkan ilmu yang ada serta. Mari kita mulakan dengan 3 pendekatan asas. 23 Oktober 2010. we share.

kuantiti ewaste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan -kemudahan yang dilesenkan telah meningkat dari 40. selenium. kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas. Kanada. 24. 14.300 tan metrik pada 2006 kepada 134. Peningkatan dalam penggunaan barangan elektronik sememangnya menyebabkan bertambahnya amaun e-waste yang di dikeluarkan di negara ini. E-waste adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. raksa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) melaporkan bahawa 6. Pada 2009 SKMM juga mendaftarkan 30. Hong Kong.3 juta pasca bayar.22 juta rumah tangga (household) di Malaysia mempunyai television pada tahun 2009. 12. sebanyak 28 ³illegal shipment´ telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Korea Selatan.4 juta telefon bimbit iaitu.000 tan metric pada tahun 2009. India.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6. ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan. Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual.bimbit dijual setiap tahun. Peratusan rumah tangga di Semenanjung Malaysia yang mempunyai television ialah 96% manakala di Sabah dan Sarawak peratusannya ialah 88%. kromium heksavalen. Sebaliknya jika buangan ini diurus dengan baik. . Pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500. 13. Sepanjang tahun 2009. Jepun. sebanyak 138 lesen telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kemudahan-kemudahan pemerolehan kembali buangan tersebut. New Zealand. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Di Malaysia. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan. penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar. 80% lagi penduduk memeliki radio. Di samping itu.000. kadmium. Bagi mengurus ewaste secara baik. Tan Sri-Tan Sri. arsenik. perak dan lain-lain. Dato-Dato. E-waste apabila ianya tidak di urus dengan baik dan selamat boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kemudharatan kesihatan manusia kerana ianya mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti plumbum. Indonesia. Kesemua ³shipment´ berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 17.000. Selain itui. pihak kutipan ewaste dan juga syarikat telefon bimbit juga mengambil bahagian dalam pamiran sempena sambutan MASM kali ini. Semoga ia menjadi motivasi dan pendorong kepada Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan serta individu-individu untuk meneruskan usaha dan sumbangan yang telah diberikan. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180. saya mengucapkan tahniah dan berharap pemenang -pemenang akan terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan alam . Di samping itu tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membawa ewaste tuan/puan untuk diserahkan kepada syarikat syarikat berkenaan untuk dikitar semula. Tan Sri-Tan Sri. 18. agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit. Dato-Dato. tindakan mahkamah telah diambil ke atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama. 16. Dato-Dato. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya. Tan Sri-Tan Sri. Saya difahamkan syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste.00 serta penjara mandatori selama satu hari. kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Singapura dan China. Kempen ini adalah untuk menggalakan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. Bagi menyedarkan orang ramai tentang keperluan pengurusan buangan e-waste yang teratur. Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Penyampaian anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan Kerajaan ke atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Pihak Berkuasa Temptan dan individu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kepada penerima-penerima anugerah-anugerah ini serta penerima-penerima kategori khas. Bersempana dengan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia. pada pagi ini diadakan juga penyampaian Anugerah Bandar Lestari 2009/2010 dan Anugerah Wira Alam 2010. Saya ingin menggalakkan para hadiran terutamanya warga Putrajaya untuk mengunjung pameran ini dan mempelajari cara-cara pengurusan ewaste secara baik. 15.Filipina.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kerajaan Tempatan yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam menjayakan Program Penganugerahan Bandar Lestari ini.sekitar.aspx . Tan Sri-Tan Sri. saya dengan sukacitanya merasmikam Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.nredev.my/ucapan/archive/2010/10/27/pelancaran-minggu-alam-s ekitar-2010. adalah menjadi harapan Kementerian saya supaya tumpuan berterusan diberi kepada usaha meningkatkan lagi kesedaran dan komitmen orang ramai. badan bukan kerajaan. pihak swasta dan industri bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan lestari atau ³sustainable development´. 21. Dato-Dato.nre. 19. Justeru. terima kasih. 20. Rujukan: http://www. Sekian.gov. Dengan kata-kata itu. Kejayaan pengurusan alam sekitar secara berterusan memerlukan kerjasama bersepadu daripada setiap lapisan mesyarakat.

Stephen Rundi ak. Bhd. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. KUCHING Yang Berhormat Datuk Peter Nansian ak. cetak dan elektronik Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian. 1. Selamat Tengahari.TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2010 24 OKTOBER 2010 (JUMAAT) HILLS SHOPPING MALL. Yang Berusaha En. GVE Strategic Waste Sdn. GVE Strategic . Umicore Belgium Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Para pelajar dari institusi pengajian tinggi/sekolah Wakil-wakil media massa. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu. Ngusie Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Yang Berhormat Dr. Luke Pengurus Besar. Utom Menteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak Yang Berusaha En Ismail Ithnin Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Yang Berusaha En. Sim Yian Chai Pengarah.

. Justeru. Hampir 15 billion bateri telefon bimbit dijual setiap tahun. Kehadiran tuan-tuan. 24.4 juta telefon bimbit iaitu. menjelang tahun 2020. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan. . Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati. Manakala di Afrika Selatan dan China peningkatannya adalah dalam lingkungan di antara 200 hingga 400 peratus. dan puan-puan sekalian boleh diterjemahkan sebagai bukti sokongan dan komitmen anda semua dalam usaha menghargai dan memulihara alam sekitar. SKMM juga mendaftarkan 30. Bhd.22 juta rumah tangga (households) memiliki television pada tahun 2009. 4.3 juta pasca bayar. Menurut satu laporan lagi. Kuching kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010. jumlah pelanggan telefon bimbit di seluruh dunia pada tahun 2009 ialah sebanyak 4.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6. televisyen. 5. Sebanyak 96% rumah tangga di Semenanjung Malaysia mempunyai television manakala peratusan di Sabah dan Sarawak ialah 88%. Menurut International Telecommunication Union (ITU). Di samping itu. Dengan itu terhasillah buangan elektrik dan elektronik ataupun lebih di kenali sebagai e-waste. meningkat dengan kadar yang cepat sekali. Bhd. Berdasarkan trend peningkatan penjualan dan penggunaan barangan elektronik dan elektrik tersebut. Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan elektrik dan elektronik termasuk komputer persendirian.Waste Sdn. alat penghawa dingin. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM). amaun e-waste di peringkat global meningkat sebanyak 40 juta tan setiap tahun. mesin basuh. telefon bimbit dan bateri. Justeru itu barangan elektrik dan elektronik menjadi cepat luput (obsolete) dalam tempoh yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran. 2. barangan elektrik dan elektronik yang lama. Di samping itu. 6. 80% lagi rumah tangga memiliki radio. jumlah e-waste daripada komputer lama di India akan meningkat sebanyak 500 peratus.. rosak dan sebagainya perlu juga dilupuskan. pengurusan e-waste kini menjadi satu cabaran besar kepada semua negara termasuk Malaysia. 3. Bhd. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan-puan dapat menghadirkan diri bersama-sama menjayakan program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya pengurusan E-Waste. DNS Waste Management Sdn. Pada tahun 2009.6 billion dan angka ini dijangka melebihi 5 billion pada tahun 2010. dan Hills Shopping Mall. Umicore Malaysia Sdn.

9. arsenik. perak dan lain-lain.9 bilion pada tahun 2009 kepada US$ 21 bilion pada 2020. kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas. Pembuangan E-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus dengan baik boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. di samping memperolehi manfaat ekonomi. raksa. Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual 2005. kadmium. untuk dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kegunaan-kegunaan lain yang juga akan memberi pulangan hasil yang sangat baik. kuantiti e-waste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh . sisa ini merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak dimanfaatkan dengan baik. Menurut satu kajian. Ini ialah kerana E-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum. E-Waste boleh didefinisikan sebagai peralatan elektronik dan elektrikal yang telah luput dan ianya adalah salah satu daripada berbagai jenis buangan terjadual atau scheduled waste dengan kod SW 110. iaitu sebanyak 19 kemudahan penuh perolehan kembali (full recovery facility) dan 134 kemudahan separa perolehan kembali (partial recovery facility) termasuk 7 yang dilesenkan oleh JAS Sarawak Kemudahan ini menjalankan aktiviti mengasingan bahan berguna di dalam e-waste seperti logam. kromium heksavalen. kaca dan plastik dan akhirnya memperolehi logam-logam spesifik seperti tembaga. ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan.Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati. 6. Sehingga kini. Peraturan ini juga memperuntukkan untuk pemerolehan kembali e-waste seboleh mungkin. penggalakan aktiviti pemerolehan kembali buangan tersebut dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Jika buangan ini diurus dengan baik. Dasar dan strategi Kerajaan dalam pengurusan e -waste adalah sepertimana termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. sebanyak 153 lesen telah dikeluarkan oleh JAS untuk kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual di Malaysia. 7. 8. emas. selenium. pasaran untuk e-waste di peringkat dunia dijangka meningkat daripada US$ 6. perak dan sebagainya. Menurut Peraturan ini. Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan e-waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat. E-waste yang tiada nilai komersial perlu dilupuskan di tapak/premis yang dilesenkan oleh pihak JAS. Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan termasuk mengawal pengimportan E-Waste secara haram. Pada masa yang sama. Sehubungan itu. penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.

Dalam Sambutan Minggu Alam Malaysia 2010 (Peringkat Kebangsaaan) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2010. Berikutan ini. Walau bagaimanapun. Di samping itu. 10. sepanjang tahun 2009. 12.Tuan-Tuan dan Puan-Puan.000 tan metric pada tahun 2009.000. E-Waste juga tersenarai sebagai buangan berbahaya di bawah Konvensyen Basel Yang Mengawal Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan Berbahaya di bawah Annex VIII dengan kod A 1180 dan A 2010. Korea Selatan. India. Bagi mengelakkan pengimportan E-Waste secara haram dari luar negara pula. Kanada. Jepun. 11.kemudahan-kemudahan yang dilesenkan telah meningkat dari 40. Kesemua ³shipment´ berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat. Di Sarawak pula.000. Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti pemerolehan kembali. pengurusan E-waste telah diberi tumpuan dengan penyertaan aktif oleh syarikat-syarikat . Hong Kong. Garis panduan ini menggariskan bahawa pengimportan E-Waste bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan adalah dilarang sama sekali. dianggarkan 641 MT E-Waste terhasil untuk tempoh Januari hingga Oktober 2010. 2008. Singapura dan China. Yang Berhormat . di mana Malaysia adalah parti kepada Konvensyen tersebut. Filipina. Kementerian dan pihak JAS dengan kerjasama semua pihak juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan Alam Sekitar dan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste. pengimportan Used Electrical And Electronic Equipment masih dibenarkan bagi tujuan guna semula jika barangan berkenaan disahkan masih berfungsi dengan baik atau berumur tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan. Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu garis panduan bertajuk Guidelines for the Classification of Used Electrical And Electronic Equipment In Malaysia. sebanyak 28 ³illegal shipment´ telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Selain itu. pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat komputer dan CRT (cathode ray tube). Indonesia. New Zealand.00 serta penjara mandatori selama satu hari.300 tan metrik pada 2006 kepada 134. tindakan mahkamah telah diambil ke atas satu kes pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500.

Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya. Khususnya di Sarawak pula. telah diadakan di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kempen yang pernah dan sedang dijalankan menerusi kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM). 15. Selain itu. Jabatan Alam Sekitar sedang mengkaji menggubal peraturan atau ³take back policy´ khusus untuk menggalakkan semua pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan elektronik mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah luput untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat. sukacitanya saya menyarankan agar kerja sama erat dan kempen pengumpulan E-Waste ini dipergiatkan dengan lebih proaktif di antara JAS Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan mahu pun Pejabat Residen Bahagian. Pulau Pinang. dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah. Selain itu saya mencadangkan supaya diperbanyakkan pusat 3P iaitu Pemungutan. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Syarikat Alam Flora Sdn. 13. Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh. institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama. Dalam hubungan ini. agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit.pemerolehan kembali ewaste.Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. Melaka dan Johor. Bhd. Yang Berhormat . GVE Strategic Waste Sdn. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 16.. Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS. Ini dilakukan untuk mengelakkan kesan pencemaran jangka panjang akibat dari kandungan logam-logam berat seperti raksa. Pihak Berkuasa Tempatan. saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak. Umicore . DNS Waste Management Sdn. Bhd. Pengumpulan dan Pengangkutan serta mengwujudkan kemudahan penuh atau separa perolehan kembali E-Waste di semua Bahagian Sarawak. pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon bimbit. Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste. 14. Bhd. Selangor. nikel dan plumbum. Kempen ini bertujuan dan memastikan E-Waste yang terhasil akan dikutip. Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan beberapa kempen kesedaran orang ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste.

aspx . Rujukan http://www. Dengan ini.Malaysia Sdn. Bhd.gov. Kuching atas inisiatif dan usaha sama dalam menganjurkan kempen pengumpulan e-waste di negeri Sarawak. Semoga usaha ini akan mencapai matlamat yang disasarkan.nredev. Sekian. di samping menjadi dorongan kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk menganjurkan aktiviti yang serupa ke arah pengurusan e-waste yang lebih cekap dan berkesan di negara ini amnya dan di Sarawak khasnya. Akhir kata. Terima kasih.nre. saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010. 17. 18. Semoga komitmen dan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan bagi menjayakan agenda mempertingkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-Waste di Negeri Sarawak pada masa akan datang. saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010 pada pagi ini. dan Hills Shopping Mall.my/ucapan/archive/2010/10/25/pelancaran-kempenpengumpulan-e-waste-peringkat-negeri-sarawak-2010.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->