You are on page 1of 58

KULIAH 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA


UMUM
Pengenalan

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara


mundur kpd negara sedang membangun dan kini
menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm
Wawasan 2020).

- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit


yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman
penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13
Mei 1969)
- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting
yg diperoleh ialah:

1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap


sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yg seimbang.
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak
wujud kepincangan sehingga menimbulkan
konflik.
Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi
yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg
matang.

Persoalannya
1. Apakah faktor yg boleh membawa
keseimbangan?
2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan
secara berterusan?

Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan


hubungan etnik yg harmonis
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang


kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.
2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh
struktur sosial masyarakat dan memberi
pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan
kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur
masyarakat bersifat kolonial.
3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan
sejarah dan kemampuan sosioekonomi
sesebuah negara.
4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan
sumber ketegangan sosial dlm sesebuah
masyarakat.
5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu
prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara
serta gambaran peranan faktor personaliti
dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.
6. Hubungan etnik penting dalam memahami
kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan
pengindustrian dan perubahan sosial).
7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial
dan perancangan sosial sesebuah negara.
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan
Nasional

- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional /JPNIN).
- Pengenalan Rukun Negara (ideologi
kebangsaan).
- DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr
Kebudayaan Kebangsaan.
- Gabungan parti-parti politik (Barisan
Nasional)
- Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn
luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia
dgn Sabah & Sarawak.

- Usaha kerajaan (top-down) shj tidak


memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg
berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama
& sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan
semua parti politik.
- Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia
tidak bergantung semata-mata kpd keadaan
berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi
juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza
(pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp
pelbagai kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg


mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun
tahap perpaduan nasional di negara kita sukar
diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg
negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis
KULIAH 2

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah:
Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan

Masyarakat
- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat -
sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung
secara tetap dan tersusun dalam menjalankan
aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa
mereka adalah hidup bersama. Terdapat
perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang
masih hidup dan kekal selama berabad- abad.
- Satu kumpulan / kelompok manusia yang
hidup saling berorganisasi, berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja
secara kolektif, mampu menyatukan buah
fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain serta lahir
satu sistem yang dinamakan sebagai
kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:


a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)
e) mempunyai kepimpinan; dan
f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,
status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum


- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan
persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang
sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok
manusia yg mengamalkan budaya yg hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, &
kegiatan ekonomi.

- Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk


kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti
adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan
tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi, & hiburan.

Konsep Suku
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun
bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat
sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud,
Kimaragang, dll)
Konsep Bangsa / Nasion
- Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk
berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada
- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun
manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih
rela bekerjasama sesama mereka, berbanding
dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya
terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah,
budaya, sejarah & agama.
- Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita
kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan
hubungan etnik yg harmonis.
Konsep Masyarakat Majmuk.

- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp


pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka
(pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem
politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan
pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.
- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi
politik pula masyarakat majmuk timbul akibat
dominasi penjajah.

- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan /


kelemahan azam sosial bersama (common social
will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui
anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi
panduan kepada tingkah laku sosial.
Konsep Kelas Sosial

- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu


kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-
hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg
sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,
martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua


golongan:
1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan dan pertukaran.
2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya
tenaga kerja sahaja
Konsep Institusi Sosial

- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat


dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola
tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola
hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial
yg tertentu.

Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi


keluarga, institusi politik, institusi agama,
institusi pelajaran dll.
Konsep Jarak Sosial

- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-


benar wujud di antara individu-individu, individu dengan
kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini
digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu
kelompok atau di antara kelompok.

- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan


persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak
sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang
hubungan atau interaksi dan persefahaman antara
kedua-duanya.
Konsep Mobiliti Sosial

- Merupakan satu proses perubahan individu atau


kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial
yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti
sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu
masyarakat.

- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti


sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem
tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi,
mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan
etnosentrisme

Etnisiti :
merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya
yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.
Etnosenterisme:

- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan


sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya
daripada kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila
mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan
standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap
kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan /
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai
pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat
yg lain.
- Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah
mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan
stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting
dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat
dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu
kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya
dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada
parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu
kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari


segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal
tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari
generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan
Austroloid.
- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-
ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna
mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg


menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok
lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan
dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini
berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek
mereka.
Rasisme
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya
terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah
fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan.
- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap
seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja
yg paling unggul.
- Rasisme wujud pd 2 tahap:
1. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu
2. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaan
yg bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis
- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik
tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg
jelas, tepat atau mencukupi.
- Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi
yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama
ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial.
- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Stereotaip
- merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar”
dsbnya.
- Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan
etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua
atau lebih komuniti etnik.
- Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif
dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu
kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik
yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik
dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.
Konsep Diskriminasi
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif
oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg
berpandangan negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.
- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan
kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis &
stereotaip dlm sesebuah masyarakat.
- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan
etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan
pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan
penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Budaya

- Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu


keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi
cara bertindak, berkelakuan dan berfikir).
Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok
yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg
sama didapati wujud dalam kalangan semua
masyarakat (seperti bahasa, objek-objek
kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan,
nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan
sebagai pola kebudayaan sejagat.
- Perubahan merupakan sifat yg penting bagi
sesuatu kebudayaan.

- Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan


sesuatu budaya:
1. Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian serta identiti.
2. Memupuk kesedaran kebangsaan &
kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual, & mental.

Ciri-ciri penting sesuatu budaya:


1. Dipelajari.
2. Dikongsi.
3. Bersifat sejagat.
4. Diwarisi
5. Berubah-ubah
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Adanya pandangan semesta (world view)

- Terdapat perbezaan budaya antara satu


masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu
sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan
budaya akan mengikut perkembangan masyarakat
itu sendiri.
Konsep Perpaduan & Integrasi
Perpaduan
- sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh
masyarakat & negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai
bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah
air.
Integrasi
- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua
kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak &
budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak
dihapuskan tetapi disuburkan.
- Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan
satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi
kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit
politik.
Unsur-unsur integrasi:
1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara
wilayah
2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu
kebudayaan kebangsaan
4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat
melalui program sosial (sukan, pendidikan,
perumahan, kesihatan dll)
5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem
pendidikan yg bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
& sosial
6. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian
kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah


sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg
amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu
segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati
iaitu amalgamasi

Konsep Segregasi
- merupakan pemisahan & pengasingan antara
satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain
dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm
beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
& kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada
didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.
Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta menghormati norma & nilai
kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya

- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-


kelompok yg berkonflik bersetuju untuk
menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk
sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi
sosial seumpama ini membolehkan kelompok-
kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta
sikap mereka yg berasingan.
- Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan
etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi &
pendidikan & mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia


kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan
pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama &
kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok
etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk


menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai
satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan
pemerintah dan kelompok-kelompok etnik
berkenaan.
Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di
antara kelompok / individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini
berhubungan dengan penyerapan sehala individu /
kelompok ke dalam kelompok lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok
berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu
dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi
mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan
& identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili
kumpulan etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi
yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza
budaya bagi suatu tempoh yg lama.

- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada


beberapa faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain.
3. Terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik.
- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz
kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar
imigrasi.
- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai
kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada
golongan majoriti sukar diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses
asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup
(kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup
org Thai.
- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya.
Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba
& Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi
- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti
kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan
melalui perkahwinan campur dan akhirnya
mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini
memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili
kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan
C.
- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini
berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa
berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak
istimewa mereka (jarang berlaku).
Konsep Akulturasi
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan
daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.
Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan
yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza
dalam satu jangka masa yg berterusan dan
perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu
atau kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan
yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok
adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya,
sosial dan psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg
bersifat kebendaan.
KONTRAK SOSIAL
- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara
pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat
yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.

- Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum


Melayu, Cina dan India tentang perkara penting
dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu,
Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam
sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA

• Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait


rapat dgn identiti nasional.

• Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg


diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg
memerintah dan kedaulatan.

• Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal


pasti melalui 2 sifat asas:
1. Kewarganegaraan
2. Etnisiti
•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan
Nasionalisme.

-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu


keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa
sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg
bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat
asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang
serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg
melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg
unggul & sah.

• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya


usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan
negara berdaulat.
• Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk
menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya &
menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya.

• Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan


semangat nasionalisme dgn cara menamatkan
penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas &
berdaulat.

• Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan


sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn
sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.
• Konsep Nasion -Negara bangsa.
Pembinaan negara bangsa umumnya boleh
disamakan dgn integrasi nasional.

•Kepentingan pembentukan nasion:


- untuk memastikan nasion itu terus kekal
dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram.
Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion.
Pengukuhan negara memerlukan penyertaan
dan dukungan komuniti etnik yg memberikan
kesetiaannya.
MODEL PEMBENTUKAN NASION
Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model
Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model
Amalgamasi dll.

APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?


- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.
Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak
berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan &
kegembiraan yg sama pd masa lampau’.
- Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem
ekonomi duaan & pengasingan pendidikan
menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses
asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg
dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar
pendidikan & bahasa kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)


‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah
melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu
melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan &
ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm
negara’.
- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik
tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami
keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk
boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah
penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd
faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan
sosial & sosiobudaya.
TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.

- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan sendiri:


menggabungkan pendekatan politik, ekonomi &
sosial.

- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat


penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki
pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan.

- Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan Islam


Hadhari.
Usaha pembentukan nasion Malaysia
dilaksanakan melalui pelbagai strategi:

1. Kerjasama & perkongsian politik.


- Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui Parti
Perikatan (kerjasama & perkongsian elit pemerintah
pelbagai kaum)
- Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah
pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan Nasional
dibentuk - pengukuhan kerjasama & perkongsian
politik pelbagai kaum.
- Kawalan politik utk kawal politiking yg berlebihan &
utk menjamin kestabilan politik.
- Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-
rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai
kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan
kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama)

- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun


Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar
Bahasa Kebangsaan, DEB)

2. Kerjasama & perkongsian ekonomi.


- DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat
kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang
kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg
saksama di kalangan penduduk.
- DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak
drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).
- Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk
bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik.
- Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan
ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih
ramai usahawan.
- Adanya program sokongan utk meningkatkan
penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.
3. Keadilan sosial.
- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi -
pengagihan yg adil & memerangi pemusatan
kekayaan segelintir manusia melalui program
pembangunan luar bandar.

4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan.


- dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa
kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.

5. Kebudayaan Kebangsaan.
- keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup
& budaya bersama.
6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai
agama, etika & moral.

Teras, Model dan usaha membentuk nasion


Malaysia berbeza dgn negara lain kerana
sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza
dgn negara luar.

You might also like