You are on page 1of 1

Tuan :

Rujukan Kami :
Tarikh : 14 April 2011

En. Ahamad Sabirin b. Abdul Mutalib


Seksyen Perhubungan Awam
Taman Botani Negara Shah Alam

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Berinformasi

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Taman Botani Negara Shah Alam. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah
butiran lawatan:

Tarikh : 20 April 2011


Masa : 9.00 pagi Hingga 4.30 petang
Bilangan : 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring
Tujuan : Memberikan pendedahan dan pengalaman baru mengenai
kepelbagaian flora dan fauna dengan lebih dekat

3. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa
dan perhatian tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nur Amirah Binti Hamzah)


Guru Matapelajaran Sains
Smk Taman Kosas

You might also like