You are on page 1of 33

OLAHRAGA: LARI PECUT

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Pengenalan Olahraga ms 2
Sejarah dan Perkembangan Olahraga di

2 Malaysia dan Antarabangsa ms 2


Kepentingan sukan olahraga dalam

3 KBSR ms 3
4 Pengenalan Lari Pecut ms 4
5 Sejarah Lari Pecut ms 5
6 Peralatan Larian ms 7
7 Prinsip-prinsip Larian Pecut ms 8
8 Peraturan Lari Pecut ms 8
9 Larian Ansur Maju ms 10
10 Teknik-teknik dalam Lari Pecut ms 17
11 Aktiviti- aktiviti senaman lari pecut ms 25
12 Kesalahan- kesalahan biasa ms 26
13 Pemegang Rekod Terkini ms 27
14 Penutup ms 28
15 Refleksi ms 29
16 Rujukan ms 31
17 Lampiran ms 32

1.0 Pengenalan Olahraga

Olahraga adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan

lompatan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek “athlos” bermaksud

bertanding. Olahraga juga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan

antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan

secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan

catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi juara dalam perlawanan tersebut.

Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain.

UGK-S1K-Olahraga ms 1
OLAHRAGA: LARI PECUT

2.0 Sejarah dan Perkembangan Olahraga di Malaysia dan Antarabangsa

Olahraga merupakan sukan tertua di dunia di mana ia dipercayai bermula di Greece

Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Pada peringkat awal olahraga merupakan satu

bidang seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776

sebelum masihi di Greece Kuno yang merupakan tempat bermulanya sukan

olahraga dalam tamadun manusia. Pada tahun 1896 Sukan Olimpik Moden bermula

di Athens dan juga wujudnya IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa)

dalam tahun 1912. Sejak itu olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah

sekarang. Sukan olahraga bukan sahaja terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik,

malah dalam kejohanan sukan seratau olahraga telah menjadi acara utama seperti

Sukan Sea, Sukan Asia dan lain-lain lagi.

3.0 Kepentingan Sukan Olahraga Dalam KBSR

 Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan.

 Membangunkan kemahiran pergerakan asas.

 Memberi kefahaman kepada murid tentag keselamatan diri, alatan dan

tempat beraktiviti.

 Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.

 Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat.

UGK-S1K-Olahraga ms 2
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh

memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.

4.0 PENGENALAN: LARIAN PECUT

UGK-S1K-Olahraga ms 3
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 1

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk

satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Ia juga merupakan acara olahraga

jarak dekat iatu 100m, 200m dan 400m yang memerlukan tenaga yang tinggi

seperti tenaga anaerobik. Lari pecut bermaksud berlari dengan pantas dan

memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan

dan kaki.Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kepantasan seorang pelari itu

panjang langkah dan kekerapan langkah. Arahan permulaan bagi larian pecut

adalah “ke garisan” “sedia” dan “bang”.

Terdapat dua teknik yang kita perlu ikuti untuk larian pecut ini. Teknik pertama

adalah teknik gaya berdiri dan teknik gaya dekam. Ada dua faktor yang boleh

dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa

berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi,

kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa

berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki,

kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak

langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan

latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi

pinggang.

4.1 SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara olahraga yang terawal dalam

pertandingan olahraga. Pada abad ke-19 laru pecut menjadi semakin popular.

Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan

melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang

digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘ berjarak 384

UGK-S1K-Olahraga ms 4
OLAHRAGA: LARI PECUT

(192 meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok

permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.

Blok permulaan pada masa dahulu diperbuat daripada ketulan batu marmar.

Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet

menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar

permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang

dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.

Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara

mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk

menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan

diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan

sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet

berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan

dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun

1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921

kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama

untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh

Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,

Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88

saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod

larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus

UGK-S1K-Olahraga ms 5
OLAHRAGA: LARI PECUT

tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.

Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma

Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut

dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama

yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada

tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah

mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di

bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat

pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa

48.94 saat pada tahun 1978.

4.2 PERALATAN LARIAN

Blok Permulaan/ “Starting Blok”

Rajah 2

UGK-S1K-Olahraga ms 6
OLAHRAGA: LARI PECUT

Trek Larian/ balapan

Rajah 3

Kasut Berpaku/ “Spike”

Rajah 4

4.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS

Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :-

 Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

 Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki

tersebut.

 Tangan digerakkkan dengan pantas.

UGK-S1K-Olahraga ms 7
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

4.4 PERATURAN BAGI PELARI PECUT

 Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian perserta lain,

akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan

semula atas budi bicara pengadil. Sepatutnya peserta hendaklah berlari

mengikut lorong masing-masing.

 Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam trek.

 Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan,

suku akhir dan separuh akhir.

 Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF: International

Association of Athletic Federation.

 Peserta hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Pelari yang “false

start” akan diberi amaran sekali. Jika pelari itu melakukan kesalahan kedua,

penyertaanyan akan dibatalkan.

 Jika seseorang pelari gagal menghabiskan perlumbaan, tiada mata akan

diberi kepada pelari.

 Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan.

 Jika dalam sebuah perlumbaan mempunyai lebih daripada 10 orang peserta,

saringan kan dilakukan. Peserta yang teratas dalam perlumbaan saringan

akan bertandingan dalam perlumbaan seterusnya.

 Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa

pertandingan.

UGK-S1K-Olahraga ms 8
OLAHRAGA: LARI PECUT

4.5 Latihan Ansur Maju

A) Latihan Mendorong

 Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang

dimaklumkan.

 Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam

kumpulan.

 Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan

seorang lagi untuk mengelakkan diri disentuh.

UGK-S1K-Olahraga ms 9
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.

B) Latihan Teknik Pecut

 Berlari dengan melangkah panjang.

Rajah 5

 Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

UGK-S1K-Olahraga ms 10
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 6

 Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki

diluruskan.

Rajah 7

 Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

UGK-S1K-Olahraga ms 11
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 8

 Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki

diluruskan.

Rajah 9

 Berlari menyepak ke belakang.

UGK-S1K-Olahraga ms 12
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 10

 Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

Rajah 11

UGK-S1K-Olahraga ms 13
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan

tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

Rajah 12

C) Latihan Kekuatan Kaki Dan Latihan Pecutan

 Melonjak untuk jarak.

Rajah 13

UGK-S1K-Olahraga ms 14
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Melangkah panjang.

Rajah 14

 Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

Rajah 15

 Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

Rajah 16

UGK-S1K-Olahraga ms 15
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Berpasangan: Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Rajah 17

UGK-S1K-Olahraga ms 16
OLAHRAGA: LARI PECUT

4.6 TEKNIK-TEKNIK DALAM LARI PECUT

4.6.1 GAYA BERDIRI

Rajah 18

Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam

matapelajaran pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum

(gerko). Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia

merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak

digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.

a) Persediaan

 Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula

sebelum arahan ke garisan diberi.

b) Ke garisan

 Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan

titik atau garis mula tanpa menyentuhnya manakala kaki

belakang sedikit ke belakang (30-40cm) dan mengimbangkan

badan.

 Bengkokkan sedikit kaki hadapan.

 Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa

seperti telah terkumpul di kaki hadapan.

UGK-S1K-Olahraga ms 17
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Condongkan badan ke hadapan.

 Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan

bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan

maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

c) Sedia

 Condongkan badan ke hadapan.

 Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.

 Bengkokkan lutut kaki hadapan.

 Kaki belakang tolak ke tanah.

 Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan

pistol ataupun tiupan.

d) Bang

 Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak

kuat kaki hadapan.

4.6.2 GAYA DEKAM

Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah

pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat

menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya

dekam ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh

dibahagikan kepada tiga iaitu:

a) gaya pendek atau peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) - kedua-dua

belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan

selari dengan bahagian tumit kaki hadapan.

UGK-S1K-Olahraga ms 18
OLAHRAGA: LARI PECUT

b) gaya sederhana (Medium Start) - lutut kaki belakang selari dengan hujung

kaki hadapan.

c) gaya panjang (Elongated Start) - lutut kaki belakang selari dengan

bahagian tumit kaki hadapan.

4.6.2.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.

b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang

a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

4.6.2.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.

Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

1) Gaya peluru

a) Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.

UGK-S1K-Olahraga ms 19
OLAHRAGA: LARI PECUT

b) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang

setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana

a) Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan

blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang

a) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang

tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

4.6.2.1.3 Penempatan Blok Permulaan

Mengikut Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling:

Novice, satu cara penempatan blok dengan ukuran panjang kaki. Bagi

acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan

itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara

100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian

hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok

adalah tangen kepada garis dalam.

Rajah 19

UGK-S1K-Olahraga ms 20
OLAHRAGA: LARI PECUT

Terdapat 3 fasa dalam gaya dekam ini. Antaranya:-

a) Fasa Permulaan

 Keadaan “ke garisan”

 Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu

berada di bawah

 kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.

 Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas

blok.

 Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula.

Jarak di antara

 kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan

bidang bahu.

 Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan

keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.

 Keadaan “sedia”

 Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.

 Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.

 Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok

mulaan.

UGK-S1K-Olahraga ms 21
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 20

b) Fasa Pecutan

 Pergerakan Tangan dan kaki

 Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan

(bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat

tangan dan kaki.

 Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan

pergerakan ke hadapan.

 Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat.

 Tangan dibengkokkan 90 darjah.

 Lutut

 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan

pada tahap rendah.

 Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.

 Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30

hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke

condong ke hadapan.

UGK-S1K-Olahraga ms 22
OLAHRAGA: LARI PECUT

 Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

 Teknik larian di selekoh

 Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin

kuat kuasa 'centrifugal'.

 Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun

untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari

seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.

 Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan

menyilang badan mengarah ke dalam.

Rajah 21

c) Fasa Penamatan

 Pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya

dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan

kepantasannya.

 mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian

torso) digerakkan ke hadapan.

UGK-S1K-Olahraga ms 23
OLAHRAGA: LARI PECUT

 memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat

akhir.

 menundukkan bahagian kepalanya.

 kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan

bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas

mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.

Rajah 21

UGK-S1K-Olahraga ms 24
OLAHRAGA: LARI PECUT

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI SENAMAN BAGI KEMAHIRAN LARIAN PECUT

 Lari naik bukit yang berlereng curam.

 Lari secara melompat (“bounding”) – langkah panjang dan lutut diangkat

tinggi.

 Mengayuh basikal di udara.

 Naik-turun dari bangku.

 Lawan tolak-menolak.

 Lompat skip.

 Memikul kawan di belakang dan berlari.

 Mengangkat lutut tinggi dengan beban.

 Naik-turun tangga dengan beban di atas bahu.

 Bergerak ke hadapan dengan aksi berlari dan kawan menahan dengan kedua-

dua tangan di atas bahunya.

 Lari di dalam air di mana paras air bawah lutut/ di atas pasir.

UGK-S1K-Olahraga ms 25
OLAHRAGA: LARI PECUT

6.0 KESALAHAN- KESALAHAN BIASA

Rajah 22

UGK-S1K-Olahraga ms 26
OLAHRAGA: LARI PECUT

7.0 PEMEGANG REKOD TERKINI

Rajah 23

UGK-S1K-Olahraga ms 27
OLAHRAGA: LARI PECUT

Rajah 24

8.0 Penutup

Kesimpulannya, olahraga merupakan satu bahagian daripada aktiviti

bersukan. Ibu bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting

supaya murid sekolah bergiat cergas dalam aktiviti bersukan. Mereka seharusnya

memberi sokongan moral dan juga menggalakkan mereka terlibat dalam olahraga

bertanding di persada dunia dan mengharumkan nama baik negara. Hal ini

demikian kerana aktiviti ini dapat melahirkan murid yang berminda cerdas dan

berbadan cergas. Oleh itu, semua murid dikehendaki menyertai dalam olahraga

supaya dapat menghasilkan pelajar yang inovatif, berdaya saing, berketrampilan

dan kreatif.

UGK-S1K-Olahraga ms 28
OLAHRAGA: LARI PECUT

9.0 Refleksi

Kami berasa teruja dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja

kursus ini pada masa yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak

terhingga buat Encik Sidek, pensyarah olahraga kami kerana sanggup memberikan

bimbingan dan juga segala bantuan kepada kami sewaktu melaksanakan kerja

kursus tersebut. Tidak lupa juga untuk kawan-kawan kami yang telah banyak

memberi dorongan dan pandangan mereka semasa membuat tugasan ini.

Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, kami berdua telah bertungkus

lumus mencari maklumat berkenaan tajuk yang telah diberi. Kami mengalami

kesukaran seperti kurang pengetahuan dan tiada pengalaman dalam olahraga pada

peringkat awalnya, tetapi kami mencuba mencari bahan-bahan lebih dari satu

UGK-S1K-Olahraga ms 29
OLAHRAGA: LARI PECUT

sumber, selain dari buku. Tugasan in adalah diberikan secara bepasangan. Kami

berdua sentiasa mengadakan perbincangan untuk berkongsi pendapat dan

maklumat mengenai tugasan yang diberikan. Setelah mendapat maklumat yang

cukup, kami dapat menyiapakan tugasan ini dengan sempurna.

Di bawah bimbingan, Encik Sidek kami dapat meneruskan kerja kami tanpa

sebarang masalah. Tanpa beliau, kami tidak mungkin dapat menyiapkan kerja

kursus ini dengan baik. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

apabila melaksanakan tugasan ini dan dapat mengetahui lebih banyak fakta yang

berbeza daripada pelbagai sumber. Kami dapat mengetahui lebih dalam mengenai

jenis-jenis pelarian, teknik-teknik pelarian dan juga cara-cara untuk mengajar kepada

murid sekolah.

Kesimpulannya, sekali lagi kami ingin merakamkan sebillion terima kasih

kepada semua pihak yang sudi menolong kami dalam menyiapkan tugasan kami.

10.0 RUJUKAN

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/

http://pjthepioneering com.blogspot.com/2010/11/assignment-lari-pecut.html

http://www.scribd. /doc/26800261/PENDIDIKAN-JASMANI-OLAHRAGA-PECUT

http://en.wikipedia.org/wiki/200_metres

http://www.scribd.com/doc/23710224/Lari-Pecut

Weng Eng Hoe(2009), 9th Edition ,Panduan Pengajaran Olahraga-Kejurulatihan dan

Kepegawaian , Karisma Publication.

UGK-S1K-Olahraga ms 30
OLAHRAGA: LARI PECUT

Amran, Lee, Abdullah, P.Sundralingam (2007), 1st Edition, Siri Pendidikan Jasmani

dan Sukan Olahraga, PutraPadu Sdn. Bhd

UGK-S1K-Olahraga ms 31
OLAHRAGA: LARI PECUT

LAMPIRAN

UGK-S1K-Olahraga ms 32
OLAHRAGA: LARI PECUT

UGK-S1K-Olahraga ms 33

You might also like