You are on page 1of 11

Folio

Pendidikan Sivik &


Kewarganegaraan
2011

“BIODATA
TUNKU ABDUL RAHMAN”

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN HAIRAI


KELAS : TINGKATAN 106
NAMA GURU : PUAN NORZILAWATI
SEKOLAH : SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ,
SUNGAI SIPUT (U), PERAK
TARIKH HANTAR : JANUARI 2011
Isi kandungan

Perkara Muka surat

Penghargaan ---------------------------->> 3

Biodata Ringkas Tokoh ---------------->> 4

Latar Belakang Tokoh : ---------------->> 5 – 9


 Kehidupan Peribadi
 Pendidikan
 Keluarga
 Kerjaya Politik
 Laluan Ke Kemerdekaan
 Sebagai Perdana Menteri
 Kegiatan Islam
 Kehidupan Kemudian
 Dasar
 Kejayaan
2|Muka surat
Garis Masa --------------------------->> 10
Rujukan ------------------------------->> 10

Penghargaan______________________//

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya


folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dapat diusahakan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, guru


matapelajaran Pendidikan Sivik Dan kewarganegaraan, Puan
Norzilawati dan ibubapa saya kerana menyokong saya dalam
menyiapkan folio ini.

Khairul Anwar bin Hairai

3|Muka surat
Biodata Ringkas Tokoh_______________//
Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Perdana Menteri Malaysia

Tempoh berjawat
31 Ogos 1957 – 22 September 1970

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir : 08 Februari 1903, Di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar


1916 - Penang Free School, Penang
1925 - Lulus B.A. Dari University Cambridge
1945 - Lulus LLB, Dari Inner Temple, London

Pasangan : 1933-1935 – Meriam Chong


1935-1946 – Violet Coulson
1939-1990 – Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

4|Muka surat
Kerjaya :
1946 – Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai District Officer Langkawi, Kulim dan Sungai Petani,
(sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong PendakwaRaya KL & Presiden Mahkamah Session Selangor
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa Untuk UMNO
1956 - Rombongan Merdeka Ke London
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Malaysia Pertama
1962 - Rombongan Ke London - Gagasan Malaysia
1963 - Gagasan Malaysia – 16 September 1963
1970 - Bersara dari politik

Meninggal :
6 Disember 1990 - Tunku kembali ke Rahmatullah. Seluruh negara berkabung atas pemergian Almarhum.
Seluruh dunia menghantar ucap takziah. Atas wasiat almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja
Langgar.

Latar Belakang Tokoh_______________//


Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6
Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana
Menteri Pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai
"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Kehidupan Peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku
merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menjalara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain.
Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa
mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke
rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa
Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang
dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir
School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara
gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau
menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk
menerima pendidikan di United Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak
dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar Aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau
membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa
meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju
Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau

5|Muka surat
Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap
dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V.


Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-
siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa
berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana
terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester
pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku
bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan
dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau
Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi
Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid
Rahmaniah sempena nama Tunku.

Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran
undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939
kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu
berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah
seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara
Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang
Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan
Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang
membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda
sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul
Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai
Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di
pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku
bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu
Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku
menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk
Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun
1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang
digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden
pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Meriam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan
anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku
Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Meriam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Meriam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England.
Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk
menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed
Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya
di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di
Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak

6|Muka surat
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina
pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama
Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya Politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana
beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah
Seksyen.

Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah


pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan Tunku menyertai partinya.
Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20
tahun.

Laluan Ke Kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya
persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO
dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan
Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu
bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk
menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-
perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang
kemerdekaan Malaysia yang biasa.

Sebagai Perdana Menteri


Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.Tunku pertama sekali
mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya
kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16
September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan
bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap
daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang
radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti
Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana.
Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di
Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini
membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen
haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya,
Parlimen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak
mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk
menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya,
Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar,
iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-
perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di

7|Muka surat
Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap
cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih
kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau
terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai
Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada
penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing
menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku
mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf
Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM
sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu
beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai
Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah
institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia
Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.

Kehidupan Kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang
berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali"
("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada
tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di
dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru
yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan
UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang
diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Dalam tahun-tahun terakhirnya,
Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu
berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

8|Muka surat
Dasar

1) Menyatupadukan Kaum
Salah satu tugas penting bagi Tunku selepas di lantik sebagai Perdana Menteri ialah menyatupadukan tiga
kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pada 1952 telah berjaya menghasilkan satu pakatan antara UMNO yang mewakili Melayu dan MCA bagi
kuam Cina yang masing-masing meletakkan calon di kawasan berasingan. Hasilnya perikatan UMNO-MCA
berjaya dalam pilihan raya itu. Pada pilihan raya 1955, MIC yang mewakili kaum India pula menyertai
gabungan itu yang kemudiannya dinamakan Perikatan. Perpaduan antara tiga kaum ini memudahkan lagi
proses menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British. Hasil usaha yang dilakukan oleh Tunku itu
bukan saja meyakinkan British untuk menyerahkan negara kepada rakyat sendiri tetapi juga menjadikan
Malaysia terus maju dan bersatu sehingga ke hari ini. Manakala parti Perikatan telah digantikan dengan
nama Barisan Nasional oleh Tun Abdul Razak pada 1974 dengan UMNO, MCA dan MIC menjadi satu parti
komponen utama. Jumlahnya terus bertambah dari masa ke semasa sehingga sekarang.

2) Menuntut Kemerdekaan
Selepas berjaya menyatukan tiga kaum terbesar dalam satu parti Perikatan, tiba pula langkah untuk
menuntut kemerdekaan. Rombongan pertama Perikatan ke London telah dibuat pada tahun 1954 tetapi
gagal. Selepas memenangi pilihan raya Persekutuan pada 1955, rombongan yang diketuai oleh Tunku
sekali lagi ke London dan akhirnya tuntutan itu dipersetujui oleh pihak British. Pengumuman mengenai
persetujuan kemerdekaan Tanah Melayu oleh British itu disampaikan oleh Tunku sendiri di Bandar Hilir
Melaka pada 1965. Dan kemerdekaan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

3) Rancangan Malaya Pertama


Sebagai langkah awal ke arah sebuah negara merdeka, Tunku bersama-sama rakan-rakan dari MCA dan
MIC telah mewujudkan program pembangunan ekonomi yang dinamakan Rancangan Malaya Pertama pada
1956 bertujuan mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan. Rancangan Malaysia yang diadakan
setiap lima tahun sekali itu diteruskan oleh para pemimpin selepasnya sehinggalah ke hari ini.

4) Penubuhan Malaysia
Pada September 1963, wilayah negara telah diperluaskan dengan penubuhan Malaysia yang mengikut
cadangan Tunku supaya semua negeri-negeri di bawah pemerintahan British di Asia Tenggara digabungkan
ke dalam sebuah Persekutuan bersama-sama dengan Malaya. Bagaimanapun, langkah Tunku ini mendapat
tentangan hebat daripada Indonesia sehingga tercetusnya konfrantasi antara kedua-dua negara berjiran ini.
Namun usaha tersebut tetap diteruskan dan akhirnya terbentuklah negara Malaysia yang menggabungkan
keempat-empat wilayah itu iaitu Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak serta Sabah. Atas jasanya
itulah, Tunku diberi gelaran Bapa Malaysia. Bagai manapun, pada 1965 Singapura mengambil keputusan
untuk berdiri sebagai negara sendiri selepas berlaku konflik antara kedua-dua pihak.

Kejayaan

9|Muka surat
HASIL daripada semangat perjuangan demi untuk nusa, bangsa dan tanah air, Tunku Abdul Rahman bukan
saja dapat memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat sejak lebih 400 tahun, tetapi juga
berjaya membawa negara ke arah kestabilan politik, sosial serta pembangunan ekonomi. 
Kebijaksanaan, keadilan dan ketelusan beliau itulah telah berjaya menjadikan Tanah Melayu dan akhirnya
Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan maju hingga ke hari ini. 
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau telah berjaya menyatupadukan kaum-kaum yang ada di negara
ini dan seterusnya menyatukan negeri-negeri Tanah Melayu yang terpisah di bawah satu pemerintahan iaitu
Malaysia.

Kejayaan Tunku membentuk Malaysia dari sebuah negara yang tercicir dan lemah angkara penjajahan Barat
kepada sebuah negara yang maju telah membuktikan kemampuan rakyat Malaysia mentadbir dan
menguruskan bangsa dan negaranya sendiri.

Ini telah memberi tanggapan positif kepada British yang sebelum ini enggan melepaskan Tanah Melayu
(Malaysia) dari cengkamannya kerana tidak yakin dengan keupayaan bangsa Malaysia. 
Hasil kejayaan itulah Tunku layak digelar Bapa Kemerdekaan  dan Bapa Malaysia. 
Sehubungan dengan itu, sudah selayaknya jasa-jasa beliau perlu dikenang oleh setiap generasi sehingga ke
akhir zaman.

Garis Masa________________________//
1903 : Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin.
1913 (umur 10) : Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu
abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13) : Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
1919 (umur 16) : Belajar di England.
1925 (umur 22) : Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari
sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24) : Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana
keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27) : Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28) : Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji
sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29) : Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
1933 (umur 30) : Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir
1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak
lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih
lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
Violet kurang direstui.
1937 (umur 34) : Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah
Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37) : Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara
temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36) : Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah
Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu
Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37) : Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38) : Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44) : Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di
Inner Temple.
1949 (umur 46) : Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor
Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48) : Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.

10 | M u k a s u r a t
1954 (umur 51) : Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah
Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53) : England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari
England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54) : Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan
Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55) : Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57) : Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan
mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58) : Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60) : Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64) : ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of
Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66) : Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha
Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68) : Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79) : Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87) : Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

Rujukan :
Ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

11 | M u k a s u r a t

You might also like