You are on page 1of 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

KAJANG UTAMA
43000 KAJANG,SELANGOR

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

SEJARAH(21/2)
KERJA KURSUS

NAMA PENUH : SHEIKH AMIR USMAN BIN SALIM @ SEIKH SALIM

TINGKATAN : 3 AMANAH

NO K/P : 950410-01-5205

TAJUK :PERAYAAN TRADISI KAUM MELAYU DI MALAYSIA

NAMA GURU SEJARAH: YM Pn RAJA ZAMALINA BT RAJA ABD

RAHMAN
ELEMEN
1
(MENGUMPUL FAKTA SEJARAH)
1-BUKU ILMIAH:-
Nama pengarang: Zainal Jaslan

Tahun terbit : 2006

Tajuk buku : HARI-HARI PERAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

Tempat terbit : Kuala Lumpur

Penerbit : Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia(KeKKWa)


2-AKHBAR
Nama akhbar : Berita Harian

Tarikh : 17 Oktobor,2007

Halaman : 17
3-ORANG SUMBER:-
Nama : Zaiton binti Ismail

Umur : 51 tahun

Alamat: No.18,Jalan 3/13C,Taman Kajang Utama,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.


4-INTERNET:-
Alamat laman web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa
Nama rasmi
Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr
Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran
Juga
(Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
dinamakan
Ramazan Bayramı (Turki)
Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim
Diraikan oleh
di negara Muslim
Jenis Perayaan agama
Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,
Keutamaan
bulan puasa
Tarikh 1 Syawal
Tarikh 2009 21 September
Tarikh 2010 10 September
Tarikh 2011 31 Ogos
Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat
Perayaan taulan, memasang lampu pelita, balik
kampung
Amalan Solat
Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam
dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di
seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.
[sunting] Zakat fitrah dan takbir
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

[sunting] Simbol
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

[sunting] Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan
yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan
ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran
warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama
sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

[sunting] Amalan lazim


Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan
kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,
dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya
berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan
untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik
seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan
jalan sesak.
ELEMEN
2
(MENULIS HASIL KAJIAN)
TAJUK

PERAYAAN TRADISI
KAUM MELAYU
DI MALAYSIA
(HARI RAYA AIDIL FITRI)

SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
TAJUK 1

PENGHARGAAN 3

OBJEKTIF KAJIAN 4

KAEDAH KAJIAN 5

HASIL KAJIAN 6-8

A)Perayaan Tradisi 6

B)Latar Belakang 6

c)Persiapan Sambutan Perayaan 7

D)Kesan Perayaan 8

RUMUSAN 9

LAMPIRAN 10-13

RUJUKAN 14

2
PENGHARGAAN
Saya Sheikh Amir Usman bin Salim@Seikh Salim,mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama,Puan Hidayah
binti Mokhtar , yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian
ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada guru mata pelajaran sejarah iaitu YM Puan
Raja Zamalina binti Raja Abd Rahman yang telah memberi bimbingan dan tujuk ajar hingga
kajian ini selesai.Saya juga terhutang budi kepada ibu saya Zaiton binti Ismail yang telah
memberi saya dorongan dan semangat untuk menjalankan kajian ini.Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada orang sumber yang sudi memberi pandangan mereka.Akhir
sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu saya dalam menjalankan kajian ini.

3
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya adalah seperti berikut:
a)Meningkatkan semangat patriotik cinta akan negara agar dapat mempertahankan kedaulatan
negara.

b) Menguasai kemahiran untuk mencari,menganalisis,menilai dan memilih fakta yang berkaitan


dengan perayaan yang terbukti kesahihannya.

c)Mengetahui dengan lebih mendalam tentang perayaan tradidsi yang ada di Malaysia.

d)Mengenal pasti warisan perayaan tradisi kaum di Malaysia dengan lebih jelas.

e) Memupuk perasan bangga terhadap keistimewaan perayaan yang terdapat di Malaysia.

4
KEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah kajian seperti berikut dalam menjalankan kajian ini:
1)Temu bual-

Saya telah menemu bual orang sumber untuk mendapatkan pendapat meraka tentang
Perayan Tradisi Kaum di Malaysia.Saya telah menemu bual ibu saya Zaiton binti Ismail untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian ini.

2)Kaedah Pemerhatian -

Saya telah memerhatikan dan mengkaji tentang Perayan Tradisi Kaum di Malaysia
dengan menggunakan cara yang betul dan berkesan.Kaedah ini adalah bertujuan untuk melatih
kemahiran pelajar itu memerhati apa yang perlu diperhatikan.

3)Kaedah Analisis Dokumen-

Saya telah menganalisis sumber pertama dan kedua kemudian memilih maklumat yang
terbukti kebenarannya.Sesuatu fakta itu perlulah dianalisis bagi menentukan kesahihannya dan
untuk mempelbagaikan fakta yang di perolehi untuk menyiapkan kerja kursus ini.

4)Kaedah Penyelidikan Perpustakaan-

Saya telah membuat penyelidikan terhadap bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan


dan menggunakannya sebagai rujukan kajian saya.

5
HASIL KAJIAN

1)PERAYAAN TRADISI:-
Kaum melayu di Malaysia mempunyai dua perayaan besar yang disambut setiap
tahun.Salah satu daripadanya ialah Hari Raya Aidil Fitri.Maksud Hari Raya Aidil Fitri adalah
hari mengembalikan kesucian manusia.Perayaan ini juga mempunyai pelbagai nama lain seperti
Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran.Perayaan ini disambut oleh seluruh
umat Islam di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan negara.Perayaan ini disambut pada setiap
1 Syawal mengikut kelendar Hijrah.Tempoh masa perayaan ini disambut adalah genap 30 hari
sepanjang bulan Syawal.Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk meraikan kejayaan seluruh
umat Islam menahan dari makan dan minum serta hawa nafsu ketika menunaikan ibadah puasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan.

2)LATAR BELAKANG:-

Perayaan ini mempunyai sejarah dan asal usul yang menarik. Perayaan ini bermula
apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dan disambut oleh penduduk disana bersempena
perayaan yang diwarisi oleh nenek-moyang mereka.Kemudian,baginda memberitahu penduduk
Madinah bahawa Islam menukar perayaan itu kepada sesustu yang lebih bermakna iaitu Hari
Raya Aidilfitri.Upacara khusus yang di lakukan dalam perayaan ini adalah seperti bertakbir
,menunaikan solat Hari Raya di masjid atau surau serta mendengar khutbah Har Raya selepas
selesai menunaikan solat Hari Raya.Semasa perayaan ini disambut,terdapat beberapa tempat
khusus sambutan dijalankan diantaranya ialah di masjid,surau,rumah saudara,kampung halaman,
taman perumahan dan banyak lagi.

6
3)PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN:-

SEBELUM

Beberapa minggu sebelum menyambut Hari Raya telah bermulalah masa untuk membuat
persiapan sebelum Hari Raya menjelma.Pada waktu ini ibu bapa akan membawa anak mereka
untuk keluar mebeli barangan sebagai persediaan sebelum Hari Raya.Setiap keluarga akan
membeli baju raya untuk seisi keluarga tersebut.Selain itu,sebelum menyambut Hari Raya
sebilangan keluarga akan melakukan gotong-royong untuk menyediakan juadah untuk
menyambut Hari Raya.Contoh aktiviti yang dilakukan semasa gotong-royong adalah membuat
kuih muih,menganyam ketupat,membakar lemang,memasak rendang,membuat dodol dan ada
juga yang akan membakar sate.Persiapan yang terakhir dilakukan sebelum menyambut Hari
Raya selalunya adalah menghias dan mengemas rumah pada waktu malam.

SEMASA

Persiapan yang dilakukan semasa menyambut Hari Raya adalah seperti mandi sunat dan
menjamah juadah hari raya sebelum pergi ke masjid atau ke suarau untuk menuanikan solat Hari
Raya seterusnya mendengar khutbah Hari Raya.Selepas itu,amalan ziarah-menziarahi dilakukan
diantara saudara mara yang terdekat dan seterusnya pergi menziarahi pusara ahli kelurga terdekat
yang telah kembali ke rahmatullah dan menghadiahkan mereka denagan bacaan surah Al-Fatihah
dan juga surah Yasin.Bagi kanak-kanak pula,sudah menjadi amalan pada setiap hari raya untuk
diberikan duit raya dari mereka yang dewasa.Kanak-kanak akan menghargai sambutan Hari
Raya dengan mendapat duit raya tersebut.Pada waktu malam pula,langit yang terbentang luas
akan menjadi warna-warni dan meriah akibat daripada amalan bermain mercun semasa sambutan
perayaan.

SELEPAS

Selepas selesai menyambut Hari Raya dengan penuh gembira akhirnya tiba lah masa
untuk melakukan persiapan selepas menyambut perayaan ini.Tibalah masa untuk bergotong –
royong semula untuk mengemas rumah dan menyusun atur perabot semula.Bagi mereka yang
pulang ke kampung halaman semasa Hari Raya mereka akan pulang ke bandar semula untuk
mejalani kehidupan seperti biasa sehingga mereka bertemu dengan satu lagi perayaan yang besar
dan disambut sekali lagi dengan penuh meriah ,iaitu Hari Raya Aidiladha.

AMALAN SAMPINGAN

Terdapat pelbagai amalan sampinagn yang boleh dilakukan semasa menyambut perayaan
ini.Pada hari pertama di bullan syawal pelbagai amalan boleh dilakukan,antaranya ialah
membayar zakat sebelum solat hari raya,memakai pakaian yang terbaik supaya kelihatan bersih
dan kemas,mandi sunat,menjamah sedikit makanan dan mengumandangkan takbir raya sehingga
terbenam matahari.Selain itu,amalan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal juga digalakkan dan akn
diberi ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun.

7
4)KESAN PERAYAAN:-

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan hubungan sesama ahli
keluarga.Hubungan kasih sayang antara keluarga akan melahirkan sebuah intitusi kekeluargaan
yang lebih kukuh.Selepas anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik
akan timbullah rasa kasih mengasihani antara satu sama lain.Semasa hari raya biasanya saudara-
mara akan pulang untuk menyambut hari perayaan ini bersama sama .Perasaan gembira dan
bahagia akan tersemat di dalam diri masing-masing.

PERPADUAN

Pada sambutan hari raya,bukan sahaja orang melayu yang menyambutnya malahan kaum
lain yang berlainan bangsa dan agama turut memeriahkan hari raya denagn menghadiri jemputan
rumah terbuka yang diadakan.Amalan sebegini bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.Bukan
sahaja dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri malahan ianya turut diamalkan ketika perayaan-
perayaan kaum lain di negara kita.Oleh itu,tidak hairanlah timbulnya nilai perpaduan antara
kaum di dalam kalangan masyrakat yang berbilang kaum.

PERLANCONGAN

Kesan perayaan ini juga turut menyebabkan industri perlancongan di nagara kita
meningkat.Hal ini berlaku kerana,pelancong-pelancong asing yang datang untuk melancong di
Malaysia ingin melihat bagaimana sambutan sesuatu perayaan itu dijalankan di sesebuah negara
yang berbilang kaum seperti Malaysia.Justeru itu,pekara ini juga menguntungkan negara kerana
ianya akan dipromosikan diseluruh dunia dan negara kita akan dikenali di persada antarabangsa.

KEAGAMAAN

Pada sudut agama pula,ianya memberi kesan yang mendalam kepada seseorang umat
Islam itu jika ia benar-benar menghayatinya.Ianya akan melahirkan perasaan bangga dalam hati
seseorang itu kerana dilahirkan untuk menjadi umat Islam.Selain itu,seseorang itu akan dapat
mengamalkan amalan-amalan seperti mana yang dilakukan olehnya ketika dibulan Ramadhan
dan Syawal.

8
RUMUSAN

Setelah beberapa minggu saya diberi tempoh untuk menyiapkan kajian ini,akhirnya saya
dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan mengikut panduan yang telah
ditetepkan.Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberikan tugasan untuk menyiapkan kajian
ini kerana kajian ini telah banyak menyedarkan saya tentang kegemilangan dan keunikan
Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.

Saya mendapati bahawa kajian ini telah banyak menyelitkan pelbagai unsur-unsur
patriotik,antaranya ialah menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Perkara ini
berlaku apabila seseorng rakyat itu sedar akan keunikan dan keistimewaan negaranya.Pekara ini
mendorong kepada lahirnya perasaan bangga dan sedia melakukan apa sahaja untuk menjamin
kesejahteraan negara.

Selain itu,kajian ini dapat memberi iktibar kepada seseorang individu yang menghayati
dan mehahami tentang kepentingan perayaan tardisi kaum di Malaysia.Jika seseorang itu
menghayatinya,pasti ianya akan mendorong dirinya menjadi individu yang berdisiplin dan
berakhlak mulia.Dengan adanya gabungan dua sifat ini sudah pasti keamanan dan keharmonian
negara akan terjamin.

Dari aspek perpaduan pula,kajian ini telah membuktikan bahawa negara berbilang kaum
seperti Malaysia dapat mewujudkan perpaduan dengan adanya sifat toleransi dan semangat
kekitaan antara satu sama lain.Perpaduan amatlah dititik beratkan oleh pihak kerajaan yang telah
mengadakan pelbagai rancangan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.Contoh perancangan
yang telah dijalankan ialah semangat “1MALAYSIA” yang telah disarankan oleh Yang Amat
Berhormat perdana menteri Malaysia.

Selain itu,negara yang mempunayi rakyat yang sentiasa berusaha dan produktif juga akan
mendapat keuntungannya.Dengan adanya rakyat yang rajin,gigih dan berilmu,sesebuah negara
itu mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan dari aspek pembangunan dan kemajuan
negara itu.

Oleh itu,saya akan menjadikan semua pengajaran yang dapat saya prolehi sebagai
pendorong untuk saya memperbaiki kelemahan pada diri saya dan menanam semangat baru iaitu
semangat cinta akan tanah air dan sanggup melakukan apa sahaja untuk keamanan dan
kesejahteraan negara.

9
LAMPIRAN

10
Peta diatas

menunjukkan kedudukan tempat dimana asal usul

Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

11
Mengacau dodol

Membakar lemang

Gambar diatas menunjukkan persiapan yang dilakukan

sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri

12
Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang menjadi simbolik

semasa menyambut perayaan ini

13
RUJUKAN

1-BUKU ILMIAH: Zainal Jaslan,2006:HARI-HARI RAYA MASYARAKAT

MALAYSIA,Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan


Malaysia(KeKKWa)

2-AKHBAR: Berita Harian,17 oktobor,halaman 5.

3-ORANG SUMBER: Zaiton binti Ismail,51 tahun,No.18,Jalan 3/13C,Taman Kajang


Utama,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

4-KAEDAH PANDANG DENGAR: Hari Raya Aidilfitri,


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

14
ELEMEN
3
(MENULIS ESEI)
SOALAN ESEI
SOALAN:

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan


perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek yang tertentu.Antaranya
adalah dengan mengadakan anjuran rumah terbuka kepada semua kaum pada satu perayaan
tertentu.Dengan itu bolehlah pelbagai kaum yang berbilang bangsa dan agama duduk bersama di
bawah satu bumbung.Dengan itu akan lahirlah sebuah masyarakat yang barsatu padu dan
berharmoni serta bersemangat kekitaan.

Selain itu, perayaan tradisi dapat mengekalkan perpaduan di negara kita dengan adanya
penglibatan pihak media.Mereka perlulah peka dalam menyampaikan maklumat yang membawa
masyarakat kepada lebih berganding bahu untuk membangunkan negara.Oleh itu,masyarakat
perlulah berusaha dan produktif dalam membangunkan negara agar dapat berdiri setaraf dengan
negara-negara maju yang lain.

Disamping itu,masyarakat juga hendaklah memainkan peranan yang penting untuk


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat.Rakyat mestilah berbangga dengan kepelbagaian
dan keistimewaan budaya yang terdapat di negara kita.Dengan adanya sikap sebegitu,akan
terpupuklah rasa cinta akan bangsa dan negara.Oleh itu,akan lahirlah sebuah masyarakat yang
bersemangat setia akan negara.

Akhir kata,rakyat hendaklah bersyukur dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh negara


yang sanggup berkorban demi negara.Rakyat juga hendaklah bersyukur atas keamanan dan
keharmonian negara yang disebabkan oleh pucuk pimpinan kerajaan yang cekap dan
efektif.Sebagai contoh rakyat hendaklah berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah
mewar-warkan konsep 1Malaysia yang sudah membuahkan hasil.

You might also like