You are on page 1of 20

BUKIT

KOLEJ
MARA
BANTING
CHANGGANG, 42700, BANTING, SELANGOR DARUL
EHSAN, MALAYSIA

Kerja Kursus Pendidikan Islam


Semester 1 2010

TAJUK : ARAK DARI PERSPEKTIF ISLAM


Pensyarah : Ustaz Jamir

1
Disediakan oleh :

Nama : Nur Hannah bt Ahmad Kamil


Kelas : M10E
No. K/p : 920212086216

No. Perkara Mukasurat

1 Pengenalan 3-4

Isi
2
 Maksud arak\ 5-6

 Proses Pembuatan arak 6

ISI KANDUNGA
 Hukum minum arak bagi umat Islam 7

 Peringkat pengharaman arak 7-9

 Hukuman minum arak 10

 Sebab pengharaman arak 11-12

13
 Golongan yang dilaknat Allah (berkaitan arak)
13-14
 Arak dalam perubatan
14
 Arak dalam masakan
15
 Arak dan sebat

2
3 Penutup 15

4 Rujukan 16

5 Lampiran 17-18

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah dan syukur kepada-Mu Ya Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW dan segala puji-pujian kepada Allah s.w.t Tuhan yang Maha Esa.

Bagi folio Pendidikan Islam semester 1 2010 ini, saya telah memilih tajuk ‘Arak dari
Perspektif Islam’

PENGENALAN
untuk dikupas
dengan lebih
mendalam. Saya
telah memilih
tajuk ini kerana
bagi saya, ia adalah satu tajuk yang menarik dan sebenarnya masih ramai lagi yang samar-
samar tentang kedudukan arak dalam Islam. Arak adalah sejenis minuman yang dianggap
perkara biasa bagi muda – mudi pada hari ini. Arak memang sinonim dengan masyarakat
Jahiliah dan ia terbukti menjadi perosak sesebuah masyarakat. Kesedaran umat Islam terhadap

3
pengharaman arak ini semakin menipis. Kita boleh lihat sesetengah umat Islam yang lupa diri,
dengan sewenang-wenangnya minum minuman yang memabukkan secara terbuka di khalayak
ramai, pengaruh daripada rakan-rakan bukan Islam.

Isu minum arak di kalangan umat Islam adalah perkara yang bukanlah asing lagi.
Terdapat juga beberapa situasi di mana kita tahu bahawa arak adalah haram di sisi Islam,
sedangkan kita juga mengambilnya secara tidak disedari. Tahukah anda apa sebenarnya yang
dikategorikan sebagai arak? Secara umumnya, kita tahu bahawa arak ini lebih banyak
mendatangkan mudarat berbanding manfaat. Folio ini juga bertujuan untuk menerangkan
sedikit sebanyak perspektif Islam terhadap minuman ini, dan penggunaannya dalam rawatan
mahupun makanan.

Ramai yang tidak tahu mengenai kisah pengharaman arak ini secara berperingkat-
peringkat oleh Allah s.w.t. Sebenarnya, pada zaman dahulu umat Islam masih boleh minum
arak. Namun selepas beberapa susulan kejadian, arak diharamkan secara mutlak di kalangan
umat Islam. Melihat kepada keadaan masyarakat pada masa kini, mahukah kita disamakan
dengan masyarakat Arab Jahiliah yang menghabiskan masa mereka meneguk air haram
tersebut? Sudah tentunya tidak, bukan? Jadi, dengan kupasan isu ini, sekurang-kurangnya
dapat menjelaskan keraguan kita tentang penggunaan arak di sisi Islam.

Untuk menguatkan lagi kebenaran fakta yang diambil, di dalam folio ini juga turut
disertakan petikan hadis-hadis Rasulullah serta potongan ayat-ayat suci Al-Quran, beserta
dengan maknanya. Para fuhaqa telah berkumpul bagi membincangkan hukum yang berkaitan
dengan arak berdasarkan tafsiran makna daripada hadis tersebut. Semoga ia dapat menjawab
beberapa persoalan yang bermain dalam minda pembaca mengenai tajuk yang ingin dikupas
ini.

Arak merupakan ibu segala maksiat. Mudah-mudahan apabila terbendungnya kegiatan


minum arak, maka kemungkaran-kemungkaran lain dapat dicegah secara tidak langsung.
Dengan folio ini, diharap sedikit sebanyak dapat membuka mata kita agar lebih peka tentang
isu ini. Saya berharap agar dapat menjadikan folio ini sebagai tempat untuk berkongsi ilmu
untuk meningkatkan kemajuan diri. Semoga folio ini dapat menjadi rujukan dan bahan bacaan
ramai pihak bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang arak dari pandangan Islam.

4
Nur Hannah bt Ahmad Kamil.

MAKSUD ARAK

Semua orang pastinya pernah mendengar istilah-istilah seperti bir, wiski, brandi,
champagne, todi, wain mahupun tuak. Minuman-minuman ini boleh didapati di kebanyakan
pasaraya mahupun kedai runcit di Malaysia. Namun awas, umat Islam ditegah sama sekali
daripada mendekatinya kerana ia diibaratkan sebagai air kencing syaitan. Walaupun namanya
berlainan sama sekali, namun pada dasarnya minuman-minuman ini mempunyai suatu
persamaan, iaitu memabukkan apabila diminum. Jenis-jenis minuman yang disebut tadi
tergolong dalam kategori arak. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, arak boleh

ISI
diistilahkan sebagai sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan
memabukkan ataupun lebih dikenali sebagai minuman keras.

5
Dalam Islam, arak juga disebut sebagai ‘khamar’ daripada bahasa Arab. Secara amnya,
khamar ialah segala jenis minuman yang memabukkan, sama ada yang terhasil daripada
anggur mahupun tamar, gandum, beras, madu atau kurma.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Sesungguhnya dari anggur boleh dibuat khamar, dari kurma boleh dibuat khamar, dari
madu boleh dibuat khamar dan burr(gandum) boleh dibuat khamar dan dari syair juga
dibuat khamar.”

~ Riwayat Abu Daud, Tarmizi, An-Nasaie dan Ibn Majah

Arak ini dipanggil khamar kerana ianya menghilangkan kewarasan akal fikiran kita
yang merupakan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada manusia dan bukan pada
makhluk ciptaan-Nya yang lain. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Saidina Ilmar r.a.,
khamar ini akan menjadikan akal kita berputar-putar, maka hilanglah keupayaan kita untuk
berfikir dan bertindak dengan betul. Manusia tidak boleh memandang ringan terhadap kesan
minum arak dengan mengatakan bahawa kita hanya akan mabuk dalam tempoh yang singkat.
Kita harus sedar bahawa dalam tempoh yang singkat itulah, kita berisiko melakukan sesuatu
yang melanggari akidah Islam, kerana kita tidak sedar apa yang sedang dilakukan pada masa
itu.

PROSES PEMBUATAN ARAK

‫عن ابن عمر أن رسول هللا صل هللا عليه وسلم قال من شرب الخمر فى‬
‫الدنيا ثم لم يتب منها حرمها فى االخرة‬.
‫رواه بخاري‬

Maksudnya: Dari Abdullah Bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Siapa yang minum
minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, Maka ia tidak akan
memperoleh nya nanti di akhirat.
~ Riwayat Bukhari

6
Seringkali kita mendengar orang tua-tua mengibaratkan arak sebagai air kencing
syaitan. Arak dihasilkan melalui proses penapaian, dengan memeram bahan yang digunakan,
seperti anggur ataupun gandum. Bahan yang digunakan dalam proses penapaian ini adalah
yis, atau ragi iaitu sejenis kulat. Yis ini akan menggunakan gula yang terdapat dalam anggur
tadi untuk menghasilkan alkohol Keadaan ini samalah seperti yis makan gula lalu
menghasilkan air kencing iaitu alkohol.

Mendengarkan istilahnya sahaja sudah menjijikkan, apatah lagi mengambilnya sebagai


minuman. Masih terdapat banyak lagi minuman yang berkhasiat dan penuh dengan vitamin,
jadi mengapa kita perlu merendahkan martabat kita dengan minum air kencing syaitan? Sudah
tentunya si syaitan akan berbangga kerana berjaya menyesatkan umat manusia. Kita sebagai
umat Islam haruslah menghalang sedaya upaya agar syaitan tidak bermaharajalela.

HUKUM MINUM ARAK BAGI UMAT ISLAM

Dalam Islam, hukum minum arak bagi umatnya ialah haram sama sekali. Namun
begitu, pengharaman minum arak bukanlah sekaligus, tetapi berperingkat-peringkat. Para
fuhaqa yang telah meneliti isi-isi Al-Quran serta sunnah Rasulullah, menyimpulkan bahawa
umat Islam yang tetap minum arak walaupun telah jelas pengharamannya di sisi Islam,
dianggap sebagai seorang kafir.

Masyarakat Arab jahiliah dahulu menganggap arak seperti minuman biasa, di mana
mereka menghidangkan arak di majlis-majlis keramaian untuk meraikan tetamu. Orang Arab
jahiliah ini adalah peminum arak yang tegar dan mereka mengamalkan arak ini sejak turun-
temurun.

Kerana bahaya dan kemudaratan khamar ini, maka Islam sama sekali melarang
umatnya minum khamar. Tetapi, untuk mengharamkannya sekaligus bukanlah sesuatu yang
mudah kerana ia sudah menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah sejak dahulu lagi. Ia
mengambil masa tiga tahun untuk arak diharamkan sepenuhnya kepada umat Islam. Perkara

7
ini amat perlu untuk mengelakkan kejutan terhadap masyarakat Arab Jahiliah yang sudah
biasa minum khamar dalam pelbagai situasi.

PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK

 PERINGKAT PERTAMA

Surah Al Baqarah ayat 219 :

ۡ َ‫اس َوإِ ۡث ُمهُ َمٓا أ‬


۞ ‫ڪبَ ُر ِمن نَّ ۡف ِع ِه َما‬ ۬ ۡ ۡ ۡ
ِ َّ‫ك ع َِن ٱلخَمۡ ِر َوٱل َم ۡي ِس ِۖ‌ر قُ ۡل فِي ِه َمٓا إِث ۬ ٌم ڪَ بِي ٌر َو َمنَ ٰـفِ ُع لِلن‬
َ َ‫يَ ۡسٔـََٔـلُون‬

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah (wahai
Muhammad), pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.

Ayat di atas menerangkan bahawa terdapat kebaikan dan keburukan bagi kita apabila
minum khamar, namun jelas bahawa khamar lebih banyak mendatangkan keburukan
berbanding kebaikan kepada manusia. Sesungguhnya keburukan yang datang daripada
khamar ini akan menambahkan dosa, yang akhirnya memberatkan hukuman di akhirat kelak.
Jadi, sedikit demi sedikit para sahabat mula menjauhi khamar ini setelah turunnya ayat
tersebut.

 PERINGKAT KEDUA

Ketika zaman jahiliah dahulu, seorang Muslimin yang juga sahabat Rasulullah s.a.w
menganjurkan majlis di rumahnya. Khamar turut dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang

8
datang dan seperti biasa, khamar diminum sehingga mabuk. Ketika hendak menunaikan solat
Maghrib, salah seorang dari tetamu tersebut menjadi Imam. Namun Imam tersebut telah
mengubah ayat dari Surah Al-Kafirun tanpa disedari akibat mabuk yang membawa maksud;
“Aku sembah seperti apa yang kamu sembah, wahai orang-orang kafir”. Dari peristiwa
tersebut, maka turunlah ayat di bawah.

Surah An Nisa’ ayat 43:

ْ ‫صلَ ٰوةَ َوأَنتُمۡ ُس َك ٰـ َر ٰى َحتَّ ٰى ت َۡعلَ ُم‬


َ‫وا َما تَقُولُون‬ ْ ‫وا اَل ت َۡق َرب‬
َّ ‫ُوا ٱل‬ ْ ُ‫يَ ٰـٓأَيُّہَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.

Pada peringkat ini, Allah mengharamkan khamar diminum sebelum hendak


menunaikan ibadah seperti solat kerana dikhuatiri menjejaskan pembacaan ayat-ayat suci Al-
Quran yang seterusnya membawa maksud lain dari yang sepatutnya. Namun begitu, ketika ini
arak masih boleh diminum.

 PERINGKAT KETIGA

Dalam suatu kejadian, seorang kaum Muhajirin menghadiri jamuan yang diadakan oleh kaum
Ansar. Arak menjadtetamu yang datang. Apabila lelaki Muhajirin itu mabuk, dia bangun dan
menghina kaum Ansar dengan menggelar mereka penakut. Jadi, pergaduhan yang bermula
dengan membaling ketulan tulang di meja makan berlarutan sehingga berlaku pertumpahan
darah. Setelah mereka sedar dari mabuk, mereka insaf dan menyesal dengan perbuatan di luar
kawalan tersebut. Maka dengan itu, turunlah ayat di bawah;

Surah Al-Maidah ayat 90-91:

٩٠( َ‫ٱجتَنِبُوهُ لَ َعلَّ ُكمۡ تُ ۡفلِحُون‬ ۬ ‫صابُ َوٱأۡل َ ۡزلَ ٰـ ُم ر ۡج‬


ۡ َ‫سٌ ِّم ۡن َع َم ِل ٱل َّش ۡيطَ ٰـ ِن ف‬ َ ‫يَ ٰـٓأَيُّہَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا إِنَّ َما ۡٱلخَمۡ ُر َو ۡٱل َم ۡي ِس ُر َوٱأۡل َن‬
ِ

ُ َ‫ضٓا َء فِى ۡٱلخَمۡ ِر َو ۡٱل َم ۡي ِس ِر َوي‬


َّ ‫ص َّد ُكمۡ عَن ِذ ۡك ِر ٱهَّلل ِ َوع َِن ٱل‬
( َ‫صلَ ٰو ِۖ‌ة فَهَ ۡل أَنتُم ُّمنتَہُون‬ َ ‫َٲوةَ َو ۡٱلبَ ۡغ‬
َ ‫إِنَّ َما ي ُِري ُد ٱل َّش ۡيطَ ٰـنُ أَن يُوقِ َع بَ ۡينَ ُك ُم ۡٱل َعد‬
)٩١

9
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di


antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan sembahyang;  Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan
itu).

Sejak turunnya ayat ini, pengharaman minum arak oleh Allah telah menjadi mutlak kepada
seluruh umat Islam.

HUKUMAN MINUM ARAK

Bagi hukuman hudud terhadap pesalah yang minum arak, terdapat percanggahan
antara para fuhaqa dalam menentukan bilangan sebat kepada pesalah. Mengikut Iman Abu
hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad, jumlah sebatan yang dikenakan adalah 80 kali,
kerana Nabi pernah memukul seorang peminum arak dengan kedua belah kasutnya 40 kali,
dan jika dijumlahkan adalah 80 kali kesemuanya. Ia juga dinyatakan dalam hadis riwayat
Bukhari dan Muslim. Hukuman ini dikenakan atas kesalahan berulang-ulang kali, sehingga 3
kali.

Jika pesalah masih terus minum arak, ulama berpendapat pesalah harus dikenakan
hukuman berat seperti pancung. Sebagaimana yang ditetapkan dalam kanun jenayah Syariah,
jika sabit kesalahan minum arak, sama ada mabuk ataupun tidak, akan dikenakan hukuman
sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali.

10
Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a maksudnya;

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan
Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat
sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling
akau suka”.

Syarat sabit kesalahan untuk jenayah minum arak ialah;

-Mukallaf, dengan kemahuan sendiri dan bukannya atas dasar paksaan, mengetahui bahawa
hukum minum arak adalah haram, dan disertakan dua orang saksi lelaki yang adil

SEBAB PENGHARAMAN ARAK

Allah s.w.t telah mengharamkan pengambilan arak atau khamar terhadap hamba-
hambanya atas sebab-sebab yang tertentu. Jika khamar tetap diambil walaupun sedikit, maka
mereka itu akan mendapat dosa besar kerana melanggar perintah Allah s.w.t.Sesungguhnya,
dosa seseorang yang minum arak itu amat besar disisi Islam kerana ia bermaksud kita
melanggar perintah Allah supaya menjauhi khamar. Arak hanya akan menjejaskan akal
fikiran seseorang. Hal ini kerana ianya memabukkan dan mencegah seseorang daripada
berfikir dengan waras.

Kebiasaannya, seseorang yang mabuk akibat khamar akan berjalan terhuyung-hayang


dan menghadapi kesukaran untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul. Malahan,
keesokan harinya peminum arak akan menderita sakit kepala yang teruk, kesan jangka pendek
mengambil arak secara berlebihan. Bukan itu sahaja, mereka turut mengalami simptom-
simptom seperti loya tekak dan muntah-muntah selama beberapa jam lamanya. Perkara ini
terjadi akibat tindak balas racun yang terkandung dalam arak tersebut.

11
Antara kesan arak kepada badan kita dalam jangka masa yang panjang ialah radang
paru-paru, barah mulut dan batuk kering. Orang yang minum arak juga berisiko mendapat
gangguan pada saraf otak yang akhirnya menjadi gila dan tidak siuman.Seorang profesor
bernama Profesor Dr. Yusof Qardhawi berkata, kebanyakan orang gila yang mendapat
gangguan saraf otak berpunca daripada arak. Begitu juga dengan orang yang dilanda
kegelisahan hati serta membunuh diri, kebanyakannya berpunca daripada minum arak.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling
mengaibkan."

(Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, Bab 30, Hadis no. 3371)

Minum arak merupakan salah satu daripada penyakit sosial yang sering berlaku dalam
masyarakat, selain daripada main judi, mencuri, main perempuan dan membunuh yang lebih
dikenali sebagai penyakit 5M. Dengan hanya minum arak, ia boleh menjurus kepada penyakit
sosial yang berikutnya. Hal ini menunjukkan betapa besarnya impak arak terhadap tindakan
seseorang. Arak hanya akan melemahkan akal fikiran kita kerana ia menyebabkan tumpuan
kita terhadap pembelajaran merosot secara mendadak.

Tanggapan masyarakat bahawa minuman ini adalah penyelesaian bagi mengurangkan


beban masalah serta stress yang dialami, adalah salah. Kita tidak boleh mencontohi orang
Barat, lihatlah sahaja keadaan mereka pada hari ini. Huru-hara dan tidak terkawal. Masyarakat
Barat bebas melakukan maksiat dan perbuatan mereka itu dianggap sesuatu perkara yang
biasa bagi orang lain.

Kadar jenayah di negara-negara Barat juga amat tinggi kerana kebanyakan mereka
minum arak dan melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Kebanyakan peminum arak
menyatakan kekesalan mereka melakukan sesuatu yang tidak disedari ketika sedang mabuk,
dan mengakibatkan kemudaratan kepada diri sendiri. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

Dengan minum arak, kita hanya akan lupa diri dan terpesong akidah. Segala
perbuatan dan perkataan yang keluar akan menjadi kasar, dan seseorang akan menjadi biadap
serta bertindak ganas dan buas.Hal ini kerana arak akan menyebabkan kita kurang berasa

12
malu serta akal fikiran kita terganggu. Arak hanya akan menjauhkan kita daripada mengingati
Allah s.w.t serta melalaikan kita daripada melakukan ibadah fardhu yang dituntut. Perkara ini
bukan sahaja menjauhkan kita dari nikmat Allah, tetapi menaikkan kemurkaan-Nya.

Mereka juga mungkin terjebak dalam kegiatan judi mahupun dadah. Sepertimana yang
kita tahu, judi dan dadah amat sukar untuk dibendung, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu
telah ketagih melakukan perkara tersebut. Arak hanya akan merosakkan keharmonian
sesebuah institusi kekeluargaan kerana apabila seseorang itu mabuk, dikhuatiri berlaku
pergaduhan dan pertengkaran sesama ahli keluarga yang membawa kepada kes penceraian.
Orang yang minum arak terdorong untuk melakukan zina atau sumbang mahram yang
sememangnya dilarang dalam Islam.

Kita tidak seharusnya memandang ringan isu minum arak. Walaupun ia hanyalah
sejenis minuman, kesannya terhadap seseorang amat besar. Peminum arak berisiko
melakukan jenayah yang lebih besar seperti merompak dan membunuh. Dalam keadaan akal
fikiran yang kurang waras, seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
perkara yang dihajati. Islam merupakan agama yang mementingkan kedamaian. Oleh sebab
itulah, pengharaman ini dibuat secara mutlak. Ia perlu dicegah sejak dari mula lagi sebelum
berlarutan ke peringkat yang lebih tinggi.

GOLONGAN YANG DILAKNAT ALLAH (BERKAITAN ARAK)

 Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya,


penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.

Oleh itu, jelaslah bahawa setiap orang yang melibatkan diri secara langsung atau tidak
langsung dengan arak ini amat Allah murkai. Disebabkan bahayanya arak dan dosa yang
datang daripadanya, maka sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak, sama ada penjualan
arak dan juga wang hasil daripadanya dianggap haram. Begitu juga dengan orang yang
terlibat dalam proses penghasilan arak, rezekinya tidak akan diberkati oleh Allah s.w.t.

ARAK DALAM PERUBATAN

13
Menurut Imam Abu Hanifah, harus minum arak untuk tujuan rawatan namun
bercanggahan pula dengan Imam Ahmad. Beliau mengharamkan minum arak dan
berpendapat bahawa seseorang itu wajib dikenakan pembalasan hadd. Namun ia adalah
apabila seseorang minum arak. Jika arak tersebut hanya digosokkan pada permukaan kulit
untuk mengubati kecederaan, maka hukuman pembalasan hadd tidak dikenakan.

Syarat sabit kesalahan had adalah peminum arak mestilah baligh, berakal, dengan
kemahuan sendiri tanpa paksaan, dan arak masuk melalui rongga mulut. Walaubagaimanapun,
kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh tidak akan dikenakan hukuman hadd kerana
mereka belum boleh membezakan perkara yang baik dan yang buruk.

Rasulullah juga tidak menyukai penggunaan khamar dalam perubatan. Thariq bin
Suwaid Al-Ju’fi suatu ketika dahulu pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang khamar,
dan berkata, “Aku membuatnya untuk ubat”.

Oleh itu, berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa penggunaan khamar sebagai ubat
semata-mata adalah dilarang. Seboleh-bolehnya, khamar ini harus dijauhi kerana ia hanya
memudaratkan kesihatan berbanding mendatangkan kebaikan pada badan kita. Lihatlah sahaja
kesan arak terhadap kaki-kaki botol pada hari ini, mereka kelihatan tidak bermaya untuk
melakukan sebarang aktiviti. Jadi, wajarlah arak ini dijauhi penggunaannya.

ARAK DALAM MASAKAN

Sebagai pengguna yang beragama Islam, kita haruslah tahu bahawa arak adalah haram
sama sekali bagi umat Islam. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk makan makanan
yang halal dan tidak mengandungi unsur-unsur arak di dalamnya. Pada hari ini, pelbagai
masakan dari seluruh pelusuk dunia menggunakan arak sebagai penaik aroma sesebuah
masakan.Jenis arak yang biasa digunakan dalam masakan adalah seperti arak merah dan arak
putih. Arak juga digunakan untuk melembut serta mengempukkan daging yang direbus. Arak
dipercayai dapat meningkatkan rasa sesebuah masakan.

14
Masih terdapat sesetengah golongan yang menganggap penggunaan arak dalam
kuantiti yang sedikit dalam masakan tidaklah haram kepada pengguna yang beragama Islam.
Jadi masakan tersebut seterusnya dihidangkan tanpa rasa bersalah kepada pelanggan Muslim
yang sememangnya tidak tahu menahu tentang kandungan arak dalam masakan tersebut.

Di Malaysia, terdapat beberapa restoran yang menyalahgunakan sijil HALAL yang


diberikan. Ada di antara pengusaha restoran yang masih menggunakan arak untuk
menyedapkan makanan yang dihidangkan, tanpa pengetahuan pengguna. Perbuatan ini secara
tidak langsung telah menghina umat Islam.

Sekiranya kita berada di negara orang, sudah tentunya tidak terdapat restoran-restoran
Melayu yang menghidangkan makanan-makanan halal. Terdapat segelintir umat Islam yang
memandang ringan isu ini dan akhirnya pergi ke restoran Barat untuk menjamu selera.
Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sudah pasti kebanyakan restoran tersebut
mengamalkan penggunaan arak dalam masakan mereka. Perkara ini boleh dielakkan jika
pengguna sendiri meningkatkan kesedaran tentang pentingnya logo HALAL yang telah
disahkan dalam restoran.

ARAK DAN SEBAT

Umat Islam sudah jelas mengenai hukuman hudud ke atas pesalah yang minum arak.
Kes model sambilan, Kartika Sari Dewi baru-baru ini membuka mata ramai pihak tentang
ketegasan Jabatan Agama dalam membendung kegiatan minum arak secara terbuka oleh umat
Islam. Walaupun hukuman hudud telah menetapkan sekurang-kurangnya 40 kali sebatan jika
sabit kesalahan, namun model tersebut sepatutnya rasa bersyukur kerana dia hanya dikenakan
enam sebatan.

Hukuman sebatan ini telah menginsafkan model tersebut dan dia bertekad untuk
kembali ke pangkal jalan. Ramai pihak yang membangkang hukuman tersebut kerana
menganggap ianya terlalu berat, namun kita seharusnya mengikut Hukuman Hudud yang
ditetapkan, walaupun Malaysia tidak menjadikan Hukuman Hudud sebagai garis panduan
dalam menghukum pesalah yang melakukan jenayah.

15
Hukuman sebatan ke atas pesalah yang minum arak ini sebenarnya bukanlah untuk
menyeksa mereka, tetapi semata-mata untuk memberi pengajaran tentang pentingnya
mematuhi perintah Allah s.w.t. Di negara Barat, mereka menggunakan sebatan sebagai terapi
untuk merawat ketagihan arak dan ia nyata berkesan. Malahan mereka sanggup membayar
lebih untuk menjalani rawatan tersebut kerana ia memberi kesan yang positif. Kaedah ini
kebiasaannya memerlukan sebanyak 30 hingga 60 sesi untuk kesan yang optimum.

Dari segi saintifik, sebatan boleh membantu pengeluaran bahan kimia dari badan
manusia, iaitu endorfin yang bertindak sebagai antibodi untuk ketagihan arak. Jadi, hukuman
sebat ini tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia adalah untuk kebaikan pesalah.

Islam telah mempertimbangkan pelbagai aspek dalam pengharamannya ke atas arak


atau khamar. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah menjadikan khamar
sebagai minuman harian. Namun ia menjejaskan ibadah umat Islam serta melalaikan mereka
kesan daripada mabuk. Oleh itu, Allah menurunkan ayat-ayat yang melarang umat Islam
mendekati arak, secara berperingkat-peringkat. Hal ini kerana masyarakat pada masa itu
sudah sebati dengan arak.

Dalam hukum hudud, orang yang minum arak

PENUTU
diwajibkan sebat tidak kurang 40 kali dan tidak lebih 80
kali. Di Malaysia, hukuman ini turut dijalankan namun
jumlah sebatan yang dikenakan adalah tertakluk kepada
budi bicara hakim mahkamah. Walaupun hukuman ini

16
dianggap berat dan tidak wajar bagi sesetengan pihak, namun ramai yang tidak tahu bahawa
sebatan dapat membantu mengurangkan ketagihan arak di kalangan kaki botol.Orang yang
minum khamar hanya akan merosakkan masa depannya sendiri dan tidak lama kemudian
menjadi sampah masyarakat. Sebatan ini dijalankan untuk mendidik pesalah agar kembali ke
pangkal jalan, dan bukannya untuk menyeksa.

Penggunaan arak pada hari ini amat meluas termasuklah dalam bidang rawatan dan
masakan. Terdapat beberapa pendapat yang bercanggahan dalam menentukan hukum minum
arak untuk tujuan rawatan. Dalam masakan juga, penggunaan arak untuk meningkatkan aroma
serta melazatkan makanan amat meluas, terutamanya dalam masakan Jepun dan masakan
Barat. Kita seharusnya berhati-hati dalam memilih makanan kerana dikhuatiri kandungannya
terdapat unsur arak. Jadi secara tidak langsung makanan yang diambil juga haram.

Allah bukan sahaja membenci orang yang minum arak, malah orang yang
menghasilkan arak, yang menghidangkan arak, yang membeli arak serta yang menjual arak
turut tergolong dalam kategori yang sama dengan orang yang minum arak. Kita harus
berlumba-lumba mendapatkan keberkatan Allah, dan bukannya tergolong dalam golongan
yang disebut tadi. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencari rezeki dengan pekerjaan yang
halal sumbernya.

 375 DOSA-DOSA BESAR


Oleh : Afif Abdul Fatah Thobbaroh
Terjemahan oleh H.Zeit Al-Hamid
Terbitan : Victory Agencie, Kuala Lumpur
Tahun : 2004

 UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM


Oleh : Paizah Haji Ismail
Terbitan : Dewan Pustaka Islam, Petaling Jaya

RUJUKA
Selangor
Tahun : 1991

17
 HIMPUNAN DOSA-DOSA BESAR DAN LARANGAN DALAM ISLAM
Oleh : Abu Muhammad Haziq
Terbitan : Pustaka Ilmi, Batu Caves Selangor
Tahun : -

 Kamus Dewan Edisi Keempat


Oleh : Dewan Bahasa dan Pustaka
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Tahun : 2005

 http://ourkitab.blogspot.com/2009/07/hikmah-perlaksanaan-hukum-hudud-
menurut.html
 http://nisapp.blogspot.com/2009/09/hukuman-minum-arak-dalam-islam.html
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Arak_dalam_Islam
 http://www.mykhilafah.com/fokus-berita/1471-kartikaantara-arak-sebat-dan-taubat
 http://www.quranexplorer.com/quran/
 http://khairierahman.wordpress.com/2009/08/26/arak-dan-sebat/
 http://akarimomar.wordpress.com/2010/08/13/bufet-ramdan-dengan-sos-alkohol/

18 LAMPIRA
Keratan akhbar yang menunjukkan kes sebatan model sambilan, Kartika yang ditahan kerana
minum arak secara terbuka

Keratan akhbar tentang sebuah hotel yang


menggunakan sos alkohol dalam bufet
Ramadhan mereka

19
Jenis-jenis arak yang terdapat di pasaran

Perlaksanaan hukum hudud kepada wanita di Indonesia

20

You might also like