You are on page 1of 14

Kolej Mara Banting

Kerja Khusus Pendidikan Islam


Semester 1/2010

Kedudukan Wanita
Dalam Islam

Nama Ustaz : Abdul Jamir bin Md. Saad


Nama Pelajar : Atheerah binti Azman
Kelas : M10E
No. KP : 920527-03-5018
Isi Kandungan

 Pengenalan

 Wanita Muslimah Tunggak Muslim Sejati

 Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

 Wanita Hiasan Dunia. Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

 Kesimpulan

 Rujukan

 Lampiran
PENGENALAN

Tiada agama lain yang mengangkat kedudukan wanita di sisi agama seperti
agama Islam. Martabat wanita diangkat tinggi sehingga di dalam al-Quran terdapat
satu surah khusus untuk para wanita iaitu surah An-Nisa’ yang bermaksud wanita.

Kehadiran Islam telah mengubah status wanita yang dianggap hina pada zaman
jahiliyah di mana pada ketika itu lelaki-lelaki akan membunuh bayi perempuan yang
baru lahir kerana menganggap kelahiran mereka hanya akan mendatangkan
kesusahan apabila dewasa kelak. Sifat tasakhut (tidak mahu menerima) mereka ini
terhapus sama sekali setelah Rasulullah S.A.W. datang bersama ajaran Islam yang
menyanjung para wanita sehinggakan ibu bapa yang diuji dengan kelahiran anak
perempuan dijanjikan untuk bersama dengan Rasulullah kelak di syurga. Kelahiran
ramai anak perempuan sebenarnya memberikan banyak keberkatan kepada
ayahnya semasa hidupnya dan tidak akan memberi apa-apa manfaat pun setelah
anak itu mati. Jadi, sangat jelas bahawa anak perempuanlah yang akan membuka
jalan ibu bapanya ke syurga jika dia dididik dengan ajaran Islam yang sempurna
mengikut Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk ummah


yang soleh dan solehah kerana merekalah yang mengandungkan anak-anak
tersebut selama sembilan bulan sepuluh hari dan memulakan didikan agama
terhadap bayi itu sejak dari kandungannya lagi. Jika cukup didikan dan asuhan yang
diberikan oleh seorang ibu, dengan izin Allah anak-anak yang dilahirkan akan
sempurna iman dan akhlaknya dan akan bersatu menjadi satu ummah yang kukuh
untuk memimpin agama dan negara ini kelak.
Wanita Muslimah Tunggak Muslim Sejati

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan


pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan
berasa tenteram kepada-Nya, dan Dia menciptakan di antara kamu rasa kasih
sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.

Ar-Rum : 211

Terdapat konsep mawaddah wa rahmah2 diamalkan dalam rumah tangga Islam


yang bermaksud cinta dan kasih sayang. Allah menciptakan kaum wanita untuk
kaum lelaki secara berpasang-pasangan seperti yang telah dinyatakan dalam surah
di atas. Seorang lelaki harus mengahwini seorang wanita atas dasar kasih sayang
untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah kerana akhlak yang mulia anak-
anak adalah berdasarkan didikan daripada kedua orang tua mereka. Seorang isteri
memainkan peranan yang penting dalam menjadi tulang belakang setiap kejayaan
suaminya kerana para wanitalah yang berperanan memberi ketenteraman dan kasih
sayang kepada suaminya tatkala suami keluar mencari mencari rezeki dan berjihad
di jalan Allah.

Kita dapat melihat contoh yang jelas melalui peristiwa Khadijah isteri Rasulullah
yang cuba menenangkan Rasullullah S.A.W. ketika baginda mula-mula menerima
wahyu di Gua Hira’. Rasulullah S.A.W. pulang ke rumah dengan keadaan terketar-
ketar dan hampir pengsan lalu diminta untuk diselimutkan oleh Khadijah. Lalu
Khadijah berkata kepada baginda, “Tenanglah. Sungguh, demi Allah, sekali-kali Dia
tidak akan menghinakan dirimu. Engkau adalah orang yang senantiasa
menyambung tali silaturahim, senantiasa berkata jujur, tahan dengan
penderitaan,mengerjakan apa yang belum pernah dilakukan orang lain,menolong

1
Al-Quran (Surah Ar-Rum 30:21 / 406)
2
http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/kedudukan-wanita-dalam-islam.html
yang lemah dan membela kebenaran.” 3 Sikap Khadijah ini telah berjaya
menenangkan perasaan Rasulullah akibat peristiwa itu. Selain itu, kita juga dapat
melihat peranan Saidatina Aisyah isteri Rasulullah S.A.W. yang dijadikan pusat
rujukan utama para sahabat dan umat Islam setelah kewafatan baginda Rasulullah.
Hal ini menunjukkan bahawa Islam tidak mengenepikan Aisyah walaupun setelah
Rasulullah wafat kerana ketinggian ilmu yang dimiliknya dan kedudukannya yang
tinggi di samping Rasulullah.

Di samping itu, peranan wanita juga dikatakan besar kerana wanita harus
menggalas pelbagai tanggungjawab dalam sesebuah rumah tangga, termasuklah
tugas-tugas yang dilakukan seorang lelaki. lazimnya, seorang isteri atau ibu akan
menjaga seluruh kebajikan suami dan anak-anaknya, termasuk pakaian dan makan
minum mereka, memberikan kasih sayang, menghiburkan dan menenangkan
mereka, melayan suami dan juga mencari rezeki. Jika dilihat di sini sebenarnya
peranan yang dimainkan oleh seorang wanita jauh lebih besar daripada seorang
lelaki namun toleransi dalam rumah tangga itulah yang memainkan peranan yang
besar dalam situasi ini.

3
http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/kedudukan-wanita-dalam-islam.html (HR. Bukhari,
Kitab Bad’ al-Wahyi no. 3, dan Muslim, Kitab al-Iman no. 160)
Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu

Terdapat terlalu banyak ayat di dalam al-Quran yang menyuruh anak-anak


mentaati perintah kedua ibu bapa mereka.

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada
kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Luqman : 14 4

Firman Allah tersebut menyuruh anak-anak bersyukur dan mentaati ibu bapa
terutamanya kepada ibu yang telah banyak menaggung kesusahan ketika
mengandungkan mereka. Firman Allah yang lain yang turut menyuruh anak-anak
mentaati ibu bapa ialah :

Maksudnya : Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada
kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah. Masa
mengandung sampai menyapihnya sehingga tiga puluh bulan, sehingga apabila dia
dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku,
berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau
redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai ke anak cucuku.
Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang
Muslim.” Al-Ahqaf : 155

Ayat Surah Al-Ahqaf ini menerangkan betapa besarnya pengorbanan seorang


wanita bergelar ibu terhadap anaknya sehinggga tetap mendoakan kesejahteraan
anak walaupun telah dewasa. Dalam setiap ayat Al-Quran yang menyuruh anak-
anak mentaati ibu dan bapa pasti akan disebut tentang pengorbanan dan kesusahan
ibu mengandungkan anak-anak mereka. Hal ini kerana dalam perbandingan antara

4
Al-Quran (Surah Luqman 31:14 / 412)
5
Al-Quran (Surah Al-Ahqaf 46:15 / 504)
ibu dan ayah, kedudukan ibu adalah dilebihkan daripada kedudukan ayah dalam
setiap hal seperti hadis Rasulullah S.A.W. :

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya, “Siapa yang paling berhak
untuk aku berlaku bajik kepadanya?” Lalu Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Lelaki itu
bertanya lagi, “Setelah dia siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Lelaki itu
bertanya lagi, “Setelah dia siapa?” Rasulullah tetap menjawab, “Ibumu.” Lelaki itu
bertanya lagi, “Setelah dia siapa?” Lalu Rasulullah menjawab, “Ayahmu.”

Hadis Riwayat Al- Bukhari 6

Hadis ini menerangkan kedudukan seorang ibu yang lebih tinggi dan harus diberi
lebih keutamaan berbanding seorang ayah. Namun ia tidak bermaksud bahawa
kedudukan seorang ayah harus ditolak ketepi kerana ayah adalah merupakan ketua
keluarga dan pemimpin rumah tangga seperti ayat di bawah:

 “Dan para isteri yang diceraikan wajib menunggu 3 kali quru’. Tidak boleh bagi
mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahim mereka, jika
mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan para suami mereka lebih berhak
kembali kepada mereka dalam masa itu, jika mereka mengkehendaki perbaikan.
Dan mereka (perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya
menurut cara yang patut. Tetapi para suami mereka mempunyai kelebihan di
atas mereka. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

7
2 : 228

Kerana itulah syurga ibu kita pula terletak di bawah telapak kaki ayah kita.
Seharusnya kita mengimbangi kedua-dua mereka tapi ibu harus didahulukan
berbanding bapa. Seorang ibu tidak pernah merungut walau sekalipun ketika
mengasuh dan mendidik anak-anaknya dan tidak pernah mengeluh dengan karenah
anak-anak. Lazimnya ibulah yang paling mengerti perasaan dan perangai anak-anak
mereka kerana seorang ayah akan lebih sibuk mencari rezeki di luar. Tambahan

6
http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/kedudukan-wanita-dalam-islam.html

(HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)


7
Al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:228 / 36)
pula, cara didikan seorang ayah mungkin lebih keras dan tegas berbanding ibu yang
lebih lembut dan memahami. Seorang ibu yang menyedari betapa besarnya
tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah akan mula mendidik anaknya sejak
dari dalam kandungan lagi dengan ayat-ayat suci Al-Quran, makanan yang
berkhasiat dan perbuatan yang baik.

Jadi, bagaimana didikan dan asuhan yang diberikan oleh ibunya, itulah yang
akan ditunjukkan melalui akhlak anak-anak mereka. Selalunya, anak-anak yang
dilahirkan dalam rumah tangga yang harmoni di mana setiap ahli mendapat ajaran
agama Islam yang mencukupi dan memperoleh kasih sayang yang secukupnya,
anak-anak mereka akan menjadi seorang insan yang berakhlak mulia dan berjaya di
dalam kehidupan. Dan ibulah yang menjadi pengasas keluarga kerana di dalam
rahim ibulah semua proses pembentukan anaknya berlaku di samping bapa yang
menjadi ketua keluarga.
Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat jahiliyah menghina kewujudan wanita


dan melayan mereka dengan cara yang paling dahsyat. Namun, kedatangan Islam
telah membuka peluang kepada para wanita untuk turut sama berjuang di jalan Allah
untuk mempertahankan agama Islam daripada pihak musuh.

Wanita menggoncang dunia bukan dengan cara berperang dengan menunggang


kuda dan menghunuskan pedang ke dada pihak lawan, tetapi dengan cara
memelihara keimanan mereka walaupn diduga dengan pelbagai jenis musibah dan
kesusahan. Musuh Islam akan berasa tercabar apabila wanita-wanita Islam kekal
dengan pendirian mereka untuk mengesakan Allah dan hal ini akan menjadi banteng
kekuatan tentera-tentera Islam.

Contoh wanita mulia yang diangkat darjatnya di sisi Rasulullah ialah puteri
baginda iaitu Saidatina Fatimah R.Anha. Fatimah mula mengambil tanggungjawab
menjaga kebajikan Rasulullah seperti makan minum dan pakaiannya sejak dia kecil
lagi. Namun dalam kesibukan hariannya, dia tidak pernah leka dan lalai dalam
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T. Pengorbanannya walaupun
tidak dilihat seperti orang lain yang berjuang di medan perang tetap dikira sebagai
jihad kerana dia telah menjadi tunggak dan sandaran Rasulullah sepanjang
perjuangan baginda. Lalu setelah dikahwinkan dengan Saidina Ali, salah seorang
sahabat yang dijanjukan syurga oleh Rasulullah, kesabarannya diuji apabila sering
ditinggalkan oleh suaminya yang sering pergi berperang dan harus menjaga semua
keperluan anak-anaknya sendirian. Namun Rasulullah telah menasihatinya supaya
bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah agar diberikan keringanan. Saidatina
Fatimah pernah mengikut Rasulullah berperang dan merawat luka tentera-tentera di
sana walaupun tidak boleh berlawan menumpaskan musuh. Fatimah juga turut serta
sewaktu penawanan semula Kota Mekah. Sewaktu Rasulullah hendak wafat,
baginda membisikkan dua perkara kepada puterinya. pertama adalah berkaitan
kematiannya yang membuatkan Fatimah menangis. Kedua ialah Rasulullah
membeitahu bahawa dia adalah orang pertama yang akan berkumpul dengan
baginda di alam baqa’. Fatimah juga diberi penghormatan sebagai Penghulu Wanita
di Syurga.8 Contoh lain yang dapat dilihat ialah pada kisah Sumayyah dan
keluarganya yang diseksa oleh Abu Huzaifah bin Mughirah kerana dia memeluk
Islam. Sumayyah dan suaminya diseksa seperti Bilal dan hamba lain diseksa oleh
tuan mereka namun iman di dadanya tetap tidak berubah. Lalu Rasulullah yang
datang melihatnya berkata, “Sabarlah keluarga Yassir kerana tempat kembali kalian
adalah syurga.”9 Lalu akibat kemarahan melihat iman Sumayyah yang kuat Abu
Huzaifah menusuknya dengan sangkur yang berada di tangannya.

Demikianlah cara Allah menguji wanita yang namanya disebut dalam al-Quran
dan dipuji-puji ketabahannya serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan Rasulullah.
Mereka telah diuji dengan pelbagai jenis dugaan dan kesusahan dan ketahuilah
bahawa Allah telah memilih mereka untuk diberikan dugaan itu kerana Allah mahu
mereka lebih mendekatkan diri dengan-Nya. Wanita yang diuji dengan cara sebegini
terpelihara dengan sifat takbur kerana mereka tidak mendapat peluang untuk berasa
sombong dan membangga diri. Sebaliknya, kesusahan itu mengajar dan mendidik
mereka supaya menjadi lebih sabar, bergantung kepada Allah, takutkan dosa, redha
dan rendah diri.

8
http://kisah-nabi-nabi.blogspot.com/2010/04/syidatina-fatimah-rha-penghulu-wanita.html

9
http://muslimah.blogsome.com/2006/09/22/sumayyah-binti-khayyat-radhiallaahu-anha/
Wanita Hiasan Dunia.Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

Islam sangat menegaskan para wanita untuk menjaga kehormatan diri dan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membuka jalan ke
neraka. Bukti penting dan istimewanya wanita di sisi Islam, Rasulullah S.A.W. sendiri
telah meninggalkan wasiat baginda kepada para wanita muslimah untuk dijadikan
panduan hidup. Antara wasiat baginda ialah agar isteri tidak menderhaka kepada
suami, pesanan agar wanita menjaga kehormatan diri, keutamaan mengasuh anak
perempuan dan pesanan supaya wanita beristighfar dan bersedekah walaupun
sekecil-kecil sedekah.

Wanita diibaratkan sebagai hiasan dunia kerana mereka adalah penyeri


kehidupan dalam sesebuah institusi rumah tangga dan juga bagi muhrim yang halal
bagi mereka. Namun, hiasan dunia yang paling indah ialah wanita yang solehah
kerana hijabnya belum pernah terbuka kepada sesiapa kecuali kepada yang berhak
iaitu suaminya. Wanita merupakan penghuni syurga yang paling ramai kerana
wanita mampu memperoleh syurga dengan sangat mudah jika mereka menurut jalan
yang betul. Namun, wanita juga adalah merupakan penghuni neraka yang paling
ramai kerana wanita adalah punca berlakunya maksiat di muka bumi. Wanitalah
yang mampu menarik kaum Adam melakukan maksiat melalui pemakaian mereka
yan tidak menutup aurat dan cara pergaulan mereka yang mampu menimbulkan
nafsu.

Sabda Rasulullah SAW,

“Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku,


kaum kalianlah yang lebih banyak menghuni neraka.” 10

Oleh kerana itulah Islam menyuruh wanita muslimah menutup aurat dengan cara
memakai tutup yang labuh sehingga menutupi paras dada, tidak bergaul dengan
lelaki yang bukan muhrim tanpa urusan yang mendesak, menjaga cara percakapan
supaya suara mereka tidak menimbulkan minat lelaki untuk mendengar, dan juga
berjalan tanpa bunyi derap kaki agar tidak menarik perhatian kaum lelaki di

10
http://struggle2jannah.wordpress.com/2009/04/05/wasiat-rasulullah-saw-kepada-wanita-mukminah/
sekeliling. Semua larangan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk
menjaga kehormatan dan maruah diri wanita. Wanita yang tidak menjaga aurat
mereka seperti suara, kulit dan susuk tubuh dianggap sudah tidak berharga kerana
semua hartanya yang berharga telah dipamerkan kepada khalayak ramai yang
bukan muhrim dan tidak halal baginya.

Sebaik-baik wanita di dunia ialah wanita yang paling tinggi apabila berdiri, paling
besar apabila duduk, paling benar apabila berbicara, bersikap halus apabila sedang
dimarah, bila tertawa dia hanya tersenyum, bila berkarya dia memperindah
karyanya, yang mentaati suaminya, yg berada di rumahnya, terhormat di tengah
kaumnya, dan hina tatkala sendirian. Banyak kasih sayangnya, banyak anaknya dan
urusannya terpuji.11 Manakala sejahat-jahat wanita adalah wanita yang tertawa tidak
kerana tertarik (kepada sesuatu), mengatakan yang dusta, mengajak bertengkar
dengan suaminya, hidung di langit dan punggung di air. 12

Wanita Islam dijaga dan ditatang seperti minyak yang penuh agar maruah diri
mereka terjaga dan mereka sepatutnya bersyukur kerana mereka tidak dibiarkan
sesat seperti wanita-wanita dalam agama lain. Terdapat wanita yang menganggap
bahawa mereka hidup terkongkong dalam agama Islam yang banyak menghalang
mereka daripada mengamalkan gaya hidup seperti wanita lain. Memang benar,
aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki dan wanita lebih senang mendapat
dosa berbanding lelaki, namun wanita juga lebih mudah mendapat pahala
berbanding lelaki. Jadi, ini bermakna bahawa Allah melayan semua manusia dengan
adil. Oleh itu, semua wanita sepatutnya bersyukur dengan larangan-larangan Allah
yang diperintahkan untuk memberi perlindungan kepada mereka di samping
diberikan ganjaran percuma dengan hanya mengikut segala perintah dan
meninggalkan larangannya.

11
50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita – Majdi As-Sayyid Ibrahim – Penterjemahan Edisi Malaysia:Hanifah Binti
Uthman- Cetakan Kelima Edisi 2001
12
50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita – Majdi As-Sayyid Ibrahim – Penterjemahan Edisi Malaysia:Hanifah Binti
Uthman- Cetakan Kelima Edisi 2001
Kesimpulan

Kelebihan-kelebihan dan keutamaan yang diberikan kepada wanita Islam jelas


menunjukkan bahawa kedudukan wanita diangkat tinggi dalam agama ini. Kaum
hawa tidak lagi dilayan sesuka hati seperti pada zaman jahiliyah dulu. Malahan,
sekarang di Malaysia telah wujud Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat dan banyak lagi persatuan-persatuan kewanitaan yang lain yang
ditubuhkan untuk membela nasib kaum wanita.

Kepimpinan wanita juga telah diiktiraf dan telah terdapat ramai pemimpin
termasuk menteri dan ketua-ketua yang terdiri daripada kaum wanita. Wanita berhak
bersuara untuk mempertahankan hak-hak mereka termasuk dalam hal perkahwinan
dan rumah tangga. Bilangan wanita yang berkerjaya dan turut sama-sama keluar
mencari rezeki semakin bertambah. Walaupun begitu, segala perbuatan mereka
harus dibataskan dengan adab-adab pergaulan dalam komuniti terutamanya dengan
orang yang bukan muhrim. Mereka masih tidak dibolehkan melakukan kerja-kerja
yang melibatkan pergaulan bebas antara bukan muhrim an aurat mereka harus
sentiasa ditutup.

Ciri-ciri wanita solehah masih mampu dipraktikkan oleh wanita masa kini untuk
mendapatkan keredaan Allah S.W.T. seperti yang telah dijanjikan-Nya. Surah An-
Nisa’ di dalam Al-Quran yang mengandungi semua perkara yang berkaitan wanita
yang harus diketahui oleh mereka adalah sebaik-baik rujukan untuk membimbing
mereka ke jalan yang lurus. Ditambah lagi dengan wasiat-wasiat yang ditinggalkan
oleh Rasulullah untuk membentuk wanita muslimah yang solehah, pasti wanita-
wanita ini tidak akan terpesong dan mampu menjalani kehidupan dunia dengan
penuh keimanan untuk menghadapi hari akhirat mereka. Janji-janji yang telah
diberikan oleh Allah S.W.T. pasti akan ditunaikan-Nya kerana tiada perkataan yang
lebih benar melainkan janji Allah seperti firman-Nya yang bermaksud, “Dan janji
Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” – An-Nisa’
ayat 122.
Lampiran

file:///C:/Users/user/Documents/pai/New%20folder/wanita%20solehah%20q.htm

http://www.google.com.my/images?hl=en&q=wanita%20solehah&um=1&ie=UTF-
8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1368&bih=589

You might also like