You are on page 1of 18

Kolej MARA Banting

Kerja Kursus
Pendidikan Islam
Sem 1/2010
Pemakaian minyak wangi dalam Islam
Pensyarah :
Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad

Disediakan oleh :
Nama : Fadzliyana binti Mohd. Adzlan
Kelas : M10E
No. Kad : 920727-14-7292
pengenalan
Isi kandungan

No Tajuk Muka surat


.
1. Pengenalan 3
2. Sejarah minyak wangi 4
3. Jenis-jenis minyak wangi 4-5
4. Penggunaan alcohol dalam minyak wangi 5-7
5. Lard di dalam minyak wangi! 8
6. Tuntutan pemakaian minyak wangi 9
7. Pemakaian minyak wangi bagi kaum lelaki 10
8. Hukum pemakaian minyak wangi bagi wanita 11-14
9. Penutup 15-16
10. Lampiran 17
11. Bibliografi 18

Pengenalan

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah
dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
Kajian ini berkenaan minyak wangi dari pandangan Islam. Kajian ini meliputi sejarah,
asal-usul di mana minyak wangi ditemui dan fungsi-fungsinya pada ketika itu. Penemu asal
minyak wangi ialah seorang tokoh Islam yang sangat disegani iaitu Al-Kindi atau nama
penuhnya Abu Yusuf Yakub ibn Ishaq Al-Kindi. Beliau telah menemukan minyak wangi melalui
proses kimiawi. Seterusnya minyak wangi berkembang pesat hinggalah hari ini dan terdapat
dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Kemudian antara isu yang dibincangkan di dalam folio ini ialah isu mengenai
penggunaan alcohol di dalam minyak wangi. Timbul keraguan mengenai penggunaan yang
mengandungi alcohol ini dibawa ke dalam solat, adakah solat itu sah atau tidak. Isu ini antara
yang paling banyak diutarakan kerana ia banyak berkait dalam kehidupan seharian. Terdapat
juga penerangan mengenai sifat-sifat alcohol itu sendiri perbicaraan mengenai alcohol di dalam
arak dan alkohol di dalam minyak wangi serta perbezaannya. Antara perkara lain yang
dibincangkan ialah mengenai pemakaian minyak wangi oleh kaum wanita dan lelaki. Perbezaan
di antara jenis minyak wangi serta kesesuaian pemakaiannya. Terdapat hadis-hadis yang
menerangkan tentang larangan serta galakan pemakaian minyak wangi mengikut situasi-situasi.

Sejarah minyak wangi

Pembuatan minyak wangi kali pertamanya dilakukan di Mesir, bukan di Perancis yang kini
merupakan pengeluar utama dalam pasaran minyak wangi. Antara kegunaan awal minyak wangi
di Mesir ialah dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian. Minyak wangi
merupakan alat biasa yang sering digunakan dalam upacara-upacara yang beristiadat. Bahan-
bahan awal yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah dupa dan kayu manis,
sejenis bahan-bahan yang senang didapati pada waktu itu. Minyak wangi diperoleh daripada
bahan-bahan tersebut melalui proses giling, parut, dan tumbuk.
Kini pembuatan minyak wangi lebih maju dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih.
Wangian diperoleh dari wap air melalui proses penyulingan. Wangian tersebut kemudian
dicampurkan bersama pelbagai jenis “essence” lain dan kuantiti alcohol yang berbeza. Campuran
inilah yang menghasilkan minyak wangi yang mempunyai aroma yang berbeza dan tersendiri.

Jenis-jenis minyak wangi

Eau de Cologne ( EDC )

Merupakan jenis wangian yang paling ringan. Ini kerana kandungan alcohol yang terdapat di
dalam wangian ini adalah yang tertinggi. Hanya terdapat di dalam 5 % campuran pewangi.
Wangian jenis ini cepat hilang, lebih sesuai digunakan selepas mandi.

Eau de Toilette (EDT )

Wangian jenis ini lebih tinggi tahapnya dari EDC. Walaupun kandungan alkoholnya masih di
tahap tinggi, tetapi tidak setinggi EDC. Terdapat dalam 12% campuran pewangi. Member
kesegaran yang lebih lama dan merupakan wangian paling ideal, kerana aromanya lebih ringan
dan kurang menusuk serta tahan lebih lama sekitar 3 hingga 4 jam

Eau de Perfume (EDP )

Jenis ini boleh bertahan lebih lama sehingga 4-6 jam. Kadar alcohol sangatlah sedikit dan
campuran pewanginya adalah di dalam 15 ke 22 %. Aromanya cukup kuat dan tahan lama.
Sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi di malam hari

Perfume

Merupakan wangian yang paling lama bertahan, berupaya tahan sehingga 6-12 jam. Kadar
campuran pewanginya paling tinggi iaitu 22 % tanpa campuran alcohol. Aromanya sangat kuat
dan boleh dicium walaupun dari jarak jauh.

Setiap jenis wangian di atas mempunyai kadar kekuatan aroma yang berbeza bergantung kepada
kandungan alcohol dan pewangi di dalamya. Penggunaan minyak wangi yang sesuai perlulah
diberi perhatian.

Penggunaan alcohol di dalam minyak wangi


Penggunaan alkohol di dalam minyak wangi merupakan isu yang sering timbul dan
dibincangkan oleh para ulama. Ulamak dahulunya menghukumkannya sebagai haram, kerana
mereka berpendapat alkohol itu adalah najis. Penghukuman haram ini dijatuhkan kerana
pengetahuan pada ketika itu tidak berupaya menyingkap hakikat sebenar alkohol di dalam
minyak wangi. Bagaimana ia terjadi, proses-proses yang dilakukan dan adakah serupa alkohol di
dalam minyak wangi bersama alkohol di dalam khamar.

Ulamak dahulunya menyetujui pengharaman alkohol dalam minyak wangi, manakala ulamak
sekarang mengatakan alkohol dalam minyak wangi itu suci bukan najis. Bagaimana hukum
boleh berubah? Beginilah yang dinamakan fikah, ia sentiasa berkembang. Hukum Islam adalah
sesuai untuk setiap zaman dan keadaan.

Umar r.a. menegaskan: "Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan


lingkungan/persekitaran dan daerah."

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak yang
menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum
mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan masyarakat,
Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan berbeza sesuai
dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan sumber terpenting dalam Islam. Walaupun tidaklah ia
menerangkan secara mendalam dan terperinci , tetapi keumumannya melengkapi semua yang
ada.

Berkenaan hukum tadi, majlis fatwa kebangsaan telah berbincang, hasil kajian mereka mengenai
alkohol. Alkohol terdiri daripada bermacam-macam jenis bahan kimia sebagai contoh, ethanol
atau ethyl alcohol, buthanol dan lain-lain. Di dalam minuman keras ethanol,ialah bahan yang
memabukkan dan yang paling banyak dicampur. Sebanyak 70% di dalam arak ialah alkohol.
Alkohol ini ialah dari jenis “Denatured alcohol”sejenis alkohol yang telah diproses untuk tujuan
memabukkan. Manakala alkohol yang terdapat dalam minyak wangi ialah dari jenis “Absolute
ethanol” sejenis alkohol dari campuran sedikit air dan campuran lain. Oleh itu kesannya adalah
berbeza dengan arak dan ia tidaklah memabukkan.
Di dalam khamar itu terkandung alkohol, bukan alkohol daripada khamar. Alkohol dari proses
pembuatan arak adalah najis dan haram hukumnya. Tetapi alkohol yang bukan melalui proses
pembuatan arak adalah suci dan tidak haram hukumnya. Penggunaan ubatan-ubatan dan wangian
yang mengandungi alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang
dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk
menaikkan roti adalah harus.

Alkohol ialah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik, merujuk kepada sebatian yang
mempunyai kumpulan (Ho). Terdapat dua jenis alkohol yang paling baik iaitu, methyl alcohol
(methanol ) atau alkohol (kayu ) dan ethily alcohol ( ethanol ) atau alcohol biji-bijian. Methyl
alcohol tidak digunakan di dalam minuman kerana ia merupakan sejenis racun yang kuat.
Manakala ethyl alcohol digunakan di dalam minuman keras.

Terdapat dua cara penyediaan alcohol iaitu penyediaan melalui penapaian yis karbohidrat dan
kaedah kedua ialah melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (bukan daripada
sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan ) dengan penghidratan etil. Alkohol di dalam
arak dihasilkan melalui kaedah pertama tadi. Minuman keras boleh memabukkan dan

merosakkan anggota badan, makanya ia haram disebabkan oleh kemudaratan yang dibawanya.
lembaga fatwa Al-Azhar bersependapat alkohol itu bukanlah najis, tetapi arak itu tetap najis.

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja
Syaitan " (Al-Maidah; 90)

sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap
yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Alkohol adalah sebangsa gas cair. Antara sifat-sifat gas ialah, molekul-molekul gas berupaya
berpindah tempat dengan cepat. Tenaga kinetic bagi gas adalah yang paling tinggi berbanding
cecair ataupun pepejal. Apabila suhu semakin tinggi, tenaga kinetic gas semakin meningkat.
Campuran molekul-molekul gas adalah merata-rata, ia bebas bergerak pada segala arah dan tidak
akan hilang energinya. Gas berupaya menempati isipadu yang besar berbanding pepejal dan
cecair walaupun dalam berat yang sama.Setitis minyak wangi tersebut yang beremulasi dengan
gas, aromanya akan tersebar dengan cepat dan berupaya memenuhi ruang dalam masa yang
singkat. Ruang sebarnya wangian tersebut, sama dengan ruang alkohol yang mempunyai tenaga
kinetic.

Penggunaan alkohol di dalam minyak wangi adalah halal hukumnya. Ia menjadi haram apabila
diminum untuk tujuan bermabuk-mabuk. Alkohol digunakan sebagai bahan aktif dalam
makanan, minuman, dan ubat-ubatan serta sebagai bahan pelarut dalam alat solek dan pewangi.
Alkohol yang dipakai untuk tujuan baik adalah tidak haram kerana alcohol bukan najis.
Berberapa negara-negara Islam telah melarang pengimportant Eau de Cologne yang
mengandungi alkohol kerana ia disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Antara alternative lain ialah penggunaan bahan pencegah peluh (anti-perspirant) dan bahan
pencegah bau badan (deodorant) bagi menggantikan penggunaan minyak wangi. Malah kedua-
dua bahan ini bebas dari alkohol dan bebas dipakai dan boleh dibawa dalam solat.

Lard di dalam minyak wangi!

Antara cara untuk menghasilkan wangian yang tahan lama baunya ialah dengan menambahkan
lard ke dalam wangian tersebut. Lard atau nama saintifik lainnya ialah Manteca atau saindoux
ialah sejenis lemak babi yang diambil daripada bahagian yang terdapat kandungan lemak babi
paling tinggi. Antara contoh penggunaan lard di dalam minyak wangi

Garden Perfume

Ingredients:
 Lard
 Fresh flower petals with desired fragrance
 Ethyl alcohol (vodka)

Method: On a glass plate, place a thin film of lard from a grocery store. Cover lard with flower
petals. Store this in a dark place for 24 hours. For the next three days, replace petals with fresh
ones and repeat process. Now, remove the petals and melt the lard, mixing equal parts of ethyl
alcohol. Now, pour the mixture into a jar and close tightly. Store for the next 15 days, and then
pour scented alcohol into spray bottle, and use sparingly.

Lard pada kebiasaanya terdapat di dalam minyak-minyak wangi keluaran Eropah. Kita sebagai
umat Islam hendaklah menghindarkan diri daripada barangan-barangan yang tidak dipastikan
kesuciannya.

Berwangian itu satu tuntutan

Sabda Rasulullah S.A.W: " Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala,
sekalipun  kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan ... (Riwayat Al-Bukhari )

Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa dia berkata: " Barangsiapa yang
membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia
membazir .." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim)

sejak zaman Rasulullah lagi, berwangi-wangian itu amat digalakkan dengan tujuan menjaga
penampilan diri. Malah wangi-wangian merupakan kegemaran Rasulullah SAW. Bagi kaum
wanita, pemakaian wangian punyai batasnya, tetapi tidak bagi lelaki yang boleh memakainya
secara bebas. Wangian dapat mengelakkan dari bau busuk badan seterusnya memberi tanggapan
yang baik kepada seseorang itu dari orang lain. Perubahan zaman telah merperlihatkan
kewujudan pelbagai jenis haruman sama ada EDC yang terdapat dalam bentuk minyak atau EDT
yang terdapat dalam bentuk semburan di pasaran-pasaran sekarang ini. Haruman-haruman ini
diperoleh daripada bermacam-macam bahan asas seperti dedaun, dammar, bunga-bungaa, biji
benih, haiwan dan sintetik. Pilihan yang banyak menyebabkan manusia lebih cenderung memilih
wangian yang berjenama sedangkan kebenarannya wangian haruslah dipilih daripada campuran
wangian yang sesuai dengan bau badan.

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy).

Khasiat-khasiat yang ditawarkan oleh kasturi adalah pelbagai, antaranya ialah ia berupaya
mencerdaskan akal dan menyihatkan otak, selain menenangkan jiwa. Kasturi juga amat mujarab
dalam menawarkan bisa dan racun-racun binatang. Tambahan lagi kasturi boleh digunakan
untuk melegakan asma, menghilangkan sesak nafas serta mencegah wabak penyakit. Antara
kelebihan lain ialah kasturi juga dikatakan berfungsi untuk memelihara kesihatan secara
keseluruhan seterusnya melanjutkan usia.

Penggunaan minyak wangi bagi lelaki

Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi
warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang warna dan tersembunyi
baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Adalah sunat bagi lelaki untuk memakai wangi-wangian.


Sabda Rasulullah S.A.W: " Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala,
sekalipun  kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan ... (Riwayat Al-Bukhari )

Kaum lelaki digalakkan mengenakan pakaian yang bersih dan sempurna ketika hendak
menunaikan solat Jumaat. Mereka juga digalakkan memakai wangi-wangian.

Nabi Saw sendiri amat menyukai wangi-wangian dan benci akan bau busuk dan kotor. Nabi saw
tidak akan menolak jika diberi wangi-wangian.

.Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya,
kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat
Ahmad, Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

Ia juga merupakan sunah nabi ketika menyambut Aidilfitri untuk bangun awal dan
membersihkan diri serta mengenakan pakaian yang terbaik. Di samping itu pakailah juga bau-
bauan bagi kaum lelaki.

Wangian dan Wanita

Terdapat berberapa hukum bagi wanita yang memakai bau-bauan, sesuai dengan keadaan.

Adalah wajib bagi wanita untuk memakai bau-bauan ketika melayan suaminya di rumah.
Hendaklah mereka sentiasa bersolek dan berbau wangi agar dapat menyenangkan hati suami
mereka. Sabda Rasulullah SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya
sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)
Maksud menyenangkan hati di sini, merangkumi semua aspek samada fizikal mahupun mental.
Dari segi akhlaknya hendaklah dia berhias dan memakai bau-bauan di rumah.
Walaubagaimanapun wanita dilarang berhias dan memakai wangi-wangian di luar rumah.
Hukumnya menjadi sunat pula hendak menunaikan solat dan ibadah di dalam rumah dan
bukannya di masjid. Wangian yang dipakai bergantung kepada bersih atau tidak wangian
tersebut. Wangian yang mengandungi najis seperti kulit bangkai, bangkai binatang tidak boleh
dibawa sembahyang. Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada najis. Oleh itu jika
wangian tersebut diyakini bebas daripada najis, maka bolehlah dibawa dalam solat. Selain itu
adalah sunat juga bagi wanita memakai bau-bauan apabila hendak menyambut tetamu-tetamu
perempuan. Ini bagi mengelakkan bau badan yang akan menimbulkan perasaan kurang senang
oleh tetamu. Tambahan lagi sunat bagi seorang isteri memakai wangi-wangian di hadapan
suaminya. Hendaklah seorang muslimat itu sering menjaga penampilannya dengan sentiasa
kelihatan kemas, badan mahupun pakaian.oleh itu disunatkan juga memakai wangi-wangian
ketika di rumah sesama wanita.

Rasulullah saw bersabda “Perhiasan lahir, muka dan celak kening inai tapak tangan juga,
memakai cincin dan perhiasan-perhiasan harus memperlihatkan di dalam rumahnya dan mereka
yang datang ke rumahnya”
Juga bukanlah dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menimbulkan keghairahan nafsu orang
yang tiada hak kepadanya.

Wangian bagi wanita itu adalah jelas warnanya tetapi tidaklah menyerbak harum baunya.Malah
Aisyah RA sendiri memiliki wangian yang terbaik. Beliau menggunakannya ketika hendak
melayan Rasulullah SAW. Kata Aisyah “Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw
ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat
Abu Daud dan Tarmizi)

Selain itu merupakan sunat juga bagi wanita memakai bau-bauan sebelum berihram. Menurut
Aisyah “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw.
Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah
seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan
Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Menurut Imam Syafie, adalah sunat hukumnya bagi lelaki dan wanita untuk meyapu badan serta
pakaian mereka dengan minyak wangi sebelum melakukan ihram, walaupun minyak wangi itu
akan kekal sehingga habis ihram. Imam Hanafi turut mengatakan bahawa sunat hukumnya untuk
menyapu minyak wangi di badan dan pakaian ketika hendak atau sebelum ihram walaupun
minyak wangi itu tidak kekal, baunya akan kekal.

Pemakaian bau-bauan mestilah dilakukan sebelum melakukan ihram dan bukan ketika berihram.
Berikut adalah lebih sah walaupun bau wanginya itu akan terlekat sehingga habis ihram.
Seandainya ihram itu ditanggalkan maka fidyah akan dikenakan kecuali hendaklah dicucikan
terdahulu pakaian tersebut kerana syarat orang berihram ialah hendaklah ia menjauhkan bau-
bauan.

Hukumnya adalah makruh bagi wanita untuk memakai bau-bauan ketika berpuasa. Berikut
merupakan fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-
wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak

Hukumnya adalah haram apabila seseorang wanita itu memakai wangi-wangian di luar rumah
dan di hadapan lelaki ajnabi dengan tujuan untuk memikat lelaki. Zina itu adalah perkara yang
terkutuk dan dilarang dalam Islam. Maka antara cirri-ciri yang membawa kepada penzinaan itu
seperti pemakaian wangi-wangian di luar rumah adalah diharamkan.

Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati
(melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram
dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-
Tamizi)
Dalam riwayat lain,
“Setiap mata adalah berzina. Dan apabila wanita memakai wewangian lalu melalui suatu majlis.
Maka di adalah begini dan begini yakni wanita penzina.”
Melalui ayat “setiap mata adalah berzina” bermaksud bagi setiap wanita yang memandang lain
terhadap kaum bukan sejenisnya bersama dengan syahwat adalah seorang penzina. Ayat
berikutnya “ dan apabila memakai wangian” bermaksud apabila wanita itu mengenakan wangi-
wangian. “lalu melewati suatu majlis” yang mana merujuk kepada majlis kaum lelaki. “yakni
wanita penzina” ayat terakhir member maksud wanita itu digelar penzina kerana dia telah
membangkitkan syahwat kaum laki-laki apabila mereka tercium bau wangiannya itu lalu
membuatkan mereka memandang ke arahnya.dan bagi laki-laki yang melihat wanita tersebut,
matanya adalah berzina dan makanya mereka turut berdosa.

Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan
dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

Begitu juga apabila wanita hendak bersolat di masjid, diharamkan ia dari memakai bau-bauan.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-
bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta
Ashabussunah)
bagi mana-mana wanita yang ingin mengikuti solat-solat jemaah hendaklah dia tidak
mengenakan sebarang pewangi atau apa-apa yang menyebarkan bau harum . Walaupun hadis ini
menyebutkan pada waktu Isya’ tetapi perawinya menyatakan bahawa ia merujuk kepada semua
waktu solat. Waktu Isya’ dijadikan contoh kerana ia pada waktu itu paling banyak fitnah bagi
wanita.
Bagi Imam Nawawi pula, tidak dikhususkan waktu solat bila tetapi diharamkan bagi wanita
memakai wangi-wangian untuk beribadah di masjid

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang
daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah
kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan
menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi
……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

di dalam riwayat lain ada disebutkan,


“Apabila seorang wanita keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi untuk menghilangkan
minyak wangi, sebagaimana dia mandi untuk menghilangkan janabat” (Shahih riwayat Nasa’i
dari Abu Hurairah).
Menurut Imam As-Suyuti, apabila seseorang wanita itu keluar ke masjid sedang dia memakai
bau-bauan, hendaklah dia mandi dahulu bagi menghilangkan wangian tersebut. Keharusan mandi
ini adalah dengan tujuan menghilangkan haruman tersebut secara keseluruhan.

Haram juga pemakaian wangian bagi wanita yang baru kematian suaminya, iaitu di dalam
tempoh iddahnya. Pada waktu berkabung ini wanita tersebut hendaklah meninggalkan segala
macam perhiasan-perhiasan termasuklah pakaian, barang-barang kemas serta wangi-wangian.
Hukum berkabung adalah wajib bagi wanita yang telah kematian suaminya. Tujuan berkabung
ini adalah bagi menzahirkan rasa sedih kehilangan seseorang dengan cara yang terkawal bukan
seperti zaman jahiliyyah dahulu. Hikmah berkabung ialah bagi melindungi serta mengawal
isterinya yang telah ditinggalkan dalam tempoh tertentu.
Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan,
10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram
baginya memakai bau-bauan”

Penutup

Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,

"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan
beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan
sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat
kesukaan dan kesenangan."aitanan antara wangian dan syurga
Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, Wangilah untuk penghuni engkau!, lalu Syurga pun
bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang
dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia
dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat."

(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Melalui kedua-dua ayat di atas dapat kita lihat terdapatnya perkaitan antara wangian dan syurga.
Malah wangian turut dinyatakan sebagai antara contoh cirri-ciri syurga yang mana ia merupakan
sesuatu yang indah dan menyenangkan. Syurga Allah itu sendiri turut berbau harum
memberikan gambaran yang cukup menyenangkan. Wangian juga bolehlah dikaitkan dengan
kehidupan seharian kita sebagai manusia di mana apabila sesuatu yang berbau wangi atau harum
itu pada kebiasaanyya merujuk kepada benda-benda yang baik dan menarik. sebagai contoh
antara barang-barang yang harum dan wangi baunya selalunya adalah sesuatu yang bernilai
tinggi. Manakala bagi benda-benda yang kurang baik selalunya dikaitkan dengan bau busuk
seperti sampah, makanan basi, najis. Perkara-perkara kurang baik juga pada kebiasaannya
dikaitakan dengan busuk seperti busuk hati.

Amalan berwangi-wangian ini merupakan satu amalan yang disukai Allah swt serta rasulnya.
Lelaki boleh mengenakan wangian yang sesuai dan tidaklah dengan tujuan untuk menunjuk-
nunjuk. Manakala bagi kaum wanita pula tidaklah digalakkan penggunaannya melainkan
digunakan untuk suaminya. Terdapat hikmah larangan penggunaan minyak wangi bagi kaum
wanita selain di hadapan suaminya, ia adalah bagi mengelakkan wanita dari bahaya penzinaan.
Tetapi ia menjadi sesuatu yang amat digalakkan apabila digunakan untuk melayan suami
mereka.
Oleh itu jelas pemakaian minyak wangi adalah sesuatu yang harus agar dapat memberikan
gambaran yang baik mengenai seseorang.Menandakan seseorang itu amat menitikberatkan
kebersihan serta penampilan diri mereka. Mereka ini ialah orang yang dipandang tinggi serta
dihormati oleh orang lain.

Lampiran

Penemu asal minyak wangi


Eau de cologne Eau de Toilette Eau de Toilette Perfume

Penggunaan wanita sebagai model


iklan minyak wangi “Lard” atau lemak babi

Bibliografi

Buku
600 Jawapan kemysykilan agama wanita Jilid I, Ustaz Ahmad Baei Jaafar, Uataz
Mohamad Abdul Rahman, Ustazah Rohani Mohamad, (1999) penerbitan Karya Bistari
Sdn. Bhd
600 Jawapan kemusykilan agama wanita Jillid II, Ustaz Dato’ Haji Ishak Baharom, Ustaz
Haji Ismail, Ustaz Ahmad Baei Jaafar, Ustaz Jaafar Salleh, Ustazah Fatimah Omar,
(1998) penerbitan Karya Bistari Sdn. Bhd
50 Wasiat Rasulullah untuk Wanita, Majdi As-Sayyid Ibrahim, (1988) penerbitan
Makbatul-Qur’an Mesir, Pustaka Syuhada

Internet

http://hafizfirdaus.com/content/view/251/90/
http://hafizfirdaus.com/content/view/358/78/
http://saifulislam.com/?p=3564
http://www.zaharuddin.net/content/view/279/95/
http://www.iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=1724
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=2229
http://www.loveloveislam.com/2010/08/penggunaan-alkohol-dalam-makanan-ubat.html
http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/72053-hadith-perempuan-
dan-minyak-wangi.html
http://updateninfo.blogspot.com/2007/08/susulan-minyak-wangi-ada-babi-aka-lard.html
http://www.eaudrey.com/perfume.htm
http://kurakura-naganaga.blogspot.com/2010/08/wangian-dalam-islam.html
http://en-gb.facebook.com/note.php?note_id=142646395755914
http://irwanirah.multiply.com/journal/item/168

http://sejarah.kompasiana.com/2010/08/01/al-kindi-penemu-minyak-wangi/
http://djirwansyah.blogspot.com/2009/11/khasiat-kasturi-berdasarkan-kajian-yang.html

You might also like