P. 1
Pembedahan Plastik Menurut Perspektif Islam

Pembedahan Plastik Menurut Perspektif Islam

5.0

|Views: 13,503|Likes:
Published by pendislam

More info:

Published by: pendislam on Apr 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2015

pdf

text

original

KOLEJ MARA BANTING Jalan Labuhan Dagang Bkt Changgang 42700 Banting, Selangor

KERJA KURSUS PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEMESTER SATU/2010 PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENSYARAH: USTAZ ABDUL JAMIR B. MD SAAD
DISEDIAKAN OLEH: NAMA : DANIA INARAH BINTI AZMY KELAS : M10E NO I/C : 921011-01-5184
1

ISI KANDUNGAN
BAB 1.0) Pengenalan 2.0) Fenomena pembedahan plastik 3.0) Jenis jenis pembedahan plastik 3.1- pembedahan rekonstruktif 3.2-pembedahan kosmetik 4.0) Faktor-faktor melakukan pembedahan plastik 5.0) Prosedur pembedahan plastik 6.0) Hukum pembedahan plastik menurut Islam 6.1-contoh pembedahan plastik yang dibolehkan 7.0)Lampiran 8.0)Bibliografi 9.0) Penutup 5 5-6 7 8-10 11-13 14 15-16 17 18 MUKA SURAT 2-3 3-4

2

1.0)Pengenalan
Syukur ke hadrat Ilahi kerani akhirnya kerja kursus agama ini Berjaya juga disiapkan dalam masa seminggu. Bagi pilihan tajuk,saya telah memilih ³Pembedahan Plastik mengikut Perspektif Islam´ sebagai tajuk pilihan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sepanjang menyiapkan kerja kursus ini terutamanya kepada ibubapa dan rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada ustaz Jamil yang banyak bertolak ansur dan memberi tempoh masa yang lama bagi kami menyiapkan kerja kursus ini. Saya memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian kerana tanpa kita sedari, fenomena pembedahan plastik sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan orang Muslim di Malaysia ini sendiri. Fenomena ini kian menular dan makin ramai yang berani mencuba melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kepuasan diri. Walau bagaimanapun, pandangan terhadap pembedahan plastik sebenarnya patut diperbetulkan kerana tidak semua pembedahan palstik itu bertujuan kecantikan. Kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai pembedahan plastik,pasti hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata seperti ingin memancungkan hidung,menipiskan bibir,membuang lemak dan sebagainya. Ada juga pembedahan plastik yang perlu dilakukan seperti jika berlakunya kemalangan atau kemalangan yang mengubah bentuk dan rupa asal manusia normal. Selain itu,tujuan saya memilih tajuk ini adalah disebabkan kesedaran ingin sedikit sebanyak membantu mereka yang terlalu taksub dengan pembedahan plastik bagi mengubah ciptaan Tuhan agar kembali ke pangkal ke jalan. Walaupun naskhah ini tidaklah sehebat mana,namun ia dapat memperjelas kepada kita semua tentang hokum pembedahan plastik pelbagai situasi. Di Malaysia sendiri,kita dapat lihat semakin ramai umat Muslim yang melakukan pembedahan plastik salah satu cara untuk tidak kelihatan tua. Ini sudah semestinya bercanggah dengan norma kehidupan dan sudah semestinya bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, diharap kita semua mendapat pandangan dan pemahaman yang lebih jelas dan terperinci mengenai pembedahan plastik dan hukumnya menutut Islam

3

Dalam tajuk ini nanti,akan saya kupas mengenai pembedahan palstik serta hukumnya menurut pandangan Islam. Diharap,kita semua mendapat pengajaran dan ilmu melalui pembacaan menerusi kerja kursus ini. Sekian,terima kasih.

2.0)Fenomena pembedahan plastik

³Pembedahan plastik merupakan suatu cabang ilmu bedah yang terbahagi kepada 2 iaitu operasi Rekonstruksi dan Estetik. Istilah ´Plastik´ sendiri berasal dari bahasa Yunani iaitu plasticos yang bererti dapat diubah/dibentuk, bukan dengan menggunakan bahan dari plastik, tetapi dengan menggunakan bahan dari tubuh sendiri (lemak, tulang rawan, kulit, dll) atau bahan artificial (implant) seperti silikon padat untuk memancungkan hidung atau silikon gel untuk membesarkan payudara.´1 Secara dasarnya,pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu Rekonstruktif dan Kosmetik. Pembedahan rekonstruktif bertujuan bagi membaikpulih anggota badan yang tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir,penyakit ataupun kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahan rekonstruktif, seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang rendah oleh masyrakat. Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota badan mengikut keinginan dan kepuasan seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini dapat meningkat tahap keyakinan dan imej diri seseorang dalam berhadapan dengan khalayak ramai. ³Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam satu kenyataan pada tahun lalu berkata, sepanjang empat tahun lepas, permintaan terhadap pembedahan kosmetik dan plastik di seluruh dunia telah mencatat peningkatan mendadak iaitu 280 peratus dan negara kita Malaysia turut tidak terkecuali.

1

http://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/

4

Masalah sumbing atau rekahan lelangit, bibir dan pembedahan tengkorak muka merupakan pembedahan rekonstruktif yang paling banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik bukan sahaja popular di kalangan wanita tetapi juga lelaki.´2 Namun begitu,setiap perkara semestinya mempunyai risiko yang harus ditanggung. Antaranya adalah melakukan pembedahan plastik boleh dikira sebagai satu pembaziran kerana bagi satu pembedahan plastik bagi hidung contohnya memakan wang sebanyak RM 2000. Dan bukan satu rawatan pembedahan sahaja harus dijalani. Sekurang-kurangnya 5 rawatan pembedahan yang harus diikuti. Selain itu, tidak semua prosedur pembedahan plastik yang dilakukan akan berakhir dengan sempurna. Terdapat sesetengah kes di mana bentuk anggota badan yang diingini tidak seperi yang diharapkan malah menambah beban individu yang menjalani pembedahan plastik itu disebabkan komplikasi yang dialami. Malahan lebih teruk lagi membawa kepada kematian. Rupa paras yang diingini menjadi bertambah hodoh dan menggerunkan. Inilah fenomena yang minoritinya terjadi di Barat akibat ketaksuban mereka ingin kelihatan lawa. Pembedahan plastik itu juga akan membawa kesakitan yang teramat sangat dan kesakitan ini mungkin mengambil masa tempoh yang lama untuk sembuh. Untuk menahan sakit pula,mereka biasanya diberikan ubat penahan sakit atau ubat bius yang menyebabkan mereka terdedah dengan risiko ketagihan ubat tersebut. Ketagihan seperti ini boleh mengakibatkan penyakit jantung,kerosakan otak dan akhir sekali kematian. Justeru,fenomena pembedahan plastik ini perlu dikawal kerana matlamat prosedur ini sebenarnya adalah untuk membantu manusia bukannya merosakkan kita sendiri. Pihak yang terlibat terutamanya doktor pembedahan plastik memainkan peranan dalam memberi nasihat kepada mereka yang terlampau taksub mengubah bentuk anggota badan dan tidak hanya sematamata ingin mengejar keuntungan. Sebagai manusia pula,kita perlulah mensyukuri nikmat anggota badan yang Allah s.w.t berikan kerana setiap penciptaa-Nya pasti terselindung hikmah.

2

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_0 4.htm

5

3.0Jenis-jenis pembedahan plastik
3.1)Rekonstruksi

1)kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin melengkung), hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit). 2) Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan retak tulang 3) Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami penderitaan yang teruk. 4) Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainanbentuk kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal. 5.)Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan pembuluh darah). 6) Transexual

3.2)Pembedahan plastic kosmetik/cosmetic surgery
1. Facelift Facelift adalah prosedur untuk menegangkankan kulit. Selain itu, facelift juga dapat meghilangkan kerutan pada wajah.

2. Rhinoplasty Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain bertujuan untuk memperbaiki penampilan, rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang tersumbat.

6

d. Eyelid Surgery Eyelid surgery dilakukan untuk mengangkat lemak serta menegangkan kulit dan otot di sekitar mata. Tetapi eyelid surgery tidak akan menghilangkan garis atau kerutan di sekitar mata, atau menghilangkan warna hitam di bawah mata.

e. Cheek Implant Operasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang pipi.Operasi ini dilakukan dengan memasukkan silikon di rongga mulut. Pipi tembam atau ³chubby´ juga dapat dihilangkan dengan menyedut lemak di bahagian pipi dan menegangkan ototnya.

f. Liposuction

Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan menjadi lebih ramping dan langsing. g. Breast Augmentation

Breast Augmentation adalah operasi untuk merubah ukuran payudara dengan menggunakan silikon. Hal ini dapat mengembalikan kembali bentuk payudara setelah melahirkan anak atau merubah ukuran payudara bersesuaian dengan keinginan individu. h. Lip Augmentation

Faktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di bibirnya dan mulai mendapat kerutan di bibir. Lip augmentation dapat membantu mengembalikan bentuk bibir serta menghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang.
7

4.0) Faktor-Faktor Melakukan Pembedahan Plastik
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik. Matlamat utama pembedahan plastik adalah untuk membetulkan kecacatan pada anggota badan manusia disebabkan beberapa perkara. Kecacatan teruk semenjak dari lahir seperti ³long syndrome face´ atau bibir sumbing dan disebabkan kemalangan menyebabkan seseorang itu berasa perlu baginya untuk melakukan pembedahan plastik. Sekiranya pembedahan plastic ini tidak dilakukan,maka menyukarkannya berhadapan dengan persepsi masyarakat. Selain itu, sesetengah individu juga melakukan pembedahan plastik atas dasar ingin mengembalikan semula fungsi tubuh badan yang terganggu. Namun begitu,kebanyakan masyarakat sekarang banyak melakukan pembedahan plastic bagi tujuan kecantikan terutamanya wanita. Mereka terlalu taksub dengan idola mereka sehinggakan ingin mengubah bentuk anggota badan supaya menyamai idola mereka. Keinginan untuk mendapatkan wajah yang lebih sempurna juga penyebabnya sesetengah pihak melakukan pembedahan plastik. Dari segi ini, kita mulai dapat melihat kepentingan pembedahan plastik ini mulai terpesong apabila kebanyakan pihak melakukan pembedahan plastik bagi mengubah ciptaan Allah s.w.t.

8

5.0)Prosedur pembedahan plastik
Prosedur pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu: Membentuk semula(Rekonstruktif): Prosedur membentuk semula ialah pembedahan yang dijalankan bagi mengembalikan semula fungsi bahagian badan yang tidak normal disebabkan oleh kecacatan sejak dari lahir ataupun kecederaan akibat kemalangan yang dialami. Penggunaan tarik flap(siat) dan graf(cantuman) tisu untuk memulihkan kehilangan bentuk kerana terbakar dan pindah otot belakang ke kaki dan tangan yang cedera adalah antara contoh prosedur yang dilakukan oleh pakar pembedahan plastik. Surgeri membentuk semula dapat dikira sebagai prosedur surgeri yang dilaksanakan ke atas anggota badan yang tidak normal bagi mengembalikan semula fungsinya. Kosmetik : Prosedur ini pula tidak lain hanyalah bagi kecantikan semata-mata. Prosedur ini dilakukan kepada anggota badan yang normal dan berfungsi dengan baik bagi mempercantik dan memperindah anggota badan mengikut pilihan individu tersebut. Sebagai contoh prosedur menegangkan kulit,memancungkan hidung dan sebagainya.

Pembedahan membentuk semula anggota badan ini setelah saya melakukan kajian dan pembacaan tidak ditegah dalam Islam malah menjadi wajib hukumnya sekiranya ia mesti dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah s.w.t akibat daripada kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit yang terbakar hampir seluruh badan. Oleh itu,dalam kes ini dibolehkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik.Jika anggota badannya sudah sempurna dan dia melakukan pembedahan plastik atas tujuan kecantikan dan ingin megubah ciptaan Allah,perkara sebeginilah yang ditegah dalam Islam sebagaimana firman Allah:

³ ( :119)
9

Tafsirnya: "Dan demi sesungguhnya aku (syaitan) akan memperdayakan mereka dengan anganangan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatangbinatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. " (Surah an-Nisd ': 119) ³3

Selain itu,pembedahan plastik itu juga boleh dilaksanakan ka atas anggota tubuh manusia yang baru ditimpa kecacatan atau kemalang yang teruk sebagaimana: ³ Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam suatu peperangan supaya menjadikan (mengganti) hidungnya itu dengan emas. ³4 Kesimpulannya, segala pembedahan plastik yang bertujuan untuk membentuk semula anggota tubuh badan bagi menghilangkan kecacatan mahupun megembalikan semula fungsi anggota badan yang rosak adalah harus. ³Sementara pembedahan bagi tujuan kosmetik (untuk mengubah kejadian asal kepada yang lain daripacta yang belum pernah ada sebelumnya dengan maksud supaya kelihatan lebih cantik) adalah ini dilarang dan malah dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana sabda Baginda dalam hadis daripada Ibnu Mas'ud:

3 4

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas

10

,

(

)

Maksudnya: "Allah melaknat orang-orang yang mentatu dan yang minta ditatu, orangorang yang mencabut rambutnya, orang-orang yang memperlihatkan kecantikan, dan orang orang yang merubah ciptaan Allah. "´5

5

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas

11

6.0)Hukum pembedahan plastik dalam Islam
Hukum pembedahan plastik ada sebahagian mubah, sebahagian wajib dan sebahagian lainnya haram. 1. ³Yang mubah adalah pembedahan untuk menutupi luka yang menganga,memperbaiki bekas-bekas luka yang parah,menampal kulit bekas yang terbakar yang sangat parah, terutama apabila mengenai muka dan bahagian-bahagian yang biasanya Nampak oleh orang lain. Semua ini tidak ada masalah,bahkan boleh jadi sebahagiannya wajib. Sebagai contoh:

2. Menghilangkan cacat di tengah-tengah kehamilan yang disebabkan oleh konsumsi ubat dan lain-lain. Demikiannya juga untuk menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam,kelebihan daging dan sebagainya. Semua ini tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah S.W.T 3. Semua perbuatan yang termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah S.W.T,maka hukumnya haram. Allah S.W.T telah menciptakan manusia,ada yang tinggi,ada yang pendek ada yang hitam ada yang putih,ada yang cantik dan ada pula yang buruk. Itu semua termasuk di antara tanda-tanda keesaan-Nya dan penciptaan-Nya. Dia Tuhan yang memberi bentuk,sebagaimana firman-Nya:´6
6

Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan

Kamal bin As-Sayid Salim

12

´7
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
8

Janganlah kita mengubah ciptaan Allah s.w.t kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan Allah s.w.t dan menyesatkan umat Nabi Adam s.w.t.

³9

³Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka
dan sungguh aku (syaitan) mahu menguasai mereka. Aku (syaitan) akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan, dan mengubah ciptaan Allah (mengada-adakan upacara ibadat).´ Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada Allah, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali.
10

Selain itu,terdapat juga sesetengah golongan yang sanggup menukar jantina semata-mata ingin memuaskan kehendak nafsu mereka. Golongan inilah yang tidak dapat menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t sehinggakan ada yang menyalahkan yang maha Esa atas

http://teachislam.org/quran/transliteration/3.htm http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/ 9 http://www.teachislam.org/quran/translations/hilali/4-4.htm 10 http://qurannet.tripod.com/004nisa.html
8

7

13

kelahirannya sebagai lelaki ataupun wanita. Seringkali kita dengar mengenai golongan yang menukar jantinanya dengan melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan ciri fizikal yang menyerupai jantina yang berlainan. Sebagai contoh, lelaki yang berkeinginan menjadi wanita sanggup berhabisan wang ringgit bagi menukar alat kemaluannya serta memperbesar payu daranya agar menyerupai wanita. Kaum sebegini dilaknat oleh Allah s.w.t berdasarkan fakta di bawah: ³ Pembedahan kecantikan bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah s.w.t dengan mengganti kelamin ,misalnya dari lelaki kepada wanita dan sebaliknya atau mengubah warna kulit ,atau mengubah bentuk yang telah disusun Allah s.w.t,terutama bentuk wajah ,semua itu merupakan perbuatan mengikuti kehendak syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Perbuatan paling besar keharamannnya dalam mengubah ciptaan Allah s.w.t,iaitu mengganti kelamin dari lelaki kepada wanita dan sebaliknya. Ini berlaku pada orang yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t sebagai lelaki tulen ,lalu ia ingin menjadi wanita dan sebaliknya. Adapun orang yang memang sejak lahirnya mempunyai dua jenis alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan(berkelamin ganda),yang biasa disebut sebagai khuntha dalam bahasa Arab, maka tindakan pembedahan untuk menghilangkan satu kelamin pada jenis kelamin yang paling dominan,boleh dilakukan kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah,bahkan ini juga termasuk ciptaan Allah. Adapun pembedahan penggantian kelamin bagi orang yang tercipta sebagai lelaki tulen supaya dirinya menjadi wanita , atau menginginkan jenis ketiga,sebagaimana berlaku sekarang di beberapa negara dengan tujuan menciptakan jenis yang tidak hamil dan digunakan untuk kesenangan belaka,maka termasuk dalam kejahatan berlapis. Pertama,penggantian ciptaan Allah s.w.t.Kedua,tujuannnya mempunyai nilai kemaksiatan. Lebih sesat dari yang pernah dilakukan oleh Kaum Luth. Allah jugalah yang maha mengetahui.´11

11

Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan

Kamal bin As-Sayid Salim

14

6.1)Contoh pembedahan plastik yang dibolehkan; a) ´Contohnya jika seseorang itu cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam untuk dilakukan pembedahan plastik. terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini disebabkan kejadian wajah manusia adalah normal,mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal. b) Comtoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit hingga menyukarkan ia bernafas,maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi memperbesarkan lubang hidungnya. Tapi sekiranya dia ingin menjalani pembedahan sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik,maka perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkannya. c) Pemindahan organ seperti jantung,hati dan sebagainya. Hal ini untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah yang merupakan bahagian dari tubuh manusia telah merata di negara negara kaum muslim tanpa ada seorang ulama pun yang mengingkarinya,malah menganjurkannya serta turut serta menjadi penderma.´12

12

http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam

15

7.0) Lampiran
Contoh-contoh kegagalan pembedahan plastik

Mengubah ciptaan Allah s.w.t

16

Pembedahan plastik yang diharuskan

Pembedahan penukaran jantina

17

8.0)Bibliografi

Sumber pertama: Internet http://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/ http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam http://www.oddee.com/item_96587.aspx http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795 &newlang=mas http://cikwiduri.wordpress.com/2008/06/25/botox-bracessusuk/http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=283 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec =Kesihatan&pg=kn_04.htm

Sumber kedua: Buku ilmiah -Plastic Surgery or Other Operations to fix a Disfigurant or Deformation is Permissible,(page 347)Islamic Fatawa Regarding Women/Published by Darussalam Publishers & Distributors1996/1417H - Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan Kamal bin As-Sayid Salim

18

9.0)Penutup
Sebagai penutup,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan kerja kursus ini. Perhargaan istimewa diberikan kepada Ustaz Jamir kerana telah member ruang kebebasan bagi kami memilih tajuk juga member tunjuk ajar sepanjang melengkapkan naskhah ini. Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang turut menyumbang idea bagi menambah baik kerja kursus ini. Secara keseluruhannya,saya mengambil masa selama lebih kurang seminggu bagi melengkapkan naskhah ini. Selain menjadikan internet sebagai sumber rujukan utama,saya juga merujuk kepada buku ilmiah bagi mempelbagaikan sumber rujukan. Dengan itu, saya dapat melihat pandangan serta ilmu pengetahuan yang berbeza tetapi masih berlandaskan pada hokum yang sama. Saya melihat tajuk kerja kursus saya ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasa dibahaskan dan kebanyakan daripada kita masih lagi keliru dengan hokum bagi pembedahan plastik bagi situasi yang berbeza. Kebiasaannya,kita melihat isu pembedahan plastik ini dalam skop yang terlalu kecil dan kita mudah menghukum seseorang apabila seseorang itu melakukan pembedahan plastik. Walhal,dalam Islam itu sendiri sudah menetapkan hukum yang sepatutnya dan ada alasan disebalik setiap hukum yang ditetapkan. Di Malaysia sendiri, isu pembedahan plastik ini bukanlah perkara asing lagi apabila semakin ramai dilihat mula mengalihkan perhatian terhadap fenomena ini. Selebriti terutamanya mula terikut-ikut dengan pengaruh barat apabila ada sesetengah golongan mula taksub melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk anggota badan yang diingini. Namun begitu,haris kita ingat bahawa pembedahan plastik juga membawa banyak kebaikan kepada insan tertentu yang memerlukannya. Dengan melakukan pembedahan plastik,kehidupan seseorang kembali kepada kepada normal dan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa ada rasa rendah diri. Hal ini biasanya terjadi kepada mereka yang mengalami kecacatan mahupun kemalangan teruk yang menjejaskan fungsi anggota badan mereka. Kesimpulannya, isu pembedahan plastik ini telah saya kupas sebaik mungkin dari segala segi dan aspek. Diharapkan, kerja kursus ini dapat member manfaat kepada kita semua.
19

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->