P. 1
Program Realiti ; Antara Kebaikan Dan Keburukan

Program Realiti ; Antara Kebaikan Dan Keburukan

|Views: 9,279|Likes:
Published by pendislam

More info:

Published by: pendislam on Apr 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/16/2013

pdf

text

original

Kolej MARA Banting

Kerja Kursus Pendidikan Agama Islam SEM 1 / 2010
Tajuk: Program Realiti Tv : Antara Kebaikan dan Keburukan Pensyarah: Ustaz Abd Jamir bin Md Saad Disediakam oleh : Nama : Noor Hafiz Bin Abd. Jalil Kelas : M10E Nombor Kad Pengenalan : 920118-09-5191

Isi Kandungan
Bilangan 1 2 3 4 5 6 Isi Kandungan Pengenalan Keburukan Program Realiti Tv Kebaikan Program Realiti Tv Kesimpulan Rujukan Lampiran Muka Surat 2-3 4-9 10-11 12 13 14-17

1

Pengenalan
Tajuk yang akan saya tulis ialah program realiti : antara kebaikan dan keburukan. Tujuan utama saya menulis tentang tajuk ini ialah kerana marcapada ini program relaiti ini semakin hangat dan telah menjadi trend masa kini daripada program berasaskan islamik seperti Imam muda sehinggalah program yang berbentuk hiburan seperti Akedemi Fantasia. Program seperti semakin meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rancangan realiti tv adalah satu genre yang mempersembahkan situasi dramatik atau humur yang dika takan tidak berskrip, merakam peristiwa sebenar, dan bukannya pelakon professional.1 Sebenarnya, program realiti ini mula popular di Amerika Syarikat. Program seperti American Idol yang diperkenalkan Fox¶s Tv adalah bertujuan untuk membantu seseorang untuk mencapai impian menjadi penyanyi dan juga untuk mengubah taraf hidup seseorang. Antara hartawan yang lahir daripada program ini ialah Kelly Clarkson dan Adam Lambert. Di Malaysia, program yang menjadi perintis kepada industri program reality ialah Akedemi Fantasia yang mula diperkenalkan pada tahun 2003. Antara artis popular yang lahir daripada AF ialah Mawi dan Shahir. Soalnya, apakah rancangan seperti dapat memberikan impak yg baik kepada masyarakat terutamanya masyarakat majoriti di Malaysia iaitu masyarakat muslim.? Adakah lebih banyak keburukan daripada kebaikan ?. Soal ya akan dikupas di n dalam kerja kursus ini. Lawannya terdapat juga program yang berasaskan islamik yang mula diketengah oleh stesyen-stesyen televisyen seperti Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis dan juga Akademi Al-Quran yang mula diperkenalkan oleh TV9 sejak tahun 2008. Program seperti ini mampu menjadikan para peserta-pesertanya sebagai ikon kepada rakyat Malaysia.Contohnya juara Imam Muda, Asyraf merupakan seorang yang kuat agamanya dan mampu menyebarkan dakwah di kalangan umah Islam di Malaysia. Menurut surah Al-Imran ayat 110:2

1) http://www.scribd.com/doc/22059246/Kesan-Rancangan-Realiti-Televisyen 2) http://www.quranexplorer.com/quran/

2

Maksudnya : ³Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang -orang yang fasik. (110)´ Surah Al-Imran ayat 110 ini merupakan mengapa kita memerlukan orang seperti Asyraf untuk menguatkan lagi umat Islam di Malaysia. Di samping itu, terdapat juga program realititv yang berasaskan amal dan kebajikan seperti Bersamamu yang disiarkan TV3. Program seperti mampu memberikan pengajaran kepada masyarakat. Justeru di dalam nukilan ini akan saya kupaskan tentang kebaikan dan keburukan dalam rancangan realiti tv.

3

KeburukanProgram Realiti Tv
Mantan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profeser

Datuk Hamdan Adnan pernah menegaskan bahawa program realiti tv mampu menghapuskan tatasusila masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.1 Masyarakat di timur terutamanya Malaysia terkenal dengan adat dan ketatasusilaan. Program realiti tv yang banyak memaparkan adegan yang menjerumus kea rah budaya kuning dari barat mampu menghapuskan budaya ketimuran masyarakat islam di Malaysia. Contohnya, kita boleh lihat apabila seseorang peserta program nyayian tidak kiralah daripada Akademi Fantasia sehinggalah ke Mentor pasti ada adegan menangis dan berpelukan antara lelaki dan perempuan padahal mereka bukannya muhrim. Menurut sebuah hadis:


Dari Ma¶qil bin Yassar, ia berkata, ³Rasulullah saw bersabda, ³Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.´ (HR ath-Thabrani) Adegan-adegan seperti inilah yang akan dipertontonkan ke seantero Malaysia dan mampu merosakkan masyarakat terutamanya golongan remaja yang masih belum cukup dewasa dan matang untuk meintrepetasikan adegan yang mereka lihat. Ini sekaligus akan meningkatkan kadar maksiat dalam kalangan remaja dan akan menghampiri zina. Sesungguhnya allah telah berfirman dalam surah Al-Israq ayat 32:

(

)

Maksudnya : ³Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32)´ Masa itu emas, begitulah ungkapan yang diucapkan oleh masyarakat barat. Namun, bagi kita muslimin dan muslimah kita haruslah berpegang kepada prinsip masa itu kehidupan dan masa itu ibarat pedang. Program realiti tv sememangnya sesuatu yang membuang banyak
1)http://anuarzain.forumco.com/post~method~TopicQuote~TOPIC_ID~266~FORUM_ID~13.asp

4

masa samaada kepada penonton mahupun kepada peserta program itu sendiri. Ada peserta yangsanggup mengabaikan pelajaran atau berhenti dari kerja semata-mata untuk menyertai program yang lagha lagi membuang masa ini. Kita dapat lihat seluruh anggota keluarga akan berkumpul untuk melihat program realiti tv ini, tidak kiralah yang ibubapa sehingaalah ke anak-anak mereka ³bapa borek anak rintik´. Sesungguhnya ini akan membuang masa belajar anak-anak tersebut. Allah tidak menyukai orang yang membuang masa dalam firmannya dalam surah Al-Asr :

( ) ( )

( )

Maksudnya :³demi masa (1), sesungguhnya manusia dalam kerugian (2), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3) ³. Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, adakah program realiti tv yang berorentasikan hiburan mampu melahirkan mukmin yang beriman mahupun yang melakukan kebajikan atau menasihati kepada mukmin yang lain. Tidak sama sekali, kalau ada pun satu dalam seribu. Justeru ,program realiti tv ini boleh diklafikasikan sebagai sesuatu yang membuang ma sa masyarakat.Di samping tu kita, juga sering kali melihat ibu bapa yang marah dan naik ang in apabila peserta yang mereka gemari tersingkir atau gagal ke peringkat seterusnya tetapi apabila anak-anak mereka sendiri gagal dalam pelajaran reaksi kedua ibubapa ini selamba sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku. Ini langsung tidak memotivasik anak-anak tentang an pentingnya pelajaran kepada umat islam. Rasullullah pernah besrsabda yang bermaksud ³ tuntutlah ilmu sampai ke negeri China´. Ini menunjukan betapa pentingnya ilmu berbanding program reality tv yang bertujuan untuk hiburan tetapi lebih banyak melalaikan. Contaohnya, Diari Akademi Fantasia yang ditunjukkan pada setiap hari meamaparkan aktiviti haraian para peserta AF. Walaubagaimanapun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah berkisarkan tentang rutin tarian dan latihan nyanyian mereka. Tidak pula ditunjukkan mereka sedang bersolat mahupun membaca Al-Quran sedangkan kebanyakan daripada mereka adalh muslimin dan musimah. Solat tiang agama. Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaan mereka. Aurat merupakan penting bagi muslimin dan muslimah. Kita dapat lihat aurat yang sering kali terdedah dalamrancangan reality tv terutamanya nyanyian. Ini sering kali berlaku dalam kalangan peserta wanita. Perserta yang tidak menutup aurat inilah yang akan menjadi
5

pujaan dan gilaan orang ramai dan seterusnya dijadikan sebagai idola masyarakat. Selepas ini masyrakat akan terikut- ikut idola mereka ini. Allah pernah berfirman dalam ayat 31 surah An-Nuur:

(

)

Maksudnya: ³dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar menjaga pandangannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan, atau para perempuan (sesama islam), atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki tua yang sudah tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu beruntung´. Kadang kala kita akan dapat melihat peserta sesebuah rancangan realiti tv memakai tudung seperti Ila Damia dari program Mentor, serta Heliza dan Rini dari program Akademi Fantasia.Memanglah cara pemakaian mereka boleh dipuji akan tetapi sikap atau perbuat n a mereka ketika rancangan tersebut berlangsung tidak pula menunjukkan yang mereka ini merupakan muslimah yang unggul mahupun sejati yang boleh dijadikan rol-madel kepada generasi muslimah di luar sana. Suara merupakan aurat bagi seseorang perempuan yang beragama islam. Justeru, mengikuti dan menyertai program realiti tv yang memerlukan saudari tersebut melontarkan suara mahupun terpekik dan terlolong merupakan salah dan
6

ianya mendedahkan aurat saudari tersebut. Tempat kaum hawa sepatutnya di rumah melayan kerenah suami dan anak-anak dan bukannya di atas pentas yang dilimpahi beribu cahaya lampu dan mendedahkan kemaluan mereka (auratnya). Membazir merupakan suatu perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasullullah dan dikatakan seseorang yang membazir merupakan sahabat kepada syaitan. Allah berfirman dalam ayat 67 surah Al-Furqan.

(

)

Maksudnya : ³Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)´. Apa kaitannya pembaziran dengan program realiti tv ?. Sememangnya kaitannya begitu besar dan mampu memberikan impak kepada masyarakat. Afundi jarak nama peserta mahupun Mentor1 untuk satu undian adalah merupakan antara cara yang gunakan oleh stesyen tv untuk meraih keuntungan. Kita dapat lihat kebanyakan program realiti tv di zaman siber ini banyak menggunakan undian melalui sistem pesanan ringkas atau lebih dikenali dengan SMS. Setiap SMS tersebut mampu menelan belanja sebanyak RM0.50 per SMS. Cuba anda bayangkan 100 SMS, kredit yang akan digunakan telah meningkat sehingga RM50. Disinilah pembaziran wang akan berlaku. Wang yang disalurkan untuk menguntungkan stesyen tv dan syarikat telekomunikasi itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang mendatangkan lebih banyak faedah berbanding dihabiskan untuk peserta kegemaran mereka yang tidak memberikan apa-apa pun pulangan kepada si pengundi walhal peserta yang diundi akan mendapat pelbagai hadiah lumayan jikalau berjaya memenangi program realiti tv tersebut. Program One in A Million yang menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak sejuta ringgit telah melahirkan ramai jutawan ekspress seperti Tomok dan Suki. Mereka inilah yang akan bergelar jutawan padahal masyarakat yang sanggup menghabiskan wang saku mereka beratus-ratus ringgit hanyalah menerima ucapan terima kasih sahaja daripada peserta tersebut itupun kalau perserta terbabit teringat untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya. Corak pemikiran manusia juga boleh berubah disebabkan oleh apa yang mereka lihat di kaca televisyen. Mungkin para remaja yang masih belasan tahun senang terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Mereka ini masih belum matang dan harus diberi perhatian
7

yang lebih. Program realiti sememangnya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak bangsa kita. Kita telah melihat pelbagai kelab peminat yang fanatic terhadap artis-artis mee segera ini berbanding dengan Qari dan Qariah Negara. Beribu-ribu peminat yang sanggup menghabiskan masa dan wang demi artis yang mereka sayangi. Kita dapat lihat hampir beribu-ribu rakyat Malaysia yang telah menjadi ahli kelab artis mee segera ini di dalam facebook. Contohnya, seperti Shahir AF8 yang sekarang ini sedang meniti bibir setiap peminatnya di Malaysia. Dia mempunyai hampir 95,991 peminat dalam facebook. 1 Saban hari kita dapat melihat para remaja ini berlumba-lumba untuk menyertai program realiti tv , padahal yang berazam untuk pergi ke masjid mahupun surau amatlah rendah bilangannya. Mereka ini lebih rela berpeluh dan bersusah payah ke tempat temuduga untuk menyertai sesuatu program realiti tv berbanding untuk bersusah payah untuk menyertai program ilmu ,atau ceramah dan forum yang diadakan di surau mahupun masjid Ini merupakan . perkembangan yang tidak sihat akibat pengaruh rancangan realiti tv. Ada juga kes para ibubapa yang sanggup untuk tidak menghadiri majlis seperti kenduri dan hanya mahu duduk di rumah untuk melihat rancanngan realiti. Ini akan menjejaskan hubungan dan ukhwah serta silaturahim di antara umat islam umumnaya dan diantara rakan-rakan dan yang paling penting saudara-mara khasnya. Jika sesuatu komuniti itu tidak bersatu padu maka untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkerjasama amatlah susah. Semua ini diseba bkan oleh rancangan realiti tv. Pepatah melayu ada menyebut bersatu kita teguh bercerai kiat roboh. Allah juga berfirman supaya umatnya bersatu-padu dan tidak berpecah-belah dan Surah AlImran ayat103 ada menjelaskan:

(

)

Maksudnya : ³Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari
8

Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)´ Lebih 4.9 juta masyarakat melayu yang layak mengundi tidak daftar mengundi dalam pilihanraya umum yang baru lepas ini. Walhal apabila disebut untuk mengundi peserta kegemaran mereka dalam program realiti tv, berlumba-lumba mereka ini menghabiskan masa dan wang unuk mengundi artis mee segera ini. Ini mampu juga meruntuhkan sesebuah institusi k enegaraan. Hedonisme merupakan budaya kuning yang cuba diterapkan masyarakat barat kepada umat islam untuk melihat keruntuhan umat islam di dunia. Budaya seperti ini kebanyakannya didalangi oleh rejim zionis Israel laknatullah. Hedonism bermaksud pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.1Mutakhir ini, pelbagai rancangan realiti tv berunsur pergaulan mula diperkenalkan. Di Amerika Syarikat , kita dapat lihat pelbagai rancangan seperti Beauty and the Geek, American idol dan American¶s Next Top Model yang dengan selambanya memaparkan pergaulan bebas antara pesertannya yang terdiri daripada kedua-dua jantina. Terdapat adegan-adegan panas juga seperti berdua-duaan dan bercium. Pakaian yang dikenakan juga mencolok mata dan mampu menaikkan nafsu. Mungkin ini dianngap sesuatu yang biasa bagi masyarakat di barat terutamanya di Amerika Syarikat, tetapi bagaimana dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya umat islam. Mungkin jika penyiaran rancangan realiti tv yang datangnya dari barat ini patut dihentikan kerena memberi impak yang negatif kepada umat islam di Negara kita. Kegilaan para remaja kepada rancangan-rancangan seperti ini mampu meningkat pergaulan-pergaulan bebas dan seterusnya mampu memesongkan akidah remaja tersebut. Hari ini kita dapat lihat beratus-ratus kes buang bayi berlaku di seluruh Negara. Tambah mengejutkan kebanyakan mereka yang terlibat adalah remaja-remaja islam belasan tahun sahaja dan ibubapa mereka juga seorang muslim dan muslimah yang tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang perkara tersebut. Apa yang mereka lihat dalam rancangan realiti tv dari barat merupakan antara sebab utama. Love¶ Perhaps.
1)http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hedonisme

Malaysia

juga berjinak-jinak dalam

memperkenalkan rancangan realiti tv seperti ini. Contohnya, Mencari Cinta dan Cornetto

9

KebaikanProgram Realiti Tv
Sebenarnya di samping keburukan yang boleh kita dapat dalm rancangan realiti tv, terdapat juga kebaikan atau kesan positif yang dapat kita cari dalam rancangan realiti tv ini. Dewasa ini, syarikat-syarikat televisyen mula memperkenalkan rancangan yang bercirikan islam. Rancangan Akademi Quran yang dianjurkan Stesyen TV9 merupakan rancangan yang mampu memberikan impak yang baik terhadap masyarakat. Melalui rancangan ini para penonoton dapat belajar tentang cara-cara untuk membaca Al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid dan juga belajar bagaimana untuk bertaranum dengan baik dan betul. Syarikat Astro menerusi Astro Oasis juga telah memperkenalkan satu rancangan untuk mencari golongan belia yang mempunyai nilai peribadi islam yang kukuh serta mempunyai pakej yang lengkap untuk diketengahkan kepada masyarakat islam di Malaysia. Imam muda merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda di luar sana untuk mencari idola mereka. Rancangan ini yang mula ditayangkan pada tahun 2010 mampu memberi pelbagai impak positif serta ilmu yang bermanfaat kepada umat islam tidak kiralah yang fardhu ain mahupun fardhu kifayah. Antara ilmu farfhu kifayah yang cuba ditunjukkan ialah ilmu untuk menguruskan jenazah. Selain itu, rancangan Imam Muda dan Akademi Quran ini juga mampu dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh umat islam di Malaysia. Mudah-mudahan dengan dakwah yang tersebar ini mampu membetulkan akhlak-akhlak masyarakat terutamanya remja pascamerdeka ini yang sudah jauh terpesong daripada islam itu sendiri dek pengaruh rancangan realiti tv serta pengaruh-pengaruh lain yang memudaratkan. Pendidikan teras kejayaan ummah. Selain dari memudaratkan, terdapat juaga program realiti tv yang dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. Misalnya, Rancangan dari barat iaitu The Apperiantice yang mampu mengajar penontonnya tentang selok-belok perniagaan dan realiti dunia bisnes. Perniagaan juga merupakan antara ilmu fardhu kifayah yang perlu dipeljari oleh umat Islam. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 275.

10

(

)

Maksudnya : ³Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.(275)´ Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menghalalkan umat islam untuk berniaga dan bukan riba. Justeru rancangan realiti seperti The Apperiantice mampu mengajar tentang selok-belok dalam ilmu perniagaan tetapi para penonton haruslah bijak berfikir agar dapat membezakan perniagaan menurut barat mahupun perniagaan menurut islam. Rancangan Explorace juga ada menerapkan nilai murni dalam masyarakat seperti erti kesabaran dan dalam semnagt bekerjasama dalam kumpulan. Tambahan pula, rancangan realiti yang berbentuk nyayian juga dikatakan ada kebaikannya walaupun sedikit. Antaranya ialah rancangan tersebut mampu mencungkil bakat-bakat dalam industri seni tanah air. Nama negara juga dapat diharumkan menerusi artis-artis keluaran rancangan realiti tv tersebut. Datuk Siti Nurhaliza yang merupakan bekas juara Bintang RTM telah mengukir nama Malaysia di persada dunia apbila beliau telah mengadakan satu persembahan di Robert Albert Hall, London , United Kingdom. Ini sedikit sebanyak memperkenalkan Malaysia kepada dunia. Kesemua rancangan realiti juga boleh dijadikan platform untuk kita mengcungkil bakat baru tidak mengira apa bidang yang diceburi. Perkara ini mungkin mampu menyelesaikan masalah sosial remaja di Malaysia yang semakin menjadi jadi seperti lumba haram (rempit) dan juga menghisap dadah.

11

Kesimpulan
Program ataupun rancangan realiti tv merupakan sesuatu yang menjadi fenomena sejak munculnya abad ke-21. Kepentingan program seperti sememangnya msih diragui. Adakah tanpa program ini manusia tidak mampu untuk mencapai ketamadunan?. Kebenarannya program yamg bercorakkan hiburan kotemperori ini sememangnya mendatang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Kesan-kesan tersebut bolehlah kita lihat kepada masyarakat moden sekarang tertutamanya remaja pascamerdeka. Kemungkaran yang terdapat dalam program-program seperti haruslah dicegah. Sesunggah Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : ³Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : ³Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah -lemah iman´.(HR. Muslim)´1 Walaupun terdapat rancangan yang dikatakan mampu menyebarkan dakwah serta mencegah kemungkaran tetapi rancangan seperti masih sedikit bilangannya jika hendak dibandingkan dengan rancangan yang berunsurkan hiburan. Mungkin rancangan seperti Akademi Quran dan Imam Muda sedang cuba mencari reputasinya agar bersemadi di hati para penontonnya .Akan tetapi, Rancangan ini masih lagi belum mendapat tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia. Ini dibuktikan dengan ratingnya yang masih lagi rendah jika hendak dibandingkan dengan rancangan lain. Natijahnya, menonton rancangan realiti tv bukanlah sesuatu yang salah.

Walaubagaimanapun, janganlah kita terlalu obses menonton sehinggakan kita melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. Justeru masyarakat terutamanya golongan muda dan mudi haruslah bijak dalam menonton dan memilih rancangan yang hanya mampu memberikan kita jalan yang lurus untuk menghadap Illahi di akhirat kelak.

12

1)http://www.kaunee.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1743:kewajibanmemberantas-kemungkaran&catid=92:habiburrahim-lc&Itemid=129

Rujukan
Internet
1) http://www.scribd.com/doc/22059246/Kesan-Rancangan-Realiti-Televisyen 2) http://zapafly.net/kebaikan+dan+keburukan+realiti+televisyen.html 3) http://alyadina.blogspot.com/2009/06/televisyen-kebaikan-dan-keburukan_12.html 4) http://www.assalaam.or.id/forum-santri/muamalah/250-batasan-hubungan-laki-laki-

dan-perempuan.html
5) Semua ayat Quran dan Hadis diambil dari http://www.quranexplorer.com/quran/ 6) http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/05/18/tranformasi-rancangan-realiti-tv/ 7) http://anuarzain.forumco.com/post~method~TopicQuote~TOPIC_ID~266~FORUM_

ID~13.asp
8) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hedonisme 9) http://www.kaunee.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1743:kewajiban
-memberantas-kemungkaran&catid=92:habiburrahim-lc&Itemid=129

Majalah
1) Sharunizam Abd. Mutalib (2006,Ogos), Sindrom Hiburan Murahan, Dewan

Masyarakat, muka surat 9
2) Muhamadiyah (2006,Ogos), Ketaksuban yang Membinasakan, Dewan Masyarakat,

muka surat 4
3) Jaliey-M, Hentikan Program Realiti Tv-Mufti, Edisi Nasional, 2007/04/24 daripada

http://www.perakan.net.my

13

Lampiran
Rancangan TV Realiti telah banyak merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang mempunyai bakat dalam seni terutama bidang nyanyian. Stesen-stesen TV telah berlumba-lumba mengadakan rancangan realiti TV kerana ingin mengaut keutungan yang besar setelah melihat semakin ramai rakyat Malaysia meminati rancangan berbentuk sedemikian. Fenomena itu juga telah membuat Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen TV tempatan supaya tidak terlalu didorongi pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Sikap telalu mencedok rancangan daripada luar telah menyebabkan rakyat Malaysia hilang kreativiti untuk melahirkan rancangan TV mengikut acuan budaya Malaysia. Tidak dinafikan ranca ngan realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) telah menarik jutaan penonton untuk berada di hadapan TV bagi mengikut setiap program yang disiarkan. Kegilaan rakyat terhadap program Akademi Fantasia dibuktikan apabila tiket di setiap konsert yang diadakan habis terjual malah ketika pihak Astro mengadakan konsert tersebut secara terbuka di Putrajaya telah menarik lebih 30 ribu penonton. AF3 kali ini juga telah berjaya mewujudkan fenomena yang luar biasa dengan kehadiran Mawi sebagai pelajar. Ternyata rancangan Realiti TV mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen seperti drama, emosi, hiburan dan kejutan. Hakikat ini perlu disambut oleh stesen TV yang lain untuk menerbitkan lebih banyak lagi rancangan Realiti TV yang bercorak amal seperti Misi Suara Hati terbitan Astro dan Bersamamu terbitan TV3 kerana ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan insan yang malang. Begitu juga rancangan Realiti TV seperti Famili Penyayang adalah di antara yang berkisar mengenai nilai-nilai positif mulia yang menjadi asas sesebuah keluarga bahagia. Untuk itu, stesen-stesen TV seharusnya membuat penyelidikan dengan lebih bertanggungjawab agar tidak mencedok rancangan realiti TV daripada luar secara bulat-bulat kerana ia mungkin mengandungi elemen-elemen yang tidak bersesuaian dengan jati diri dan Wawasan 2020. Fenomena keberkesanan program realiti tidak dapat dinafikan, ianya menjurus terus kepada naluri serta perasaan dan jiwa penonton. Malah ketika ini tidak boleh tidak untuk mengatakan betapa program realiti TV ini menjadi µpelaris¶ kepada sesebuah stesen TV untuk mendapatkan µrating¶ yang tinggi di kalangan penonton . Apatah lagi syarikat-syarikat iklan turut berlumba-lumba untuk menaja program realiti kerana di situ merupakan lubuk pelaburan dan promosi mereka. Kejayaan dan keberkesanan program realiti TV ini seharusnya dijadikan sempadan buat penerbit untuk menghasilkan rancangan yang berobjektifkan pembinaan jati diri rakyat Malaysia yang lebih kreatif. Kita tidak mampu membendung minat para penonton terhadap program realiti TV kerana ia telah berjaya menambat hati penonton. Fenomena keberkesanan program realiti telah memenuhi citarasa penonton di mana sahaja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Impak penyiaran sebagai µ alat¶ atau perantara berkesan untuk mengimbangi kemajuan, pembangunan insan untuk mempengaruhi pemikiran penonton tidak boleh diketepikan lagi.

14

Walaupun terdapat kesan-kesan negatif yang dibawa oleh program realiti ini namun kita juga tidak boleh menafikan wujudnya kesan-kesan positif kepada rakyat. Untuk itu para penonton perlu bijak menilai sesuatu program realiti TV dengan cara yang memberi manfaat kepada mereka kerana program realiti mengandungi elemen µinspirational´. Ibu bapa juga bertanggungjawab mengawasi anak-anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan sesuatu program realiti kerana ia akan menyebabkan anak-anak mereka mengabaikan pelajaran. Sebagai peminat rancangan realiti TV, kita amat berharap agar format rancangan realiti TV disesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat timur. Tarikan program realiti TV ternyata memberi kesan luar biasa kepada masyarakat Malaysia khususnya program AF3 yang menampilkan pelajar bernama Mawi. Mawi yang bakal bergelar artis popular dijangka akan memberi kegilaan kepada peminat fanatiknya dan rakyat Malaysia. Inilah dikatakan bahawa program realiti TV akan memberi kesan psikologi kepada sesiapa jua tanpa mengira batasan kaum, umur, darjat dan jantina. Program realiti TV telah mewujudkan budaya baru kepada masyarakat di negara ini. Oleh itu semua stesen-stesen TV perlu memikirkan kaedah-kaedah yang boleh mengunakan program realiti TV untuk kepentingan pembinaan bangsa Malaysia tanpa memikirkan keuntungan semata -mata. Program realiti TV mampu menjana µtowering personality´ kepada rakyat Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

SEJAK dari konsert sulung Akademi Fantasia 7 (AF7), saya mengikuti dan menunggu apakah tranformasi yang bakal merobah paradigma rakyat terhadap dunia hiburan; terutama rancangan µrealiti tv¶. Selalu kita dengar bahawa rancangan µrealiti tv¶ mementingkan populariti, elitis, gempaq yang akhirnya flip flop selepas berakhirnya satu-satu musim. Sehingga AF7 ini, kita semua boleh mencongak, siapakah selebriti-selebriti yang mampu bertahan dan terus berstamina dalam arena hiburan yang sedang menguncup; dan siapakah rebah di perjalanan apabila tidak lagi bergelar ikon selebriti µrealiti tv¶. Saya tidak suka mengambil sikap bermusuh dengan penganjur-penganjur program µrealiti tv¶ kerana rancangannya plural; dan perlu diklasifikasikan ± yang mana baik dan yang mana tidak. Di Malaysia, kalau boleh disenaraikan rancangan-rancangan µrealiti tv¶, kita ada banyak dan semuanya gempaq belaka. Selain AF7, kita ada One in A Million (OiAM), Gengstarz, Sehati Berdansa, Mentor dan banyak lagi. Ambillah sikap prakmatis-budiman-rasional Kalau kita mengambil sikap µasyik mengkritik¶ sahaja, akhirnya kita juga mungkin akan dikritik ± ³Apa yang Bro. boleh ubah, kalau program-program realiti di Malaysia ini semuanya tidak baik belaka«´ Dunia Malaysia yang demokrasi liberal relatif sekarang ini menuntut pada pandangan/tindakan yang pragmatis, budiman dan rasional. Kita semua perlu ke arah itu jika mahu kepercayaan kita diwar-warkan dan dipegang oleh semua pihak.
15

Gambar Arti Arti Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan masyarakat

Peserta-peserta imam muda yang kurang dikenali berbanding peserta AF

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->