P. 1
Riba dalam perbankan

Riba dalam perbankan

|Views: 434|Likes:
Published by pendislam

More info:

Published by: pendislam on Apr 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/10/2014

pdf

text

original

KOLEJ MARA BANTING

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEM 1/2010

TAJUK: RIBA¶ DALAM PERBANKAN
PENSYARAH: USTAZ ABD JAMIR B MD SAAD

NAMA: MUKHZANI BIN MUHAMAD KELAS: M10E I/C NO: 921208-05-5323

|1

ISI KANDUNGAN NO.
1.0 2.0 3.0 Pengenalan Definisi Riba¶ Bentuk Riba¶ Dalam Sistem Perbankan 3.1:Riba¶ Dalam Pinjaman 3.2:Riba Dalam Akaun Simpanan Dan Pelaburan 3.3:Sistem Mata Wang 3.3.1:Sistem Bretton Woods 3.3.2:Duit Fiat(Fiat Money) 3.3.3:Unsur Riba¶ Dalam Wang Kertas 3.3.4:Hukum Wang Kertas 4.0 5.0 Larangan Mengamalkan Riba¶ Punca Kewujudan Aktiviti Riba¶ Dalam Sistem Perbankan 5.1: Revolusi Permodenan Islam 5.2: Penguasaan Ekonomi Dunia Oleh Bangsa Bukan Islam 6.0 Kesan Kewujudan Aktiviti Riba¶ Dalam Sistem Perbankan 6.1: Kejatuhan Ekonomi Sesebuah Negara 6.2: Campur Tangan Warga Asing Dalam Menjatuhkan Ekonomi Negara 6.3: Kekayaan Golongan Barat dan Kemiskinan Bangsa Islam 7.0 8.0 9.0 10.0 Perbezaan Antara Bank Konvensional Dan Bank Islam Kesimpulan Rujukan Lampiran

PERKARA

M/SURAT
2 3 3 3-4 4-5 5-6 6-7 7-8 8 9-11 12-14 15 15 16 17 17 17-18 18 19-20 21-22 23 24-25

|2

1.0:PENGENALAN
Terlebih dahulu ,sebagai penghargaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Jamir b. Md Saad yang telah memberikan garis panduan jelas tentang bagaimana untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.Saya juga berterima kasih kepad a ibu saya,Faridah Bt. Mohd. Sharif dan ayah saya, Muhamad B. Bidin kerana telah menyediakan bantuan rujukan yang lengkap dengan kemudahan internet di rumah,surat khabar,buku dan majalah.Akhir sekali,sekalung penghargaan saya tujukan kepada rakan-rakan kelas M10E yang sudi berkongsi maklumat dan garis panduan sehingga tersiapnya kerja kursus ini dengan jayanya . Tajuk ini saya pilih kerana tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan kerajaan Kelantan baru -baru ini untuk menggunakan dinar emas sebagai medium perantaraan dalam urusan jual beli
[1]

.Persoalan ini

menimbulkan persoalan lain dalam kepala saya tentang bagaimana revolusi penggunaan wang kulit kerang dan sesetengah batu seperti penggunaan syiling emas (denarius) oleh kerajaan Roman dan penggunaan koin perak (drachma) oleh kerajaan Parsi sebagai duit berkembang kepada penggunaan wang kertas yang digunakan pada masa sekarang.Saya juga tahu akan hakikat wujudnya riba¶ dalam sistem perbankan dan memilih tajuk ini bagi membuat kajian lebih la njut bagaimana semua orang boleh menerima riba¶ sebegini.

1

Dinar Emas Kelantan & Penggunaannya,15/8/2010,www.myberita.com

|3

2.0:DEFINISI RIBA¶
Riba¶ didefinisikan dari konteks bahasa sebagai bertambah atau subur.Pada istilah syarak, riba¶ ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang -barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya. [2]
3.0:BENTUK RIBA¶ DALAM SISTEM PERBANKAN [3]

Sistem perbankan dunia sudah lama berada dalam cengkaman riba¶.Selagi aktiviti tersebut melibatkan penglibatan bank konvensional,maka aktiviti -aktiviti yang melingkungi urusan jual beli,pinjaman, hutang piutang dan per niagaan dibelenggu dengan riba. Terdapat pelbagai bentuk riba¶ yang terdapat dalam sistem perbankan dan kewangan masa kini:
3.1 .Riba dalam pinjaman

Dalam dunia sekarang,tatkala manusia lebih c enderung untuk membeli barangan untuk seperti kereta,rumah banglo,perabut,barangan kemas dan lain-lain lagi dengan modal yang terhad, maka wujudnya kaedah alter natif iaitu dengan membuat pinjaman(loan) dengan bank . Meminjam wang bukanlah satu dosa namun apabila wujudnya unsur unsur riba¶ dalam urusan tersebut , maka berdosalah pelakunya iaitu peminjam dan pemberi pinjaman.Riba¶ ini wujud dalam bentuk faedah (interest). Sebagai contoh, Bank Y memberikan pinjaman RM 50000 kepada pelanggan X dan sebagai baya ran balik, bank tersebut menetapkan faedah(interest) sebanyak 4% iaitu sebanyak RM2000.Jadi,untuk membayar balik pinjaman yang dibuat,pelanggan X terpaksa membayar balik RM 52000 dan bukannya nilai asal yang dipinjam iaitu RM 50000. 4% atau RM 2000 itulah yang dikenali sebagai Riba Ad -Duyun.

Rujukan Kitab - Kitab Matla al Badrain Syeikh Daud Fattani, http://www.al azim.com/masjid / infoislam/muamalat/riba.htm 3 Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional, http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/

2

|4

Walaupun faedah(interest) tersebut ditetapkan oleh pihak bank,namun,si peminjam turut dianggap bersubahat dan mengamalkan riba¶.
3.2.Riba Dalam Akaun Simpanan dan Pelaburan
[4]

Riba dalam kategori ini berlaku dalam 2 cara:
y Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap(Fixed Deposit Account)

Bagi akaun ini, pihak bank telah mengumpulkan dan menggunakan wang simpanan pelanggan mereka untuk tujuan pelaburan wang ke dalam mana-mana syarikat bagi mendapatkan keuntungan yang baik atau digunakan dahulu untuk memberikan pinjaman secara riba kepada premis -premis yang membuat pinjaman wang sama ada perniagaan mereka halal atau haram. Setelah menggunakan wang pelanggan untuk tujuan tersebut, su dah tentu terdapat ganjaran akan diberi kepada pelanggan bank yang telah meminjamkan duit secara automatic kepada bank iaitu pemberian faedah tertentu atau fixed interest . Kadar faedah ini telah ditetapkan oleh bank seperti 4% faedah kepada pelanggan bank yang menyimpan duit di bawah akaun ini d an menurut islam, ini terang -terangan ialah Riba¶ Ad -Duyun dari jenis AlQard.Terdapat satu lagi penggunaan konsep yang salah di bawah akaun ini apabila kadar faedah atau keuntungan tambahan kepada pelanggan bank telah ditetapkan awal sebelum bank mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka. Hal ini kerana ia akan mendatangkan kerugian kepada pelanggan jikalau keuntungan daripada pelaburan itu tinggi,namun pelanggan bank yang menyimpan di bawah akaun ini masih lagi mendapat keuntungan balik yang sedikit sebanyak 4%. Menurut Islam,keuntungan perlu dibahagikan dalam nisbah (70:30)(60:40)(Bank:Pelanggan) dan bukannya dalam nisbah (2:98)(4:96) dan seterusnya seperti yang berlaku dalam sistem

Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional, http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/

4

|5

perbankan pelanggan.
y

[5]

. Ini sekaligus menunjukkan penindasan kepada

Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving Account)

Bagi pelanggan yang menyimpan wang di dalam akaun ini, mereka akan diberikan faedah tetap sekitar 0.1% -0.2%.Disebabkan namanya faedah,maka ini adalah riba yang pasti iaitu Riba¶ Ad Duyun.Faedah ini diberikan sebagai balasan atas pinjaman wang pelanggan oleh pihak bank bagi tujuan pelaburan kecil kecilan.Konsepnya begini,sekiranya bank mendapat keuntungan yang banyak,maka,mereka hanya perlu membayar kadar faedah yang begitu sedikit, namun, sekiranya pihak bank mengalami kerugian hasil daripada pelaburan tersebut,Bank tetap perlu membayar kadar faedah tetap tersebut kepada pelanggan dan tentunya tindakan ini akan menambahkan kehilangan wang dan kerugian kepada bank.Justeru,berlaku penindasan pula kepada pihak ban k atas polisi mereka sendiri Untuk riba¶ dalam akaun simpanan biasa ini,jelas berlaku 2 kesalahan menurut Islam iaitu penglibatan faedah(interest) yang sememangnya suatu riba¶ dan juga penindasan kepada pelanggan dan penindasan kepada pihak bank. Ini antara sebab riba¶ diharamkan di dalam sistem perbankan.
3.3.Sistem mata wang
[6]

Penyelitan unsur riba¶ dalam sistem mata wang iaitu duit kertas yang kita gunakan sekarang adalah unsur riba yang melibatkan hampir semua orang di dunia ini di atas satu sebab yang mudah; penggunaan mata wang dalam semua urusan seperti kesihatan,pemakanan,zakat,pelajaran dan sebagainya. Sistem mata wang masa kini sangat bertentangan dengan sistem dinar pada zaman Rasulallah.Satu analogi mudah, logikkah untuk kita membeli 5 buah kereta dengan 50 keping kertas(wang kertas),sebuah kapal dengan 500 keping kertas berwarna, 2 buah rumah dengan menggunakan 50
Wan Jemizan Wan Deraman,Kontrak Perkongsian:Utusan Malaysia,Edisi 07/07/2010,hlm.10 Zaharuddin Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum &Forex, http://www.zaharuddin.net/ content/view/767/72/
6 5

|6

keping kertas berwarna hijau dan sebagainya.Wajarkah nilai semahal sebuah kapal dibandingkan dengan nila i helaian kertas yang begitu murah sumber dan harganya?Berbanding dengan sistem dinar emas dan perak atau tembaga, walaupun emas,perak dan tembaga hanyalah batu -batuan,namun nilainya tetap di pasaran dengan harga yang mahal.Namun,untuk sistem mata wang masa kini ,nilainya sering berubah mengikut kedudukan mata wang dunia.
Penciptaan wang kertas 3.3.1.Sistem Bretton Woods
[7]

Tindakan kerajaan German mencetak duit kertas tanpa had selepas Perang Dunia Pertama bagi menampung kos kerosakan dan ketenteraan menyebakan hiperinflasi(hyperinflation) sebagai contoh di Republic Weimar, German. Bagi mengelakkan inflasi seperti di German dan penyelesaian krisis ekonomi selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Bretton Woods ditubuhkan. Bretton Woods ialah satu persidangan antarabangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua yang membincangkan mengenai cara untuk menangani kemelesatan ekonomi dunia yang teruk akibat daripada peperangan tersebut.Persidangan inilah yang merupakan titik tolak penubuhan Bank Dunia dan International Monetary Fund(IMF). Solusi mereka ialah pengenalan mata wang kertas yang mempunyai nilai tukaran tetap(Fixed Exchange Rate).Nilai matawang kertas telah disandarkan kepada nila i emas sebenar.Nilai matawang pada masa itu yang cukup kuat untuk memenuhi permintaan meningkat bagi pemindahan matawang antarabangsa ialah US Dollar.Nilai US Dollar mempunyai sandaran tetap dengan emas sebanyak $35 seauns dengan komitmen kerajaan US untuk menukarkan nilai dollar bersamaan dengan nilai emas.Pihak kerajaan US berjanji untuk membenarkan tebus tuntut US Dollar dengan emas yang sebenar.Bagi mereka,penggunaan dollar adalah lebih baik daripada emas kerana lebih fleksibel dan meraih faedah
7

Bretton Woods System, http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system

|7

(interest).Namun,bagi Islam, faedah (interest) inilah yang merupakan riba¶.Matawang pada masa ini dinamakan gold blacked paper money yang merujuk kepada duit dalam ben tuk kertas sebagai ganti matawang emas. Dalam nama lain,wang ini juga dikenali sebagai representative money, yang mewakili jumlah emas dan perak yang berada di dalam simpanan bank. Namun begitu,pada tahun 1971, perjanjian tersebut menemui kegagalan dan telah dimansuhkan atas punca sebenar disebabkan oleh jumlah emas mentah tidak mencukupi dan tidak dapat menampung jumlah wang-wang kertas yang dicetak di pasaran yang dinamakan Nixon Shock.Masalah mula timbul apabila kerajaan USA mencetak mata wang kertas melebihi jumlah emas mentah di dalam simpanannya.
3.3.2.Duit Fiat(Fiat Money ) [8]

Berpunca daripada kegagalan Sistem Bretton Woods disebabkan oleh kekurangang jumlah emas mentah untuk dibandingkan dengan nilai mata wang kertas,maka muncullah mata wang Fiat(Fiat Money) yang merupakan wang kertas tanpa sandaran atau diikat kepada mana -mana nilai emas atau perak.Wang Fiatlah merupakan mata wang yang kita guna pada hari ini dalam segala urusan dan konsep wang Fiat ini membolehkan kerajaan mencetak sesuka hati wang yang mereka perlukan kerana bahan untuk mencetaknya begitu mudah didapati iaitu kertas . Wang Fiat ini bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan penduduk dunia dan disebabkan itulah,matawang USA dijadikan sebagai penentu ekonomi dunia kerana kepercay aan pemimpinpemimpin dunia kepada mata wang tersebut.Maka,sekiranya berlakunya peperangan di US atau Eropah dan kerajaan -kerajaan ini terpaksa mencetak duit dalam kuantiti yang banyak,inflasi akan berlaku dan menyebabkan kesusutan nilai mata wang.Disebabk an ekonomi
8

Fiat Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money

|8

dunia bergantung kepada nilai matawang USA ,sudah tentu Negara lain turut mengalami kemelesetan ekonomi. Pengajarannya,Negara -negara perlu bijak dalam mencetak wang agar inflasi tidak berlaku.Hal ini kerana sekiranya inflasi wang berlaku,bagi menyelesaikan inflasi atau lebihan wang ini,dalam ekonomi,harga barangan terpaksa dikurangkan bagi memastikan duit lebihan tersbut habis digunaka.Sekiranya harga barangan dikurangkan daripada harga asal,sudah tentu,ekonomi Negara akan mengalami kerugian yang besar.
3.3.3.Unsur Riba dalam wang kertas

Asas penciptaan wang kertas Fiat adalah disebabkan untuk meraih keuntungan melalui interest.Maka,fungsi wang sebagai medium perantaraan untuk jual dagang sudah berubah kerana bank boleh meraih keuntungan dengan medium ini.Kaedah ini begitu berbeza dengan konsep jual beli Islam kerana keuntungan dalam perdagangan Islam diraih dengan penghasilan produk berkualiti, kewujudan peluang pekerjaan,usaha untuk menjadikan perniagaan mereka maju dan sebagainya. Namun,keuntungan konvensional pula diraih dengan hanya berdasarkan pengecasan kadar lebih hasil daripada pinjaman wang dengan bank. Kadar lebih inilah yang dipanggil sebagai interest dan riba¶ Ad-Duyun.Itulah asas penciptaan wang Fiat yang dicipta asalnya oleh Bank Negara,kemudian dipinjamkan kepada bank -bank komersial yang lain juga dengan kadar faedah dan bank -bank komersial ini meminjamkan kepada pelanggan mereka dengan kadar faedah juga.Jadi,kita lihat,semua urusannya melibatkan riba¶.

|9

3.3.4.Hukum wang kertas

Jikalau dunia masa kini menggunakan sistem dinar yang telah lama diasaskan sejak zaman Rasulallah,maka,kejadian riba¶,penindasan dan ketidakadilan ini tidak akan berlaku sama sekali.Hal ini kerana nilai emas atau perak ini adalah tetap manakala nilai matawang Fiat pula boleh berubah -ubah berdasarkan kepercayaan orang lain kerana itulah asas penciptaan matawang Fiat. Contohnya,sekiranya satu perniagaan itu telah meraih keuntungan berjuta -juta ringgit di atas usaha kerja keras pengurusnya,pekerjanya dan semua ahli syarikat,namun, disebabkan kepercayaan antarabangsa meleset kepada matawang Ringgit menyebabkan wang tesebut dari nilai ber juta-juta jatuh hingga hingga kepada beberapa ringgit sahaja.Adakah ini dinamakan adil? Sudah tentu,sistem ini merupakan satu p enindasan kepada perniagaan tersebut. Sekiranya emas atau perak digunakan sebagai medium jual beli dengan cirinya yang mempunyai harga tetap dan tidak ditentukan dengan keadaan pasaran,kepercayaan atau lain -lain,maka, kerugian dan ketidakadilan serupa itu tentu tidak akan terjadi. Benarlah kata kata Ibnu Sina yang mengakui dan mengangkat nikmat kurniaan Allah iaitu emas dan perak sebagai elemen penting dalam perniagaan:

| 10

..

[9]

Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha ma nusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua -duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan ban yaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti. Idea untuk menggunakan emas atau perak sebagai medium jual beli juga disokong oleh Umar Al-Khatab:

:

[10]

Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada

hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. Bagi menentukan hukum penggunaan matawang kertas,Majlis Fiqh Antarabangsa yang dianggotai ulama -ulama terkenal perlu berpijak di bumi yang nyata dan menjadi lebih fleksibel memandangkan kepada hakikat dunia hari ini berada dalam cengkaman dan penguasaan golongan kafir yang tidak

Wang Kertas Adalah Riba, http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_ content&view=article&id=112: wang-kertas-adalah-riba&catid=39:blog&Itemid=64 10 Zahari Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden & Forex, http://www.zaharuddin.net/content/view/767/72/

9

| 11

langsung menghiraukan saranan Islam dalam apa sa haja tindakan yang diambil oleh mereka. Walaupun fungsi matawang kertas ini tidak sebaik fungsi emas atau perak,namun, mereka bersetuju secara kolektif untuk membenarkan penggunaannya dengan syarat matawang ini mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Keputusan ini dibuat memandangkan fungsi matawang ini yang masih digunakan sebagai medium perantaraan dan juga hakikat kepada masyarakat dunia yang tidak akan langsung menghiraukan sekiranya penggunaannye diharamkan.Hal ini kerana penggunaan matawang kertas telah dipersetujui oleh hampir semua pihak walaupun oleh orang Islam sendiri kerana ringan dan mudah dibawa tanpa memikirkan kesan penggunaanya. Oleh itu,umat Islam diringankan penggunaan matawang dalam perniagaan namun hendaklah mengikut disiplin emas atau perak.

4.0:LARANGAN MENGAMALKAN RIBA¶

| 12

Bahayanya Riba¶ dan kesannya akan datang kepada tamadun manusia diingatkan oleh Allah di dalam Al -Quran sebagai wahyu terakhir dan diturunkan kepada Rasulallah pada saat -saat terakhir hayat Baginda iaitu lebih kurang 81 hari sebelum wafat
[11]

.Kedudukan wahyu ini sebagai yang

terakhir menunjukkan petunjuk Allah SWT tentang bahaya besar dan berleluasanya aktiviti riba¶ dalam kalangan umat akhir zaman.
[12]

(

)

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang -orang yang beriman. (Surah Al-Baqarah:278) Masyarakat Islam pada masa kini bagaikan terkulai layu kerana tidak mampu menangani riba¶ yang sudah berleluasa melalui sistem perbankan akibat dasar yang ditetapkan masyarakat barat.Allah SWT mengishtiharkan perang ke atas mereka yang memberikan riba¶,menerima riba¶,menjadi saksi dan mempunyai kaitan dengan riba¶.Wa laupun faedah(interest) diminta oleh pihak bank, namun kita secara automatic tergolong sebagai golongan yang bersubahat dengan riba¶.

11 12

99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/ Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/

| 13

(

)

[13]

Maksud:Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) da n jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah Al -Baqarah:279) Melihat kepada ayat di atas,jikalau Allah SWT sendiri telah mengishtiharkan perang kepada mereka terlibat,memang sukar untuk dibayangkan azab yang bakal diterima di akhirat kelak

«
[14]

(

)

Maksud:« dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al Baqarah:275) Inilah janji Allah kepada mereka yang mengulangi Riba¶.Adakah kita tergolong dalam golongan ini?Tepuk dada,Tanya selera. Namun,mampukah masyarakat sekarang membebaskan diri daripada dibelenggu dengan riba¶ apabila institusi perbankan memainkan peranan penting dalam zaman globalisasi ini? Larangan riba¶ ini bukan hanya dinyatakan dalam Is lam sahaja namun turut dinyatakan oleh agama -agama lain.
[15]

Menurut sumber asalnya, agama

Nasrani telah mengharamkan riba¶ secara mutlak.Larangan ini turut
13

Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/ Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/ 15 Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam; cetakan 1998;Yusuf Al-Qardawi;terjemahan Mufti Labib&Arsil Ibrahim;hlm. 415-416
14

| 14

dipersetujui oleh ramai pakar perundangan dan ahli falsafah kuno seperti Solon, pengasas undang -undang Athens lama dan juga Plato.Demikian juga dengan pendapat Aristotle yang telah berkata: ´Wang tidak sepatutnya melahirkan wang.Sesiapa melahirkannnya dan bekerja maka dialah yang berhak dengan hasil kerjanya.´ Allah SWT telah menyatakan dengan jelas huku m riba¶ dan balasan kepada mereka yang mengamalkannya.Namun, persoalannya,mampukah suara masyarakat Islam didengar oleh Bank Dunia atau masyarakat antarabangsa lebih -lebih lagi dengan sentiment anti -Islam atau Islamophobia yang melanda Eropah sekarang?Yang kita boleh lakukan hanya mengira detik masa supaya satu ketika nanti,masih ada pejuang Islam sebenar yang sanggup berusaha sehingga boleh merampas kembali kuasa ekonomi dunia daripada cengkaman kafir laknat.

5.0:PUNCA KEWUJUDAN AKTIVITI RIBA¶ DALAM SISTEM PERBANKAN
5.1.Revolusi Permodenan Islam .[16]

Bagaimana sistem perbankan masuk dalam dunia Islam selepas kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniah, http://www.dirham2dinar.com/

16

| 15

Mesir merupakan antara tamadun awal Islam yang menggunakan system matawang kertas dalam perbankan.Kemunculan system ini bertitik tolak dengan penglibatan Sheikh Muhammad Abduh.Beliau menentang imperialisme British di Mesir namun menyokong pemodenan untuk dunia Islam dan kagum dengan system barat. Muhammad Abduh disingkirkan dari Mesir kerana cuba untuk membawa pembaharuan.Empat tahun kemudian, Bristish mengubah polisi mereka di Mesir dan memanggil Abduh kembali di Mesir. Terdapat motif tersembunyi di sebalik sifat µmurah hati¶ British memanggil Abduh pulang.Hal ini kerana pada tahun 1898,majlis ulama Universiti Al Azhar telah mengesah kan perbankan adalah haram dan riba.Lord Cromer,ketua wakil Britain di Mesir melantik Abduh dengan misi untuk mengubah undang -undang yang menghalalkan fatwa Universiti Al Azhar itu. Dia dilantik menjadi Mufti Besar Al -Azhar oleh Cromer.Pada tahun 1899,Abduh menggunakan penafsiran Al-Quran yang amat liberal untuk membenarkan riba dalam perbankan.Hasilnya, British kembali menguasai ekonomi Mesir melalui bank-banknya. Pada tahun sama pengeluaran fatwa mengharamkan per bankan itu, Natinal Bank of Egypt(NBE) ditubuhkan dengan penguasaan Sir Earnest Cassel,Ralph Isaac Suarez, abang -abangnya Joseph dan Feliz dan Constantine Salvagos Alexandria. Duit syiling emas kekal digunakan sebagai alat pertukaran sehingga NBE diberikan kebenaran untuk mengeluarkan wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berakhir pada 2/8/1914 apabila mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal tender dan tidak boleh ditukar kepada emas. ( Fiat Money)

5.2.Penguasaan Ekonomi Dunia Oleh Bangsa Bukan Islam

Seperti yang dibincangkan dalam halaman yang sebelumnya, ekonomi dunia dimonopoli oleh golongan Barat dan kebanyakannya Yahudi. Buktinya ialah peranan keluarga Rothschild berbangsa German Yahudi dalam dunia perbankan.Keluarga ini merupakan antara pengasas dalam sy stem perbankan moden dengan menyebarkan kaum kerabatnya ke Negara lain

| 16

untuk menguasai ekonomi Negara tersebut seperti ke Naples,England, Austria, Germany, France dan Switzerland.Di Negara -negara tersebut, kaum kerabat Goltschild telah membeli saham syarik at-syarikat penting dan mengasaskan bank-bank seperti Rotschild¶s London Bank,SM Von Rotschild firm di Austria dan NM Rotschild & Sons of London
[17]

.

Penguasaan system perbankan di negara-negara tersebut membolehkan mereka mengumpul hartanah yang banyak dan menguasai ekonomi Negara tersebut.Malah, semua orang tahu, presiden -presiden Bank Dunia sejak ditubuhkan adalah kafir.Justeru,ketika mereka membuat dasar dan polisi pembankan,mereka tidak menghiraukan penindasan,ketidakadilan dan perkataan riba¶ itu se ndiri tidak ada dalam kamus hidup mereka.Mereka hanya memandang kepada keuntungan dan mereka melihatnya dengan kewujudan faedah(interest) sebagai lombong kekayaan menggantikan system dinar yang begitu adil dan tidak memberikan pulangan lumayan.

6.0:KESAN KEWUJUDAN AKTIVITI RIBA¶ DALAM SISTEM PERBANKAN
6.1.Kejatuhan ekonomi sesebuah Negara

Kemelesetan ekonomi sesebuah Negara merupakan antara kesan paling ketara akibat daripada riba¶ dalam perbankan dan buktinya kita lihat
17

Rothschild Family, http://en.wikipedia.org/wiki/Rothschild_family

| 17

dengan beberapa kes kemelesetan dan kegawatan ekonomi dunia dalam abad ke-20.Contohnya,pada 12 Oktober 1977,di Amerika Sy arikat, sebuah rang undang-undang yang dikenali sebagai anti-redlining law telah ditandatangani atas satu objektif bagi memastikan semua rakyatnya mampu memiliki rumah.Undang-undang ini mengharuskan institusi kewangan memberi pinjaman yang berisiko tinggi atau subprime loan. [18] Namun,kesannya mula jelas menjelang tahun1985.Tindakan kerajaan Amerika Syarikat tersebut menyebabkan institusi-institusi pinjaman menjadi bankrap.Puncanya cukup mudah untuk difikirkan;pinjaman berisiko tinggi diberikan kepada rakya t berpendapatan rendah dan kadar faedah(riba¶) yang tinggi yang menyebabkan mereka tidak mampu membayar balik sepenuhnya hutang pinjaman mereka.Justeru,kerajaan Amerika Syarikat terpaksa untuk mengambil alih hutang -hutang lapuk itu dan mengganggu pertumbuh an ekonomi kerana sebahagian pendapatan negara digunakan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.Semuanya berasal daripada wujudnya interest yang menjadikan bayaran balik pinjaman menjadi begitu tinggi.
6.2.Campur tangan warga asing dalam menjatuhkan ekon omi negara

Ekonomi dunia yang dikuasai warga Barat menyebabkan mereka berkuasa dalam menentukan kemajuan atau kemelesetan ekonomi Negara lain.Contohnya berlaku di Malaysia sendiri,pada pertengahan tahun 1997, ekonomi Negara di ASEAN seperti Indonesia,Thailand dan Malaysia mengalami kegawatan ekonomi yang hebat kerana tanpa s ebab, harga tukar dollar meningkat sangat tinggi.Antara factor yang mendorong ke arah keadaan ini adalah disebabkan oleh tindakan jahat seorang spekularor matawang Hungarian -American,pelabur saham,ahli bisnes,filantrofis dan aktivis politik liberal,George Soros [19]. [20]Beberapa bulan sehingga Julai 1997,Soros bekerja keras untuk mewujudkan limpahan hot money dalam ekonomi Britain.Sebagai makluman, hot money
Dr.Eamonn Buttler ,Krisis Ekonomi Bukan Akibat Kapitalisme: Utusan Malaysia,Edisi 08/10/2010,hlm.13 George Soros, http://en.wikipedia.org/wiki/George_Soros 20 Alexandra Perebikovsky,The Soros Dossier:The Case of Malaysia,hlm.75
19 18

| 18

ialah wang yang mengalir dalam sesebuah n egara untuk mengambil kesempatan dengan kadar faedah(interest) tertentu untuk mendapat pulangan yang tinggi
[21]

.Kerajaan Britain memberi µjaminan¶ kepada

pelaburan asing dan pinjaman asing(idea oleh Soros sendiri).Soros yang memiliki bahagian besar hot money ini telah menggunakan kesempatan untuk menghancurkan ekonomi Negara Asia Tenggara yang meminjam daripada kerajaan Britain.Ke adaan ini meningkatkan hutang n egara yang tidak mampu membayar pinjaman tersebut kerana kadar faedah yang tinggi.
6.3.Kekayaan Golongan Barat dan Kemiskinan Bangsa Islam

Sistem perbankan dunia telah dikuasai oleh golongan kafir sejak berabad lamanya. [22]Bank Dunia dan IMF dikuasai oleh keluarga Rothschild yang berasal dari etnik German -yahudi.Bank Dunia merupakan kunci kekayaan kerajaan Amerika Syarikat kerana mereka menentukan kadar faedah pinjaman wang oleh bank -bank komersial lain.Jika terdapat Negara lain yang inginkan pinjaman dan bantuan Bank Dunia,sudah tentu mereka akan beraksi sebagai penyelamat ekonomi Negara tersebut dengan memberikan bantuan pinjaman namun,balasannya ialah kadar faedah yang tinggi.Semakin tinggi faedah,semakin kayalah bangsa barat dan yang miskinnya ialah negara -negara yang meminjam .Dalam situasi sekarang, ayat ini jelas menggambarkan keadaan perbanka n dan ekonomi sekarang;yang miskin bertambah miskin,yang kaya bertambah kaya.

7.0:PERBEZAAN ANTARA BANK KONVENSIONAL DAN BANK ISLAM [23]

a) Pengaplikasian riba atau faedah kepada jumlah wang asal sebagai sumber keuntungan tidak dibenarkan sama sekali dalam ba nk islam.Ini disebabkan menurut Islam,keuntungan atau rezeki perlu datang daripada
Hot Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Hot_money 99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/ 23 Nurbalqis Hayati Ahmad Najih,Antara Bank Islam dengan Bank Konvensional,Edisi 24/03/2004 , http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=129
22 21

| 19

usaha sendiri bukannya dengan mendapat wang semata -mata mengecas wang tambahan daripada wang asal yang disimpan.
Bagi sistem konvensional,sistem faedah( interest ) digunakan oleh pihak bank untuk mendapatkan keuntungan.

b) Bagi bank Islam,pihak bank perlu menanggung tanggungjawab terhadap semua simpanan pelanggan dan memberi perkhidmatan cekap demi menjaga kepentingan awam
Kebanyakan bank konvensional menggunakan tabungan awam(public fund) untuk mendapatkan keuntungan peribadi.Oleh sebab simpanan menjadi keuntungan,maka,pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan kepada masyarakat seperti kesusahan pelanggan untu k membayar kadar interest dan sebagainya.

c) Bagi pehubungan di antara pelanggan -pelanggan di bank Islam,pihak bankakan bertindak sebagai pengurus projek atau ahli kewangan yang terlibat di dalam pengumpulan wang simpanan.
Bagi bank konvensional,hubungan anta ra pegawai bank dengan pelanggannya terhad kepada pemiutang atau peminjam saja

d) Dari segi definisi,sistem perbankan Islam ialah pengguna sebenar tabungan kerana konsep menabung di sini sangat jelas.Contoh mudah,sekiranya kita menabung menggunakan tabung bul uh yang biasa, adakah kita perlu membayar apa-apa kepada tabung tersebut?Kita hanya menyimpan duit sehingga banyak dan kemudian mengeluarkannya.Tiada cas tambahan dikenakan.
Bagi konsep bank konvensional pula,peranan bank ini ialah sebagai pencipta tekanan inflasi.Hal ini disebabkan oleh hakikat wang kertas begitu murah materialnya dan boleh dicetak sesuka hati banyaknya.Mereka boleh memberi pinjaman sebanyak mana yang

| 20

mereka hendak dan juga mencetak duit yang banyak untuk tujuan ini.Jika tidak berhati-hati,maka berlakulah inflasi.

8.0:KESIMPULAN
Ada hikmah di sebalik semua penciptaan Allah SWT di muka bumi ini. Emas,dinar dan tembaga telah digunakan sebagai mata wang rasmi sewaktu zaman Rasulallah SWT dan pemerintahan para sahabat. Hasilnya cukup jelas apabila kes inflasi,kemelesetan ekonomi,penindasan dan riba¶ tidak berlaku

| 21

ataupun begitu kurang berlaku.Namun,kita lihat pada hari ini penciptaan mata wang kertas dan kaedah interest telah menyebabkan inflasi melampau di dunia seperti di Indon esia yang menyebabkan matawangnya jatuh merudum, kemelesetan ekonomi akibat konsep wang fiat berdasarkan kepercayaan antarabangsa dan penindasan dahsyat kepada peminjam wang yang berpendapatan rendah akibat kadar interest yang begitu tinggi serta penindasan kepada syarikat-syarikat yang maju namun muflis akibat daripada kejatuhan nilai mata wang. Jadi,siapa yang lebih bijak?Rasulallah SWT dan para sahabat yang pada masa itu university Harvard dan Cambridge belum lagi wujud ataupun tokoh ekonomi masa kini seperti keluarga Rotschild dan Robert Zoellick,presiden Bank Dunia yang melanjutkan pelajaran ke university terkemuka ,di bawah didikan para genius ekonomi seperti University Harvard dan Cambridge.Kewujudan elemen -elemen negative dalam sistem perbankan masa kini jika dibandingkan dengan masa dahulu adalah disebabkan prinsip bank sekarang untuk hanya mendapatkan keuntungan dengan kurang memikirkan kesan kepada pelanggan dan kebajikan pelanggan.Itulah keindahan dan kesucian agama Islam yang menetapkan peraturan dan polisi yang sentiasa mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak dan bukannya kepada pihak yang berkepentingan saja. Seperti yang kita ketahui, urusan perbankan masa kini sudah berada dalam genggaman riba¶ sekaligus memaksudkan sebilangan besar penduduk dunia terlibat dengan riba¶.Bilakah kegemilangan Islam akan muncul semula dan memperbetulkan semua dasar-dasar yang sudah menyelewang daripada ajaran Islam?Wujudkah golongan Salehuddin Al -Ayubi pada masa depan yang cukup berani dalam menegakkan syariat Islam dengan membangkang dan melawan sistem perbankan masa kini dan bebaskan masyarakat dunia daripada penjara riba¶? Itulah tanggungjawab generasi muda untuk menjawab soalan-soalan ini.

| 22

9.0:RUJUKAN
y

Yusuf Al-Qardawi,terjemahan Mufti Labib & Arsil Ibrahim,Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam,cetakan 1998,hlm. 415-416 Alexandra Perebikovsky,The Soros Dossier:The Case of Malaysia,hlm.75

y

| 23

y

Wan Jemizan Wan Deraman,Kontrak Perkongsian:Utusan Malaysia,Edisi 07/07/2010,hlm.10 Dinar Emas Kelantan & Penggunaannya,15/8/2010,www.myberita.com Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional, http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/ Rujukan Kitab - Kitab Matla¶al Badrain ± Syeikh Daud Fattani, http://www.al azim.com/masjid / infoislam/muamalat/riba.htm Zaharuddin Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum &Forex, http://www.zaharuddin.net/ content/view/767/72/ Bretton Woods System, http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system Fiat Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money Wang Kertas Adalah Riba, http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=art icle&id=112: wang-kertas-adalah-riba&catid=39:blog&Itemid=64 Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/ 99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/ Bagaimana sistem perban kan masuk dalam dunia Islam selepas kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniah, http://www.dirham2dinar.com/ Rothschild Family, http://en.wikipedia.org/wiki/ Rothschild_family Dr.Eamonn Buttler ,Krisis Ekonomi Bukan Akibat Kapitalisme: Utusan Malaysia,Edisi 08/10/2010,hlm.13 Hot Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Hot_money George Soros, http://en.wikipedia.org/wiki/George_Soros Nurbalqis Hayati Ahmad Najih,Antara Bank Islam dengan Bank Konvensional,Edisi 24/03/2004 , http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=129

y y

y

y

y

y y

y y y

y y

y y y

10.0:LAMPIRAN

| 24

Gambar 1: Matawang US Dollar yang disandarkan dengan nilai emas

Gambar 2: Matawang yang tidak disandarkan dengan emas(Wang Fiat)

Gambar 3:Syiling Emas Denarius yang digunakan semasa kerajaan Roman

| 25

Gambar 4:George Soros yang dilabelkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Muhamad sebagai penyangak ekonomi dan bodoh

Gambar 5: Keluarga Yahudi Roth schild : Dari kiri, Ted Turner, Bill Gates Sr . , George Soros dan David Rockefeller

Gambar 6:2 daripada beratus-ratus hartanah keluarga Rotschild yang menunjukkan kekayaan mereka yang diperolehi hasil penguasaan ekonomi dunia

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->