P. 1
Sistem Sosial Menurut Islam

Sistem Sosial Menurut Islam

|Views: 765|Likes:
Published by pendislam

More info:

Published by: pendislam on Apr 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/17/2015

pdf

text

original

KOLEJ MARA BANTING

Bukit Changgang, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan.

FOLIO PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEM 1
SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM
(USTAZ ABDUL JAMIR MD. SAAD) ALYA AMEERA BINTI AZIZUL 920515-14-5340 M10E
1

No.
1. PENDAHULUAN

MUKA SURAT
3-8

2.

GOLONGAN GHURABA¶

9-13

3.

IKHTILAT

14-20

4.

KEJATUHAN NILAI-NILAI MORAL

21-26

5.

PENUTUP

27-28

2

PENDAHULUAN
Pernahkah kita terfikir di zaman manakah kita ketika ini? Adakah pada zaman kebangkitan Islam? Atau pada pertengahannya mahupun pada zaman kejatuhannya? Ketahuilah, bahawa soalan inilah yang sebenarnya patut menghantui benak pemikiran kita pada waktu ini dan bukannya persoalan tentang artis-artis sini dan situ yang menjalinkan skandal terbaru mahupun gosip-gosip liar tentang Datin ini dan Datuk itu. Apa yang dapat kita lihat pada saban hari, maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan umat Islam semakin berleluasa, sehinggakan orang yang tidak pernah membuat maksiat diejek dan dihina kerana menjadi terlalu baik. Adakah menjauhi maksiat itu dianggap menjadi terlalu baik? Bukankah itu satu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Cuba renung-renungkan kembali, apakah janji kita kepadaNya pada saat pertama Allah tiupkan ruh ke dalam jasad yang hina ini? Kini, Islam yang dahulunya dipandang gah kerana pernah muncul sebagai kuasa terbesar yang menguasai dunia tidak lagi disanjungi dan dipandang tinggi oleh masyarakat yang beragama lain. Apa yang berlaku muslimin dan muslimat? Tiada siapa yang mampu merungkai persoalan ini melainkan µkita¶. Ya, kita, generasi penyambung zaman kegemilangan Khurafa¶ Al-Rasyidin. Apa yang sebenarnya berlaku kepada kita? Adakah dunia ini terlalu indah sehinggakan kita terlalu leka untuk kembali kepada Pencipta kita? Adakah nikmat yang Allah pinjamkan ini terlalu mengasyikkan sehinggakan kita rasa kita mampu hidup tanpaNya? Tergoda sangatkah kita dengan harta dan pangkat sehinggakan kita lupa asal usul kita yang rupa-rupanya datang dari setitis air mani yang hina? Adakah kerana kita takut untuk digelar sebagai seorang yang pengecut oleh masyarakat yang beragama lain hanya kerana menjadi terlalu baik dan ego terhadap santapan-santapan yang nikmat di dunia sehinggakan kita buat endah tak endah dengan jaminan syurga Allah di akhirat nanti? Tepuk dada, tanyalah iman. ³SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM´ pada masa kini dan perbezaannya berbanding zaman khalifah telah menjadi pilihan saya sebagai tajuk folio agama untuk Semester Satu ini adalah kerana perasaan inkuiri yang semakin menebal tentang apa yang sebenarnya yang kita perlu lakukan bagi memenuhi tuntutan untuk bersosial dalam Islam. Sungguh, saya juga
3

mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apekah skop-skop utama yang ditekankan dalam sistem sosial semasa zaman kegemilang khurafa¶ Al-Rashidin dan zaman-zaman seterusnya seperti zaman Bani Umaiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sehinggakan mereka mampu untuk muncul sebagai satu kuasa yang hebat yang pernah menguasai dua pertiga dunia. Jikalau kita lihat secara imbas, umat Islam yang hidup di zaman Bani Abbasiyah begitu hebat sistem pendidikannya dan penguasaan teknologi ibarat berada di hujung ibu jari mereka. Misalnya, ³Ibnu Sina yang mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kemasyhuran Ibnu Sina melangkaui wilayah dan negara Islam sekali lagi terbukti apabila bukunya, Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine ³ 1dan masih dijadikan rujukan sehingga sekarang . Bagaimanakah mereka mampu untuk menjadi seorang cendekiawan yang unggul dan dalam masa yang sama mereka juga mampu untuk menjadikan perbatasan sosial mereka tetap kukuh dan sejajar menurut konsep Islam? Sedangkan kita? Contohnya, sering kali menjadikan alasan membuat µstudy group¶ terutamanya antara nisa¶ dan rijal atas tujuan untuk menuntut ilmu walaupun pelbagai lagi alternatif yang efektif dan wajar yang boleh dilakukan untuk mencari ilmu. Adakah kita semua yakin, bahawa µstudy group¶ itu hanya berkisar tentang ilmu dan sesuatu yang ilmiah sahaja? Berkesan sangatkah µstudy group¶ itu sehinggakan dengan cara itu sahaja mampu lahirnya ramai Ibnu Sina yang kedua di antara kita? Masih adakah lagi AlKhawarizmi versi dunia moden era globalisasi? Sekali lagi, tepuklah dada, tanyalah minda. Sesungguhnya, Allah s.w.t menciptakan akal untuk manusia supaya kita berfikir. Wahai kaum Muslimin dan Muslimat! ³Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Dari sesuatu benda kecil yang dipandang remeh, perkara itu semakin membiak dan menjatuhkan maruah umat kita sendiri. ³Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para Khulafa Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam
1

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina

4

sejarah Islam dan telah memenuhi ribuan lembaran kitab yang masih dijadikan rujukan sehingga sekarang. Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa apa yang telah terpahat itu bukan atas dasar nama sejarah semata-mata, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang telah diletakkan oleh Allah s.w.t ke atas kita untuk melakukannya dan ingatlah, umat Islam itu hanya akan meraih kemuliaan dengan mematuhi perintah dan larangan Allah.´2

Cuba kita lihat di dada-dada akhbar semakin banyak kes rogol, kes zina dan pelbagai lagi kes yang berkaitan sosial berlaku dalam umat kita sendiri. Jika dahulu masyarakat melemparkan pandangan yang amat hina kepada umat Islam yang bekerja sebagai pembantu mempromosikan arak di pasar-pasaraya, namun kini, kaki botol yang minum arak secara terang-terangan di hadapan masyarakat awam hanya dipandang sebelah mata. Betullah kata orang, zaman kita seakan-akan menyamai zaman jahiliyah kerana kes-kes pembuangan bayi juga turut berleluasa dari masa ke masa disebabkan zina. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa zina itu datangnya sendiri dari sesuatu faktor yang sangat kecil, iaitu ikhtilat yang tidak dijaga. Maka, dengan itu, janganlah kita fikir bahawa sesuatu yang sekecil zarah itu tidak perlu kita ambil kira, kerana pada kebiasaannya yang kecil itulah yang membawa kepada perkara yang lebih utama dan boleh merosakkan sesuatu kaum itu sendiri.

Namun begitu, Allah memulakan dan mengakhirkan penciptaan alam ini dengan cara dan masa yang dikehendakiNYA. Kita sebagai makhluk yang telah menduduki sebahagian kecil alam ini hendaknya menyedari tentang hakikat ini, lalu merenung segala hikmah dan pengajaran yang terungkap disebalik segala kejadian agar dapat bertindak tepat dan sejajar dengan kehendak Allah s.w.t.

³Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.

2

http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/khilafah10.htm

5

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian" [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]

Hadith diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum berlakunya hari kiamat iaitu: 1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat 2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat 3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam) 4. Zaman fitnah (kerosakan) dan kegelapan 5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.´ 3 Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan Zaman ini dimulakan dengan jatuhnya kekhalifahan Islam terakhir, iaitu kekhalifahan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 dan masih berterusan sehinggalah ke hari ini. ³Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam berada di dalam kehinaan yang berpanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan sikap mereka sendiri yang mendapat kemurkaan Allah. Beberapa ciri-ciri zaman fitnah ini adalah : 1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.

3

http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

6

2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang 3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau tidak diamalkan sama sekali. 4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam. 5. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dalam hati umat Islam. (wahan) 6. Kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi dalam kalangan masyarakat yang bukan Islam. 7. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga harga diri. 8. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehinggakan umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur. 9. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.´4 Namun begitu, masih adanya suatu golongan pada waktu zaman kegelapan ini yang sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat membantu umat Islam untuk keluar dari lembah kehinaan ini walaupun mendapat tentangan yang hebat. Inilah dia, golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keyakinan dan keimanan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu. ³Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat"

Seperti yang kita ketahui, bukanlah suatu kerja yang mudah untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah zaman fitnah yang mana berlakunya kegelapan dan kerosakan di mana-

4

http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

7

mana sahaja dan mereka ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai-bagai macam fitnah dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahawa Islam akan kembali asing. Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berjaya melakukannya yakni dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat akhir zaman yang yang menandakan bahawa kita semua bakal menghadapi hari kiamat seperti mana yang telah dijanjikan Allah sejak dahulu lagi.´ 5

5

http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

8

GOLONGAN GHURABA·
Benarlah kata orang, dunia semakin hari semakin terbalik kepada 360 darjah. Pengamalan dan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian lebih dianggap sebagai budaya daripada kefahaman kita sendiri tentang kewajiban dan sebab Allah menurunkan perintah untuk membuat sesuatu itu. Cuba kita saksikan, betapa ramainya wanita Islam atau nisa¶ yang bertudung, tetapi kelihatan seakan-akan tidak bertudung. Sedihnya pakaian yang membaluti tubuh mereka mengatakan bahawa tiada fungsinya untuk bertudung. Ramai juga yang saya lihat bertudung, tetapi sayangnya tudung yang melitup kepala itu tidak mampu menyembunyikan kerendahan akhlak mereka terutamanya remaja-remaja perempuan yang sudah berani untuk mencabar masyarakat dengan perangai-perangai yang saya kira tidak pernah dipraktiskan semasa zaman khalifah. Untuk apa kita bertudung? Mungkin bagi mereka ini bertudung hanya kerana ahli keluarga yang lain bertudung, dan mungkin sekolah mewajibkan pemakaian tudung dan mungkin alasan yang paling teruk dari itu ialah bapa dan ibu seorang ustaz ataupun ustazah. Bukankah kefahaman tentang agama itu lebih penting?

³Ramai juga yang menyatakan bahawa sukar untuk membawa dan menyesuaikan Islam yang sebenar di dalam kehidupan hari ini. Islam mula dipandang serong, malah dijauhi. Ini adalah kerana, apabila kita cuba untuk mengambil Islam secara separuh-separuh tanpa menyeluruh, kita diibaratkan seperti melawan arus. Ibarat kita sedang mendaki gunung, sedang ramai pula yang bergerak turun. Kelihatan pelik, asing.´ 6 Bila tidak ada teman wanita, dianggap tidak macho. Yang wanitanya pun sama dua kali lima, segan bila tiada teman lelaki, takut dikatakan tidak laku. Rasa teramat pelik apabila ada yang tergamak melabelkan status µgay¶ dan µlesbian¶ kepada mereka yang tidak berminat untuk memburu pasangan semata-mata untuk hiburan duniawi. Bila yang penagih cuba untuk berubah ke arah kebaikan, dikatakan hipokrit dan menunjuk-nunjuk. Bila dinasihati, mula digelar ustaz

6

http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27

9

dan ustazah. Apakah ustaz dan ustazah sahaja yang Allah amanahkan untuk menyampaikan dakwah? Bila difikir-fikirkan, kadangkala perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sedikit terjejas dan terbantut. Dan, kadangkala perkara-perkara seperti ini jugalah yang menyebabkan kita rasa terbeban dan berasa sedikit keberatan untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh. Ini belum lagi ditambah dengan dugaan, godaan dan hawa nafsu yang begitu kuat untuk bersama-sama dan turut serta dengan mereka yang di atas ini untuk terus menjadikan Islam semakin dipandang serong. Inilah yang dinamakan ghuraba¶. Namun ini situasi mereka yang bahagia, walaupun kebahagiaan itu bukan datang dari manusia sekelilingnya. Dan, mereka yakin mudarat dari manusia itu sendiri tidak akan dapat untuk dibawa ke mana-mana sejajar dengan ³ hadith Rasulullah ³«sekiranya mereka itu berkumpul
untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu´ Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.´7

KEBAHAGIAAN YANG TERTINGGI ³Sabda Rasulullah:
³Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka beruntunglah orang-orang yang asing (ketika keasingan Islam yang kedua itu)´

Hadith riwayat Muslim.´ 8 ³An-Nawawi rahimahullah menukil keterangan al-Harawi bahawa makna orang-orang yang asing adalah: orang-orang yang berhijrah meninggalkan negeri/daerah mereka karena kecintaan mereka kepada Allah s.w.t (Syarh Muslim, 1/235).

7 8

http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27 http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27

10

Ada yang bertanya, ³Siapakah yang dimaksud dengan orang-orang asing?´. Beliau menjawab, ³Iaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah [mereka].´ (HR. Ibnu Majah [3978] dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih wa Dha¶if Sunan Ibni Majah [8/488] namun tanpa tambahan µada yang bertanya, dan seterusnya¶, as-Syamilah). Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-¶Ash radhiyallahu¶anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu µalaihi wa sallam berbicara dan ketika itu kami berada di sisi beliau, ³Beruntunglah orang-orang yang asing.´ Kemudian ada yang menanyakan, ³Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai Rasulullah?´. Maka beliau menjawab, ³Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih banyak daripada orang yang menaati mereka.´ (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan alAlbani dalam Shahih w a Dha¶if al-Jami¶ 7368 [3/443] as-Syamilah). Tambahan, Imam at-Tirmidzi membawakan hadith dari Anas bin Malik

radhiyallahu¶anhu, Rasulullah shallallahu µalaihi wa sallam bersabda, ³Akan datang suatu masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.´ (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan alAlbani dalam Shahih wa Dha¶is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).´9

KEUNTUNGAN YANG TERTINGGI Berdasarkan hadith di atas juga, Rasulullah s.w.t telah menggunakan perkataan µTuuba¶ dan bukannya µBasyara¶ yang membawa maksud kegembiraan kerana, µTuuba¶, merujuk kepada keuntungan yang paling tinggi. ³Apakah yang dimaksudkan dengan keuntungan yang tertinggi? Sudah tentu, tidak lain dan tidak bukan iaitu syurga Allah yang kekal abadi.

9

http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

11

Firman Allah;

³(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam tamantaman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ´ Adn ³. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.´ Surah As-Saff ayat 12-13.´10

Tidak dinafikan, memang sukar untuk menolak sesuatu perkara yang sangat menarik, tetapi tidak mendapat redhaNya. Wahai saudara, ingatlah dan ketahuilah bahawa bukannya senang untuk kita mendapat keuntungan yang tertinggi jika kita sendiri tidak sanggup berkorban untuk tidak melayan kerenah nafsu amarah kita. Saya ambil satu analogi yang cukup ringkas, contohnya dalam sistem barter, adakah kamu sanggup untuk menukarkan satu peti emas kamu kepada satu peti kapas milik orang lain? Jawapannya , sudah tentu tidak. Maka, janganlah kita semudah-mudahnya fikir dan ingat Allah sungguh senang untuk menghadiahkan kamu syurgaNya jika kamu tidak sedikit pun mahu berkorban untukNya sedangkan kamu sudah maklum bahawa perkara yang kamu lakukan itu sudah terang lagi bersuluh pasti akan memakan diri kamu sendiri.
10

http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

12

Jadinya, marilah kita berusaha bersama-sama menjadi golongan ghuraba¶, walaupun seluruh dunia membenci dan berkomplot merosakkan kita, namun kita tetap tenang dan bahagia jiwanya, merdeka hatinya, kerana kita perlu percaya bahawa ada yang menjaga kita. Akhir kata, benarlah keperitan itu sendiri ialah mahar dan bayaran untuk syurga. Tiada yang mudah untuk mendapatkan sesuatu yang paling tinggi nilainya, jadikan sabar sebagai penyelesaiannya. Jangan lakukan sesuatu kebaikan untuk menunjuk-nunjuk tetapi, kita menghidupkan dan membumikan nilai-nilai Islam yang izzah di dalam kehidupan hanya kerana untuk mencapai redha Allah Ar-Rahim kerana,

³Sesungguhnya agama (yang di redhai) di sisi Allah hanyalah Islam´ Ali Imran ayat 19.

³Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik daripada Allah akan acuannya?´ Al-Baqarah ayat 138

13

IKHTILAT
³Dari segi bahasa, ikhtilat bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Dari segi syara¶, ikhtilat bererti percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa.´11 Ikhtilat sering kali dipandang remeh oleh remaja-remaja masa kini. Masalah ikhtilat yang semakin bermaharajalela seakan-akan terkubur lalu lenyap tanpa ada seorang pun diantara kita yang mampu membuka mulut untuk bersuara. Kerana apa? Adakah kerana kita takut untuk digelar sebagai seorang yang kuno dan tidak mengikut trend semasa? Adakah kerana kita takut dipulau dan diasingkan? Jikalau µya¶ jawapannya, maka rugilah kita kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan kebahagiaan kepada golongan ghuraba¶, iaitu golongan yang terasing. ³Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW? Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu. Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Sedangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, bagaimanakah kita?´ 12 Penting sangatkah menjaga ikhtilat dan bagaimanakah masalah ikhtilat ini sendiri telah menyumbang ke arah kehancuran ummah?

11 12

http://kufahukm.blogspot.com/2010/07/ikhtilat-itu-halal.html http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

14

Pertamanya, IA, SANGAT PENTING. Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, bahawa syaitan pasti menjadi orang yang ketiga di antara seorang lelaki dan perempuan yang berdua-duaan. Islam juga menyeru kita agar menjaga pandangan. Maksud menjaga di sini ialah mengawal dan menundukkan pandangan terutamanya An-nisa¶, tidakkah kamu ketahui bahawa pandangan seorang perempuan merupakan satu panahan mata syaitan?
³Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Firman Allah s.w.t: ³Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.´ An-Nur ayat 31´
13

Jangan ingat hanya manusia sahaja yang mendiami alam ini. Haiwan, tumbuh-tumbuhan juga merupakan sebahagian daripada makhluk Allah. Malah, syaitan yang dijadikan daripada api itu juga pada asalnya merupakan makhluk Allah yang sungguh mulia tetapi malangnya telah dicampak ke dunia dengan kemurkaan Allah atas sikapnya yang ingkar kepada Penciptanya.

13

http://cebisankenangankirana.blogspot.com/2009/12/buat-sahabatku.html

15

Ketelanjuran dalam tidak menjaga ikhtilat boleh menyeru ke arah sesuatu yang lebih mungkar, iaitu zina. Dan, malangnya syaitan juga turut membantu manusia dengan berbisik-bisik kepada mereka supaya leka dan tidak hairan tentang masalah ikhtilat lalu kemudiannya menyeru manusia untuk berzina dengan cara yang paling halus. Ya, memang benar, semua yang dijadikan di dunia ini adalah berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, haruslah kita sisipkan ke dalam hati dan berikan peringatan kepada minda bahawa maksud µberpasangpasangan¶ di sini adalah satu hubungan yang halal dan mendapat keredaan Allah. Redhakah Allah kepada kita yang bercinta? ³Allah s.w.t berfirman;

³ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk´ Al-Israa¶ ayat 32.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah AlIsraa¶. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu.

16

³ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan´ An-Nur ayat 30.´14

SESUATU UNTUK KITA PERHATIKAN DAN TAHU. Cuba perhatikan: 1) Surah Al-Israa¶ ayat 15 Allah berfirman bahawa ³ Dan janganlah kamu dekati«´ (µdekati¶ dalam bahasa arab: Taqrobu)

2) Surah An-Nur ayat 30 Allah berfirman bahawa ³Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan´ (µkerjakan¶ dalam ayat ini: Ma Yasna¶uun¶)

3) Surah An-Nur ayat 31 dan 32 Allah berfirman bahawa ³ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan´ Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman lagi: ³ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka«´ Surah An-nur ayat 31. Persoalan dan jawapan: 1) Mengapakah Allah menggunakan perkataan µdekati¶ dan bukannya µjangan melakukan¶? Ini adalah kerana Allah tahu bahawa manusia bijak mencipta alasan walhal pada

hakikatnya mereka tidak mahu mengaku kesilapan mereka. Seandainya Allah menggunakan perkataan µjangan melakukan¶ sudah pasti ramai yang mengendahkan
14

http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

17

perihal ikhtilat kerana seseorang yang tidak menjaga ikhtilat tidak bermaksud bahawa dia telah berzina . Sudah pasti ramai lelaki dan perempuan yang berdua-duaan serta bergurau-senda tetapi mereka mengaku bahawa mereka tidak berzina. Ya, memang mereka tidak berzina secara terus terang tetapi mereka berada di dalam landasan ke arah zina.

2) Perkataan µma yasna¶uun¶ telah Allah gunakan dan bukannya µma yaf¶aluun¶ walaupun kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama iaitu µapa yang mereka kerjakan¶. Tahukah kamu bahawa Yaf¶aluun bermaksud benda yang dibuat tanpa sedikit-sedikit dan secara terus. Contohnya, seperti perbuatan menikam, kita terus menghunus pisau ke arah seseorang dan kesannya terus dapat dilihat dan dirasai. Manakala yasna¶uun bermaksud sesuatu yang dilakukan sedikit-sedikit sehingga akhirnya mencapai

matlamat. Contohnya, seperti ulang kaji pelajaran. Perlu dilakukan secara berulang kali untuk kita lihat kesannya. Maka, mengapa Allah gunakan Yasna¶uun dalam konteks menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Ini adalah kerana, Allah ingin memberitahu kita bahawa perkara-perkara yang kita lakukan untuk menghampiri zina selalunya dilakukan secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit tetapi kesannya amatlah besar.

3) Mengapakah Allah telah menyebut lelaki dahulu dalam ayat yang ke-31 tetapi pada ayat yang ke-32 Allah telah menyebut perempuan pada permulaannya? Saksikanlah, betapa indahnya susunan ayat-ayat cinta dari Allah kepada hamba-hambanya. Dalam ayat yang ke-31 Allah telah menyebut lelaki pada awalnya kerana hakikatnya, lelaki lebih lemah dan mudah tertewas apabila berhadapan dengan hawa nafsu. Manakala penggunaan perkataan perempuan pada awal ayat yang seterusnya adalah kerana hakikatnya, perempuanlah yang selalunya pencetus kepada zina itu sendiri lebih-lebih lagi mereka telah Allah jadikan lebih istimewa dengan rupa paras yang indah dan cantik serta perlakuan yang manja dan lemah-lembut. Justeru, sekiranya kita benar-benar memahami maksud yang tersurat di dalam ayat-ayat Allah, nescaya kita dapat menangkap apa yang sebenarnya Allah benar-benar ingin sampaikan

18

kepada kita. Merujuk kepada surah An-Nur ayat yang ke-31 dan 32, Allah s.w.t sememangnya ingin memberitahu kepada kita secara halus lumrah kejadian Adam dan Hawa. Walaupun umumnya kita ketahui bahawa Adam diciptakan bersama 9 akal dan 1 nafsu, tetapi 1 nafsu itu sebenarnya jauh lebih besar dan menandingi 9 nafsu yang ada pada kaum Hawa. Bagi yang Hawa pula, jadikan kelembutan itu bukan satu kelemahan. Gunakanlah keistimewaankeistimewaan yang telah Allah hiaskan dan hadiahkan kepada kita untuk membangunkan jiwa umat Islam melalui dakwah, bukannya membangunkan keghairahan seorang insan yang bergelar Adam. Ingatlah, sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah. Wahai saudara seIslamku! Bangkitlah kita selepas tersedarnya kita daripada kekurangan yang ada pada diri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan ini pada Allah, malah kita sepatutnya menjadikan kelemahan itu sendiri sebagai satu kelebihan. Janganlah kita mudah terpedaya dengan janji-janji indah syaitan laknatullah kerana ia memang membahagiakan di dunia, tetapi kelak mendapat azab yang keras di akhirat sana. Ketahuilah sendiri bahawa bertapa zalimnya syaitan-syaitan ini kerana mereka juga tidak akan sesekali membela kita di Mahsyar sana seperti mana anggota-anggota tubuh kita lakukan. Malah, mereka sendiri akan mengaku di hadapan Allah bahawa mereka sendiri adalah pendusta dan penyesat kepada kaum manusia. ³Firman Allah s.w.t;

Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan: ³Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku

19

menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu (aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu´ Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih´ Surah Ibrahim ayat 22´15

Sebagai penutup, menjaga ikhtilat datangnya daripada inisiatif diri kita sendiri. Maruah dan kesucian kita juga terutamanya Hawa, terletak pada bagaimana kita menguruskan masalah ikhtilat dalam kehidupan. Ayuh wahai saudara dan saudari! Berkejarlah dan berusahalah kita untuk kembali menjadi umat yang gemilang. Wahai kaum muslimin, kembalikan pahlawan-pahlawan kami semasa zaman khalifah yang terdahulu! Sesungguhnya, kami amat rindu akan ketegasan Umar Al-Khatab, kami sangat dambakan kebijaksaan Ali bin Abi Talib, dan kami sangat memerlukan keberanian Sultan Muhammad Al-Fateh!

15

http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

20

KERUNTUHAN NILAI-NILAI MORAL
Entah ke berapa kali masyarakat dikejutkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam plastik sampah, di dalam longkang, di kawasan perkuburan dan yang lebih dasyat di dalam atau kawasan persekitaran masjid. Apa, mereka fikir membuang bayi di masjid dosanya lebih kurang berbanding jika membuang di tempat lain? Tidak, janganlah kita cuba bermimpi. Kalau direnungi balik secara mendalam, betapa maha sucinya sifat Allah sebagai Ar-Rahim yang sentiasa menjaga makhluk yang bernama manusia ini kerana walau di mana dan dalam apa cara sekalipun cara kematian seseorang itu, ia pasti akan ditemui oleh manusia yang lain untuk diuruskan jenazahnya. Lihatlah, seperti kes baru-baru ini, Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga lagi mangsa pembunuhan kejam seorang peguam yang hilang secara tiba-tiba. Namun, lihatlah bertapa maha baiknya Allah S.W.T kerana telah membantu pihak berkuasa yang terlibat untuk menyingkap segala kekeliruan fakta yang mana akhirnya kes ini hampir mendapat penyelesaiannya apabila kesemua mangsa dikhabarkan telah disembelih dan dibakar dengan kejam. Berbalik semula pada kisah buang dan bunuh bayi ini, sebenarnya umat manusia secara sedar atau tidak sudah mula kembali ke zaman Jahilliyah. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Jahiliyyah ni? Merujuk kepada satu blog, istilah Jahiliyyah diterangkan seperti berikut: ³Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.

21

Sudah banyak persamaan yang kita telah temui pernah dilakukan di zaman Jahiliyyah di perlakukan semula di zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini. Mungkin juga lebih dasyat dari zaman Jahiliyyah kerana semakin banyak peristiwa yang aneh lagi kejam saya rasa anda semua pernah didedahkan melalui media massa dan internet untuk membuktikan µkejahiliyyahan¶ masyarakat kita.´16 ³Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.´17 Contohnya, dalam isu kes pembuangan bayi, sekurang-kurangnya masyarakat Jahiliyyah hanya menanam dan membunuh anak perempuan mereka kerana gusar akan membawa kecelakaan kepada keluarga, tetapi di zaman kita? Tidak kira jantina, semuanya menjadi mangsa pembuangan sungguhpun bayi yang dilahirkan itu sempurna pada zahirnya. Mereka juga bukan ditanam, tetapi dilempar, dicampak seperti sampah yang tidak memberi apa-apa manfaat, malah lebih hina daripada itu. Pada zaman arus kemajuan modenisasi ini juga kita dapat lihat betapa dasyat dan teruknya kejatuhan akhlak dalam kalangan masyarakat itu sendiri terutamanya golongan belia yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kelak. Mereka yang telah berzina lalu telah menghasilkan benih tanpa ikatan yang sah di sisi Islam kebanyakannya telah mengambil jalan mudah dengan menggugurkan benih yang telah dikandung. Tidakkah mereka terfikir bahawa berzina itu merupakan dosa yang pertama, manakala menggugurkan itu menjadi dosa yang kedua? Itulah dia manusia zaman globalisasi, tergamak membunuh zuriat sendiri demi membela maruah di mata masyarakat, tetapi hina di mata Allah s.w.t. Siapa kita untuk mencabul hak Allah dalam mencabut roh seorang manusia? Ada pula sesetengahnya di antara kita yang mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan atas sebab-sebab remeh, contohnya seperti membebankan dan meningkatkan kos sara hidup. Tidakkah mereka ketahui bahawa anak itu sendiri rezeki dan rahmat dari Allah? Renung-renungkanlah firmanNya ;
16 17

http://myjazmanie.com/2009/selamat-kembali-ke-zaman-jahiliyah/ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangbayigejalajahiliahmoden/Article/index_html

22

³Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka karena kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang telah Allah rizkikan kepada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk," Al-An'aam ayat 140.

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan member rizki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar," Al-Israa' ayat 31.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, aku bertanya,"Ya Rasulullah, dosa apakah yang paling besar?" Beliau menjawab, "Iaitu engkau menyekutukan Allah sementara Dia-lah yang telah menciptakanmu." Aku kembali berkata, "Kemudian apalagi?" Beliau menjawab, "Engkau membunuh anakmu karena engkau takut ia makan bersamamu." Aku katakan, "Lantas apalagi?" Beliau menjawab, "Engkau menzinahi isteri tetanggamu sendiri." Kemudian turunlah ayat yang membenarkan sabda Nabi saw,

23

³Dan orang-orang yang tidak beribadah kepada ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yagn melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat pembalasan dosanya," Al-Furqaan ayat 68´
18

Manusia memang pandai membuat sesuatu keputusan yang memberikan kenikmatan dan kepentingan kepada diri mereka sendiri, namun tidak pandai untuk bertanggungjawab atas kesan kepada perbuatan itu. Adakah ini memang suatu hakikat kejadian seorang manusia yang Allah ciptakan? Sudah pasti jawapannya, tidak. Ketahuilah wahai saudara, bahawa manusia dan tanggungjawab tidak mampu untuk dipisahkan sepertimana air yang dicencang takkan putus. Bermula daripada tanggungjawab yang paling utama iaitu tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya sehinggalah kepada tanggungjawab sebagai seorang saudara seIslam. Sesungguhnya, salah satu aspek bagi menentukan sama ada seseorang itu berjaya mahupun tidak, tentukanlah dan ukurilah melalui cara bagaimana seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya di dunia. ³Ada juga sebahagian daripada kita yang berkata bahawa semua kesalahan-kesalahan yang pernah berlaku dalam kehidupan ini merupakan takdir suratan Illahi. Betulkah? Tidak, jawapannya. ³Setiap Muslim tidak akan dibebani dengan tanggungjawab orang lain´ dan Allah berfirman lagi, "Setiap jiwa adalah barang gadai bagi apa yang ia kerjakan.´19

18 19

http://alislamu.com/content/view/2809/67/ http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html

24

Terimalah hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menganggap sesuatu yang tidak baik itu berlaku hanya disebabkan oleh takdir, sedangkan kesalahan yang dilakukan itu berpunca daripada diri kita sendiri yang bertindak menurut nafsu semata-mata. Tanggungjawab tetap tanggungjawab, yang mana wajib kita jalankan. Mulai dari hal yang sangat kecil sampai yang paling besar. Firman Allah;

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya) pula" Al Zalzalah ayat 7-8.´20

Kesimpulannya, masyarakat saban hari sudah berjinak-jinak untuk meniru cara hidup masyarakat jahilliyah malah lebih teruk daripada itu. Nilai-nilai Islam yang izzah tidak lagi dihayati sepenuhnya dalam kehidupan dan pegangan agama mereka semakin lemah dan longgar. Sifat kasih dan sayang terhadap sesama manusia juga semakin pudar manakala sikap mementingkan diri semakin merajai diri, seterusnya menyumbang kepada ketandusan akhlak yang mulia dalam kalangan umat. Akhir kata, sedarilah, walaupun pada zahirnya kita boleh dikatakan cemerlang dan hebat dalam menguasai ilmu dunia, tetapi hakikatnya pemikiran dan
20

http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html

25

tindak-tanduk akhlak kita tetap hina seperti mereka yang hidup di zaman jahilliyah. Perkaraperkara sebegini seharusnya tidak dipandang enteng dan hanya perlu menutup sebelah mata kerana merekalah yang kita semua impikan untuk kembalikan kegemilangan zaman khalifah yang pernah muncul suatu ketika dahulu. Siapa mereka? Golongan belia yang masih mampu menegakkan panji-panji Islam dalam diri mereka.

26

PENUTUP
Sebagai penutup, pertamanya, jutaan terima kasih ingin saya ucapkan terutamanya kepada pensyarah pendidikan agama Islam kelas M10E, iaitu Ustaz Abdul Jamir Md Saad kerana telah memberikan peluang dan masa kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun tajuk yang dipilih ini agak sukar tetapi saya bersyukur kerana melalui tugasan ini, serba sedikit dapat membuka minda serta meningkatkan pengetahuan saya mengenai sistem sosial menurut Islam. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa, kaum keluarga dan para sahabat yang membantu dalam penyiapan kerja kursus ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Semoga jasa dan pengorbanan kalian akan dibalas dengan keredhaan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya. Kesimpulannya, apa yang dapat konklusikan apabila siapnya kerja kursus ini ialah ketigatiga isi-isi kecil di bawah tajuk sosial yang telah saya pilih (golongan ghuraba¶, ikhtilat, keruntuhan nilai-nilai moral) ini saling berkait antara satu sama lain. Cuba perhatikan dan renung-renungkan, apabila kita takut untuk menjadi golongan ghuraba¶, maka kita akan mula terlibat dengan sesuatu perkara yang sudah biasa dan tidak lagi asing dalam masyarakat pada hari ini walaupun pada hakikatnya perkara itu bertentangan arus dengan fitrah kita seperti tiada kesedaran dalam menjaga ikhtilat. Apabila terjerebaknya kita ke arah perkara-perkara seperti itu, maka kemudiannya terjadilah sesuatu yang jauh lebih dasyat seperti zina. Kesan kepada zina akhirnya telah melahirkan seorang individu yang tandus akhlaknya serta cerminan kepada kaum yang wujud semasa zaman Jahilliyah di mana mereka cuba untuk membunuh janin hasil pekerjaan terkutuk mereka semata-mata untuk menutup aib diri sendiri.

Malu menjadi golongan ghuraba

Tidak menjaga batasan Ikhtilat

Keruntuhan nilai-nilai moral

Sesungguhnya, teruskanlah usaha kita untuk menghidupkan suasana Islam di tengahtengah zaman kegelapan ini. Walaupun kita dipandang hina di sisi manusia, tetapi Allah sentiasa
27

memuliakan dan mengangkat darjat kita sebagai hambaNya, insyaAllah. Bangkitlah wahai adam dan hawa! Tegakkan semula syiar Islam di Bumi Allah ini. Janganlah ³lelaki memandang wanita, kaum yang lemah. Golongan yang menyediakan makanan semta-mata serta dianggap hanya sebagai orang yang melahirkan zuriat semata-mata. Marilah kita juga menjadi seperti wanita-wanita di zaman Rasulullah. Seorang wanita yang cekal, tabah serta sabar. Contohnya, kita boleh lihat bagaimana Ummu Hakim Bintu Al-Harith bin Hisyam berjaya mengislamkan suaminya Ikrimah bin Abi Jahal serta kekuatan iman Sumaiyyah Ummu Ammar, wanita pertama yang syahid didalam Islam kerana dibunuh oleh Abu Jahal.´21 Maka dengan ini, marilah kita juga semua bangkit untuk tidak menjadikan masalah ikhtilat sebagai suatu masalah yang membelengu diri kita kerana ikhtilat itu sendiri ialah pencetus kepada zina, dan kemungkinan orang yang takut untuk menjadikan masalah ikhtilat itu sebagai sesuatu yang sensitif ialah orang yang masih belum tahu kemanisan menjadi golongan ghuraba¶. ³Islam agama yang paling sempurna. Paling lengkap, dan tiada keraguan terhadapnya. Ia datang dari Allah, seorang Tuhan dan bukannya manusia.´22

21

Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21 oleh Fathi Yakan http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

22

28

RUJUKAN
1) Al-Quran Digital

2) Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21 Penulis : Fathi Yakan Penterjemah : Ibnu Ghazali Terbitan : Jasmin Interprise 3) Artikel dan rujukan blog i) http://riohode.blogspot.com/ ii) http://alislamu.com/content/view/2809/67/ http://myjazmanie.com/ iii) iv) http://cebisankenangankirana.blogspot.com/ v) http://kufahukm.blogspot.com/ http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105 vi) vii) http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama viii) http://ms.langitilahi.com/ ix) http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/khilafah10 .htm

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->