You are on page 1of 20

KOLEJ MARA BANTING

KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM


SEMESTER SATU 2010

TAJUK :
SUJUD DALAM SOLAT: KAJIAN SAINTIFIK

PENSYARAH

UST ABDUL JAMIR BIN MD. SAAD

DISEDIAKAN OLEH

FATIMAH ZAHRAH BINTI MD FAUADI

M10E

921124-08-5568
PERKARA MUKA SURAT
Pengenalan 3
Postur badan semasa sujud 4-5
Kajian saintifik tentang keadaan jari kaki 5
ketika sujud dan duduk semasa tahiyat.

Sujud Mempengaruhi Denyutan Jantung 6-7


Manusia
Sujud Mampu Mengubati Sakit Pinggang 7-8
Faedah Sujud kepada Otak Manusia 8-9
 Pergerakan Otot semasa Sujud 10
 Sujud dan kebaikannya kepada
fisiologi
 Kesan sujud kepada organ 11
dalaman manusia
 Kesan sujud kepada sistem limfa

 Kesan sujud kepada sistem saraf 12


 Faedah sujud kepada kaum hawa

Penutup 13
Bibliografi 14
Lampiran 15-20

2
PENGENALAN
Selawat dan salam dipanjatkan kepada Rasul junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah S.W.T akhirnya folio
bertajuk “Sujud dalam Solat : Kajian Saintifik” ini berjaya dihasilkan.

Tujuan utama saya memilih tajuk ini sebagai kerja kursus adalah kerana saya
begitu berminat untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang pergerakan sujud
daripada perspektif sains.

Sujud ataupun sajdah berasal daripada perkataan arab. Ia bermaksud


perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan
kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan
tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. Ketika sujud, sseseorang
Muslim itu dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya.. 1

Definisi sujud ini sejajar dengan kewajipan bersujud yang telah diperintahkan
Allah S.W.T. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas
dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan
dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih).

Selain itu, kedudukan sujud juga amat istimewa kerana berdasarkan satu
hadis Rasulullah S.A.W, baginda mengatakan

Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh itu


perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Folio ini akan menceritakan tentang kebaikan sujud terhadap kesihatan
manusia. Dengan ini diharapkan agar umat Islam dapat menghayati keindahan Islam
dan mengagumi kebesaran Allah.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah dan ibu yang
banyak membantu saya dalam penghasilan folio ini. Tidak lupa juga kepada Ustaz
Abdul Jamir yang telah menyumbang idea untuk saya menyiapkan folio ini.

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud

3
Postur badan semasa sujud

Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud,

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” 2


(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)

Oleh itu, sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut tentang hikmah disebalik sujud,
mari kita perhatikan dahulu bagaimanakah cara sujud sebenar seperti yang
dianjurkan oleh baginda S.A.W. Pergerakan sujud dimulai dengan meletakkan lutut
dan tangan di lantai. Terdapat tujuh anggota sujud iaitu dahi,kedua-dua tapak
tangan,kedua-dua lutut,dan kedua-dua hujung jari kaki yang dibengkokkan ( ditekan
ke permukaan lantai )

Semasa sujud, tangan hendaklah direnggangkan dari tubuh badan. Bagi muslimat,
tangan hanya perlu direnggangkan sedikit sahaja berbanding muslimin. Perkara ini
dijelaskan dalam hadis yang bermaksud

“ Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua belah tangannya dari sisinya


sehingga kelihatan putih ketiak Baginda “

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Siku pula diangkat supaya tidak menyentuh lantai. Dalam suatu hadis ada
disebutkan,

“Apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu”

Hadis riwayat Muslim, Ahmad

Dahi dan muka pula diletakkan diantara kedua-dua tapak tangan.Perkara ini
dipastikan melalui hadis berikut,

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud, maka baginda meletakkan wajahnya di


antara kedua-dua tangannya.”

2
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=555
2. Solat, kebaikan dari perspektif sains

4
Akhir sekali, jari-jari tangan haruslah dirapatkan semasa sujud. Satu hadis
menyebutkan,

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk membuka(merenggangkan) jari-jarinya,


dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya.”

Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Darqutni

Kajian saintifik tentang keadaan jari kaki ketika sujud dan duduk
semasa tahiyat.

Kita beranggapan bahawa keadaan jari kaki ketika sujud hanyalah perkara
yang remeh-temeh sahaja. Namun sebenarnya, terdapat satu fakta menarik tentang
perkara ini. Satu kajian yang telah dibuat oleh pensyarah-pensyarah Universiti
Malaya tentang kaitan antara tabiat solat yang sempurna atau sebaliknya. Dalam
kajian tersebut, salah satu perkara yang dikaji ialah keadaan jari kaki seseorang
ketika sujud dan duduk semasa tahiyat. Hasil daripada kajian ini telah membuktikan
bahawa kumpulan yang membengkokkan jari kaki semasa sujud dan tahiyat
mempunyai jisim lemak badan yang kurang. Jisim tanpa lemak seperti otot pula
bertambah. Hal ini akan menyebabkan komposisi badan menjadi seimbang
berikutan penurunan kolesterol dan lemak dalam badan. 3 Seperti yang diketahui
umum, kolesterol yang berlebihan dalam badan akan membuatkan badan kita
mudah didatangi penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pengurangan kolesterol
sekaligus dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya seperti sakit
jantung dan strok.

Bagi mereka yang tidak membengkokkan jari kaki pula, jisim lemak badan
meningkat manakala jisim tanpa lemak pula semakin menurun. Perkara ini akan
menyebabkan lemak memenuhi ruangan dalam badan dan otot pula mengecut.
Keadaan ini menyebabkan individu itu berpotensi tinggi untuk terkena penyakit
berbahaya seperti obesiti, jantung dan sebagainya.

Oleh itu, jelaslah bahawa tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud dan
tahiyat dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan dapat
membuang lemak badan.

3
Solat,kebaikan dari perspektif sains

5
Sujud Mempengaruhi Denyutan Jantung Manusia

Kadar denyutan jantung dikira berdasarkan bilangan pengecutan jantung


seminit. Ia berbeza mengikut peringkat umur. Kadar denyutan jantung bergantung
kepada kedudukan jantung dengan kepala kerana jantung perlu mengepam darah
ke otak secara melawan tarikan graviti.Seorang manusia dewasa yang normal
mempunyai purata kadar denyutan jantung antara 60-80 denyutan seminit dalam
keadaan rehat. Bilangan denyutan jantung yang lebih kurang sebenarnya lebih baik
kerana ini bermaksud kurangnya beban kepada jantung untuk mengepam darah
keseluruh badan terutamanya otak. 4

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung ialah jarak relatif


antara jantung dan kepala, serta jarak antara jantung dan tanah (daya graviti). 5

Semasa solat, kita melakukan banyak pergerakan dan berubah posisi iaitu
qiyam, rukuk, sujud serta duduk. Posisi-posisi yang berbeza ini sebenarnya
mempunyai kesan yang besar kepada jantung kita. Semasa sujud, kadar denyutan
jantung seseorang adalah paling rendah berbanding semua posisi kerana
kedudukan kepala lebih rendah daripada jantung. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh pensyarah Universiti Malaya, semasa posisi sujud, purata kadar
denyutan jantung seseorang ialah 72 bpm. 6 Oleh itu, jantung tidak perlu bekerja
keras untuk mengepam darah ke otak. Dinding dan urat-urat saraf di bahagian otak
mendapat oksigen yang lebih berbanding biasa. Dengan ini, otak seseorang itu akan
bertambah sihat dan cerdas. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk memanjangkan
tempoh sujud kerana posisi ini menghasilkan kadar denyutan jantung yang paling
rendah.

Kadar denyutan jantung juga mempengaruhi tekanan darah manusia.


Tekanan darah yang normal ialah 120/80 mmHg.

4
Solat, kebaikan dari perspektif sains
5
Solat,kebaikan dari perspektif sains
6
Solat, kebaikan dari perspektif sains

6
Disamping itu, Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud

Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah orang yang mencuri daripada solat
mereka. Maka sahabat pun bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana mereka
mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab : Mereka yang tidak
sempurna dalam rukuk dan sujud mereka.”

Hadis riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah

Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih
lama kerana pada kedudukan inilah kita paling hampir dengan Allah dan agar tidak
digelar pencuri dalam solat seperti hadis diatas. Disamping itu, kita akan mendapat
faedah kepada kesihatan tubuh badan iaitu mengurangkan kadar denyutan jantung
dan mengurangkan tekanan darah.

Sujud Mampu Mengubati Sakit Pinggang

Sakit pinggang adalah satu masalah yang sangat biasa berlaku terutama bagi
mereka yang bekerja kuat dan warga emas. Antara punca berlakunya sakit pinggang
ialah jarang bersenam, melakukan aktiviti sukan yang lasak dan selalu mengangkat
barang yang berat.

Mari kita bayangkan sejenak pergerakan semasa sujud. Sujud bermula


dengan merendahkan badan dari posisi berdiri dan kemudian meletakkan kedua-dua
tangan ke atas lantai. Kemudian, seseorang itu akan berlutut sambil meletakkan
dahi di atas lantai.

Hakikatnya, pergerakan semasa sujud ini mempunyai persamaan dengan


beberapa senaman yang dicadangkan oleh pakar-pakar perubatan seperti senaman
regangan telapak kaki, senaman stabilisasi belakang badan dan senaman regangan
belakang badan. 7

Senaman regangan tapak kaki bermula dengan meletakkan tangan dan lutut
di atas lantai sambil jari-jari kaki dibengkokkan ke hadapan. Senaman kaki ini
membantu untuk mengurangkan risiko mengalami sakit belakang dan juga
8
mengelakkan kaki daripada mengalami kekejangan.

7
Solat, kebaikan dari perspektif sains
8
Solat,kebaikan dari perspektif sains

7
Selain itu, posisi ‘quadraped’ pula ialah seperti posisi ingin merangkak. Ia
adalah salah satu posisi senaman stabilisasi pada peringkat awal. Pada posisi ini,
latihan pengecutan serentak di antara otot-otot abdominis transves dan multifidus
dipermudahkan. Posisi ini juga memastikan tulang belakang berada pada posisi
neutral.9

Akhir sekali, posisi senaman regangan belakang ialah sama seperti kita
duduk semasa sujud tetapi perbezaannya ialah tangan diluruskan kehadapan.
Regangan ini dapat melenturkan otot dorsi lattisimus dan rhomboid serta
mengelakkan daripada kesakitan belakang.10

Faedah Sujud kepada Otak Manusia

Otak manusia menghasilkan lima jenis gelombang iaitu gamma, alpha, beta,
theta dan delta. Setiap gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza dan
terhasil semasa kita melakukan aktiviti yang berbeza. Gelombang otak boleh
dikesan menggunakan elektroensefalogram (EEG). Semasa sujud, isyarat alpha
dihasilkan dengan begitu tinggi. Isyarat alpha terhasil apabila seseorang itu berada
dalam keadaan tenang. Oleh itu, ini membuktikan bahawa sujud memberikan
ketenangan kepada fikiran manusia. Perkara ini akan menghilangkan tekanan atau
stress berlebihan yang dialami oleh seseorang. 11

Selain itu, sujud juga akan membantu aliran darah ke setiap urat dalam otak.
Berdasarkan sebuah kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia tidak
dimasuki darah sedangkan setiap urat dalam tubuh badan kita memerlukan aliran
darah untuk bekalan oksigen. Hanya pada posisi sujud sahaja urat-urat tersebut
dimasuki darah. Jadi, sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak
akan dapat menerima darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan pada
tahap terbaik. 12

Sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam subtopik pertama iaitu kadar
denyutan jantung, kita telah mengetahui bahawa kadar denyutan jantung akan

9
Solat, kebaikan dari perspektif sains
10
Solat,kebaikan dari perspektif sains
11
Solat, kebaikan dari perspektif sains
12
http://halaqah.net/v10/index.php?page=120

8
mempengaruhi tekanan darah manusia. Semasa sujud, kadar denyutan jantung
adalah paling rendah. Kebaikan daripada perkara ini ialah ia dapat mengelakkan
pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat
dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. “Ischemik
strokes” 13juga dapat dihindarkan.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan


menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening
kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran,meningkatkan
konsentrasi sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Selain itu, sujud juga akan
meminimumkan degenerasi tisu otak. Oleh itu, penyakit seperti Parkinson dan
Alzheimer dapat dielakkan.

Selain itu, manusia akan terdedah kepada pelbagai cas elektrostatik dan
gelombang daripada atmosfera selepas melakukan pelbagai aktiviti seharian.
Kesemua cas-cas dan gelombang ini memberikan kesan kepada sistem saraf
manusia. Cas-cas yang berlebihan ini akan mengakibatkan kerosakan pada sel
dalam tubuh badan manusia dan menyebabkan manusia berhadapan dengan sakit
kepala, sakit tengkuk, sakit dan sakit otot. Oleh itu, manusia perlu membuang cas-
cas berlebihan daripada tubuh badan . Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr.
Diaa, cara untuk menghilangkan gelombang ini daripada tubuh manusia adalah
dengan bersujud. Hal ini kerana semasa sujud, cas-cas negatif daripada badan
diturunkan ke bumi yang juga bercas negatif. Memandangkan sujud melibatkan tujuh
anggota badan yang bersentuhan dengan lantai, proses menyahcas ini menjadi
lebih pantas dan efektif.14

Pergerakan Otot semasa Sujud

Postur ketika sujud membuatkan otot-otot menjadi besar dan kuat. Bukan itu
sahaja, malah, saluran-saluran darah dan urat limfa akan terurut. Perkara ini dapat

13
Mohammed Faruque Reza, MBBS; Yuji Urakami, MD; Yukio Mano, MD, PhD.
From the Department of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University
14
Dr. Mohamed Diaa El Deen Hamed, Professor of Biological Sciences and Head of Food Radiation
Department in Radiation Technology Center :
Read

9
mengelakkan pengecilan dinding pembuluh darah yang mengakibatkan penyakit
arteriosklerosis.15 Dengan ini, perjalanan darah dan limfa ke seluruh badan akan
menjadi lancar.

Semasa sujud,otot peha hadapan dan betis menunjukkan hampir tiada


aktiviti. Perkara ini menunjukkan bahawa semasa sujud, beberapa otot dapat
berehat selepas berfungsi seharian.

Selain itu, rongga dada akan membesar dan paru-paru dapat mengembang
dengan baik. Lebih banyak udara bersih dapat dihirup. Hal ini dapat mengurangkan
risiko individu itu untuk mendapat penyakit tuberkulosis yang disebabkan oleh dada
sempit dan tidak kuat. 16

Disamping itu, sujud juga dapat menguatkan tengkuk, bahu dan tangan. Ia
juga turut melegakan sistem otot bahagian abdomen dan kaki setelah bekerja kuat
seharian.17

Sujud dan kebaikannya kepada fisiologi


Terdapat empat sistem dalam tubuh badan kita yang mendapat kesan positif
hasil daripada sujud iaitu kardiovaskular, sistem limfa, sistem saraf dan sistem
hormon. Sujud menyebabkan senaman jantung dan menggalakkan vena berfungsi
dengan baik. Ini akan mengurangkan risiko sakit jantung.

Selain itu, paru-paru kita akan menjadi kuat dan tisu-tisu di dalamnya akan
menjadi sihat. Perkara ini disebabkan oleh penghasilan cecair dalam paru-paru
berkurang. Oleh itu, risiko mendapat penyakit sinus dan paru-paru berair juga
berkurang.

Disamping itu, organ-organ pencernaan juga dibersihkan apabila seseorang


hamba Allah itu bersujud. Pencernaan makanan menjadi lebih baik. Sakit sembelit
18
juga dapat diubati dan dielakkan .

15
Solat,kebaikan dari perspektif sains
16
Solat, kebaikan dari perspektif sains
17
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html
18
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html

10
Kesan sujud kepada organ dalaman manusia

Otak mengawal seluruh fungsi badan. Jika otak mati atau telah berhenti berfungsi,
seluruh sistem dalam tubuh badan akan turut berhenti berfungsi. Sekiranya otak kita
sihat pula, setiap sistem dalam tubuh badan kita akan dapat berfungsi dengan baik.
Berdasarkan kajian dalam subtopik faedah sujud kepada otak manusia tadi, darah
mengalir ke setiap urat di dalam otak semasa sujud. Otak kita akan mendapat
bekalan oksigen serta pelbagai nutrient lain dengan maksimum.

Seluruh anggota badan, di bawah kawalan otak akan menjadi bertenaga kesan
daripada perkara tersebut. Kesinambungan daripada itu pula, pengeluaran sisa-sisa
toksik dalam tubuh badan akan menjadi pantas. Oleh itu, tubuh badan akan bersih
daripada sisa-sisa toksik yang tidak memberikan manfaat kepada tubuh badan
malah hanya mendatangkan keburukan. Organ di bahagian abdomen seperti
hati,limpa ,perut, ginjal dan pankreas pula akan menerima mesej daripada otak yang
19
akan membantu mereka untuk berfungsi dengan efisien.

Kesan sujud kepada sistem limfa

Posisi sujud meningkatkan kepantasan pengaliran cecair limfa. Oleh itu,


masalah cecair limfa bertakung atau berkumpul di mana-mana bahagian badan akan
dikurangkan. Limfa juga bergantung kepada pergerakan otot dan graviti untuk
membantu pengalirannya ke jantung. Oleh yang demikian, dalam keadaan sujud,
cecair limfa dapat mengalir dengan mudah dan tidak terkumpul pada bahagian kaki
dan buku lali. 20

Kesan sujud kepada sistem saraf

Posisi sujud merangsang sistem saraf. Perkara ini akan meningkatkan


kepantasan otak untuk memberi respons kepada perkara tertentu. Perubahan ini
dapat dirasai sejurus selepas kita melakukan sujud dan ia kekal sepanjang hari.
Selain itu, berdasarkan kajian Dr. Raman (Raman,2004), perkara yang paling

19
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html
20
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html

11
penting semasa sujud ialah kita memberikan otak darah yang segar iaitu baru
melalui jantung, dioksigenkan dan terus dihantar ke otak. Perkara ini tidak terdapat
dalam sebarang bentuk senaman lain. Apabila otak mendapat darah yang segar, ia
akan menyegarkan sel-sel otak. Semasa sujud juga, kita dapat merasakan
penyejukan berlaku di bahagian muka secara perlahan-lahan. 21

Faedah sujud kepada kaum hawa

Semasa sujud, pundi peranakan yang jatuh dikembalikan ke tempat asalnya.


Ini dapat menghindarkan kaum wanita daripada penyakit gelombang perut
(convulsion). Pergerakan bahagian-bahagian otot semasa sujud turut memudahkan
wanita bersalin. Selain itu, sujud dapat mengurangkan risiko terkena senggugut
semasa haid.

Pergerakan otot pada bahagian atas badan pula menjadikan payu dara lebih
baik dan ini memudahkan penyusuan bayi. Disamping itu, risiko terkena penyakit
seperti kanser payu dara juga dapat dikurangkan. 22

21
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html
22
http://rawatansyifa.blogspot.com/2010/04/17-kebaikan-sujud.html

12
PENUTUP
Umat Islam haruslah bersyukur kerana Allah S.W.T telah mewajibkan kita
dengan solat lima waktu sehari semalam. Di sebalik setiap kewajipan itu, Allah
S.W.T ingin menurunkan rahmat kepada hamba yang patuh kepada perintahNya.

Kita mungkin tertanya-tanya, jika benarlah seperti kajian yang telah dilakukan
bahawa sujud sahaja mampu menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit
berbahaya, mengapakah masih ramai umat Islam yang terlantar akibat menderita
penyakit-penyakit seperti jantung dan sebagainya? Kita haruslah ingat bahawa untuk
mendapat rahmat daripada Allah S.W.T bukanlah suatu perkara yang mudah. Hanya
hamba yang bertaqwa sahaja yang layak mendapat keredhaan dari-Nya. Oleh itu,
kita haruslah bertaqwa kepada Allah dan menunaikan solat dengan ikhlas kepada
Allah. Dengan itu, kebaikan daripada solat itu akan datang kepada diri kita dengan
izin Allah.

Selain itu,kajian ini juga membuktikan bahawa solat juga haruslah ditunaikan
dengan sempurna dan bukan hanya ‘sekadar buat’ sahaja. Kita perlu mengikut cara-
cara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan yang diajar kepada kita oleh Nabi
Muhammad S.A.W. contohnya,membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk
antara dua sujud.

Sesungguhnya disebalik setiap perintah Allah itu tersimpan rahsia yang


sangat indah untuk diterokai oleh manusia sebagai khalifah Allah. Walau
bagaimanapun, umat Islam tetap perlu memperbetulkan niat untuk sujud dan
bersolat iaitu untuk beribadat dan memuji Allah yang Esa , bukannya kerana ia
mendatangkan faedah kepada kesihatan diri sendiri. Faedah-faedah yang kita
peroleh ini hanyalah sebagai bonus semata-mata.
Saya juga berharap agar kajian-kajian ini dapat menarik mereka yang bukan
beragama Islam untuk menilai keindahan Islam.

13
1. SOLAT ; KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS, FATIMAH IBRAHIM, WAN
ABU BAKAR WAN ABAS, NG SIEW CHEOK
CETAKAN 2009, TERBITAN JABATAN KEJURUTERAAN
BBIOPERUBATAN, FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYA

2. http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=555
3. Mohammed Faruque Reza, MBBS; Yuji Urakami, MD; Yukio Mano, MD, PhD.
From the Department of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University
School of Medicine, Sapporo, Japan.
Address reprint requests and correspondence to Dr. Reza: Department
of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University School of Medicine, N15
W7 Sapporo 060 -8638, Japan.
4. http://halaqah.net/v10/index.php?page=120
5. Dr. Mohamed Diaa El Deen Hamed, Professor of Biological Sciences and
Head of Food Radiation Department in Radiation Technology Center :
Read More: http://myjourney-shagufta.blogspot.com/2007/05/benefits-of-
sujood-sajda-or-prostration.html
6. Rizal Abu Bakar
http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html
7. http://rawatansyifa.blogspot.com/2010/04/17-kebaikan-sujud.html
8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud

14
PERGERAKAN SEMASA SUJUD

15
KEADAAN JARI KAKI KETIKA SUJUD

16
ISYARAT ALPHA SEMASA SUJUD

17
GELOMBANG OTOT YANG DIHASILKAN KETIKA SUJUD

18
KADAR DENYUTAN JANTUNG PADA SETIAP POSISI SOLAT

19
SENAMAN YANG MENYERUPAI PERGERAKAN SUJUD

20

You might also like