You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

NAMA: SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK

NO.MATRIK: JEA080177

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI 2008/2009

SEMESTER SATU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
TOKOH FALSAFAH AL-FARABI

Riwayat hidup tentang tokoh Al-Farabi ialah nama sebenar beliau Abu

Nasr Muhammad Tarkhan Al-Uzdag dilahirkan di Wasij (wilayah Transosiana) di

Negara Turkestan pada tahun 257 H bersamaan 870 M pada zaman pemerintahan

Samaniyah. Beliau dan ibunya berketurunan Turki manakala bapanya berketurunan

Persia. Mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian seterusnya beliau

dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad. Beliau tidak

menulis tentang biografinya sendiri dan dikatakan memiliki daya akal yang tinggi

sejak dari kecil lagi. Beliau dikatakan menguasai beberapa bahasa asing, pelbagai

ilmu keagamaan dan mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah tetapi beliau

lebih memberi perhatian pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi juga sentiasa

mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle, oleh itu beliau dikenali sebagai

guru kedua selepas Aristotle. Beliau juga mempunyai ramai guru-guru antara

termasyhur ialah Ibn Hailan dan Matta Ibn Yunus kedua-dua tokoh ini mahir

dalam ilmu falsafah dan logik. Pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan 950

Masihi beliau telah meninggal dunia berusia 80 tahun disemadikan di bahagian

luar pintu selatan atau pintu sampingan Damsyik.

Penggembaraan beliau bermula pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900

Masihi ke negara Baghdad bersama dengan gurunya ialah Ibnu Hailan bertujuan

untuk menpelajari ilmu logik lebih mendalam. Pada usia 40 tahun beliau telah

meninggalkan tempat lahirnya ke Baghdad semata-mata untuk menuntut ilmu.


Beliau telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mempelajari bahasa

Arab di Harran gurunya bernama Abu Bakar Ibn as Sarrj dan kembali semula

ke Baghdad mempelajari ilmu falsafah. Seterusnya meneruskan perjalanan ke

Harran dan ke Konstentinople pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi

untuk mempelajari ilmu falsafah dengan lebih mendalam lagi. Pada tahun 297

Hijrah bersamaan 910 Masihi beliau telah kembali ke Baghdad semula untuk

belajar, mengajar, dan mengkaji buku-buku yang ditulis oleh Aristotle serta

menulis karya-karyanya. Berlaku kekacauan dan ketidakstabilan politik pada tahun

330 Hijrah bersamaan 942 Masihi memyebabkan beliau berpindah ke Damsyik.

Menurut Abi Usibiyah merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan Al-Farabi

telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir sekitar

tahun 337 Hijrah.

Dalam dunia barat beliau dikenali sebagai Alpharabius atau Avennasar

merupakan filosof Islam pertama yang berhasil mempertalikan serta

menyelaraskan filsafat politik Yunani klasik dengan Islam. Beliau juga dikenali

dengan gelaran Muallim al-Sani di kalangan falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan

Al-Kindi. Oleh itu gelaran Al-Farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya

iaitu Farab. Menurut pandangan Al-Farabi mengenai politik dan masyarakat yang

dihuraikan dalam kitabnya iaitu Ara’l Ahli al-Madinah al-Fatihah politik

merupakan tempat yang paling penting dalam di dalam Negara. Oleh itu dalam

usaha memperolehi kebahagiaan dan kesejahteraan ini, manusia mesti bekerjasama

atau tolong-menolong antara satu sama lain untuk menjadi kuat dan mendapat

apa yang dihajati. Pada dasarnya manusia itu bersifat lemah perlu berdampingan
dan berkumpulan dalam hidupnya mewujadkan terbentuknya masyarakat. Menurut

Al-Farabi lagi manusia itu ada dua jenis, pertama iaitu masyarakat yang

sempurna terdiri daripada tiga kategori masyarakat besar yang berupa kumpulan

tersebar antarabangsa (international), masyarakat yang sederhana yang tinggal di

dalam sebuah wilayah dan masyarakat kecil atau penduduk kota tinggal di satu

bahagian kecil dari wilayah. Kedua masyarakat yang tidak sempurna iaitu

kumpulan manusia yang tinggal di desa-desa, kampung-kampung, pinggir bandar

dan lorong-lorong jauh dari kota bandar. Menurut beliau lagi masyarakat desa

adalah sebahagian dari masyarakat kota yang tinggal di pinggir-pinggir bandar

dan kota. Manakala masyarakat kota pula, adalah sebahagian dari masyarakat

wilayah yang merupakan masyarakat sempurna iaitu antarabangsa.

Menurut Al-Farabi lagi, konsep negara adalah penubuhan sebuah negara

bagi memperolehi kehidupan masyarakat dan kerjasama dalam mewujudkan

kesejahteraan negara yang paling baik menurut beliau di panggil Negara Utama

adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Setiap anggota tubuh badan saling

mengetahui tugas masing-masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar

yang telah ditentukan. Anggota yang paling penting ialah hati merupakan

pengendali utama bagi anggota-anggota yang lain disamakan dengan pemimpin

atau sesebuah negara. Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sebuah negara

yang baik dan sempurna maka setiap anggota masyarakat perlu mengetahui tugas

masing-masing dan mesti bekerjasama antara satu sama lain. Beliau juga telah

menetapkan 12 syarat yang harus dimiliki sebagai ketua negara atau pemimpin.

Antara syarat-syarat tersebut yang lembut dan baik, mencintai ilmu pengetahuan,
tidak ghairah terhadap makan, minum dan perkahwinan, mencintai kebenaran dan

menbenci penipuan, berjiwa besar dan mulia, tidak mencintai harta dan

kebendaan, bercita-cita tinggi, berani dan tidak lemah mental, adil dan tidak sukar

memimpin dan cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman. Oleh itu seseorang

pemimpin atau ketua negara yang berkelayakan mesti mematuhi syarat-syarat

diatas sebelum memimpin sesebuah negara.

Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki

hakikat sebenar dari segala yang ada ini. Beliau berjaya meletakkan dasar-dasar

falsafah ke dalam ajaran Islam berpendapat bahawa tidak ada pertentangan

antara falsafah Plato dan Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikiran tetapi

hakikatnya mereka bersatu dalam tujuan. Memahami falsafah pemikiran Al-Farabi

diatas seolah-olah falsafahnya adalah percampuran dari falsafah Aristotle dan

Plato. Dalam falsafah alam Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa

alam ini baru yang terjadi dari tidak ada (sama dengan pendapat Al-Kindi) idea

Plato tentang alam pula mirip kepada satu pengertian alam akhirat dalam dunia

Islam. Persoalannya tentang terjadinya alam semesta bagaimana hubungan

pencipta (khaliq) dengan mahkluknya. Al-Farabi bersetuju atas teori emanasi Neo

Platonisme (sebagaimana pendapat Al-Kindi), lebih jauh beliau memperinci lagi

teori emanasi dengan istilah nama Nadzariyatul Faidhl, dengan pemikiran dan

hurainya tersendiri. Pola pemikirannya dalam bidang mantis dan fizikal, beliau

sependapat dengan pemikiran Aristotle, dalam bidang etika dan politik pula beliau

sependapat dengan Plato seterusnya dalam persoalan metafízika beliau sependapat

dengan Plotius.
Al-Farabi telah menulis lebih dari seratus buah buku, kira-kira separuh

dan merupakan pengkritik dan ulasan-ulasan terhadap pengajian-pengajian yang

lahir sebelum terutamanya pengajian Aristotle. Selebihnya lagi merupakan

sebahagian pengajian-pengajian baru yang terdapat kira-kira dua puluh lima buku

karangan beliau yang masih bertulis tangan atau yang masih tercatat di atas

cebisan-cebisan kertas. Beliau merupakan pemimpin tokoh-tokoh ilmu logik iaitu

tokoh ilmu metafizika. Mereka digelar tokoh-tokoh ilmu logik kerana mereka

meniru ahli-ahli logik membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan punca-puncanya

dan dalil-dalil yang teliti. Iaitu membuat kaedah-kaedah umum dan berdasarkan

kaedah-kaedah inilah dikeluarkan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan

menggunakan dalil-dalil dan bukti-bukti. Menurut Al-Farabi ilmu logik bukanlah

suatu saranan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malahan logik itu sendiri

merupakan suatu pencapaian ilmu pengetahuan yang merupakan satu penanggapan

hakikat-hakikat.

Disamping itu, Al-Farabi juga sebagai tokoh falsafah Islam, beliau juga

adalah seorang tokoh intelektual Islam yang mempunyai pandangan tersendiri

yang dianggap sebagai usaha revolusi di dalam bidang pemikiran Islam

khususnya kemasyarakatan. Beliau merupakan antara perintis-perintis ulung yang

telah berjaya menjadikan institusi falsafah sebagai saranan untuk mencapai

kebahagiaan dan kesejahteraan khususnya di bidang pembentukan sesebuah

negara. Melalui institusi ini juga beliau telah menampilkan teori-teori hidup

bermasyarakat dan berpolitik yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan hadis.
Beliau juga menghasilkan ratusan kitab dalam menjalani kehidupan yang

bersederhana dengan pemikirannya sentiasa mengkaji ilmu-ilmu falsafah. Beliau

meninggal dunia di Damsyik 970 Masihi jenazahnya dibawa oleh M. Amir Sayf

ad-Dawla dan pengikut-pengikutnya untuk disemadikan di pemakaman Bab as-

Saghir yang terletak dekat makam Muawiyah yang merupakan pendiri dinasti

Umaiyah. Sumbangan beliau dalam mengkaji ilmu-ilmu pengetahuan dan

pembentukan sesebuah ketamadunan akan sentiasa dikenang dan disanjung tinggi.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan tokoh falsafah yang sebar boleh. Banyak

daripada pemikirannya masih releven dengan perkembangan dan kehidupan

manusia pada hari ini.


Bibliografi

Fadzullah Hj. Shuib. 1996. Teori Ilmu Al-Farabi (257-339 H = 870-950) Kuala
Lumpur: Pustaka Warisan.

Hashim bin Haji Musa. Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika
Melayu. Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Hasnan Abu Bakar. 1992. Falsafah Al-Farabi tentang akhlak: Academic Exercise
(B.A) Fakulti Usuluddin. Akademi Islam. Universiti Malaya.

Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa
Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 1961. Tokoh Terkenal Islam. Ampang. Selangor:
Pekan Ilmu Publication. 2006

You might also like