You are on page 1of 42

PBM 2022

Bahasa Melayu

Nur Ardini Jian Abdullah @ Elmie Jian


Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Malaysia Sarawak
E-mel: jelmie@cls.unimas.my
No. tel.: 082-581725 (pej) 019 8460539 (h/p)
Modul 2
KESALAHAN-KESALAHAN
UMUM PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU
Kata Sendi Nama “dari” hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama
yang menunjukkan:

arah

tempat

waktu

masa
(a) menunjukkan tempat atau arah

Contoh:
 Angin kencang yang bertiup dari arah
tenggara mungkin akan membahayakan bot-
bot kecil.
 Pihak pengkaji akan membuat kajian
tersebut dari sudut ekonomi.
 Puan berasal dari mana?
 Mereka baru sahaja balik dari
perpustakaan.
 Kami akan membincangkan tajuk itu dari
segi moral.
(b) menunjukkan waktu atau masa

Contoh:
 Pihak pengurusan akan memantau kes ini
dari semasa ke semasa.
 Sukacita dimaklumkan bahawa Khemah
Bahasa akan diadakan dari 26 hingga 29
September 2010 di Taman Negara Lambir,
Miri.
 Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul
sembilan pagi hingga ke pukul empat petang.
 Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.
Kata Sendi Nama “daripada” hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama
yang menyatakan punca bagi:

manusia, haiwan, benda, dan unsur


mujarad (abstrak)
sumber atau asal kejadian sesuatu
benda
perbezaan atau perbandingan.
a. menyatakan punca bagi manusia, haiwan,
benda,
dan unsur mujarad (abstrak)
Contoh:
 Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. (manusia)
 Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati
daripada pihak Kementerian Pendidikan. ( manusia)
 Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
(haiwan)
 Kain berasal daripada benang manakala benang pula
berasal daripada kapas. (benda)*
 Daripada penyelidikan yang dilakukan, sebanyak 80.3
peratus responden gemar menonton rancangan
berbentuk hiburan. (abstrak)
 Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya.
(abstrak)

(* juga boleh menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu


benda seperti di bawah)
b. menyatakan maksud sumber atau asal
kejadian sesuatu benda

Contoh:
Ukiran itu diperbuat daripada logam.
Semua ubatnya daripada akar kayu.
Azreen mendapat ilham daripada
pemandangan itu.
Kebanyakan kuih berasal daripada tepung.
c. menunjukkan perbezaan atau
perbandingan.

Contoh:
 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris SPM tahun ini lebih baik daripada tahun
lalu.
 Budak itu lebih suka membaca buku daripada
menonton televisyen.
 Cara berfikirnya lain daripada yang lain.
 Daripada Alia, lebih baik Azura.
 Harga kain itu kurang sedikit daripada harga
biasa.
Kata Sendi Nama “kepada” terletak di
hadapan kata nama atau frasa nama
untuk menyatakan sasaran yang
merujuk:

manusia, haiwan, unsur mujarad
(abstrak)
menyatakan pecahan
menyatakan perubahan keadaan.
Contoh:

 Tuan/puan diminta merujuk hal ini kepada pihak atasan.


(manusia)
 Pekerja zoo memberi makanan kepada binatang di zoo
tersebut tiga kali sehari. (haiwan)
 Perkahwinannya mampu bertahan kerana bersandar
kepada kesetiaan. (mujarad)
 Peserta Khemah Bahasa telah dibahagikan kepada
enam kumpulan. (pecahan)
 Suhu badannya meningkat kepada 39°C. (perubahan
keadaan)
 Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih
baik. (perubahan keadaan)
*** Namun, kata sendi nama “kepada”
boleh juga digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang merujuk
institusi yang ada kaitan dengan
manusia.

Contoh:
 Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada
sekolah tersebut.
 Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan
buku bacaan kepada beberapa buah perpustakaan
sekolah.
 Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian
Pendidikan dengan segera.
Kata Sendi Nama “pada” terletak di hadapan kata nama
atau frasa nama dalam situasi yang berikut:
i. menunjukkan keterangan waktu
Contoh:
Pihak kami berharap hal ini tidak akan berulang pada masa akan
datang.
Borang itu dihantar kepada pihak tuan pada 22 Disember 2005.

ii. menunjukkan hubungan tempat bagi perbuatan kata


kerja
Contoh:
Iklan syarikat itu terpampang pada setiap bas Sri Jaya.
Bajunya tersangkut pada cangkuk besi lalu koyak.
Sindiran orang tua itu dirasai terkena tepat pada batang
hidungnya.

iii. apabila hadir di hadapan kata “ada” atau “tiada”,


mesti diikuti kata nama yang merujuk manusia atau haiwan.
Contoh:
Semua ketua jabatan disarankan memanfaatkan kuasa yang ada
pada mereka untuk kepentingan organisasi masing-masing.
Keupayaan untuk berfikir tiada pada binatang.
Kata Sendi Nama “di” dan Imbuhan “di”
Kata sendi nama (KSN)
- di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat
- dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang
mengikutinya
- manakala imbuhan di dicantum dengan kata yang
mengikutinya (kata kerja)

Nota : Oleh kerana KSN di digunakan di hadapan kata nama/frasa nama


menunjukkan tempat, maka penggunaan di kalangan tidak tepat
kerana kalangan bermaksud golongan/ kelompok/ kumpulan
(abstrak). Penggunaan yang tepat ialah dalam kalangan kerana
dalam digunakan di hadapan kata nama bersifat abstrak/ tidak
mempunyai ruang.

Contoh :
 Seorang wanita dipenjara 10 tahun kerana menyalahgunakan
wang syarikat.
 Wanita tersebut menjalani hukuman penjara di Penjara Pudu.
 Kursus Kepimpinan Pelajar akan diadakan di Kem Belia Pueh,
Sematan.
 Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti kelas
tambahan Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing.
Kata Sendi Nama “ke” dan Imbuhan “ke”
(a) Apabila berfungsi sebagai kata sendi nama yang menyatakan
hubungan tempat atau arah, maka “ke” dieja terpisah
daripada kata nama (tempat) yang mengikutinya.

Contoh:
 Beliau telah berkhidmat di sini dari muda hingga ke tua.
 Konvoi Kembara Bahasa telah singgah ke lima tempat sebelum sampai ke
Sibu.
 Papan tanda tersebut dialih ke tengah ruang pejabat agar mudah dilihat
oleh pelawat.
 Semua pekerja menjengok ke luar setelah mendengar bunyi jeritan yang
dahsyat.

(b) Apabila “ke” berfungsi sebagai imbuhan, maka “ke” ditulis


serangkai dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk
kata nama, kata bilangan dan kata kerja.

Contoh:
 Ketua unit di setiap jabatan memainkan peranan penting memastikan staf di
unit mereka menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. (kata nama)
 Minit Mesyuarat Kelima Pusat Pengajian Bahasa disahkan tanpa sebarang
pindaan. (kata bilangan)
 Encik Hashim telah keluar pejabat sejak pukul 10.00 pagi tadi. (kata kerja)
Penggunaan “di dalam” dan “dalam”
Frasa sendi nama di dalam - menunjukkan sesuatu yang
mempunyai ruang
kata dalam - memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak
atau tidak mempunyai ruang seperti perkara,
peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang dan sebagainya.

Contoh:
 Pemburu itu sesat di dalam hutan.
 Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin
kapal terbang.
 Semua peserta berkumpul di dalam dewan.
 Dia merupakan pelajar yang pintar dalam kalangan
kawan-kawannya.
 Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang
lalu.
 Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa amat
penting bagi pelajar.
Penggunaan “di antara” dan “antara”
Frasa sendi nama di antara - mempunyai ruang (kedudukan
fizikal atau tempat)

Kata antara - berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah
dan digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang
bersifat abstrak

*Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh


mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan

Contoh:
 Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira.
 Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.
 Masalah disiplin merupakan antara perkara yang
dibincangkan dalam mesyuarat itu.
 Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa
Melayu.
 Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada
persamaannya.
 Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.
Hukum D-M
Hukum D-M (Diterang-Menerangkan) ialah
peraturan susunan frasa dalam bahasa Melayu.
Dalam susunan frasa bahasa Melayu, kata yang
diterangkan (D) MESTI hadir dahulu, diikuti oleh
kata yang menerangkan (M).
Contoh-contoh lain kesalahan hukum D-M adalah seperti yang
berikut:

Salah Betul

Mini telekung telekung mini


mi 2 minit segera mi segera 2 minit
Linda Restoran Restoran Linda
lain-lain hal hal-hal lain
maksimum denda denda maksimum
S.Y Lim Klinik Sakit Puan Klinik Sakit Puan dan
dan Bersalin Bersalin S.Y Lim
Juara Kedai Kopi Kedai Kopi Juara
Kecualian Hukum D-M
 boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan
terutama sekali pada nama-nama jawatan. Contohnya:

Penerang (M) Yang diterangkan


(D)
Perdana Menteri
Timbalan Menteri
Naib Presiden
Ibu Pejabat
Penggunaan Tanda Sempang ( - )
(a) menghubungkan awalan ke- dengan angka bagi membentuk angka bilangan
ordinal.
Contoh:
 Minit Mesyuarat ke-3 Khemah Bahasa 2010 disahkan tanpa sebarang pindaan.
 Perayaan Ulang Tahun ke-50 RTM sungguh meriah.
 Sejak kurun ke-17, sastera Islam telah berkembang dengan pesatnya.

(b) merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an.


Contoh:
 Pegawai kerajaan yang telah berpencen selepas tahun 80-an akan menerima
insentif khas daripada pihak kerajaan.
 Penyanyi tahun 70-an masih popular hingga kini.

Nota : Rangkai kata 80-an dan 90-an dalam ayat di atas merujuk dekad-dekad abad ke-20 (tahun
1900 hingga 1999). Dekad-dekad dalam abad ke-19 dan sebelumnya dirujuk dengan
menyebut angka tahun sepenuhnya.

(c) menghubungkan imbuhan dengan kata nama khas.


Contoh:
se-Malaysia pro-Malaysia
anti-Israel anti-Amerika

(d) menghubungkan kata nama dengan ganti nama diri yang merujuk Tuhan.
Contoh:
hamba-Mu suruhan-Nya
kepada-Ku perintah-Nya
Kata Majmuk
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut
ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang
demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-
bentuk kata yang telah mantap adalah:

antarabangsa kakitangan tandatangan


beritahu kerjasama tanggungjawab
bumiputera olahraga warganegara
jawatankuasa matahari pesuruhjaya
setiausaha
Terdapat sejumlah perkataan yang tergolong
dalam golongan kata tertentu yang secara
lazimnya dieja bercantum

Contohnya:
(i) kata nama: peribadi, peribahasa,
hulubalang, dinihari, perikemanusiaan
(ii) kata adjektif: sukacita, dukacita
(iii) kata sendi nama: kepada, daripada
(iv) kata hubung: apabila, manakala, padahal,
darihal, barangkali, kadangkala, apakala,
walhal
(v) kata tanya: bagaimana
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama sahaja.
Contohnya:

alat-alat tulis Menteri-Menteri Besar model-model linear


balai-balai raya gambar-gambar rajah Naib-Naib Canselor
suku-suku kata kapal-kapal terbang Ketua-Ketua Menteri
jirim-jirim organik garis-garis pusat

Pengecualian - penggandaan yang melibatkan bentuk


yang telah mantap; penggandaannya melibatkan
keseluruhan unsur
Contohnya:
Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Warganegara-warganegara
Tandatangan-tandatangan
Jawatankuasa-jawatankuasa
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk + imbuhan = kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk:

(i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau
akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya:

campur aduk → bercampur aduk temu bual → ditemu bual


litar selari → berlitar selari daya serap → daya serapan
ambil alih → mengambil alih

(ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan,


ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:

campur aduk → mencampuradukkan satu padu → menyatupadukan


daya serap → kedayaserapan urus niaga → diurusniagakan
garis pusat → menggarispusatkan
Kata Pemeri
- unsur yang memerikan hal atau merupakan perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
- 2 kata pemeri dalam bahasa Melayu:

(i) ialah - digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama


yang bersifat persamaan.
Contoh:
Rumah itu ialah rumah Datuk Mohan.
Nama ketua jabatan kami (ialah) Azman bin Halim.
Kucing belang itu ialah kucing jenis parsi.

(ii) adalah - hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi


nama yang bersifat huraian
Contoh:
Keputusan pihak hakim adalah muktamad.
Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu (adalah) tepat.
Kursus ini adalah untuk memantapkan disiplin pelajar.
Sumbangan besar beliau adalah dari segi kewangan.
 
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja
(pada pangkal ayat, seperti yang lazim digunakan dalam ayat
berbentuk makluman dan pengisytiharan).
 
Contoh:
 Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan
kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Kesenian pada 31 Disember
2004. (salah)
(sepatutnya : Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan
kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Amal pada 31 Disember 2005.)

 Adalah menjadi harapan pihak kami agar pihak tuan dapat memberi maklum
balas segera berkenaan hal ini. (salah)
(sepatutnya : Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi maklum balas
segera berkenaan hal ini.)

 Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14
November 2004. (salah)
(sepatutnya : Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari
Ahad, 14 November 2004.)
 
Nota : kata pemeri boleh hadir di hadapan kata kerja seperti contoh berikut kerana kata
berenang, memasak dan menyanyi telah mengambil sifat kata nama dalam konteks ini.

- Hobi saya ialah berenang/memasak/menyanyi.


Kata pemeri juga tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

Contoh:
Encik Razak ialah bukan timbalan pengarah jabatan kami.
(sepatutnya: Encik Razak bukan timbalan pengarah jabatan kami.)
Arahan tersebut adalah bukan untuk semua kakitangan kerajaan.
(sepatutnya: Arahan tersebut bukan untuk semua kakitangan kerajaan.)
 
Namun demikian terdapat kecualian. Dalam keadaan tertentu, kata pemeri adalah boleh
wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.

Contoh:
Kenyataan itu adalah tidak benar. (Boleh juga: Kenyataan itu tidak benar).

Keputusan itu adalah tidak adil. (Boleh juga: Keputusan itu tidak adil).

Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta adalah tidak sesuai
dengan budaya timur.
(Boleh juga: Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta tidak
sesuai dengan budaya timur.)
Penggunaan Kata Tanya
-berfungsi untuk membentuk ayat tanya
- Kata tanya tidak sepatutnya digunakan dalam ayat penyata.

 
Contoh penggunaan yang betul:
Apa yang dilihat oleh mereka?
Bagaimana dia hendak pergi ke klinik dalam keadaan lemah begini?
Mengapa pelajar diminta mendaftar kursus di dewan itu?
Mana satu buku yang hendak dibeli?
Berapa harga sekilo beras sekarang?
Bila kamu akan berangkat ke Kuching?
 
Contoh penggunaan yang salah:
Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tadi.
(Sepatutnya : perkara/topik/isu)
Puan Aini ingin mengetahui bagaimana pelajarnya meniru dalam peperiksaan.
(sepatutnya : cara/kaedah)
Fahmi menanyakan ibunya bilakah mereka akan pergi ke taman permainan
(sepatutnya : masa/tarikh/hari)
Walau bagaimanapun, beberapa kata tanya seperti apa, bila dan mana boleh
digandakan menjadi apa-apa, bila-bila dan mana-mana dan digunakan
dalam ayat penyata.
 
“Apa-apa” berfungsi untuk merujuk kepada sebarang perkara secara umum.
Contoh:
Saya tidak mahu makan apa-apa kerana sudah kenyang.
Apa-apa sahaja yang diminta oleh anaknya akan dipenuhi oleh Puan Noraini.
Kami memang tidak tahu apa-apa tentang kecurian yang berlaku di rumahnya minggu lepas.
 
“Bila-bila” berfungsi sebagai kata ganti umum yang merujuk kepada waktu /masa/
ketika (digunakan untuk menggantikan masa secara umum)
Contoh:
1. Sekiranya budaya kerja kakitangan kerajaan tidak diubah, sampai bila-bila pun
prestasi kerja mereka tetap di takuk lama.
2. Dia akan muncul bila-bila masa sahaja.
3. “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke pejabat saya,”kata Parameswari.
4. Kata Tim, “Bila-bila masa sahaja bangunan lama itu akan runtuh.”

“Mana-mana” pula digunakan untuk menggantikan tempat, benda dan orang secara
umum.
Contoh:
1. Mana-mana pakaian yang lama itu disimpannya di dalam almari.
2. Dia tidak pergi ke mana-mana petang itu.
“Apabila” pula berfungsi sebagai kata hubung
untuk membentuk ayat majmuk keterangan.
Contoh:
Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega apabila Perdana
Menteri mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka.
Murid-murid berhenti bercakap apabila guru mereka masuk.

Pelajar-pelajar akan berdiri tegak apabila lagu Negaraku


dinyanyikan.
 
Ayat-ayat berikut pula salah:
Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega bila Perdana Menteri
mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka.
Murid-murid berhenti bercakap bila guru mereka masuk.

Pelajar-pelajar akan berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.


Penggunaan Ungkapan “Yang Mana” dan “Di
Mana” dalam Ayat Penyata
-hanya berfungsi sebagai kata tanya dalam ayat tanya.
-Kesilapan sering berlaku disebabkan penterjemahan secara langsung
daripada perkataan bahasa Inggeris which yang berfungsi sebagai
ganti nama relatif dalam bahasa Inggeris dan where yang boleh
berfungsi sebagai kata hubung.

Contoh:
Indicipline in schools which has become a serious phenomena in our
education system should be handled efficiently.
a. Masalah disiplin di sekolah yang mana sudah menjadi satu fenomena
serius dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (salah)
b. Masalah disiplin di sekolah yang sudah menjadi satu fenomena serius
dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (betul)
 
The village where I live is very peaceful.
a. Kampung di mana saya tinggal sangat aman. (salah)
b. Kampung tempat saya tinggal sangat aman. (betul)
Contoh-contoh kesalahan lain:

Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini


bertaraf generik di mana ditawarkan kepada semua pelajar.(salah)
Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini
bertaraf generik dan ditawarkan kepada semua pelajar.(betul)

Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi


hanya dipelajari untuk kerjaya yang teknikal yang mana anggapan
ini akan membataskan minat mereka terhadap bidang sains.
(salah)
Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi
hanya dipelajari untuk kerjaya yang teknikal. Anggapan ini akan
membataskan minat mereka terhadap bidang sains. (betul)
Kesalahan Penggunaan “ianya”

Kata ianya tidak wujud dalam bahasa Melayu.


Kedua-dua ia dan nya merupakan kata ganti nama
diri. Jika ianya digunakan, maka terdapat dua ganti
nama diri dan hal ini amat janggal. Oleh itu, ayat-
ayat di bawah ini salah:

Contoh:
Bakul yang penuh dengan sayur-sayuran itu tidak
terangkat oleh Suresh kerana ianya terlalu berat.
Kes itu sulit kerana ianya melibatkan golongan atasan.
Penggunaan “Oleh Kerana”, “Oleh Sebab”, “Kerana” dan “Sebab”

(a) Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana adalah
salah. Hal ini disebabkan oleh mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan
kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah oleh sebab.

Contoh:
1. Oleh kerana kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan lagi.
(Sepatutnya: Oleh sebab kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan dengan
teliti.)
2. Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh kerana ribuan mayat
bergelimpangan di mana-mana sahaja.)
(Sepatutnya: Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh sebab ribuan
mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja.)
 
(b) Kata hubung kerana tidak boleh disamakan dengan kata nama sebab. Oleh itu,
penggunaan sebab untuk menggantikan kerana seperti dalam ayat-ayat di bawah ini
adalah salah.

Contoh:
1. Jasmin berasa bimbang sebab ibunya sakit
(Sepatutnya: Jasmin berasa bimbang kerana ibunya sakit)
2. Mesyuarat itu ditangguhkan sebab pengerusinya tidak dapat hadir.
(Sepatutnya: Mesyuarat itu ditangguhkan kerana pengerusinya tidak dapat hadir)
Pengejaan Kata Apabila Menerima
Imbuhan
(a) Kata asli bahasa Melayu yang bermula dengan
konsonan p, t, k, s mengalami pengguguran
konsonan tersebut apabila menerima imbuhan me-N
dan pe-N

Contoh:

perlu – memerlukan (p > m) tarik – menarik (t > n)


potong – pemotong tolak - penolakan
kerja – mengerjakan (k > ng) suci – menyucikan (s > ny)
kelompok – pengelompokan sayang – penyayang
kagum – mengagumkan
(b) Kata pinjaman yang bermula dengan konsonan p,
t, k, s akan mengekalkan konsonan tersebut apabila
menerima imbuhan me-N dan pe-N

Contoh:

proses – memproses pamer - mempamerkan


terjemah – menterjemah transitif - ditransitifkan
kategori – mengkategori klasifikasi - pengklasifikasi
sintesis – mensintesis struktur - penstrukturan
(c) Apabila kata dasar yang berakhir dengan
konsonan k menerima imbuhan akhiran -kan,
maka terdapat dua cara penulisannya.
 
(i) Kata dieja dengan satu k apabila menunjukkan kata nama am
Contoh:
Saya sentiasa merindui masakan ibu yang tiada tandingannya.

Pertunjukan pentas yang dianjurkan oleh pihak Astrio berjaya


menarik perhatian orang ramai.
 
 (ii) Kata dieja dengan dua k apabila menunjukkan kata kerja
(perbuatan)
Contoh:
Tolong masakkan saya bubur sebab saya kurang sihat.

Semua staf diminta menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.


Penggunaan “Ini Kerana”
 

Contoh :
Ini kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan
kebendaan. (salah)
Ini kerana kursus generik yang ditawarkan tidak bersesuaian
dengan keperluan pelajar di universiti tersebut. (salah)
 
Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana ungkapan ini menyalahi
struktur ayat bahasa Melayu. Ungkapan ini mengikut struktur
atau pola ayat bahasa Inggeris This is because.

Ayat-ayat ini boleh dibetulkan menjadi:


Hal ini demikian kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih
mementingkan kebendaan.
Hal ini demikian kerana kursus generik yang ditawarkan tidak
bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti tersebut.
Penggunaan “tetapi” dan “yang” pada Pangkal Ayat
 

- tidak dapat digunakan pada pangkal ayat sekiranya ayat tersebut merupakan ayat
pertama bagi sesebuah wacana
(kecuali penggunaan yang pada ayat tanya, tiada masalah)
- Walau bagaimanapun, kedua-dua kata ini boleh digunakan pada pangkal sesuatu
ayat jika:
 
a. ayat tersebut merupakan ayat sambungan daripada ayat sebelumnya.
Contoh:
Masyarakat di kampung tersebut telah menikmati kemudahan-kemudahan seperti jalan raya,
elektrik dan air paip sejak sepuluh tahun lalu. Tetapi bekalan elektrik dan air paip sering terputus,
terutama pada penghujung tahun.
Pihak universiti menggalakkan para mahasiswa mengikuti kursus merentas kurikulum agar mereka
berupaya menjadi graduan yang serba boleh. Tetapi hal ini disalah tafsir oleh sesetengah mahasiswa,
dan beranggapan tindakan pihak universiti membebankan mereka.
 
b. berlaku proses pengguguran subjek.
Contoh:
Yang berbaju kuning itu tunang saya.

(Berasal daripada ayat “Lelaki yang berbaju kuning itu tunang saya”)
Yang rajin berusaha selalunya akan berjaya.

(Berasal daripada ayat “Mereka yang rajin berusaha selalunya akan berjaya)
Amalan Kelewahan Dalam Bahasa Melayu
- amalan kelewahan dapat diertikan sebagai penggunaan kata,
frasa ataupun ungkapan secara berlebihan dalam penulisan

Contoh:
Kanak-kanak itu diberi hadiah percuma oleh penganjur
pertandingan.
(sepatutnya : Kanak-kanak itu diberi hadiah oleh penganjur
pertandingan.
Punca masalah ini disebabkan virus.

(sepatutnya : Punca penyakit itu ialah virus atau Penyakit itu


disebabkan virus)
Kita perlu berjuang demi untuk negara tercinta.
Pelajar-pelajar itu hanya diminta membayar RM 5 sahaja.
Di samping itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada
pencapaian akademik anak-anak.
Ahmad merupakan pelajar yang paling tinggi sekali di dalam
kelasnya.
Saya pun hendak pergi ke situ juga.
Tempoh masa yang diberi kepadanya untuk menyelesaikan kerja
tersebut agak singkat.
Selesai Modul 2

You might also like