You are on page 1of 2

Saya yang diberi pilihan telah memilih beberapa jenis instrumen pengumpulan data

yang bersesuaian sewaktu perlaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


dari 21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 di Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar
Baru Bangi, Selangor. Pemilihan instrumen pengumpulan data yang sesuai penting
bagi mengumpulkan data-data yang diperlukan dan antara instrumen pengumpulan
data yang digunakan adalah seperti pemerhatian, senarai semak, dan temu bual.

3.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah perihal memerhatikan atau mengamati sesuatu. Instrumen


pemerhatian telah digunakan sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) dan seseorang guru pelatih perlu mempunyai buku catatan untuk mencatat
maklumat yang diperlukan apabila menggunakan instrumen ini. Di samping itu, guru
pelatih juga mesti peka tentang maklumat di sekeliling mereka. Instrumen
pemerhatian ini sangat berguna dalam menyelesaikan masalah sewaktu lima hari
melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Metodologi
pemerhatian yang telah dilakukan adalah seperti menangkap gambar prasarana
sekolah dan merakam video tentang perlaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum di
sekolah.

3.2 Senarai Semak

Senarai semak adalah merupakan salah satu instrumen yang dilakukan sewaktu
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Senarai semak ini
dijadikan sebagai rujukan penting kepada guru pelatih bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Senarai semak ini perlu ditanda bagi menunjukkan item yang telah
diperoleh. Di samping itu, senarai semak juga merupakan satu instrumen yang
memudahkan guru pelatih untuk mengetahui data-data yang belum diperoleh.

3.3 Temu Bual

Temu bual adalah salah satu instrumen yang digunakan sewaktu melaksanakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Instrumen ini digunakan apabila menemu
bual guru-guru, kakitangan sekolah mahupun murid dengan bertanyakan beberapa
soalan ringkas sebagai panduan. Pelbagai gerak balas dari segi positif atau negatif
dapat dimiliki berdasarkan perbincangan dengan guru, kakitangan sekolah, dan
murid-murid apabila menggunakan instrumen temu bual ini.

You might also like