P. 1
4 Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien

4 Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien

|Views: 396|Likes:
Published by aarjud

More info:

Published by: aarjud on Apr 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/06/2013

pdf

text

original

Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien & Terapi Realiti

Menggali Masalah Klien Menggunakan Teori Rogerien & Terapi Realiti Dr. Syafrimen, M. Ed syafrimens@yahoo.com Nova Erlina, M. Ed mynov78@yahoo.co.uk ABSTRAK Penelitian ini bertujuan untuk melihat penggunaan teori Rogerian dan Terapi Realiti oleh calon konselor dalam menggali permasalah klien. Secara umumnya pendekatan yang digunakan dari kedua-dua teori tersebut adalah penerimaan positif tanpa syarat dan pemahaman melalui empati (Rogerian), fokus pada tingkahlaku yang sedang dihadapi klien, meminta klien menilai perlakuan sendiri, menggalakan klien membuat perencanaan untuk berubah dan mengajak klien berdepan dengan realita (Terapi Realiti). Kaedah kajian kes “multi-case single-site case study design” telah digunakan sebagai metodologi kajian. Tujuh orang klien, iaitu enam orang mahasiswa S1 dan satu orang mahasiswa S2 yang sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia telah dijadikan sebagai kajian. Rekaman sesi konseling telah dijadikan sebagai data, dan dianalisis secara tematik menggunakan software NVivo 7. Hasil kajian menunjukkan bahwa klien merasa senang menyampaikan permasalahan mereka melalui kedua pendekatan tersebut. Secara umumnya klien menunjukkan perkembangan yang positif dari sesi ke sesi yang dilakukan. Hasil penelitian didiskusikan berdasarkan hasil-hasil penelitian sebelumnya dan juga artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian ini. A. Pendahuluan Konseling merupakan satu proses yang melibatkan hubungan dua arah antara konselor profesional dengan individu yang memerlukan bimbingan (Noriah, Zuria & Salleh 2005). Terdapat pelbagai teori yang diaplikasikan untuk membantu klien dalam proses bimbingan dan konseling, antara teori yang senantiasa mendapat perhatian di kalangan konselor adalah Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Adlerian, Terapi Eksistential, Pendekatan Berpusatkan Klien oleh Roger, Terapi Gestalt, Terapi Realiti, Rasional Emotif Terapi, Terapi Transaksional, Terapi Asia, Terapi Elektik Teknikal dan Menggunakan Pendekatan

Penelitian yang dilakukan oleh Zakaria terhadap 241 orang konselor di Malaysia mendapati 50% di kalangan konselor yang diteliti tidak menggunakan teori semasa menjalankan sesi konseling. Rogers 1996). Kebiasaannya pemilihan teori yang menjadi unggulan konselor dipengaruhi oleh kesenangan dan kemahiran mereka dalam menggunakan teori tersebut. Kejelimetan konselor dalam mengkombinasikan teori menjadikan konselor tersebut lebih kreatif. Mansur 1997). Tidak jarang juga pemilihan teori itu dipengaruhi oleh latarbelakang institusi tempat konselor tersebut belajar. kajian ini tidak bermaksud untuk mendiskusikan dan meneliti pemilihan suatu teori di kalangan konselor dalam menjalankan sesi konseling. pengkombinasian teori tersebut akan lebih cepat membuka pemikiran konselor dalam mencari solusi untuk membantu klien. telah mendorong konselor untuk memahirkan diri mereka dengan teori-teori tertentu dalam membantu klien mereka. Noriah dan Salleh (2008) seorang konselor perlu memiliki berbagai teknik dan mahir dalam berbagai teori agar dapat memberikan bimbingan yang baik kepada klien mereka. bahkan Myrick (2001) menyatakan konselor perlu mahir mengkombinasikan berbagai teori dan teknik tersebut semasa menjalankan sesi konseling. Noriah dan Salleh 2008). Terdapatnya berbagai hambatan di kalangan konselor untuk menguasai pelbagai konsep dan teori. Menjadi satu kelumrahan sebuah teori yang menjadi unggulan bagi sesebuah institusi yang menawarkan program konseling. Menurut beliau terlalu sedikit konselor yang melakukan penelitian dan memprediksi konsep dan teori yang mereka fahami sebelum digunakan dalam sesi mereka. Walaubagaimanapun. Paw Eng See et al. Pengkombinasian teori itu juga merupakan cara yang lebih efektif kepada konselor dalam membantu klien mereka (Paw Eng See. ini terjadi karena memang mereka kurang menguasai teori-teori kaunseling tersebut. Bahkan terdapat pandangan yang menyatakan ramai di kalangan konselor yang faham dengan berbagai teori tetapi mereka membabi buta dalam penggunaan teori yang mereka fahami itu. Namun peneliti berkeinginan untuk memaparkan penggunaan . Penelitian beliau juga menunjukkan ramai di kalangan mereka yang telah menyesuaikan pemahaman terhadap teori ke dalam konteks budaya klien. Justeru. Menurut Paw Eng See. tanpa diteliti apakah teori itu sesuaia dengan klien ataupun sebaliknya (Muhd.Islam (Sapora Sipon dan Ruhayah Hussin 2008). (2008) tidak menafikan terdapatnya halangan di kalangan konselor untuk menguasai dan mengaplikasikan pelbagai teori dalam satu waktu. akan menjadi unggulan juga bagi konselor-konselor lulusan institusi itu. apa lagi mengkombinasikan kepelbagaian teori tersebut dalam satu sesi. dan klien akan merasa puas dengan bimbingan yang diberikan (Pifalo 2005.

Menurut Rogers manusia adalah makhluk yang senantiasa rasional. diagnosis. arahan konselor. Mansur 1997. tanpa campur tangan secara langsung oleh konselor. bertanggungjawab dan mampu mengendalikan kehidupan sendiri. Othman Mohamed 2005. Pakar-pakar konseling telah menyimpulkan hal-hal yang menjadi ciri utama dalam . Muhd. dinamis dan realistis (Sapora Sipon & Ruhayah Hissin 2008. dan bisa menolong kliennya dalam semua bidang. dan mampu menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi secara alami. John Mcleod 2006. Teori Rogerian Dan Terapi Realiti Carl Rogers adalah orang pertama yang memperkenalkan teori kaunseling berpusatkan klien (client centred therapy) melalui buku pertanya ”Counselling and Psychotherapy” yang diterbitkanya pada tahun 1942. Beliau juga menyatakan bahwa sifat-sifat peribadi dan sikap konselor serta hubungan antara kedua-duanya adalah merupakan dua faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah proses kaunseling. boleh dipercayai. Amla. dan penafsiran tersendiri oleh konselor. Suradi Salim 1996). tanpa harus memberikan arahan ataupun anjuran kepada klien (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. Zuriah & Salleh 2006. pengajaran. Rohany Nasir 2006. jika klien tersebut dilibatkan dalam hubungan konseling ataupun terapi. (ii) Mengetahui perkembangan klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Othman Mohammed 2005. Secara khusus objektif kajian ini adalah: (i) Mengetahui kenyamanan klien dalam menceritakan permasalahan mereka semasa sesi kaunseling dijalankan. Beliau juga menentang teknik-teknik dan tatacara konseling yang berbentuk nasihat. bujukan. Menurut Rogers klien dapat menuju ke arah penentuan arah diri sendiri. positif. baik. Suradi Salim 1996).teori Rogerian dan Terapi Realiti dalam menjajaki permasalahan klien. bermasyarakat. Corey 2005. B. Untuk itu Rogers menentang pendekatan konseling yang berpusatkan konselor yang mengandaikan bahwa kaunselor mengetahui segala sesuatu. Konselor hanya perlu berdialog dengan klien agar dapat dicapai gambaran yang selari antara diri ideal klien “ideal self” dengan kenyataan sebenarnya tentang diri mereka “actual self”. Rogers berpandangan bahwa klien mempunyai kemampuan untuk memahami diri mereka.

Amla. Ahmad Jazimin 2007). iaitu keikhlasan dan keselarian antara ucapan dengan perbuatan konselor dalam menerima klien. John McLeod 2006. iaitu konselor menerima klien dengan keredaan dengan permasalahan yang dibawa oleh klien. (i) Acceptance. Ini bermaksud konselor bukan bermakna hanya diam mendengarkan masalah klien tetapi mesti berusaha membantu agar klien sentiasa aktif untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Prinsip dalam pendekatan ini adalah penumpuan konselor pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam perhubungan dengan klien. .pendekatan konseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers tersebut. Sofyan S. terapi Pemusatan Insan dan terapi Gestalt (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. termasuk keadaan sosial psikologis masa kini (here and now) bukanya pengalaman masa lalu. Dalam banyak aspek Terapi Realiti ini sejalan dengan terapi Keberadaan. proses konseling menitikberatkan kepada keadaan klien. California pada tahun 1925 (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. iaitu konselor dapat memahami dunia klien sebagaimana yang dirasakan oleh diri klien tersebut. sedangkan konselor adalah berperanan pasif-reflektif . Amla. Willis (2004) juga menyatakan bahwa sasaran konseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers adalah memberi tumpuan kepada aspek emosi dan perasaan bukanlah aspek intelektual klien. Satu lagi pendekatan dalam konseling yang menarik perhatian banyak pelaksana konseling adalah pendekatan Terapi Realiti. Terdapat beberapa prinsip dasar yang dipegang dalam pendekatan ini iaitu. (iii) Understanding. Zuria & Salleh 2006. Carl Rogers menyatakan bahawa individu memerlukan hubungan dengan orang lain untuk menolong dirinya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan sendiri olehnya. Terapi Realiti dikenalkan oleh William Glasser yang dilahirkan di Cleveland Ohio. (ii) Congruence. iaitu konselor senantiasa objektif dan tidak memberikan penilaian kepada klien (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008. iaitu memberikan penekanan terhadap tanggungjawab klien untuk mendapatkan kesadaran dirinya serta bergerak ke arah satu keadaan yang bisa menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenarnya. dan (iv) Nonjudgmental. Perhubungan semasa antara konselor klien adalah berpegang kepada prinsip menolong. Terapi ini adalah salah satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia konseling yang diperkenalkan oleh William Glasser dalam tahun 1965 di California. dan peranan aktif dalam proses konseling adalah pada klien. Othman Mohamed 2006). proses konseling adalah bertujuan untuk menyesuaikan antara ideal self dengan actual self. Di dalam perjalanan sesi konselor menekankan aspek yang menggalakkan diri klien tersebut memahami persepsi tentang dirinya dengan kenyataan yang sebenarnya.

Amla. Zuria. menunjukkan empati. beberapa ciri lain yang menjadi teras kepada Terapi Realiti . Corey 2005). Glasser & Wubbolding 1995). Selain dari itu pendekatan ini menolak konsep mental illness “sakit jiwa” seperti yang dinyatakan di dalam teori Psikoanalisa (Muhd. Seterusnya Ahmad Jazimin (2007) juga menyatakan bahawa pembinaan hubungan yang tulen. Noriah 2008. Pandangan lain menyatakan bahwa pendekatan ini menitikberatkan pada bagaimana klien melihat dunia mereka dan bagaimana mereka bertanggungjawab dengan tingkahlaku mereka (Ahmad Jazimin. tidak menghukum. menggunakan kemahiran mendengar sama ada dalam bentuk tema atau metafora. tidak menghargai klien. berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor dalam proses kaunseling adalah merupakan suasana kaunseling yang wajar digunakan oleh kaunselor sebelum sistem WDEP. mengkritik. Othman Mohamed 2006). Noriah 2008. Prosedur perubahan tingkahlaku menggunakan sistem WDEP adalah merupakan ciri pendekatan Terapi Realiti (Ahmad Jazimin. needs and perceptions. Selanjutnya pendekatan ini juga yakin tentang adanya komitmen di dalam diri klien untuk merancang. dan mengubah tindakan. menerima klien dengan seadanya. WDEP adalah akronim tentang strategi dalam Terapi Realiti yang digunakan oleh konselor untuk membantu klien supaya dapat berubah kepada tingkahlaku yang lebih sesuai dengan kehendak individu tersebut. Amir Awang 1987). Zuria. Selain daripada sistem WDEP. Mansur 1997. Ahmad Jazimin 2007. Wubbolding & Brickell (1996) menyatakan W merujuk kepada wants. Terapi realiti mendahulukan konsep dan idea bahwa individu itu mempunyai tanggungjawab ke atas perlakuannya. Terapi ini juga memberikan kemudahan serta persediaan yang bisa membangunkan kekuatan psikologikal klien yang memerlukan layanan konseling (Othman Mohamed 2006. Terapi Realiti merujuk kepada dunia fenomenologi klien dan memberi penekanan kepada cara yang subjektif yaitu klien akan melihat dan merespon dengan lingkungan mereka melalui evolusi dalaman (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008). D merujuk kepada directions and doing. ramah. memaksa klien. Selain itu kaunselor hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan. membuat parafrasa. Zuria & Salleh 2006). seterusnya melakukan rancangan tersebut dalam bentuk tindakan ataupun tingkahlaku. E merujuk kepada evaluation dan P merujuk kepada planning and commitment. Pendekatan Terapi Realiti dalam konseling berkeyakinan bahwa klien mempunyai kemampuan tertentu untuk melakukan sesuatu pada masa kini untuk mengubah tingkahlakunya. fokus pada isu klien. mewujudkan ketakutan dan mudah berputus asa. Ahmad Jazimin 2007. menuduh.Zuria dan Salleh 2006.

C. Menfokuskan kepada hal-hal yang disadari oleh klien dan membantu klien untuk meningkatkan kesadaran itu (Amla. membantu klien mencari jalan terbaik dalam rangka memenuhi keperluan untuk dipunyai.dalam proses konseling adalah. Corey 2005). Creswell 2007. Konselor senantiasa menggalakan klienya untuk menyampaikan semua perasaan yang terpendam dalam hati tanpa menyembunyikan sedikitpun (Sapora Sipon & Ruhaya Hussin 2008. Rekabentuk kajian kes ini membolehkan pengkaji untuk meneliti pola sesuatu fenomena yang ingin dikaji (Yin 1994. Untuk memudahkan menyediakan laporan dapatan kajian. Metodologi Kajian Kajian menggunakan rekabentuk kajian kes (multi-case single-site case study design). Majid Konting 2005. meminta klien menilai perlakuan sendiri. berkuasa. merasa bebas dan senang dalam hidup. Dalam hal ini pengkaji cuba melihat penggunaan teori Rogers dan Terapi Realiti dalam penerokaan masalah klien semasa proses kaunseling dilakukan oleh kaunselor pelatih. tidak membuat finalti dan tidak putus asa dengan klien. Pengkaji menilai pemilihan reka bentuk ini sangat bersesuaian memandangkan kajian ini cuba melihat pola penggunaan sesebuah teori dalam proses kaunseling. konselor menggalakan untuk membuat perancanaan untuk perobahan. bagi melihat penggunaan kedua-dua teori yang menjadi fokus kajian ini. tujuh orang klien (6 orang klien prempuan & 1 orang klien lelaki) telah dipilih untuk tujuan analisis. Othman Mohamed 2006. Zuria & Salleh 2006. Data ketujuh-tujuh orang klien tersebut telah dikumpulkan melalui kaedah rakaman audio selama proses kaunseling dijalankan kepada mereka. Konselor banyak menggunakan sugesti. Sidek Modh Noah 2002). membantu klien melihat kekuatan dan kelemahan diri serta dukungan dan halangan yang terdapat di sekelilingnya. Dalam proses konseling pula Terapi Realiti mewujudkan proses hubungan yang teraputik antara konselor dengan klien. Amir Awang 1987). fokus kepada perlakuan terkini klien. membantu klien agar mantap dari segi psikologis dan lebih rasional dalam berfikir dan bertindak (Sapora Sipon & Ruhayah Hussin 2008). Daripada 47 orang klien yang datang meminta perkhidmatan kaunseling selama 14 minggu ataupun bersamaan dengan 70 hari bekerja menjalankan pratikum. mendapatkan komitmen klien dan konselor meminta klien untuk bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah disepakati. Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mau dalam kehidupnya. . Konselor sentiasa mengajak klien untuk berhadapan dengan realita untuk tujuan membantu klien menilai tingkah laku mereka secara realistis. bersedia menerima klien tanpa syarat dan tidak terlalu banyak mengkritik.

menilai pelbagai alternatif. Selanjutnya kemahiran asas kaunseling telah digunakan terlebih dahulu bagi setiap sesi sebelum menggunakan pendekaran Rogerian dan Terapi Realiti yang menjadi fokus kajian ini. D. Enam orang berbangsa Melayu. Proses transkripsi telah dilakukan terhadap semua data yang diperolehi.pengkaji telah memberikan kod K1 sehingga K7 kepada ketujuh-tujuh orang klien tersebut. Sebelum melaporkan dapatan kajian. iaitu diawali dengan menggunakan. pengkaji ingin melaporkan proses kaunseling yang dilakukan selama pratikum dijalankan. keseluruhan klien adalah pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. meluaskan Penerokaan (meminta penjelasan. (iv) penggunaan sepi sejenak. Secara umumnya permasalahan yang mereka kongsikan adalah masalah akademik. mengambil keputusan (membuat rumusan & memilih alternatif dan penamatan dan tindakan susulan (menilai keberkesanan pilihan dan tindakan). Kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih untuk membantu klien sepanjang pratikum dijalankan. hanya satu orang sahaja yang berkongsi masalah lain iaitu masalah rendah diri atau kurang percaya diri bila berdepan dengan orang lain. (i) kemahiran mendengar iaitu kaunselor cuba mendengar dengan teliti dan menumpukan seluruh perhatian kepada perkara-perkara yang dikongsikan oleh klien. memberi perhatian. Enam orang adalah pelajar Prasiswazah dan satu orang pelajar Sarjana. mendapatkan maklumat (mendengar & bertanya soalan). Satu orang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan. Zuria dan Salleh (2006) iaitu dimulakan dengan pembinaan hubungan (mesra. . Pengkaji telah mempraktekan proses kaunseling yang dicadangkan oleh Amla. (ii) empati iaitu kaunselor pelatih cuba memahami emosi. Hasil Kajian Kajian ini melibatkan tujuh orang klien. perasaan serta bahasa bukan lisan klien semasa klien sedang berkongsikan masalah yang sedang dihadapinya. menerima & menstruktur). seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVIVO 7. satu orang daripada Indonesia. kanselor pelatih cuba menyebutkan semula apa yang telah diperkatakan oleh klien dalam rangkaian kata yang pendek bagi menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor pelatih sedang bersama-sama dengan dirinya untuk membantu permasalahan yang sedang dihadapi. (iii) membuat refleksi. di dalam perjalanan sesi kaunselor pelatih cuba untuk dian sekita bagi memberikan ruang kepada klien dan juga kaunselor pelatih untuk memikirkan perkara yang telah berlaku dan apa tindakan setrusnya yang akan dilakukan.

Namun. kaunselor pelatih telah memilih pendekatan yang dirasa lebih bersesuian untuk digunakan daripada kedua-dua pendekatan berkenaan. meminta klien menilai perlakuan sendiri. membuat komitmen dengan klien. meminta klien untuk memberikan penjelasan semula tentang perkara yang mereka kongsikan dan apakah yang dimaksudkan oleh klien sebenarnya. kaunselor pelatih berusaha meberikan soalansoalan yang dapat mencungkil maklumat yang mandalam lagi dari[ada klien. dan (vii) merumuskan. Secara umumnya pendekatan yang digunakan daripada kedua-dua teori tersebut adalah penerimaan positif tanpa syarat dan pemahaman empati (Rogerian). Terapi Realiti pula adalah membina hubungan yang teraputik. (i) Keselesaan Klien Dalam Meluahkan Permasalahan Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Sebagai contoh . (vi) menyoal dan konfrantasi. kaunselor pelatih tidak dapat menggunakan secara keseluruhan pendekatan yang ditawarkan oleh kedua-dua teori berkenaan. memandangkan perjalanan sesi hanya lebih kurang 30 sehingga 45 minit. didapati mereka sangat selesa untuk meluahkan permasalahan mereka dengan menggunakan kemahiran asas kaunseling dan dilanjutkan dengan penerokaan yang lebih mendalam menggunakan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti. dan mengajak klien berdepan dengan realiti. fokus pada tingkahlaku semasa klien. dan pemahaman empati. fokus pada tingkahlaku semasa klien. Secara berstruktur pendekatan kaunseling oleh Rogers adalah penerimaan positif tanpa syarat. menggalakan klien membuat perancangan untuk perubahan. kongruen (ikhlas). Daripada tujuh sesi yang dijalankan kepada tujuh orang klien yang datang berjumpa kaunselor pelatih. menggalakn klien membuat perancangan untuk perubahan dan mengajak klien berdepan dengan reality (Terapi Realiti).(v) penjelasan dan memparafrasa. kaunselor pelatih tidak dapat menggunakan secara berstruktur keduakedua pendekatan tersebut. Bagaimanapun. Kedua-dua pendekatan ini telah digabungkan dalam meneroka masalah klien yang datang meminta perkhidmatan kaunselor pelatih. Namun kaunselor pelatih telah memilih pendekatan-pendekatan yang dirasakan lebih bersesuaian untuk menerokai masalah klien berkenaan. Selanjutnya barulah kaunselor meneruskan penerokaan masalah klien menggunakan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti. meminta klien melinai perlakuan sendiri. iaitu kaunselor pelatih cuba merumuskan semula dalam bahasa yang mudah difahami oleh klien tentang perkara yang tdihadapi dan tindakan-tindakan seterusnya yang akan diambil oleh klien.

Klien telah menghadapi permasalahan ketidaksesuaian bidang yang didapatkan di Universiti dengan diri yang sebenar..lepas tu datang lagi... seperti ditunjukan pada petikan berikut ini: . seperti petikan di bawah ini: Jadi secara umumnya K3 punya masalah tidak percaya diri.. Sebenarnya saya sentiasa memikirkan benda ini.Setakat Ini K5 tahu tak apa yang menyebabkan K5 menjadi tidak berani itu? selama ini apa yang pernah K5 lakukan untuk mengelak daripada perkara tersebut? Dengan penerimaan positif yang ditunjukkan oleh kaunselor.merasa rendah diri yang sebenarnya K3 sendiri tidak tahu kenapa perkara itu boleh berlaku? Dengan rasa selamat dan tanpa ragu-ragu klien telah memberikan jawapan secara bebas dan jujur tentang diri mereka. apabila benda tu datang jadi mencacatkan suasana.. Klien sangat berminat untuk menjadi seorang guru namun ketika mengikuti ujian saringan untuk mendapatkan tempat. sebab dia semenjak saya kecil lagi.. kalau hilangpun sekejap sahaja. klien dengan rasa selesa menceritakan permasalahan mereka. Seterusnya penerimaan kaunselor terhadap klien dengan pemahaman empati pula juga memberikan keselesaan kepada klien untuk meluahkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh klien.. macam tugasan yang perlu dibentangkan. klien tidak berjaya mendapatkan tempat tersebut. jadi tunduk.kaunselor menggunakan pendekatan penerimaan positif terhadap permasalahan klien yang tidak seberapa yakin dengan diri sendiri untuk menyampaikan idea ataupun berdepan dengan orang lain. Sayapun tidak tahu apa punca dia (K3). Dengan pemahaman penuh empati .. muka saya berobah. terpaksa juga kan dan masa itulah untuk menambah keyakinan (K5).. seperti jawapan yang diberikan oleh klien berikut ini. Kadang-kadang kita sedang borakborak tiba-tiba benda tu datang.. Apabila benda itu datang saya tidak boleh nak pandang bertentang mata dengan orang. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih kepada klien K3 yang menghadapi permasahan rendah diri yang keterlaluan apabila berdepan dengan orang lain. Sekarang ini saya ingin mencubalah..

Sepanjang K6 belajar. sehingga tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya. kita banyak berfikir... seperti petikan di bawah ini: Jadi cerita K6 tadi. seperti berikut ini. Jadi maknanya minat K2 untuk jadi Cikgu belum hilanglah? Sekarang K2 ambik bidang ekonomi. Bila saya teruskan nampak jugalah hasilnya (K4). kadang saya tinggalkan. Penerokaan kaunselor pelatih menggunakan pendekatan Terapi Realiti mempercepatkan lagi klien untuk dapat celik akal apabila kaunselor pelatih cuba membawa klien fokus dengan tingkahlaku semasa. menurut K2 sesuai tak dengan minat K2 pilihan yang sekarang ini? Soalan kaunselor tersebut telah memberikan keselesaan kepada klien untuk berkongsi perasaan yang bermain di dalam kepala mereka. kita kena tinggalkan. Kadang-kadang saya paksa juga diri saya yntuk buat tapi kadang bila benda tu macam susah nak buat kan. seperti pada petikan berikut ini: .. kalau boleh saya nak mengajar subjek ekonomi (K2).kaunselor pelatih cuba mengutarakan soalan untuk mencungkil permasalahan klien berkenaan. K6 risaulah kerana PNGK K6 jatuh & tidak sesuai dengan yang K6 inginkan? Di sebalik itu K6 dapat mengenal pasti bahawa ini disebabkan oleh kerana K6 tidak dapat menyeimbangkan antara persatuan yang K6 ikuti dengan penumpuan kepada pelajaran. Kadang-kadang saya teruskan.. Dalam keadaan malas itu.bila bercampur dengan perasaan malas itu kita tidak boleh nak fikir nak buat benda itu. selama ini apa yang K4 lakukan untuk mengelakan diri rasa malas itu? Dengan rasa selesa klien telah memberikan respon. seperti petikan di bawah ini. seperti yang ditunjukan pada petikan jawapan klien di bawah ini: Sesuai juga sebab saya memang suka bidang ekonomi ini tapi saya minat mengajarlah. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih dengan klien K6 yang merasa agak tertekan dengan jatuhnya PNGK keran terlalu sibuk dengan kegiatan persatuan di dalam kampus. persatuan apa kira-kira yang menyebabkan PNGK K6 jadi turun? .

. kita marah itu kena fikir dulu sebelum kita cakap. Pendekatan kaunselor pelatih mengajak klien berdepan dengan realiti menjadikan klien lebih dapat menerima diri mereka dan pada masa yang sama mereka berusaha memikirkan jalan keluar daripada permasalahan yang mereka hadapi. Jadi saya rasa memang silaplah (K6). Hari berikutnyapun macam itu juga. Perkara yang sama juga dilakukan oleh kaunselor pelatih kepada klien K7 yang merasa tertekan dan marah dengan sikap ahli kumpulan yang kurang bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan untuk menjayakan sebuah projek kumpulan yang diberikan oleh pensyarah. lepas itu dah tidak belajar lagi. Lepas tu buatpun hanya sekedar sahaja.lepas . Kaunselor pelatih berusaha mengajak klien berhadapan dengan realiti.... yang saya perasan lepas habis kelas sahaja saya terus buat kerja persatuan. tengah malam tidak belajar. seperti yang dinyatakan pada petikan klien di bawah ini: Saya nampak hikmahnya lah. seperti yang dinyatakan klien berikut ini. seperti yang ditunjukkan pada petikan kaunseling dibawah ini: Menurut K5 kawan-kawan di dalam kelas itu ada perasaan yang sama tak dengan K5? Pendekatan sedemikian menjadikan klien lebih yakin dengan diri dan tindakan yang akan dilakukan: Saya fikir pasti ada. siapkan tugasan itu sahaja. insya Allah saya akan cubalah dengan sebaik yang mungkin (K5). siapkan tutorial. macam buat kerjapun sikit-sikit sahaja. seperti petikan di bawah ini: Menurut K7 sesuai tak K7 marah dengan kawan-kawan K7? Klien dapat melihat dengan pandangan yang jernih ke dalam dirinya apabila kaunselor dapat mengajak klien berdepan dengan realiti.Gaya penerokaan kaunselor pelatih yang memberikan tumpuan kepada tingkahlaku semasa klien dapat membuka minda klien tentang pengaruh kegiatan persatuan terhadap PNGKnya. macam belajar itu amat kurang. Satu saya tengok. Semester ini memang banyak yang kena bentang kat depan.

seperti ditunjukan pada petikan di bawah ini. (K6). banyak bendalah yang saya dapatkan (K7). seperti petikan proses kaunseling di bawah ini: Menurut K6 apa yang boleh K6 buat supaya hal tersebut tidak berlaku lagi? Petikan di bawah ini adalah perkongsian oleh K6 tentang tindakan yang akan dilakukan untuk keluar daripada permasalahan yang sedang dia hadapi: Itulah sekarang nak cari jalan penyelesain yang paling baik macamana cara penyelesaian agar saya boleh buat kedua-duanya sekali. Kemudian boleh berkawan dengan siapa sahaja. Sebagai ketua saya akan cuba lebih tegas lagi dan menggunakan pendekatan komukasi yang lebih baik. seperti petikan proses kaunseling di bawah ini. kita ada kerja lain nak buat kan... bukan sahaja belajar saya juga nak berorganisasi.(K7). dalam masa yang sama pelajaran tidak ditinggalkan. masksudnya kita bioleh buat semualah .. ... kadang-kadang dia orang selalu mengajak saya untuk buat kerja mereka.itu banyak belajar macamana nak deal dengan orang.. Kita dah buat pembahagian tugas sesuai dengan job masing-masing tapi tidak berjalan.. Bial time ibadat kita boleh juga. Selanjutnya cara kaunselor pelatih menggunakan pendekatan meminta klien membina tingkahlaku sendiri telah dapat memberikan celik akal dan membuka minda klien tersebut untuk memikirkan sendiri apakah yang sepatutnya mereka lakukan untuk tindakan seterusnya dengan berlakunya permasalahan yang dihadapi sekarang ini. Pendekatan yang sama juga digunakan oleh kaunselor pelatih kepada klien K6 supaya dapat memikirkan dan membina tingkahlaku sendiri untuk mencari jalan penyelesain permasalahan mereka. cara komunikasi. Bila kawan-kawan tak dapat buat kerja sesuai dengan sepatutnya apa yang telah K7 lakukan untuk memperbaikinya? Dengan rasa penuh percaya diri klien dapat membina tingkahlaku sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. serta cuba meminta pengalaman kepada orangorang yang lebih senior macamana nak selesaikan permaslahan ini.....

Paling tidak sepanjang proses kaunseling berjalan kaunselor dapat memerhatikan kedaan klien dengan proses kaunseing yang sedang dijalankan. Petikan-petikan di atas menggambarkan cara penerokaan yang dilakukan oleh kaunselor pelatih dan keselesaan klien untuk meluahkan permasalahan mereka.. .. di mana silapnya ini. selepas ini saya akan cuba buatlah. Dapatan di atas juga meaparkan telah memaparkan beberapa teknik yang dilakukan oleh kaunselor pelatih supaya klien dapat berdepan dengan realiti dan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan agar dapat keluar daripada permasalahan yang menghimpit dirinya.Kaunselor pelatih cuba mengukuhkan lagi tentang tindakan yang akan diambil oleh klien K6 tersebut... apa kira-kira jalan penyelesaian yang akan K6 lakukan sekarang? Dengan rasa yakin klien menyatakan beberapa tindakan yang akan dilakukannya. lepas itu buat kerjalah jangan bertangguh-tangguh kemudian di samping itu usaha disertai dengan tawakal.. (ii) Perkembangan Klien Semasa Sesi Kaunseling Dijalankan Setiap proses kaunseling adalah mengharapkan hasil yang positif dan dapat memberikan perkembangan yang baik kepada klien. seperti petikan di bawah ini: Jadi maknanya K6 sekarang ini merasa bersalahlah . nak cubalah insya Allah tapi kadang-kadang sifat yang bertangguh-tangguh ini yang menyebabkan jadi seperti ini.... kenapa saya jadi macam ini. sama ada membawa kebaikan kepada klien ataupun sebaliknya menjadikan klien bertambah keliru ataupun bertambah panik dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi.(K6). Pengkaji mendapati dengan teknik-teknik dan pendekatan yang dicadangkan oleh Rogers dan Terapi Realiti telah memberikan kesan yang positif kepada klien untuk dapat lebih cepat celik akal dalam mencari jalan keluar permsalahan yang sedang mereka hadapi.... tapi K6 ingin kalau boleh ikutlah dalam persatuan tersebut sebab banyak juga pengalaman yang boleh K6 dapatkan melalui perstauan? Sekarang K6 dah nampak permasalahanya.. seperti petikan di bawah ini: Satu yang nampak adalah kena buang perasaan malas.. Bila muncul masalah saya cuba juga melawan..

selama ini klien beranggapan bahawa kaunseling adalah untuk orang-orang yang bermasalah. seperti petikan berikut ini: Tanggapan saya berobahlah tentang kaunseling. Selepas sesi kaunseling dijalankan secara umumnya klien dapat melihat dirinya secara . seperti petikan di bawah ini. saya dapat melihat bahawa kaunseling bukan hanya untuk orang-orang yeng bemasalah. kalau lepas ini pensyarah suruh buat bisnis lagi rasanya semangatlah nak buat. malah perkongsianyang dilakukan telah memberikan semangat baru kepada dirinya untuk meneruskan kehidupanya sebagai seorang pelajar di Universiti. Contohnya macam hari ini kan. Saya nampak sesi ini berjalan dengan oklah (K4). Saya nampak ok. namun selepas sesi kaunseling dilakukan klien menyatakan bahawa kaunseling sebenarnya merupakan wadah yang selesa kepada individu untuk berkongsi. adalah rasa semangatlah.. dapatan kajian menunjukkan secara umumnya klien didapati menunjukkan perkembangan yang positif dari sesi-sesi kaunseling yang dijalankan. Perkara ini dapat dilihat daripada perkongsian klien semasa perjalanan sesi dengan mereka.. klien menyatakan bahawa dirinya bukan hanya sekedar mendapat tempat untuk meluahkan perasaan dengan selamat dan selesa. Seperti yang dikongsikan oleh klien K4 yang menyatakan bahawa dia merasa nyaman menceritakan permasalahanya dengan kaunselor kerana kaunselor memberikan tumpuan yang penuh kepada permasalahan yang sedang dia kongsikan. untuk motivation dan keyakinan diri (K7).. Klien juga menyatakan bahawa proses kaunseling yang dijalankan telah dapat merobah tanggapan dirinya terhadap proses kaunseling yang sebenar. Klien K7 juga menceritakan pengalaman mereka bahawa sebenarnya dirinya tidak pernah menceritakan masalahnya kepada orang lain.. saya merasakan sangat bagus untuk menaikan semangat kita balik dalam nak meneruskan kehidupan keseharian. Tidak adalah rasa tak nak buat (K7). kalau kaunselor tidak berikan tumpuan tentunya saya malas nak bercakap dengan Puan kan. lebih banyak simpan sahaja.Sepanjang proses kaunseling dilakukan selama 14 minggu pratikum berjalan.. sebab kaunselor memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saya.. sebenarnya saya tidak pernah berceritapun masalah ini dengan sesiapa kan. Macam saya cerita dengan Puan tadi .

. kita tidak boleh ikut dengan apa yang orang lakukan. menurut beliau sememangnya masa lampau mempengaruhi cara individu melihat masa sekarangnya. Duane 1991).. K4 menyatakan bahawa dirinya merasa senang dan selesa selapas dapat berkongsi dengan kaunselor. Klien K4 juga menyatakan bahawa dirinya merasa senang dan tidak takut lagi berhadapan dengan permasalahan yang dihadapi. Rogers dalam Amla. Pengurusan masa bergantung pada saya juga kan. selesa saya dapat bercakap dengan kaunselor. . iaitu keperluan asas untuk ingin rapat dengan orang lain. . Macam keyakinan diri tadi. keinginan untuk dihargai. kita lebih kenal dengan diri kita.. namun secara umumnya individu lebih fokus kepada masa sekarang bukanya masa lampau. Kajian Patricia (tanpa tahun) yang bertajuk Walk And Talk: An Intervention For Behaviorally Challenged Youths .. Zuria & Salleh (2006) menyatakan bahawa sesebuah sesi kaunseling dan terapi dianggap berjaya apabia seorang kaunselor dapat mewujudkan hubungan yang teraputik dan klien menunjukkan rasa tanggungjawab dan celik akal untuk dapat keluar daripada permasalahan sendiri. Untuk keyakinan diri bercakap dengan orang saya kena lebih banyak bercakaplah. Bagi beliau apabila seorang kaunselor dapat mewujudkan need for positive regard dengan klien dan mampu membuka minda klien untuk dapat berdepan dengan masa sekarang maka akan membuahkan hasil yang positif kepada klien tersebut (Schultz. diterima dan rasa cinta daripada orang lain. Perbincangan Dan Kesimpulan Rogers berpandangan bahawa setiap individu perlu kepada need for positive regard..may be saya tidak perlu bersembang benda-benda yang merepek-repek kan. E. Saya nampaklah jalan penyelesainya. saya rasa macam senang. saya boleh bercakap saya boleh luahkan apa saya rasa. saya tidak ada malu. Selanjutnya Rogers lebih melihat kepada masa sekarang. Nampaknya semua bergantung pada diri sendiri sama ada kita nak ubah diri atau tidak.. sama ada saya nak buat benda yang berfaedah tau benda yang tidak berfaedah itu terpulang pada diri sendiri (K4). maca selesalah. seperti perkongsian di bawah ini: Saya rasa dah tidak takut.lebih terbuka dan memberikan tumpuan kepada tindakan-tindakan yang sepatunya diambil untuk menyelesaikan masalahnya sendiri: Maknanya saya kena berikan tumpuan kepada mana-mana tugasan yang perlu diselesaikan dulu.

kerana dirinya merasa yakin akan mendapat perkhidmatan yang berkesan daripada kaunselor yang membantu dirinya. Akan menjadi lebih baik lagi apabila kaunselor dapat meramu dan menggabungkan kepelbagaian pendekatan yang mereka fahami itu dalam satu masa sesi kaunseling secara bersamaan. counseling interventions school counselors use in counseling students for a variety of problems. Ahmad Jazimin. Ini selari dengan pandangan Zakaria (2007) yang menyatakan bahawa kaunselor di Malaysia sememangnya perlu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka. Rujukan . F. Hasil kajian juga menunjukkan pendekatan tersebut telah dapat memberikan celik akal kepada klien untuk dapat berdepan dengan realiti diri sendiri dan boleh merancang tingkahlaku baru agar mereka tidak terlalu hanyut dengan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian ini telah menunjukkan penggunaan pendekatan Rogerian dan Terapi Realiti telah memberikan kesan yang positif dalam membantu klien. serta mereka perlu meluangkan masa untuk sentiasa dapat praktis menggunakan pelbagai pendekatan di dalam sesi (Zuria 2005). Rumusan Kematangan dan kemahiran kaunselor dalam sesebuah pendekatan kaunseling sememangnya dapat membantu klien dengan berkesan. Kemahiran kaunselor sedemikian akan meberikan keyakinan kepada klien untuk berkongsi pelbagai permasahan yang mungkin mereka hadapi. Pandangan tersebut dikukuhkan lagi oleh Yarbrough & Thompson (2002) yang menyatakan Reality therapy are popular. namun terdapat kekangan bagi mereka untuk menggunakan pendekatan berkenaan kerana kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan pendekatan tersebut. Dapatan ini selari dengan pandangan Palmatier (1998) yang menyatakan bahawa pendekatan Terapi Realiti sememangnya efektif bagi kaunselor untuk mengajak klien berdepan reality kehidupan mereka.yang dilakukan kepada lapan orang pelajar di Canada mendapati bahawa intervensi yang teraputik menggunakan teknik Rogerian telah menunjukkan manfaat yang positif kepada pelajar di Canada. Zuria & Noriah (2008) juga mendapati bahawa kaunselor-kaunselor di Malaysia mengakui kesesuaian pendekatan tersebut dalam membantu klien. short-term. Menurut mereka sememangnya diperlukan latihan khusus kepada kaunselor untuk dapat mahir dengan pendekatan ini.

Ed. . 1-12. Aplikasi terapi realiti dalam sesi kaunseling. Muhd. M. Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2008. 2005. 2001. Noriah Mohd Ishak. The patterns of reality therapy usage among malaysian counsellors. Thousand Oaks California: SAGE Publications. W. Amla Salleh. UKM. Bhd. A. Zuria Mahmud. 2005.Ahmad Jazimin Jusoh. vol. Anjuran USIM. A. Zuraidah Abd. Itasca: III: F. Ke-1. 1997. Terj. R. R. McLeod. E Peacock. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala umpur. Glasser. Bimbingan dan kaunseling sekolah. Myrick.K. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. G. Mansur. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Kaunseling teori. sunt. Dlm.2. International Journal of Reality Therapy. Rahman. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel kaunseling sekolah kebangsaan pada Oktober 2007. Majid Konting. Terj. Fifth Edition. Creswell. proses dan kaedah. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. J. Research design: qualitative & quantitative approaches. Corsini & D. 2006. Reality therapy. Selangor: Fajar bakti Sdn. Theory and practice of counseling & Psychotherapy. J. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Jazimin Jusoh. 1987. 2006.28. Anwar. Ed.E. Teori dan amalan psikoterapi. D. Corey. 1995. Pengatar konseling teori dan studi kasus. Wubbolding. Wedding. W. Amir Awang. 7th. 2007. 293-321. Kementerian Pelajaran Malaysia dan PERKAMA. Australia: Thomson Brooks/Cole. R. Current Psychotherapies. Bimbingan dan kaunseling perkembangan: Pendekatan yang praktis. J. hlm.

1107-1111. Psikologi pertumbuhan: model-model keperibadian sehat. 11. D. Suradi Salim. 1998. L. Selangor: Universiti Putera Malaysia. 2005. (pnyt. Jurnal PERKAMA.2. Jogjakarta: Kanisius. 1991. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.). Pendekatan dan peranan kaunselor dalam intervensi krisis. hlm. Hubungan dual di kalangan kaunselor: satu kajian kes. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.L. Schultz. Zuria Mahmud & Salleh Amat. 195-206. Crisis counseling for a quality school community:Applying William Glasser's choice theory. 2002. Paw Eng See.. 2005. Ke. 2002. vol. 2005. United States of America: Taylor and Francis. Using Single-Participant Research To . Palmatier. Pafilo. Reka bentuk penyelidikan faslafah. vol. teori dan praktis. 2008. Serdang: Univirsiti Putera Malaysia.Noriah Mohd. Rohany Nasir. Yarbrough. Otman Mohamed. vol. 2008. hlm. Noriah Mohd Ishak & Salleh Amat. Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. Jurnal PERKAMA. 2006. Ed. Ishak. Teori kaunseling dan psikoterapi. Hlm. Noah. 12. Kesejahteraan manusia perspektif psikologi. Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Eating disorder. Thompson. Charles L. 37-60. Sidek Mohd. Kuala Lumpur: Persatuan Kaunseling Malaysia. Lukisan sebagai proses diagnosis dan intervensi rawatan dalam sesi kaunseling. Dlm Rohany Nasir & Fatimah Omar. 1996. B. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. 1-22. hlm. Jamie L.14. Kuala Lumpur: Persatuan Kaunseling Malaysia. Art based therapy in the treatment of eating disorder. W. Bimbingan dan kaunseling.

Professional School Counseling. Kertas kerja Persidangan Kaunseling Universiti Malaya. Anjuran Jabatan Pendidikan dan Kaunseling dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita. . Zuria Mahmud. 2005. Pola pengetahuan. Vol. Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakuiti Pendidikan. Falsafah. Keperluan kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling.Assess Counseling Approaches on Children's Off-Task Behavior. Universiti Malaya. 5. Fakuiti Pendidikan. Zakaria Mohamad. Tesis Dr. Keluarga dan Masyarakat. 28-29 November. 2007. kefahaman dan penggunaan teori di kalangan kaunselor di Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->