You are on page 1of 7

SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
SEMESTER 1 SES1 2008/2009

TOKOH FALSAFAH

IBNU RUSHD

NAMA : MOHD FUAD ‘AFIFI BIN ZAHKAI


NO. METRIK : JEA 080185
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK NURUL
PENGENALAN
Ibnu Rushd atau nama sebenarnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Beliau

dilahirkan di Cardova (Sepanyol) pada tahun 1126 M dan meninggal dunia di Maghribi

pada tahun 1198 M. Beliau adalah ahli falsafah, perubatan, teologi, ahli fikah mazhab

Maliki, astronomi, geografi dan sains. Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung

pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di

dunia Islam, malah dalam kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenali

sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.

Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga

merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas

sebagai doktor istana di Andalusia. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan

kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan beliau dilantik sebagai

hakim di Sevilla pada tahun 1169 M. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi

hakim di Cardova. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai

doktor istana pada tahun 1182 M berikutan persaraan Ibn Tufail.

Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rushd. Kerana

desakan dan tekanan pihak tertentu, beliau dibuang ke daerah Alaisano. Setelah selesai

menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula ke Cardova. Pada lewat

penghujung usianya, kedudukan beliau dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor

Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukan. Namun, segala kurniaan dan

penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau

menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198 M.


Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai Barat.

Melalui terjemahan daripada bahasa Latin oleh Ibnu Rushd pada abad ke-2, pengetahuan

yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di Barat.

Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan

falsafah daripada aliran rasmi mazhab Ash’ari. Hal ini menyebabkan sebahagian sarjana

menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah Barat.

Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga

dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-

Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingnya berfikir secara analitikal

untuk menterjemah al-Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama’

Islam di mana penekanan pentafsiran al-Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan

dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukan idea yang bernas

lagi jelas dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraiannya mengenai perkara

tersebut.

Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang

falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu

Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rushd,

tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau

telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropah

keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya

terhutang budi kepada Ibnu Rushd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.


Karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang

mengandungi 16 jilid adalah berkisar tentang perubatan secara umum. Buku "Kulliyah

fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa,

orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris

dengan judul General Rules of Medicine.

Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan

oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah

perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum,

tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu

Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan

yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau

pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali

sahaja.

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang

berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat

itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan

masyarakat awam.

Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat

berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl

Max dan mereka yang sealiran dengannya.


Karya-karya lain Ibnu Rushd termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang

membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul; buku mengenai ilmu kalam, Kasyful

Adillah; yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut; ulasannya

terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil

Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima

Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini

membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaruh dan tertarik dengan ilmu logik yang

dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.

Di dalam bidang astronomi pula, beliau merupakan orang pertama menulis mengenai

warna merah matahari ketika mana planet Utarid melintas di permukaan matahari.

Beliau telah melakukan pengintipan dan kajian ketika mana lintasan ini berlaku. Selain

itu, beliau menulis penjelasan mengenai pergerakan cakerawala dalam bukunya bertajuk

'Kitab fi-Harakat al-Falak'. Ringkasan ini telah diterjemah daripada bahasa Arab ke

bahasa Yahudi oleh Jacob Anatoli pada tahun 1231.

Menurut kajian, penulisan Ibn Rushd melibatkan lebih 20,000 muka surat dan yang

paling terkenal ialah penulisan mengenai falsafah, perubatan serta sains dan falsafah

undang-undang. Malah buku-buku beliau telah diterjemah ke dalam pelbagai jenis

bahasa meliputi Latin, bahasa Inggeris, German dan Yahudi. Dalam bidang perubatan

pula, beliau telah menghasilkan 20 buah buku.


KESIMPULAN

Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek

pemikiran, sistem politik dan sosial. Akhirnya, masyarakat Eropah dapat memanafaatkan

keilmuan Islam ini sehingga membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan

mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah. Ini membuktikan bahawa kekuatan ilmu

ialah teras bagi kekuatan setiap kerajaan.

Melihat keterampilan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi

beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam

banyak perkara, pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih besar dan berpengaruh jika

dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas

kematiannya.

Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat

Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan

tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik,

kaji bintang, tatabahasa, dan nahu. Oleh itu, kita perlulah menghargai segala jasa dan

sumbangannya terhadap dunia Islam.


BIBLIOGRAFI

1. H.Zainal Abidin Ahmad, Riwayat Ibnu Rushd (Averroes) Filosuf Islam Terbesar
Di Barat, Penerbit Bulan Bintang Jakarta, 1957
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Abul_Waleed_Muhammad_Ibn_Rushd
3. http://averroes.or.id/2008/05/12/sumbangan-peradaban-islam-terhadap-filsafat-
dan-pengetahuan/
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Rushd
5. http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/83
6. http://wordpress.com/tag/ibn-rushd/
7. http://www.muslimphilosophy.com/ir/art/ibn%20rushd-rep.htm
8. http://members.tripod.com/man999/Ibnu_Rusyd.html

You might also like