You are on page 1of 17

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 02/1


BAHASA MELAYU
Kertas 1

Oktober

1 jam Satu jam


______________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikutioleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi


setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

1
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Jenazah nenek saya selamat pada pagi tadi di tanah perkuburan Islam.
A dikambuskan
B dikebumikan
C ditimbuskan
D ditanamkan

2 Setiap premis perniagaan dan pejabat di situ bendera Malaysia


sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara tidak lama lagi.
A menebarkan
B membentangkan
C melayangkan
D mengibarkan

3 Pada waktu petang, Arif dan rakan-rakannya suka bermain


A kejar-kejar
B cari-cari
C jalan-jalan
D langkah-langkah

4 “Kepada para peserta yang tidak untuk program ini diharap tidak
berkecil hati,” kata penyelia itu kepada para peserta.
A tersenarai
B terpilih
C termuat
D terambil

2
5 Masyarakat kota disaran agar prihatin kebersihan alam sekitar.
A mengenai
B terhadap
C dengan
D pada

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pak Tunggal meletakkan beberapa manggis dan rambutan di tepi pintu


dapur.
A tandan
B pangsa
C bakul
D biji

3
7 Pasar itu bunyinya dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-
menawar harga barangan.
A tunggang-tunggit
B berduyun-duyun
C hiruk-pikuk
D ulang-alik

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau
C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8 Majalah yang bertimbun-timbun itu kamilah yang membaca. Tiada kesalahan.


A B C D

9 Mak Salha kena menjahit baju basahan anaknya kerana mereka akan ke kebun
A B
awal-awal lagi. Tiada kesalahan.
C D

10 Pulangnya pada hari itu disambuti sanak-saudara dengan penuh riang.


A B C
Tiada kesalahan.
D

11 Oleh kerana tersangat penat, Ikram tertidur di pangkal pokok rambutan itu.
A B C
Tiada kesalahan.
D

4
12 “Biar dia sahaja yang urusi mereka itu,” kata Dollah kepada Salleh sambil
A B C
memandang ke arah Hashim. Tiada kesalahan.
D

13 Cuaca di malam itu sangat merimaskan bagi kebanyakan penghuni rumah.


A B C
Tiada kesalahan
D

14 Mewah Pasaraya menjual pelbagai jenis barang keperluan pengguna.


A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 15 – 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Para jemputan yang tidak tersurat itu turut memeriahkan majlis perkahwinan anak
lelaki Encik Ali.
II Surat itu belum tersurat olehnya untuk keluarganya di kampung.
III Nasib yang menimpanya telah tersurat sejak azali.
IV Setelah dibacanya, fahamlah dia akan isi yang tersurat itu.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

5
16 I Pembeli itu tawar harga ikan itu daripada penjual tersebut.
II Syarahannya tawar sahaja, mungkin kerana kurang persediaan.
III Sambutan para ibu bapa terhadap mesyuarat PIBG agak tawar pada kali ini.
IV Jampi serapah tok bomoh itu akan menjadi tawar jika pesakit melanggar pantang
larang.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

17 I Pencuri itulah yang menyambar rantai Dian.


II Belum pasti benar apa-apa yang diperkatakan, Suhaimi telah menyambar cakap
kawannya.
III Satu daripada tabiat burung helang ialah menyambar mangsa.
IV Pada musim kemarau, daun-daun akan menyambar.

A I, II, dan III sahaja


B II, III, dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi


kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Setiap orang kanak-kanak itu disedekahkannya sepasang pakaian dan peralatan


sekolah.

6
A Tiap-tiap kanak
B Setiap kanak-kanak
C Tiap-tiap orang kanak-kanak
D Setiap orang kanak-kanak

19 Kartika membasahi badannya dengan sabun.

A melumuri badannya
B membasahkan badannya
C membasuhi badannya
D membasahi badannya

20 Album penyanyi terkenal itu memuatkan beberapa lagu baru ciptaan Anang.

A memuatkan beberapa untai lagu


B memuatkan beberapa jenis lagu
C memuatkan beberapa lagu-lagu
D memuatkan beberapa lagu

21 Anita merasakan kurang selesa apabila dipandang sedemikian oleh para tamu yang
datang ke majlis makan malam itu.

A berasa kurang selesa


B terasa kurang selesa
C merasai kurang selesa
D merasakan kurang selesa

7
Soalan 22-24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal

22 “Kalau awak ada apa-apa masalah, janganlah segan-segan untuk beritahu


saya,” kata Kassim kepada Ah Keong.

A Kassim berkata kepada Ah Keong bahawa sekiranya awak ada masalah janganlah
segan-segan untuk memberitahunya.
B Ah Keong diminta oleh Kassim supaya tidak segan-segan untuk memberitahunya
sekiranya dia ada sebarang masalah.
C Kassim menegur Ah Keong agar tidak segan bertanya kepadanya jika dia
menghadapi sebarang masalah.
D Ah Keong berjanji akan memberitahu Kassim sekiranya dia menghadapi sebarang
masalah.

23 Seramai enam belas orang pelajar tingkatan dua dan lapan orang pelajar
tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya telah menjayakan
program keceriaan sekolah di peringkat daerah.

A Program keceriaan itu telah dijayakan oleh lapan orang pelajar tingkatan dua dan
enam belas orang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
telah menjayakan program keceriaan sekolah.
B Seramai enam belas orang pelajar tingkatan tiga dan lapan orang pelajar tingkatan
dua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya telah menjayakan program keceriaan
daerah di peringkat sekolah.
C Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya telah menjayakan program keceriaan
sekolah di peringkat daerah dengan penglibatan seramai enam belas orang pelajar
tingkatan dua dan lapan orang pelajar tingkatan tiga.
D Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya telah menganjurkan program keceriaan

8
sekolah dengan penyertaan pelajar tingkatan dua dan tingkatan tiga sahaja.

24 Bersempena dengan menyahut seruan kerajaan yang ingin meningkatkan


pelancongan domestik, Resort Gunung Ledang telah melancarkan Pesta Riang Ria
bermula pada awal tahun ini.

A Resort Gunung Ledang telah melancarkan Pesta Riang Ria pada awal tahun ini
sempena menyahut seruan kerajaan yang mahu meningkatkan pelancongan dalam
negeri.
B Pelancongan domestik telah meningkat apabila kerajaan mencadangkan
peningkatannya pada awal tahun ini diikuti oleh Pesta Riang Ria oleh Resort
Gunung Ledang.
C Resort Gunung Ledang telah berjaya menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan
pelancongan domestik dengan mengadakan Pesta Riang Ria.
D Pelancongan domestik yang dicadangkan oleh kerajaan diadakan di Resort Gunung
Ledang dengan melancarkan Pesta Riang Ria.

Soalan 25-27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Lelaki yang buta itu nyaris-nyaris kemalangan sewaktu menyeberangi jalan.


II Mereka saling bertukar-tukar hadiah sebagai tanda perpisahan.
III Sejak tadi dia tidak makan apa-apa kerana belum lapar lagi.
IV Orang dewasa sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan itu.

A I, II, dan III sahaja


B II, III, dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja

9
26 I Yang menelefon abang sebentar tadi sesiapa?
II Bagaimanakah kejadian pembunuhan itu berlaku?
III Bagaimanakah dia berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
pelajarannya?
IV Harga barang-barang dapur yang dibayar oleh Ikhlas tadi berapa?

A I, II, dan III sahaja


B II, III, dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja
D I, III, dan IV sahaja

27 I Pukul berapakah mereka akan berlepas ke Jakarta?


II Mengapakah yang memberikan ceramah tentang kesihatan diri itu?
III Nama burung kakak tua di dalam sangkar itu apa?
IV Di manakah pesta pantun itu berlangsung di dewan sekolah?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I dan III sahaja
D II dan IV sahaja

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-
pernyataan yang berikut.

28. Apabila Encik Adam dilantik sebagai ketua kampung yang baru, banyak perubahan
berlaku di Kampung Wawasan. Perubahan positif ini menggembirakan penduduk
kampung.

10
Situasi ini dikatakan …
A setenang-tenang air di sungai, jangan disangka tiada buaya.
B berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
C sekali air bah, sekali pantai berubah.
D seperti duduk di atas duri.

29 Syarifah yang bimbang akan dihukum oleh guru disiplin kerana kesalahan mencuri,
takut untuk ke sekolah. Dia sudah seminggu ponteng sekolah.

Perbuatan ini dikatakan …


A alah bisa tegal biasa.
B tiada beban batu digalas.
C takut kerana salah, berani kerana benar.
D ditelan mati emak, diluah mati bapa.

30 Setelah tempoh pajakan kebun kelapa itu berakhir, Mustarjo pun menyerahkan
sawahnya kepada Pak Ali seperti yang telah dijanjikan oleh mereka.

Hal ini ibarat..


A kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
B berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
C kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
D ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

11
Soalan 31-35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Kerja Mama di situ tidak berapa berat. Tetapi kerana rumah itu besar dan
kawasannya luas, kena jugalah Mama bergerak lincah sadikit. Sebaik sahaja sampai di
sana, Mama terus memulakan tugas yang telah ditetapkan oleh Cik Puan Mona.
Mula-mula Mama membasuh pakaian keluarga itu. Kesemua pakaian kotor sudah
siap direndam oleh Mak Cik Mariam. Biasanya ketika Mama menyidai pakaian, Dr.
Safuan dan Cik Puan Muna bertolak ke pejabat. Faridah dan Farid melambai-lambaikan
tangan kepada ibu bapa mereka. Mak Cik Mariam pandai melayan mereka. Sedikit pun
tidak kedengaran mereka merengek atau bersedih ketika ditinggalkan oleh ibu bapa
mereka.
Selepas itu, Mama menyiram segala pokok dan tumbuhan yang banyak tersusun
di dalam rumah, di halaman dan di pekarangan rumah dua tingkat itu. Setelah selesai
semuanya, Mama mula berkemas di dalam rumah. Dan tugasnya yang terakhir ialah
memasak. Mak Cik Mariam biasanya menolongnya di dapur.Farid biasanya tidur awal.
Kemudian Faridah anak yang kedua tidur ketika mereka sibuk di dapur. Jadi tidak
menjadi masalah bagi Mak Cik Mariam membantu Mama di dapur.
Setelah makan tengah hari, Mama mengangkat pakaian dan melipat kesemuanya.
Apabila selesai menunaikan fardu Zuhur, baharulah Mama pulang. Biasanya lebih kurang
pukul dua setengah, Mama sudah sampai di rumah. Mulalah dia menyiapkan bahan untuk
membuat karipap untuk dihantarkan ke kedai Mat Sengeh di kepala simpang Bukit
Singgahsana. Pada ketika itu, Akhbar dan Mokhtar yang sudah selesai makan dan
sembahyang Zuhur, mula membantu. Sementara itu Bakhtiar pula baru sampai.

(Dipetik daripada cerpen Mama ,


antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

12
31 Kerja-kerja yang berikut dilakukan oleh Mama di rumah Dr. Safuan, kecuali
A memasak.
B mencuci kereta.
C menyiram pokok.
D berkemas.

32 Antara yang berikut, manakah bukan Nilai yang terkandung dalam petikan cerpen?
A bertanggungjawab
B bertimbangrasa
C kerajinan
D kebebasan

Mama teringat, nasibnya begitu juga dahulu. Ketika belum bekerja dengan Dr. Safuan,
dia mengambil upah membasuh di rumah-rumah yang berhampiran dengan pondok
setinggannya.

33 Berdasarkan contoh tersebut, teknik plot yang digunakan ialah


A dialog.
B konflik dalaman.
C monolog dalaman.
D imbas kembali.

34 Nyatakan latar tempat berdasarkan petikan cerpen tersebut.


A Di rumah Mama
B Di bilik Dr. Safuan
C Di klinik Dr. Safuan
D Di rumah Cik Puan Mona

13
35 Tema cerpen “Mama” ialah
A simpati majikan terhadap pekerja kesayangannya.
B tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya.
C keluhuran hati seorang ibu yang bekerja.
D ketabahan hati seorang ibu.

14
Soalan 36-40

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tenaga pemuda kalau diasuh,


Pimpin dan didik kotor dibasuh,
Tidaklah ia menjadi lusuh
Amat berguna menentang musuh.

Tenaga pemuda memang terbilang,


Tenaga yang sedang gilang gemilang,
Beban yang berat dapat dijulang,
Benda yang jauh dapat dijelang.

Tenaga pemuda tenaga bererti,


Tenaga yang berani menempah mati
Tidak mengenal erti nanti,
Hanya penuh kemahuan mesti

Tenaga pemuda mestilah sayang,


Jangan dibiarkan lemah dan goyang,
Di waktu muda tenaga kencang,
Berani sampai berputih tulang.

Tenaga pemuda kalau dijaga,


Kelak akhirnya sangat berharga,
Tenaga yang menjadi harapan bangsa,
Gagah berani mempertahankan negara.
(Dipetik dapada syair Tenaga Pemuda,
antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

15
36 Bagaimanakah tenaga pemuda menjadi amat berguna kepada negara dalam
menentang musuh ?
A pemuda perlu dididik
B pemuda perlu dipandang mulia oleh masyarakat
C pemuda perlu dilayan dengan mesra
D pemuda perlu diberi peluang memberikan idea

37 Rima akhir rangkap kedua ialah


A a-b-a-b
B a-b-b-b
C a-a-b-b
D a-a-a-a

38 Simpulan bahasa berputih tulang dalam rangkap keempat bermaksud…..


A sanggup berjuang mempertahankan negara
B sanggup bekerja siang dan malam
C sanggup bekerjasama dalam pekerjaan.
D sanggup bersatu mencari kebenaran

Beban yang berat dapat dijulang,


Benda yang jauh dapat dijelang.

39 Pengulangan kata yang bergaris ialah unsur gaya bahasa ……….


A anafora.
B asonansi.
C epifora.
D metafora.

16
40 Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda
kecuali
A kita hendaklah berani mempertahankan negara.
B kita hendaklah mengenang jasa pahlawan terdahulu.
C kita hendaklah menghargai ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuanlah yang
menjadi penyuluh kehidupan.
D kita hendaklah bertanggungjawab memelihara maruah diri agar tidak terlibat
dengan gejala sosial.

KERTAS SOALAN TAMAT

17

You might also like