You are on page 1of 7

JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1

(2008/2009)

Tokoh Falsafah Niccolo Machiavelli


Pengenalan

Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469 di Florence, Itali. Ayah beliau adalah

seorang ahli hukum dan beliau dibesarkan dalam keluarga yang ternama tetapi tidak begitu berada.

Ketika Machiavelli berumur 29 tahun, beliau memperolehi kedudukan tinggi dalam kerajaan

Florence. Beliau berkhidmat dalam kerajaan Florence selama 14 tahun sebagai setiausaha

kerajaan dan terlibat dalam pelbagai misi diplomatik ke Perancis, German dan di dalam negeri

Itali.

Pada tahun 1512, kerajaan Florence telah digulingkan oleh golongan Medici dan kerajaan

berbentuk republik telah bertukar menjadi kerajaan zalim. Machiavelli pula telah disingkirkan

daripada jawatannya. Oleh kerana terdesak untuk kembali ke alam politik, beliau cuba menarik

perhatian pemerintah Medici dengan menulis sebuah buku politik yang pada pandangannya

merupakan matlamat Medici dan berharap ianya dapat diterima oleh mereka sebagai panduan

dalam pemerintahan. Maka lahirlah karyanya, The Prince semata-mata untuk memuaskan dan

memikat hati pemerintah. The Prince dipenuhi dengan idea Machiavelli tentang keperluan

pemerintahan yang zalim dengan ideologi yang keji dalam sesebuah negara.

Malangnya, usahanya ditolak oleh pemerintah Medici dan beliau tidak dapat sebarang

jawatan yang diinginkan. Beberapa tahun kemudian, setelah pemerintahan Medici dijatuhkan dan

kerajaan republik dikembalikan, Machiavelli sekali lagi cuba untuk menyertai semula kerajaan

yang pernah disertai sebelum itu. Tetapi oleh kerana tulisannya, The Prince, karya itu telah

mempengaruhi orang ramai untuk tidak menerimanya kembali kerana mereka memikirkan

falsafahnya menyerupai pemerintah Medici. Keadaan itu telah menyebabkan Machiavelli jatuh

sakit lalu meninggal dunia pada tahun 1527 ketika beliau berumur 58 tahun.

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 1


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

Antara karya-karya beliau ialah The Discourse upon the First Ten Books of Titus Livius, The

Art of War dan A History of Florence and La Mandragola. The Prince adalah sebuah karya beliau

yang termasyhur dan memang paling mudah untuk dibaca dari semua tulisan ahli falsafah.

Falsafah Politik Machiavelli

Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik

dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Ketika

beliau berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan, beliau telah menemui ramai ahli politik yang

terkemuka dan salah seorang daripada mereka ialah putera Alexander VI, Cesara Borgia, yang

telah memberi kesan mendalam kepadanya. Machiavelli kagum dengan cara pemerintahan Borgia

yang bijak mengatur perancangan bagi memenuhi cita-cita walaupun bertindak dengan zalim

sebagaimana digambarkan dalam karya beliau, The Prince.

Fikiran pokok buku ini ialah, untuk mengekalkan kuasa, para pemerintah harus

mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan

dan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan

terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak

pemerintahan. Beliau juga mengatakan pemerintah perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan

menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka dan agar

terus mendapat sokongan daripada rakyat. Jika ada yang menentang, perlaksanaan undang-

undang secara tegas walaupun dalam bentuk kezaliman perlu dikenakan sebagai hukuman tetapi

pada masa yang sama dalam bentuk yang kelihatan saksama.

Politik Tanpa Moral

Machiavelli bersikap kritikal terhadap suasana politik semasa yang ketika itu zaman

Kecerahan yang penuh dengan korupsi dan berlaku penindasan yang mengongkong kehidupan

oleh pihak kerajaan yang dikuasai oleh golongan paderi. Maka, persoalan yang ditimbulkan

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 2


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

Machiavelli ialah bagaimana kuasa politik digunakan untuk menstabilkan keadaan. Beliau

bersikap prejudis terhadap agama dengan menafikan peranan agama dalam politik. Menurutnya,

politik tidak sewajarnya cuba dikaitkan dengan persoalan moral atau agama kerana ia boleh

mendedahkan seseorang kepada golongan musuh yang cerdik dan licik. Melalui fahaman

sekularisme ini, beliau berpendapat bahawa nilai kemahiran dalam pentadbiran adalah lebih tinggi

daripada nilai moral. Berdasarkan pemerhatian Machiavelli terhadap pemerintah Borgia, beliau

memuji-muji pemerintahan Borgia yang mencintai kemahiran pemerintahan.

Menurut teori politik Machiavelli, kuasa politik boleh didapati dengan dua cara iaitu

pertama, jika bernasib baik melalui warisan daripada keturunan atau yang kedua, melalui

penaklukan. Bagi menguasai negara baru, pihak pemerintah hendaklah menghapuskan seluruh

pencabarnya dari kerajaan terdahulu walau dengan apa cara pun. Kemudian, pemerintah harus

bijak menggunakan propaganda untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat. Dari aspek ini,

Machiavelli menyatakan kecemerlangan sesebuah pemerintah hanya memerlukan seorang

pemerintah yang mempunyai metod pemerintahan yang licik dan dapat menyelesaikan segala

masalah.

Ciri Pemerintahan Yang Baik

Machiavelli menggariskan beberapa ciri yang dianggapnya sebagai asas utama dalam

mengekalkan kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya buruk sekali. Menurut beliau,

keperibadian seorang pemimpin adalah asas bagi kemantapan sebuah kerajaan. Beliau

menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat

kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Malahan menurutnya,

seorang pemimpin seharusnya mengutamakan sifat kedekut lebih daripada pemurah. Sifat

pemurah hanya ditunjukkan ketika memerlukan sokongan dan pujian rakyat. Jika mahu

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 3


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

menunjukkan sifat pemurah, pemimpin seharusnya menggunakan harta orang lain untuk diberikan

kepada rakyat tetapi bagaimanapun, bukan dengan cara merampas harta mereka.

Dalam bab 17 buku The Prince, Machiavelli membincangkan apakah seorang pemimpin itu

lebih baik ditakuti atau dicintai. Beliau menjelaskan lebih baik pemimpin itu ditakuti dari dicintai

dengan bertindak kejam dalam menjalankan hukuman terhadap rakyat. Hukuman yang kejam akan

memberi kesan yang lebih mendalam kerana ia dapat menakutkan ramai orang dan mengurangkan

jenayah. Walau bagaimanapun, pemimpin perlu menghindari dibenci rakyat dengan tidak

merampas harta mereka. Beliau menambah, perasaan dicintai itu boleh hilang mengikut kehendak

bebas manusia tetapi apabila ditakuti dan diperkuatkan lagi dengan kengerian akan hukuman,

ianya selalu berkesan. Kalau pun pemimpin itu tidak dicintai, sekurang-kurangnya dia tidak

dibenci rakyat.

Dalam bab 18 yang berjudul “Cara bagaimana seorang pemimpin memegang

kesetiaan(janji)”. Di sini Machiavelli berkata seorang pemimpin yang cermat tidak harus

memegang kesetiaannya(janjinya) jika sesuatu yang dilakukan itu berlawanan dengan

kepentingannya. Beliau memberi dua kaedah perjuangan politik. Pertama, melalui undang-

undang tetapi ini selalunya menemui kegagalan. Kedua, melalui kekerasan dan penipuan ataupun

yang diistilahkan sebagai ‘cara binatang’. Pemimpin perlu memiliki sifat kedua-dua binatang

singa dan kancil. Singa kerana ganas dan lambang dahagakan kuasa dan kancil yang sangat licik

bijak menipu.

Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam

kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat

pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang pemimpin

itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi ‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia

akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.

Perubahan karakter pemimpin mestilah mengikut keadaan. Rasa sayang dan moral dapat

diabaikan jika diperlukan.

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 4


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

Seterusnya, Machiavelli menyatakan seorang pemimpin harus mengelakkan diri daripada

dibenci dan melakukan perkara yang mengaibkan di mata rakyat. Ini boleh dilakukan dengan idak

merampas harta rakyat, merampas isteri orang bawahan dan tidak menonjolkan sifat tamak dan

berkeinginan. Di samping itu seorang pemimpin mestilah ada sikap yang konsisten dengan tidak

berubah sikap dalam tindakannya, tidak bersikap melulu, lemah, pengecut dan tidak tegas. Dia

juga perlu pandai mengambil hati golongan pembesar negara dan membahagiakan rakyat

bawahannya. Pemerintah perlu membimbing para pembesar cara bergaul dengan rakyat dan

memberi penghargaan kepada rakyat.

Bagaimanapun, dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu

hendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlu

memperolehi kuasa, maka tindakan buruk diutamakan. Demi kepentingan kuasa politik, bagi

beliau pemerintah diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya

dengan doktrin, the end justifies the means. Pada pandangan Machiavelli, dalam politik adalah

sesuatu yang bodoh jika seseorang pemimpin itu menggunakan cara yang boleh membawa

kegagalan kepadanya sehingga hilang kekuasaan.

Penutup

Tiada siapa yang lebih memahami tentang pentingnya kuasa dalam politik melainkan

Niccolo Machiavelli. Beliau dinobatkan sebagai ahli falsafah politik moden dengan teori politik

yang dipaparkan dalam bukunya The Prince. Bagi Machiavelli, apa yang diusulkan bukan

bagaimana rakyat harus bertingkah laku atau siapa yang mesti berkuasa tetapi bagaimana

sesungguhnya seseorang itu boleh memperolehi kekuasaan. Golongan penentang teori ini pula,

menganggap Machiavelli sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teori kepemimpinan

Machiavelli dikatakan cenderung menghalalkan segala cara untuk mempertahankan suatu

kekuasaan. Karya Machiavelli, The Prince, dianggap orang sebagai ‘buku petunjuk untuk para

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 5


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

diktator’. Tidak dapat diragukan lagi, ramai pemimpin di dunia pernah membaca buku The

Prince. Dikhabarkan Benito Mussolini, Hitler dan Stalin juga ada membacanya. Bahkan

dikatakan kononnya, Napoleon sentiasa tidur di bantal yang terselit buku The Prince.

Bibliografi

Ahmad Sunawari Long.(2006).Sejarah Falsafah.Bangi:Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Hart. M. H.(1978).100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah.Jakarta Pusat:P.T.Dunia

Pustaka Jaya

http://media.isnet.org/iptek/100/machiavelli.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Si_Putera

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 6


JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1
(2008/2009)

NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 7

You might also like