P. 1
Pantun

Pantun

|Views: 512|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
pantun
Rafiqah Binte Sani
falsafah dan logika melayu
pantun
Rafiqah Binte Sani

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/20/2011

pdf

text

original

Empirisisme dan Nilai Budi Dalam Pantun.

Tugasan: JXEX 1104 Nama: Rafiqah Binte Sani
1

Nombor Matrik: JEA080714
Pantun, tidak dapat dinafikan adalah wadah terpenting bagi melahirkan hasrat, pemikiran dan mengolah segala naluri bangsa Melayu. Hasrat atau pemikiran itu disampaikan dengan penggunaan bahasa yang cukup halus, penuh dengan kesopanan dan berkias. Teori determinism mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu (Nes Smith, 1995). Oleh itu dapat dikaitkan di sini teori tersebut dengan kewujudan pantun. Pantun berfungsi sebagai wadah untuk menyampaikan nasihat, kritikan, hasrat dan menyampaikan perasaan kasih dan sayang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:977), pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dalam setiap rangkap terdapat dua baris pertama yang merupakan pembayang maksud dan selainnya ialah maksud yang hendak disampaikan. Empirisisme Dalam Pantun. Pantun adalah satu artifak bukan-benda yang mencerminkan peradaban orang Melayu di mana minda adalah sebahagian daripadanya. Kemampuan manusia menggunakan minda akan melahirkan apa yang tercipta dalam peradaban manusia itu sendiri. Pantun adalah warisan lisan yang penuh dengan keindahan. Ia mengandungi bunyi yang berima yang indah untuk didengar dan mengandungi maksud-maksud yang hendak disampaikan. Melalui pantun dapat dilihat kebijaksanaan pemantun itu sendiri sebagai pemantun dan juga sebagai seorang pemikir. Ia adalah dua tugas berlainan tetapi digabungkan dengan cukup alamiah.

2

Pada dasarnya sesebuah pantun itu akan menggambarkan persekitaran masyarakat yang melahirkannya. Ini mengukuhkan lagi teori empirisisme yang berpendapat bahawa sesebuah ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan pengalaman berasaskan pancaindera. Pantun menyatakan latar alam dan budaya masyarakat itu. Latar sesebuah pantun memperlihatkan sama ada sesebuah masyarakat itu adalah masyarakat pantai, pesisir, darat, desa, kota atau pendalaman seperti yang boleh didapati melalui rangkap-rangkap di bawah:
(1)

Baik-baik belayar malam, Arus deras karangnya tajam; Cari-cari malim yang faham, Di situ banyak kapal tenggelam.

(2)

Belayar masuk ke Kuala Kedah, Patah Tiang timpa kemudi; Sekuntum bunga terlalu indah, Sekalian kumbang asyik berahi.

Jelas dapat dilihat melalui rangkap-rangkap tadi, ia telah dihasilkan oleh masyarakat pesisir atau masyarakat pantai yang cukup mahir tentang pelayaran dan kehidupan di laut. Pantun-pantun tadi juga boleh dihasilkan oleh seorang pemikir yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang laut dalam hubungannya dengan falsafah pemikiran manusia Melayu. Penggunaan pancaindera amat penting dan menjadi tunggak dalam penghasilan pantun dalam masyarakat Melayu. Imej alam dan persekitaran yang dilihat secara fizikal sering dijadikan pembayang bunyi bagi rima. Cebisan alam sering digunakan dalam baris pantun

3

kerana alam selalu hadir dekat dengan masyarakat Melayu secara sedar ataupun tidak. Persekitaran yang telah menjadi tempat berlindung dan sumber rezeki masyarakat Melayu telah dihubungkan dengan cara yang terbaik. Interaksi antara minda dengan alam sekitar tidak hanya terbatas secara fizikal tetapi juga dengan imaginasi dan pengalaman yang didapati melalui sastera atau sejarah bangsa Melayu itu sendiri. Seperti contoh: (3) Helang dipanah Seri Rama, Dipanah dengan panah sakti; Hancur luluh bersama-sama, Kasih terikat di dalam hati.

(4)

Raden Inu Kartapati, Itu pun sudah bersalin nama; Rindunya abang bagaikan mati, Akan adinda nilai utama.

Alam yang telah dijadikan sumber-sumber bagi pembayang maksud bukanlah sesuatu yang direka-reka begitu sahaja. Korpus alamiah digunakan untuk membina pembayang maksud sejauh mana terjangkau oleh akliah dan inderawi manusia. Ilmu yang diperolehi melalui sastera dan sejarah juga digunakan dan diselitkan dalam pembayang maksud pantun. Alam bukan sahaja menjadi sumber kreativiti pantun , sehingga korpus alam menjadi kias, menggambarkan dunia maknawi manusia tetapi alam juga sarat dengan epistemenya yang menjadi panduan hidup manusia seperti yang tertera di dalam rangkap pantun di bawah:

4

(5)

Penakik pisau diraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru; Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terkembang jadikan guru.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu banyak mempelajari dan menimba ilmu dari alam itu sendiri. Alam itu diibaratkan sebagai seorang guru di mana masyarakat Melayu memperolehi ilmu. Ungkapan “alam terkembang jadikan guru” dapat dijadikan panduan, pedoman dan iktibar. Banyak yang boleh dipelajari dari alam kerana alam memberikan pelbagai petua yang boleh digunakan oleh manusia. Pantun ini juga menjelaskan pentingnya ilmu dan seseorang itu harus meningkatkan daya keilmuan yang memberi manfaat dan faedah. Tingginya ilmu pengarang pantun ini berdasarkan apa yang dilihatnya juga boleh didapati melalui pantun ini. Di sini pengarang pantun ini juga turut menyatakan tentang proses kejadian laut dan gunung yang terjadi secara evolusi. Pengetahuan yang sama juga dapat dilihat dalam mantera Melayu di bawah ini: (6) Asal embun menjadi air, Asal air menjadi buih; Asal buih menjadi batu, Asal batu menjadi biji.

Nilai Budi Dalam Pantun.

5

Masyarakat Melayu juga amat berpegang teguh dengan nilai budi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:180) budi membawa erti akal, kebijaksanaan. Budi dapat dimanefestasikan di dalam satu gugusan hubungan sosio-budaya dan spiritual yang merangkumi berbudi kepada Tuhan (Allah), berbudi kepada alam, berbudi kepada bangsa dan tanah air, berbudi kepada masyarakat, berbudi kepada keluarga dan diri sendiri. Tidak dapat disangkal lagi bahawa nilai budi itu amat tinggi dan begitu penting nilainya dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga terlahirlah banyak pantun-pantun budi. Pantun-pantun budi yang dihasilkan ini berfungsi sebagai nasihat dan peringatan kepada pendengarnya seperti yang boleh didapati melalui rangkap di bawah: (7) Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Kepentingan nilai budi amat ditekankan sehingga ia menjadi sendi sesebuah bangsa. Tanpa nilai budi, runtuhlah sesebuah bangsa itu. Budi dianggap sebagai satu landasan atau orientasi nilai yang mengukuhkan sesebuah bangsa. Tanpa orientasi nilai atau bebas-nilai, kehidupan adalah tanpa batasan. Batas-batas kehidupan akan runtuh sama sekali. Budi dianggap satu nilai yang terlalu penting di dalam perhubungan sosial dan interaksi sesama individu. Budi bahasa adalah di antara aspek peribadi seseorang yang dinilai tinggi oleh sesebuah masyarakat. Menurut Hashim Hj. Musa (2001:80) budi bahasa dan budi bicara di sini merujuk kepada pertuturan seseorang
6

yang dianggap manis, sopan, bijaksana, bernas dan banyak memberi sumbangan dan pengajaran kepada pendengarnya. Selain dari itu, akal budi dan hati budi pula bermaksud akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan dan kebaikan. Orang yang berbudi diibaratkanseperti sebatang pokok yang berguna. Kali ini penggunaan perumpamaan mengaitkan diri manusia dengan alam. Sudah tentu pokok yang berguna adalah pokok yang berbuah. Seseorang yang tanpa nilai budi dianggap sebagai seseorang yang tanpa ilmu dan tidak akan dapat memberi sumbangan seperti yang dapat dilihat dalam pantun di bawah: (8) Cahaya redup menyegar padi, Ayam berkokok mengikat tuah; Jikalau hidup tidak berbudi, Umpama pokok tidak berbuah.

Bagi seseorang yang tidak beradat atau rendah nilai budi bahasanya akan menanggung akibat seperti yang tertera dalam rangkap pantun berikut: (9) Salah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri.

Hidup tanpa budi adalah satu penghinaan kepada seseorang individu itu. Penghinaan bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga penghinaan kepada orang-orang di sekelilingnya (keluarga). Penghinaan itu dibuat oleh sesebuah masyarakat itu sendiri. Hidup tidak berbudi pula dibandingkan dengan besi karat:
7

(10)

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Manusia yang berbudi atau budiman adalah manusia mithali. Seseorang yang patut diteladani dan dicontohi. Berperanan sebagai role-model. Manusia yang budiman ialah manusia yang sebenar, yang kenal dan mengetahui akan dirinya dan penciptanya. Seseorang yang tahu menjaga harga dirinya dan yang memiliki kekuatan diri. Oleh itu, masyarakat Melayu terlalu menitikberatkan nilai dan akhlak dalam kehidupan. Akhlak dan budi akan menjadi ukur tara seseorang dalam sesebuah masyarakat. Kesimpulan: Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa sumber-sumber yang digunakan dalam pembayang maksud adalah dari alam, sesuatu yang terjangkau oleh akal dan pancaindera manusia. Begitu juga dengan maksud, yang merupakan jiwa pantun itu. Korpus datanya datang dari pengalaman manusia. Maka di peringkat ini pantun mengandungi persoalan yang rasional dan logikal, kesan dari interaksi manusia dengan alamnya, sesama manusia dan juga Penciptanya. Bahan-bahan rujukan:

Abbas Mohd Sharif.(2002).Budaya Dan Falsafah Orang Melayu.Singapura:EDN Media.

8

Wan Ab.Kadir Wan Yusoff.(1996).Pantun: Menifestasi Minda Masyarakat.Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Harun Mat Piah.(2001).Pantun Melayu: Bingkisan Permata.Kuala Lumpur:Yayasan Karyawan.

Rogayah A.Hamid & Jumaah Ilias.(2006).Pandangan Semesta Melayu:Pantun.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan.(2007).Falsafah & Logika Melayu.Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Hashim bin Haji Musa.(2001).Falsafah, Logik, Teori Nilai & Etika Melayu: Suatu Pengenalan.Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->