You are on page 1of 49

KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN KHAS
MASALAH KECACATAN FIZIKAL
MASALAH PENGLIHATAN
MASALAH PENDENGARAN
PENDIDIKAN INKLUSIF
Inklusif – inclusive (Bahasa Inggeris)
membawa maksud termasuk atau
merangkumi semua
Pendidikan inklusif – pendidikan umum, iaitu
setiap orang individu, sama ada normal,
pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi
keperluan pendidikan umum.
Termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu sacara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan inklusif merupakan peluang
pendidikan umum yang diberikan kepada
semua kanak-kanak Malaysia , termasuk
kanak-kanak cacat.
Kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai
potensi belajar adalah ditempatkan dalam
kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru
resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama
dengan guru-guru biasa.
Kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti
kurikulum biasa pada peringkat permulaan akan
ditempatkan di dalam kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP).
Kanak-kanak ini akan mengikuti satu program
pendidikan yang khas, semata-mata diajar oleh
guru terlatih khas atau guru resos.
Apabila murid-murid cacat mencapai kemajuan
yang memuaskan, mereka yang berkenaan akan
ditempatkan dalam kelas biasa sesuai dengan taraf
pencapaian mereka.
PENDIDIKAN KHAS
Am - Program pendidikan dirancang khusus untuk
kanak-kanak berkeperluan khas, iaitu kanak-
kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.
Khusus – satu pendekatan rancangan pendidikan,
strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk
kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa
kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat
faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada
program sekolah biasa.
Dr. Chua Tee Tee(1982) – satu program
pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-
kanak berkeperluan khas atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.
Mereka tidak akan dapat mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa,
hinggakan mereka tidak berupaya mendapat
faedah sepenuhnya daripada program
pendidikan sekolah biasa.
KATEGORI-KATEGORI KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded)


Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning
disabilities)
Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral
disorders)
Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah
komunikasi
Kanak-kanak cacat penglihatan
Kanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)
Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS (1986)

“Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan


peluang yang sama kepada kanak-kanak khas
seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk
perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah
ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan
bahawa keperluan tenaga rakyat …dan …untuk
memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.
TUJUAN PENDIDIKAN KHAS
Mengembangkan potensi kanak-kanak
berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani,
sosial dan emosi secara optimum.
8 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan peluang persekolahan dengan
membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas
bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak
cacat.
Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran
dan vokasional yang membolehkan mereka
menjadi warganegara yang berguna.
Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak
yang berkenaan agar mengikis pandangan
atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan
kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti
pembelajaran di sekolah.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan
tujuan meningkatkan konsep kendiri dan
membantu mereka menyesuaikan diri dalam
persekitaran hidup yang sebenar.
Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan
program pendidikan khas dengan berkesan.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak cacat supaya mereka dapat
bekerjasama dengan pihak sekolah, demi
mempertingkatkan peluang menjayakan
program pendidikan khas dan mencapai
tujuannya dengan berkesan.
Menyediakan kemudahan perubatan dan
penyelidikan untuk merawat atau memulihkan
kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak-
kanak cacat.
Bekerjasama dengan agensi persendirian atau
pertubuhan sukarela untuk membantu
mereka dari segi kewangan atau latihan untuk
orang cacat.
2 MODEL PELAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas diintegrasikan
dengan program pendidikan biasa dalam
institusi pendidikan yang sama.
Program pendidikan khas dilaksanakan dalam
institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak
buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.
Kanak-kanak buta atau pekak biasanya
ditempatkan di dalam sekolah khas.
Kecacatan kanak-kanak yang bukan buruk
adalah ditempatkan di dalam Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang
terletak di bawah pentadbiran sekolah biasa.
KANAK-KANAK CACAT
FIZIKAL
Merupakan kanak-kanak yang mempunyai
kecacatan ortopedik dan sebagainya.
Masalah ortopedik melibatkan sistem otot
dan skeletal. Sistem ini terdiri daripada tulang,
sendi dan otot yang berfungsi di bawah
kawalan otak manusia.
Kebanyakan masalah ortopedik adalah
bersifat sementara dan hanyalah sebahagian
dari proses pembesaran.
Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi
tulang sendi atau otot menyebabkan pergerakan
leher, pinggang, tangan, atau kakinya hingga
menjadi lemah dan kurang berdaya.
Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang
cekap atau lancar adalah ciri yang jelas
diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal.
Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan
fizikal ialah kekurangan zat makanan atau
kecederaan disebabkan kemalangan.
Ciri-ciri (pergerakan motor kecil):
pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna
sukar mengangkat objek-objek kecil
sukar melukis atau menulis

Ciri-ciri (pergerakan motor besar):


kerap tersandung dan terjatuh
sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat
sukar mengimbang badan
sukar melantun, menangkap atau membaling bola
mungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek
Contoh Masalah Ortopedik Yang Biasa Di
Kalangan Kanak-kanak
Bowlegs (kaki melengkung keluar)
Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)
Flatfeet
Clubfoot
Dislokasi congenital tulang pinggul
(Congenital dislocation of the hip – CDH)
BOWLEGS
(KAKI MELENGKUNG KELUAR)
Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut
apabila kanak-kanak berdiri dengan kaki dan buku lali
dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar).
Bowlegs kebiasaannya adalah fisiologikal, ini bermakna
kaki kanak-kanak akan mula lurus apabila dia mula
berjalan dan masalah ini akan hilang dengan
bertambahnya usia.
Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda
berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan
untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.
KNOCK-KNEES
(KAKI BENGKOK KE DALAM)
Masalah ini ialah di mana kedua belah kaki bengkok ke
dalam dan lutut menyentuh satu sama lain menyebabkan
jurang antara buku lali apabila kanak-kanak berdiri.
Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di
antara umur 3 hingga 5 tahun.
Apabila mereka berumur 6 tahun, bentuk badan mereka
akan lurus dengan sendirinya dan kebanyakan kanak-
kanak boleh berdiri dengan kaki yang lurus.
Kadangkala knock-knees patologikal akan terjadi dan jarak
antara buku lali boleh melebihi 15cm.
FLATFEET
Ini merujuk kepada ketiadaan lengkungan
semulajadi (arch) di tapak kaki kanak-kanak
antara jari-jari kaki dan tumit.
Ia berlaku apabila kebanyakan dari permukaan
tapak kaki bersentuhan dengan tanah/lantai.
Ramai bayi yang dilahirkan dengan tapak kaki
yang leper tetapi ia akan semakin melengkung
apabila mereka mula berjalan.
CLUBFOOT
Ini ialah kecacatan kaki yang wujud sejak lahir
dan boleh juga dikaitkan dengan masalah
penyakit yang lain contohnya (spina bifida.
Kaki kanak-kanak akan kelihatan melengkung
ke arah tengah dan jari-jari kaki akan
menghala ke bawah.
Jika kedua belah kaki kanak-kanak terlibat,
kedua tapak kaki akan bertemu.
DISLOKASI CONGENITAL TULANG
PINGGUL (CDH)
Ini terjadi apabila sendi pinggul tidak normal. Sendi
ini terdiri dari bebola dan soket. Hujung tulang paha
yang berupa bentuk bebola akan bergerak di dalam
soket tulang pinggul yang berbentuk cawan.
Dalam CDH, bentuk soket tulang pinggul ini cetek
dan tidak sempurna, ini menyebabkan bebola sendi
pinggul tergelincir dan mudah keluar dan masuk dari
soketnya.
Masalah ini biasanya akan dikesan oleh doktor yang
memeriksa bayi yang baru lahir.
KANAK-KANAK CACAT
PENGLIHATAN
Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan
penglihatan apabila ujian menggunakan 'Snellens
Chart' menunjukkan beliau tidak dapat melihat
huruf pada jarak 3 meter. Ini juga bermakna
beliau tidak boleh berjalan secara sendirian.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan
penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan
dan mengganggu pembelajaran.
Merupakan kanak-kanak buta atau mempunyai kadar
kecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70
selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak
penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan
penglihatan 20/20.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai
masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor
mereka agak terhad.
Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari
segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan mereka
yang terhad.
Mereka tidak boleh meneroka persekitaran
seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga
boleh memberi kesan ke atas perkembangan
personaliti.
Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri
yang lemah dan perhatian lebih yang
diberikan kepada mereka boleh menggalakkan
pergantungan kepada guru dan rakan untuk
sentiasa membimbing mereka.
Di samping itu, pengalaman mereka yang
terhad dalam dunia visual memberi kesan
pada perkembangan bahasa.
Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh
memberi pelbagai contoh untuk perkataan
bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang
mempunyai masalah penglihatan.
JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

Rabun dekat
Rabun jauh
Rabun malam
Rabun warna
Astigimatisme
Katarak
Glaukoma
Juling
CIRI-CIRI KANAK-KANAK
CACAT PENGLIHATAN
Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta
di papan kapur.
Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca
Sering mengesat matanya
Matanya kelihatan kemerah-merahan
Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya
Sering berasa pening kepala
Matanya amat sensitif terhadap cahaya
Tidak dapat membaca dalam tempoh lama
Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.
PUNCA-PUNCA CACAT PENGLIHATAN

Kesakitan mata
Kekurangan zat makanan
Kerosakan saraf optik
Menghidap penyakit seperti hypermetropia,
myopia, dyslexia dan sebagainya.
KANAK-KANAK CACAT
PENDENGARAN
Merupakan kanak-kanak yang sering menghadapi
masalah komunikasi dan sukar mempelajari
sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan
tepat.
Tergolong dalam dua kumpulan:
a) kanak-kanak cacat pendengaran pratutur
(prelingual) – pekak dari sejak lahir
b) Kanak-kanak cacat pendengaran postutur
(postlingual) – berlaku selepas mempunyai
pengalaman bercakap, cacat pendengaran separa
atau sepenuhnya
Terdapat dua kategori masalah pendengaran
iaitu separa pekak dan pekak.
Separa pekak bermaksud penggunaan alat
pendengaran akan membolehkan kanak-kanak
ini menerima pendidikan secara audio.
Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu
menerima pendidikan menggunakan sensori
lain seperti penglihatan.
Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan
audiometer dalam unit decibel. Seseorang
dikategorikan pekak jika tahap kehilangan
keupayaan mendengar lebih daripada 70
decibel.
Mereka yang tergolong dalam separa pekak
mempunyai tahap kehilangan keupayaan
pendengaran antara 20 hingga 60 decibel.
Seseorang guru perlu peka kepada petanda
masalah yang ditunjukkan oleh muridnya.
Contoh, symptom seperti kerap meminta
orang mengulang apa yang telah disebut.
Mereka juga mempunyai masalah untuk
mengikut arahan dan salah faham kerap
berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak
lancar kerana masalah sebutan yang sangat
lemah.
Mereka juga sering mempunyai masalah nada
suara yang tinggi atau rendah dan sering
memusingkan kepala untuk mendengar.
Masalah pendengaran menjejaskan
komunikasi dan juga pembelajaran individu.
Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi
kesan kepada perkembangan sosial, emosi,
bahasa dan kognitif individu tersebut.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT
PENDENGARAN
Bersifat pendiam, pemalu dan tidak suka bertanya
Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-
rakan sebaya
Pertuturan mereka kurang lancar, sering tersekat-
sekat atau berulang-ulang
Menghadapi masalah memahami kata orang lain
Kurang upaya menggunakan perkataan-perkataan
tepat untuk menerangkan atau menyatakan
sesuatu perkara atau idea
Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh
mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat.
Sering bergantung membaca pergerakan bibir
orang untuk memahami maksud kata
Sering cuba mengelakkan daripada menjawab
soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa
yang disoal
Mencodong mukanya ke depan untuk
mendengar jelas kata orang.
PUNCA-PUNCA
CACAT PENDENGARAN

Kerosakan gegendang telinga


Kerosakan saraf pendengaran
Warisan baka
SEKIAN TERIMA KASIH!!!

You might also like