You are on page 1of 12

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

TAJUK: HIKAYAT AMIR HAMZAH( AMIR

HAMZAH MENYERANG KISRA)

NAMA: CHE ALIRA BT IBRAHIM

NO MATRIK: JEA080010

Nama pensyarah: PROF DR AMRAN MUHAMMAD


HIKAYAT AMIR HAMZAH(AMIR HAMZAH MENYERANG
KISRA)
PETIKAN

Mendengar keterangan utusan itu,amir hamzah berkata,’’itu-lah yang aku mahu.aku akan
memerangi-nya dan menghanchorkan kerajaan-nya serta memerentah seluroh negeri-
nya.ketika itu kesalan-nya tiada berguna lagi,’’lalu beliau memerentah bala tentera-nya
untok berangkat.

Sa-telah amir hamzah mendengar keterangan gabenor Hilab itu,beliau memerentah


seluroh angkatan perang-nya berangkat menuju ka-mada’in untok menghanchor kisra dan
bala tentera-nya yang telah berterang2 yang memusohinya,kerana mengikut jejak langkah
shaitan menteri Bakhtir.

Rachun yang meresap ke dalam tuboh Amir Hamzah itu,memberi kesan hingga beliau
jatoh dari atas kuda-nya dalam keadaan lalai dan pitam.perkhabaran ini telah tersiar
dalam kalangan tenteranya.Oleh itu sa-makin bertambah-lah menggelegak perasaan
keberanian dan kepedehan dalam dada mereka,lalu mereka menyerang musoh dengan
segala macham chara pertemporan hingga malam hari.

Pada hari itu Andahuq menyeludup ka-dalam Bandar dan pergi ka-istana
Muhurkadar.Sa-telah memperkenalkan diri-nya kapada puteri itu ia pun keluar
meluluskan diri-nya bersama2 dengan puteri tersebut pergi mengunjongi Amir Hamzah
pada waktu petang.

’’Hamba akan membawa-nya kapada tuan2 dengan segera ,’’kata Umar Aiyar ,lalu
keluar dengan menyamar diri mendapatkan Menteri Buzurjumhur,menerangkan peristiwa
yang telah terjadi kapada Amir Hamzah dan puteri Muhurkadar berada di-sisi-nya
sekarang.

Umar Aiyar telah mengetahui,Zubair Penipu dan bala tentara-nya yang tiada
terhingga banyak-nya itu akan menyerbu mereka esok pagi.Oleh itu ia pun
mengumpulkan semua anggota pasokan perisek-nya yang terdiri dari delapan ratus orang
yang di-lahirkan ka-dalam dunia ini sa-hari dengan tarikh kelahiran-nya dan berpesan
kapada mereka seperti berikut’’Bersembunyilah kamu di-jalan tinggi yang akan di-lalui
oleh Zubain Penipu dan tentera-nya. Bawa-lah busar kamu,dan jangan kamu beritahu
siapa2 yang kamu bersembunyi kerana hendak menyerang mereka. Apabila aku mula
memanah dan memerentah kamu,pada ketika itu hujani-lah anak panah kamu ka-atas
mereka saperti hujan yang mencurah turun ka-bumi,aku hendak mempermainkan Zubair
Penipu dan aku hendak mematahkan tulang belakang-nya dengan membinasakan orang2-
nya.Memandangkan keadaan saperti tersebut.
Amir Hamzah mengirim Umar Aiyar berjumapa Menteri Buzurjumhur,bermesyuarat
dengan-nya untuk memerangi Kisra.Umar Aiyar menyamar sa-bagai sa-orang hamba
Kisra yang melawak di-hadapan-nya dengan berbagai2 lawak jenaka yang
mentertawakan kerana menghilangkan kekusutan fikiran –nya.Umar Aiyar memakai topi
yang di-gantongkan dengan locheng kechil,lalu pergi ka-dalam himpunan tentera
mereka,melompat2 dan bertepok2 tangan memperlihatkan macham2 kelakar,hingga tiada
sa-orang pun menghalangi-nya. Semua mereka perchaya yang dia itu ia-lah hamba
kelakar Kisra.Dalam keadaan yang saperti itu-lah ia dapat berjumpa dengan Menteri
Buzurjumhur.Dalam perjumpaan itu Umar Aiyar menghabiskan daya upaya-nya berlawak
jenaka,membuat hamba2 itu ketawa hingga mereka,dan juga kerana memberi tahu kapada
mereka.Ia ada-lah hamba Kisra yang kelakar.Kemudian di-hiborkan-nya mereka untok
menghabiskan waktu malam itu dengan mengadakan satu tarian yang mengembirakan sa-
belum mereka sampai kapada Kisra.

Sumber: Perpustakaan Utama Universiti Malaya

Hikayat Amir Hamzah


SINOPSIS

Amir Hamzah menerima utusan dari seorang hamba gabenor Hilab.Semasa

sedang berehat di Bandar Kahirah dengan angkatan tenteranya.Hamba tersebut

menyampaikan pesanan dari tuannya supaya Amir Hamzah berhati-hati semasa

hendak pulang,kerana Kisra telah merancanguntuk menyerang Amir Hamzah secara

mengejut.Selepas mendengar pesanan itu,Amir Hamzah memerintahkan tenteranya

bertolak ke negeri Hilab untuk menentang Kisra.Amir Hamzah turut bertanya

tentang Kisra,daripada menteri Hilab.Menteri itu menyatakan bahawa Kisra pernah

meminta bantuan tentera daripada gabenor-gabenor Hilab,ada yang bersetuju

memberi bantuan tersebut dan ada yang tidak bersetuju termasuk beliau.

Tentera Amir Hamzah bertolak ke mada’in untuk menentang

Kisra.Sebelum berlaku peperangan Amir Hamzah sempat memberikan tawaran

kepada Kisra untuk memhentikan peperangan itu,dengan memberi tenteranya

kepada Kisra,dengan syarat Kisra mesti bersetuju menyerahkan Puteri Muhurkadar,

tetapi syarat tersebut masih tidak dapat menghentikan peperangan tersebut kerana

Kisra telah terpedaya dengan hasutan Menteri Bakhtik.

Akhirnya peperangan itu tercetus dan menyebabkan Kisra mengalami kek

yang teruk berbanding Amir Hamzah.Kekecewaan itu menyebabkan Menteri

Bakhtik merancang tipu muslihat bersama Zubair Penipu,iaitu membuat

perancangan untuk membunuh Amir Hamzah dengan pedang beracun.Akhirnya

rancangan tersebut berjaya di lakukan oleh Zubair Penipu, sehingga menyebabkan

Amir Hamzah tidak sedarkan diri.Puteri Muhurkadar di bawa ke tempat Amir

Hamzah oleh Andaluq.Puteri Muhurkadar menyatakan ubat untuk menyembuhkan


Amir Hamzah ada dengan Menteri Bujzurjumhur. Dengan berkat Allah S.W.T,

akhirnya Amir Hamzah dapat di selamatkan.

Umar Aiyar membawa Amir Hamzah dan tenteranya pulang ke mekah,kerana

atas arahan Menteri Buzurjumhur. Kepulangan Amir Hamzah telah mengecewakan

Kisra,namun Kisra tetap dengan pendiriannya untuk menghapuskan tentera Amir

Hamzah setelah mempercayai Amir Hamzah sudah berjaya di bunuh oleh Zubair

Penipu. Kisra bertolak ke Mekah untuk menakluk Mekah.Dengan izin Allah S.W.T

Amir Hamzah sembuh. Apabila mengetahui Amir Hamzah masih hidup,Kisra

menjadi takut kerana kekuatan Amir Hamzah tiada tolok bandingnya. Amir

Hamzah mendapat bantuan untuk dari Afrit botak kepala. Dengan syarat Amir

Hamzah menolong beliau dengan membunuh Bapa Saudara beliau dan

mengembalikan kerajaan beliau.

Peperangan akhirnya tercetus, Amir Hamzah berjaya mematahkan Kisra dan

tenteranya. Bantuan dari Afrit membolehkan Amir Hamzah mematahkan Kisra di

ikuti dengan bantuan Allah S.W.T.Akhirnya Kisra berudur melarikan diri ke negeri

beliau.
FALSAFAH KEBIJAKSANAAN DAN KESETIAAN

Pythagoras pernah mengatakan falsafah ialah’’Philosopy’’iaitu membawa

maksud(cinta akan kebijaksanaan). Dalam Hikayat Amir Hamzah Menyerang

Kisra mengutarakan persoalan tentang falsafah kebijaksanaan dan kesetiaan

yang ditampilkan dalam kalangan pembesar, panglima dan pengikut-pengikut.

Falsafah yang dapat di cungkil dalam Hikayat Amir Hamzah Menyerang

Kisra, ialah kebijaksanaan dan kesetiaan melalui Umar Aiyar yang

melaksanakan tugas dengan bijak dan setia menabur jasa kepada Amir Hamzah.

Beliau sentiasa melakukan tugas dengan penuh dedikasi. Kebijaksanaan Umar

Aiyar dapat di tonjolkan apabila beliau bijak menyembunyikan identiti beliau,

semasa beliau menyamar sebagai hamba Kisra. Penyamaran beliau dapat di

lakukan dengan sempurna, sehingga tentera Kisra berjaya di bunuh oleh beliau.

Jasa yang beliau curahkan ke atas Amir Hamzah dan penduduk mekah

sangat bernilai, hal ini mengambarkan bahawa beliau sangat setia mencurahkan

jasa ke atas ketua serta tanah air beliau. Kebijaksanaan dan kesetiaan yang di

miliki oleh beliau digunakan dengan sebaik mungkin, keistimewaan yang di

kurniakan oleh Allah S.W.T seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin

untuk melakukan sesuatu perkara yang menjurus kepada kebaikan sesama

manusia. Kehidupan yang harmoni akan dapat dicapai,selaras dengan

kehendak islam yang mewajibkan setiap manusia hidup secara aman dan

harmoni.

Di samping itu, falsafah kebijaksanaan dan kesetiaan ini ditampilkan oleh

Menteri Buzurjumhur sebagai gabenor Hilab. Walaupun beliau seorang


gabenor Hilab, tetapi beliau tidak memihak kepada Kisra. Dalam erti kata

lain,beliau menggunakan kebijaksanaan yang dimiliki untuk membezakan

antara perkara yang baik dengan perkara yang salah. Menteri Buzurjumhur

bertindak secara bijak, dalam membuat keputusan dengan tidak memberi

bantuan tentera kepada Kisra dan bertindak menghantar seorang hamba untuk

menyampaikan pesanan kepada Amir Hamzah, dengan mengatakan yang Kisra

akan menyerang Amir Hamzah secara mengejut.

Tindakan Menteri Buzurjumhur itu menandakan beliau mempunyai falsafah

kebijaksanaan, dengan menggunakan akal yang dimiliki secara bijak. Manusia

diseru supaya berfikir secara rasional, dalam menentukan setiap perkara yang

hendak di lakukan. Secara tidak langsung juga,Menteri Buzurjumhur bukan

sahaja memiliki falsafah kebijaksanaan, malah turut memiliki falsafah

kesetiaan. Kesetiaan beliau ke atas Amir Hamzah tidak pernah pudar, walaupun

masih memegang jawatan di bawah kekuasaan Kisra. Setiap perkara yang cuba

dilakukan oleh Kisra ke atas Amir Hamzah dan penduduk makkah, beliau akan

sampaikan kepada Amir Hamzah. Oleh hal demikian setiap laluan untuk Amir

Hamzah mencari kelemahan Kisra dipermudahkan selain bantuan dari Allah

S.W.T.

Falsafah kesetiaan yang cuba diungkapkan dalam diri Menteri

Buzurjumhur , bukan sahaja berdasarkan kepada pengkhianatan terhadap

Pemerintah Negara sendiri, tetapi tindakan beliau yang memihak Amir Hamzah

setia kepada Pemerintah yang berada dipihak yang benar. Berbanding dengan
Kisra,yang terpedaya dengan niat jahat Menteri Bakhtik. Menteri Buzurjumhur

bijak menilai antara pemerintah yang zalim atau pemerintah yang bersikap adil

terhadap rakyat dan bertanggungjawab mengekalkan keamanan Negara. Beliau

teguh memegang falsafah kebijaksanaan, malahan falsafah kesetiaan yang ada

dalam diri beliau juga digunakan untuk terus menyokong perjuangan Amir

Hamzah dalam menentang Kisra.

Dalam pergaulan masyarakat perlu mementingkan sikap dan perilaku

bijaksanaan. Bijaksanaan merupakan sifat arif, tajam pemikiran, iaitu

menggunakan akal budi berdasarkan pengalaman mahupun pengetahuan.

Falsafah kesetiaan merupakan naluri yang wujud dari hati seseorang itu

sendiri,yang menjadi pegangan tentera Amir Hamzah. Falsafah kesetiaan dalam

diri tentera Amir Hamzah, dipamerkan apabila tentera Amir Hamzah berjuang

habis-habisan dalam menentang tentera Kisra. Setelah mengetahui yang ketua

mereka, iaitu Amir Hamzah terkena tikaman pedang beracun daripada Zubair

Penipu. Falsafah kesetiaan yang ditunjukkan kepada Amir Hamzah

mengambarkan tentera Amir Hamzah mempunyai perilaku sebagai tentera yang

menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,sebagai tentera yang setia

kepada pemerintah dan Negara. Kesetiaan yang wujud dalam diri tentera Amir

Hamzah, bukan berdasarkan paksaan tetapi wujud melalui naluri hati mereka

sendiri. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, pemikiran yang

mendalam perlu hadir dalam diri setiap manusia, demi memastikan seseorang

itu perlu bijak membuat keputusan yang akan ditentukan oleh seseorang itu.

Amir Hamzah mempamerkan falsafah kebijaksanaan sebagai pemerintah untuk


menghentikan peperangan daripada tercetus,demi mengelakkan banyak nyawa

terkorban. Beliau cuba menawarkan tentera beliau kepada Kisra dengan

meminta Puteri Muhurkadar diserahkan kepada beliau. Tindakan beliau

menggambarkan sebab-sebab tertentu beliau membuat tawaran tersebut.

Pertama beliau mahu mengelakkan banyak nyawa terkorban dalam peperangan

tersebut, kedua beliau mahu mengelakkan berlaku konflik antara dua Negara,

dan yang ketiga beliau mahu mengelakkan pertelingkahan ini daripada berlaku

berterusan, sehingga ke generasi akan datang. Falsafah yang ditonjolkan oleh

Amir Hamzah wajar diambil sebagai pemerintah yang melaksanakan

tanggungjawab dengan bijak.

Kesetiaan terhadap Negara dalam mengekalkan kesejahteraan rakyat,

menjadikan beliau seorang pemerintah yang mempunyai semangat yang tinggi

dalam mentadbir Negara. Walaupun beliau pernah nazak, semasa terkena

tikaman pedang beracun, hal ini tidak mematahkan semangat untuk terus setia

berjuang menentang Kisra, demi memastikan Negara yang ditadbir tidak

musnah ditangan Kisra. Di samping itu juga, falsafah kebijaksanaan dan

kesetiaan yang ditunjukkan Amir Hamzah, merupakan sifat pemerintah yang

mempunyai ciri-ciri pemerintah yang layak untuk digelar pemerintah

berwibawa, selaras yang dituntut oleh islam.


KESIMPULANNYA

Falsafah kebijaksanaan dan kesetiaan dalam Hikayat Amir Hamzah

Menyerang Kisra, mempersoal sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap

manusia yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri, berbanding makhluk

lain dialam nyata ini. Falsafah kebijaksanaan dan kesetiaan ini perlu di

pelihara oleh setiap golongan manusia untuk melengkapkan diri sebagai

manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Kelebihan yang di

kurniakan ini, hendaklah diguna untuk melakukan perkara yang bermanfaat,

bukannya menggunakan keistimewaan ini untuk tujuan yang bertentangan

dengan islam.
RUJUKAN

S.A Dahlan. Hikayat Amir Hamzah. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Bil-3, Halaman 72-83, Tahun 1969


ASSIGNMENT FALSAFAH

DAN LOGIKA

JXEA 1104

You might also like