You are on page 1of 4

RLD503 PEMBINAAN LANDSKAP:

Kuliah 1

KAYU (TIMBER)

Definisi kayu: Bahagian “xylem” sesebuah pokok, tidak termasuk palma, rumput,
buluh dsb; samada bentuk padat (solid) ataupun di cantum (laminated) untuk
menjadikannya sesuatu bentuk (e.g. lurus atau melengkuk).

(Hilmi et al., 1996)

  Kelebihan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan struktur yang lain:

·       Mempunyai ratio kekuatan berbanding berat yang tinggi;


·       Mempunyai nilai estetik yang tinggi;
·       Mempunyai kekuatan tegangan, mampatan dan lenturan yang baik;
·       Bolek dibentuk menggunakan mesin tanpa memerlukan penggunaan teknologi
yang tinggi;
·       Mudah di ubah bentuk (modify) semasa ditapak binaan;
·       Mudah di guna semula;
·       Mempunyai insulasi terma dan insulasi bunyi yang baik;
·       Mempunyai ketahanan fizikal yang baik apabila menghadapi kejutan (shock)
ssecara tiba-tiba (seperti gempa bumi atau kekuatan angin yang tinggi);
·       Penyelangaraan yang mudah dan murah;
·       Mempunyai harga yang baik apabila menjadi bahan buangan (scrap) ;
·       Boleh menghadapi tekanan penggunaan (wear and tear) dengan baik dan
mempunyai jangka hayat yang tinggi jika dirawat dengan bahan pengawet
tertentu;
·       Mempunyai pelbagai jenis kekuatan bergantung kepada jenis kayu, sesuai untuk
pelbagai jenis kegunaan;
·       Pengeluaran kayu tidak memerlukan pengunaan tenaga (energy) yang tinggi.
 

Kekurangan kayu sebagai bahan binaan berbanding bahan lain:


·       Ketahanan yang lemah terhadap serangan fungi dan serangga (anai-anai);
·       Ketahanan yang lemah terhadap api;
·       Kemampatan (compression) kayu lemah apabila mengalami tekanan yang
bersudut tepat dengan urat kayu
 

Pengkelasan kayu

Terdapat dua jenis pengkelasan kayu yang di gunakan di Malaysia:

1.  Pengkelasan qualiti – Pengkelasan yang berpandukan kepada nilai estetik kayu;

2.  Pengkelasan struktur – Pengkelasan yang berpandukan kepada kebolehan kayu


menghadapi tekanan yang disebabkan oleh sesuatu beban

Senarai kayu Malaysia mengikut kekuatan mampatan:

Group A Group B Group C Group D

(kuat) (lemah)

 
Balau Kapur Bitangor Damar minyak
Balau merah Keledang Durian Geronggang
Bitis Keruing Kedondong Jelutong
Chengal Kulim Kungar Pulau
Giam Mengkulang Machang Sesendok
Kekatong Merawan Medang Terentang
Kempas Merbau Melantai  
Mata ulat Merapuh Melunak  
Mempening Lilin Mempisang  
Mertas Perupuk Meranti bakau  
Nyalas Punah Meranti merah  
tua
Penaga Rengas Meranti merah  
muda
Tualang Resak Meranti putih  
    Meranti kuning  
    Mersawa  
    Panarahan  
    Ramin  
    Sepetir  
    Simpoh  
    Nyatoh  
    Terap  
 

Bahagian bangunan Kayu yang popular di gunakan


Asas cerucuk Bakau, Kempas, Keruing

 
Tiang, rasuk, kasau, Balau, Balau merah, Cengal, Kapur, Kasai, Kalat,
gelegar, kuda-kuda Kempas, Keruing, Kulim, Mata ulat, Merawan,
bumbung Meranti merah tua, Punah, Resak, Simpoh,
Tualang, Termbusu
 
Lantai:  

a) Kegunaan biasa Bintagor, Durian, Macang, Mengkulang, Meranti


kuning, Meranti merah muda, Meranti merah tua,
Meranti putih, Merawan, Nyatoh, Ramin, Sepetir

 
b) Kerja berat Balau, Balau merah, Cengal, Kapur, Kekatong,
Keranji, Keruing, Resak
 
 
c) Parket (parquet) Balau, Bitis, Kekatong, Kempas, Keranji, Mata ulat,
Nyatoh, Tualang

 
Ibu tangga Kapur, Keledang, Keruing, Simpoh, Ramin

 
Anak tangga Kapur, Mengkulang, Meranti kuning, Meranti
merah muda, Meranti merah tua, Simpoh,
Merawan

Kerja panel Bintagor, Damar minyak, Geronggang, Keledang,


Keranji, Kungkur, Macang, Medang, Mengkulang,
Meranti merah muda, Merbau, Nyatoh, Sepetir,
Simpoh, Tualang

 
Pintu Balau, Balau merah, Bitis, Cengal, Geronggang,
Giam, Kapur, Kempas, Keruing, Resak

 
Rangka pintu dan Durian, Kapur, Kasai, Kedondong, Keruing, Kulim,
tingkap Medang, Mengkulang, Meranti kuning/ merah
muda/ merah tua/ putih, Merawan, Nyatoh, Punah,
Ramin, Simpoh
 

Contoh–contoh saiz kayu yang lazimnya di gunakan berdasarkan kesesuaiannya sebagai


bahan binaan:  

Bentuk Saiz Pengunaan


Segi empat sama 50 X 50 mm Bukan struktur
  75 X 75 mm Bukan struktur
  100 X 100 mm Struktur
  125 X 125 mm Struktur
  150 X 150 mm Struktur
Segi empat tepat 13 X100 mm Bukan struktur
  25 X 100 mm Bukan struktur
  50 X 100 mm Struktur
  50 X 150 mm Struktur
 

You might also like