You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA 1104
HIKAYAT HANG TUAH

NAMA : EMMELY ELVIRA JANNICCA JAITING


NO. MATRIK : JEA080013
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN

SEMESTER 1 SESI 2008/2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Hikayat Hang Tuah

Maka orang banyak itu pun sebagai naik ke atas birai istana itu dari kisi-kisi
istana itu. Maka Laksamana pun menyarungkan kerisnya lalu duduk di atas talam itu.
Maka Hang Jebat pun menyarungkan kerisnya juga lalu pada sebuah talam itu
berhadapan dengan Laksamana. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat apatah dayaku,
kerana aku dititahkan raja, membuangkan engkau? Dalam pada itu pun,jika engkau
berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan
Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi kepadaku, penaka
saudarakulah. Sukar aku berkata, “Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana itu,
maka ia pun menangis, katanya, “Kerana kita pun lima bersaudara berkecil-kecilan bukan
lagi bersahabat. Penaka bersaudaralah.”

Maka dilihat oleh Laksamana Hang Jebat berkata-kata itu adalah alpanya. Maka
Laksamana pun matanya tiada lepas mengerling hulu keris Hang Jebat juga sungguhpun
Laksamana berkata-kata itu, kaki tangannya sudah hamper mrnantikan Si Jebat cedera
sedikit juga. Maka dengan takdir Allah, maka Hang Jebat pun meleng matanya
memendang kepada pintu istana itu meihat orang banyak mengintai dari kisi-kisi itu.
Maka Laksamana pun segera melompat, maka disentaknya keris pada pinggang Hang
Jebat itu, dapat ke tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun terkejut, dilihatnya
Laksamana menyentak kerisnya. Maka Hang Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan
Laksamana, katanya, “Hai Si Tuah, demi Allah, bunuhlah aku,kerana aku tiada bekeris.
“Maka Laksamana pun undur sedikit seraya berkata smbil tetawa, “ Hai saudaraku,
kerana kerisku dianugerahkan oleh Betara Majapahit; sebab itulah maka aku ambil pula
daripadamu. “ Maka sahut Hang Jebat, “ Hai laksamana, manatah katamu hulubalang
besar lagi berani ternama? Sekarang membunuh aku tiada bersenjata. Jika tiada mau
engkau membunuh aku tiada berkeris, pintalah aku keris yang lain supaya bertikam,
supaya aku bangat mati dengan bersenjata; supaya mahsyurlah namaku.”

( Hikayat Hang Tuah : halaman 346)


Hikayat Hang Tuah merupakan satu contoh teks tertua yang muncul pada zaman klasik.

Zaman klasik merupakan suatu zaman yang banyak membuahkan teks-teks hikayat yang

berunsur mitos, sejarah mahupun lagenda. Antara contoh hikayat terkenal yang muncul

pada zaman klasik ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat

Raja Pasai, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah, dan Hikayat Terung

Pipit. Hikayat Hang Tuah ini pertama kali disebut pada kurun ke-17 dan terdapat

sekurang-kurangnya 20 menuskrip teks tersebut. Hikayat Hang Tuah nampaknya telah

wujud antara tahun 1641 dan tahun 1721.

Perkataan hikayat merupakan kata pinjaman dari Arab yang bermaksud semua

jenis sejarah. Maksud perkataan hikayat dalam bahasa Melayu telah beubah mengikut

peredaran masa sehingga dalam judul sesuatu karya, perkataan hikayat hanya membawa

maksud cerita. Hikayat pada kebiasaannya membingangkan pokok ceritanya mengenai

raja dan jurai keturunannya, disertakan pula dengan kejadian yang sakti an ajaib. Cerita-

cerita dalam Hikayat Hang Tuah pada keseluruhannya mengemukakan mengenai

pengalaman-pengalaman hidup yang tulin yang disuburkan dengan idealisme yang tebal

melalui penggunaan unsure-unsur mitos, rekaan dan dengan membesar-besarkan

peristiwa yang melibatkan watak Hang Tuah.

Malalui petikan teks yang diambil dari Hikayat Hang Tuah, dapat digambarkan

bahawa berlakunya peristiwa pertelingkahan antara watak Hang Tuah dan Hang Jebat.

Hal demikian terjadi kerana terdapat keridaksefahaman antara kedua-dua watak. Hang
Tuah dan Hang Jebat ingin menegakkan keadilan dan kebenaran serta berpegang pada

prinsip atau paradigma masing-masing yang tidak mahu tunduk kepada pihak lawan.

Keadaan sedemikian menyebabkan kedua-dua watak in yang pada awalnya merupakan

sahabat karib yang sama-sama berganding bahu dalam menjaga keamanan negeri dimana

mereka menentang kejahatan dan menumpaskan musuh yang zalim.

Melalui kertas kerja saya ini, saya akan mengupas mengenai soal keperwiraan dan

ketaatsetiaan watak antara dua orang sahabat dalam Hikayat Hang Tuah. Kebanyakan

pengulas mahupun pengkritik teks in biasanya akan lebih menekankan pada watak Hang

Tuah. Hang Tuah biasanya akan dikaitkan sebagai watak utama yang mempunyai

perwatakan yang boleh dikatakan sempurna dan sentiasa diagung-agungkan sebagai

seorang wira. Namun pada kertas kerja saya ini, saya akan lebih menekankan pada watak

Hang Jebat yang juga memainkan peranan penting dalam perjalanan cerita Hikayat Hang

Tuah.

Petikan teks berkenaan menunjukkan bahawa Hang Jebat adalah seorang yang

lebih rasional, cerdik dan pintar. Hang jebat melakukan penderhakaan bukan didoronh

oleh keinginannya untuk merampas kuasa raja, tetapi oleh kesetiaannya kepada

sahabatnya dan penentangannya terhadap kezaliman. Hal demikian dapat dikukuhkan

melalui sikap Hang Jebat yang tidak pernah gentar untu berhadapan dengan Hang Tuah

kerana dia percaya bahawa dia berada di pihak yang benar. Hanh Jebat tidak sama sekali

gentar walaupun mengetahui bahawa nyawanya akan melayang oleh keris Taming Sari

kepunyaan Hang Tuah.


Berdasarkan salah satu daripada jenis ilmu pengetahuan iaitu ilmu falsafah, dapat

dihuraikan bahawa pengukuran kebenaran adalah berasaskan kepada akal yang rasional

berlandaskan paradigma berfikir yang logikal. Perkara ini dapat dilihat melalui watak

Hang Jebat yang percaya kepada kebenaran dan tidak takut walaupun terdapat tentangan

terhadap dirinya iaitu oleh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Tuah. Pertelingkahan

berlaku apabila dua prinsip yang sama tetapi mempunyai cara pngukuran logikal yang

berbeza bertembung antara satu sama yang lain dalam cerita ini.

Menyentuh mengenai bidang-bidang kajian ilmu falsafah pula, pelbagai aliran

falsafah yang telah wujud akibat arus perkembangan masa kini. Perbezaan alliran itu

disebabkan oleh sudut pandangan semesta, nilai dan kepercayaan yang berbeza-beza

dalam kalangan pendukungnya. Antara aliran-aliran falsafah yang utama adalah

rasionalisme, emperisme, idealisme, eksistensialisme, dan realisme. Pada pandangnan

saya, pengarang teks Hikayat Hang Tuah ini lebihi menjurus kepada aliran realisme.

Aliran relisme ini merupakan satu aliran pemikian klasik awal dan diasaskan oleh

Aristotle. Hal demikian keana pengarang menceritakan peristiwa yang terdapat alam

cerita dengan penelitian secara realiti yang terdapat dalam alam tabii.

Teori keserasian kebenaran juga dapat dikaitkan dengan petikan teks Hikayat

Hang Tuah berkenaan. Perkaitan ini wujud kerana teori keserasian kebenaran

menegaskan bahawa sesuatu perkara atau perbuatan itu adalah benar dan patut jika serasi

dengan keperluan dan keadaan masyarakat. Sebagai contoh, tindakan Hang Jebat yang
dianggap sebagai menderhaka kepada raja adalah wajar kerana Hang Jebat mempunyai

alas an yang kukuh iaitu menuntut pembalasan ke atas tindakan raja menjatuhkan

hukuman bunuh ke atas sahabatnya Hang Tuah walaupun Hang Tuah berkelakuan setia

terhadap raja dan banyak memberikan sumbangan kepada raja. Oleh itu, Hang Jebat

bangkit untuk menbalas dendam dan menuntut keadilan agar perkara yang sama tidak

alan berulang lagi terhadap orang lain setelah Hang Tuan mengalaminya disamping

terkilan dengan sikap raja yang menjatuhkan hukuman tanpa sebab yang munasabah.

Selain itu, penggunaan akal amat penting dalam menilai sesuatu perkara.

Contohnya, sewaktu pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku, Hang Tuah

seakan-akan bersikap tegas demi untuk mendapatkan kembali haknya yang telah

dirampas oleh Hang Jebat iaiti keris Taming Sari. Hang Tuah mempunyai alas an untuk

menentang Hang Jebat sekiranya Hang Jebat bertindak keatasnya. Hang Jebat turut

mempunyai alas an untuk bertindak balas sekiranya ditentang oleh Hang Tuah untuk

mempertahankan dirinya. Kejadian perebutan keris Taming Sari ini telah menyebabkan

kedua-dua sahabat itu daling bertikam lidah dan membunuh antara satu sama yang lain.

Jelas kelihatan bahawa penggunaan akal adalah amat penting dalam menghadapi dan

menangani sesuatu situasi di luar kawalan.

Secara keseluruhannya, kejadian petelingkahan melalui petikan berkenaan

menunjukkan bahawa ia tidak membawa kepada kebaikan tetapi membawa kepada

keburukan akibat kekerasan hati antara kedua-dua pihak. Keburukan yang dimaksudkan

ialah kejadian bunuh-membunuh antara satu sama lain. Akibat daripada peristiwa
berkenaan, Hang Jebat akhirnya mati ditikam dan ditetak oleh Laksamana Hang Tuah dan

Hang Jebat telah diperlakukan seperti seorang yang tidak berguna. Mayat Hang Jebat

dipertontonkan kepada seluruh rakyat dengan perintah raj pengaruh daripada kata-kata

Hang Tuah. Keadaan sedemikian jelas menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan

seorang yang tidak mempunyai belas kasihan yang sepatutnya dipunyai oleh seorang

wira. Kesetiaan yang melampau keatas raja telah menyebabkan sahabat karibnya Hang

Jebat terkorban.

Hal sedemikian sepatutnya amat tidak wajar berlaku dalam kalangan masyarakat

Melayu. Ketaatan kita terhadap seseorang seharusnya tidak memberikan kesan terhadap

orang lain. Sikap berperikemanusiaan haruslah ada dalam diri setiap masyarakat.

Keadaan demikian akan dapat mewujudkan keharmonian hubungan antara masyarakat.

Melalui tindakan Hang Tuah itu, Hang Jebat lah yang seharusnya digelar sebagai seorang

wira mahupun pahlawan kerana beliau sanggup mati untuk mempertahankan

pendiriannya. Beliau juga tidak mahu mengaku kalah dengan begitu sahaja dan sekaligus

sanggup mati sebagai seorang pahlawan.

Menerusi hujah yang telah saya kemukakan diatas, dapat saya simpulkan bahawa

Hang Tuah dan Hang Jebat sememangnya mendokong dua prinsip yang sama tetapi

membawa kepada tindakan yang bertentangan. Pertikaman mereka berdua bukan sahaja

menyerupai suatu sengketa pendirian, bahkan suatu pertikaian social yang melibatkan

seluruh anggota masyarakay. Namun, oleh kerana sikap Hang Tuah yang jujur dan
progresif, maka kita dapat menganggap Hang Jebat sebagai seorang pahlawan yang lebih

utama berbanding Hang Tuah dalam cerita ini.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sarji . 2004 . Hang Tuah Tokoh Epik Nasional . Kuala Lumpur . Pelanduk
Publication (M) Sdn. Bhd.

Amir Hamzah . 1982 . Sastera Melayu Lama dan Raja-rajanya . Jakarta .


Penerbit PT. Dian Rakyat.

Kassim Bin Ahmad . 1966 . Characterization in Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur .
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad . 1975 .Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like