You are on page 1of 9

UNIVERSITY OF MALAYA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

“FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU”

JXEA 1104

JAMALIA BINTI MATNAN

JEA080026

PROF. DR AMRAN BIN MUHAMMAD

25 Ogos 2008
IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M)

PENGENALAN TOKOH

Ibn sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat barat, merupakan

seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah.

Beliau adalah orang ternama dunia yang telah menyumbangkan ilmu dan pemikirannya

dalam pembinaan tamadun kemanusiaan. Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup

berpandukan kepada ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya.

Pendidikan yang dilalui beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu

pengetahuan iaitu :

i) Ilmu agama ; Dimulakan dengan belajar AL-Quran, tafsir, fiqah,

usuluddin, tasauf dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah

menghafal Al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang ilmu agama

serta sastera Arab.

ii) Ilmu falsafah ; Selepas tu beliau mempelajari ilmu falsafah, dan berjaya

menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika, arkitek, falsafah

dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16 tahun sahaja.

iii) Ilmu politik ; beliau juga telah memperkenalkan dengan ilmu politik

ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl al-sunnah wa

al-jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal dengan nama Al-

Madinah dan Al-Fadhilah .


HASIL KARYA DAN SUMBANGAN IBNU SINA

Ibn Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif. Buku

karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang

ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam, psikologi, kedoktoran,

kimia, matematik, metafizika, tafsir Al-Quran, politik, dan lain-lain.

BIDANG PERUBATAN

Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku Al-Qanun

fu al-Tibb (peraturan perubatan). Buku itu merupakan satu himpunan perbendaharaan

mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat,

diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil dari Ibn Sina.

Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi al-Tibb (puisi

kedoktoran), al-Adwiyah Al-Qalbiyah (ubat-ubat jantung), Kitab Al-Qoulanj (penyakit

Colic) dan Majmu’ah Ibn Sina Al-Kubrn (cara-cara perubatan penyakit).

Antara karyanya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi rujukan

utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17.

Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa

Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulis-penulis Barat menganggap Ibn

Sina sebagai bapa kedoktoran kerana beliau telah berjaya menyatukan teori
perubatanYunani Hippocrates dan Galen, pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India,

Parsi, serta pengalaman beliau sendiri.

Ibn Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan. Beliau

juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu

perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui

denyutan jantung (untuk mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja)

ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini

masih dipraktikkan oleh para hakim (Doktor Muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi

yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa para hakim di

Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit

melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja mengira beberapa denyutan jantung

di tempat yang dirasai, tapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak

denyutan, masa antara denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya.

Daripada ukuran-ukuran tersebut, seseorang hakim mungkin mengetahui penyakit yang

dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat.

Ibn sina adalah doctor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit

paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah satu penyakit yang boleh berjangkit

(contagious). Beliau boleh memberikan tanda-tanda atau symptom penyakit kencing

manis (diabetes) dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau juga sangat
berminat dalam bahagian berkenaan dengan kesan akal (mind) ke atas jasad yang telah

banyak menulis berkenaan dengan gangguan psikologi.

Sepanjang hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan kira-kira 250 buah karya yang

kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Banyak

karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Al-

Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal di Eropah dan dicetak berulang

kali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu

perubatan di Eropah pada zaman tersebut malah merupakan buku rujukan yang utma di

universiti-universiti sehingga abad ke-17 masihi.


BIDANG-BIDANG FALSAFAH

Dalam bidang ilmu Tauhid (ketuhanan), Ibn Sina terpengaruh denhan falsafah

Plato dan Aristotle sebagaimana dihuraikan oleh imam Al-Ghazali dalam karyanya yang

berjudul Tahaful Al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Filasuf). Beliau

dapat menguasai ilmu ini setelah mempelajarinya daripada Aristotle dengan dibantu oleh

buku karangan Al-Farabi tentang falsafah.

Di samping buku-buku kedoktoran, Ibn Suna juga terkenal dalam

menyumbangkan buku dalam bidang falsafah. Karya beliau yang terkenal mengenainya

ialah Al-Syifaa’ yang memuatkan segala cabang ilmu falsafah. Buku ini mempunyai 18

jilid semuanya. Ia merupakan satu ensiklopedia falsafah yang memuatkan ilmu

metafizika, fizika, psikologi dan lain-lain. Karya ini juga dinamakan Kitab Al-Najat.

Antara bukunya yang lain ialah Kitab Al-Isyarat wa Al-Tanbihat. Buku ini mengulas

tentang bimbingan dan peringatan, di samping memperkatakan prinsip ketuhanan dan

keagamaan.

Beliau telah menghasilkan Kitab Al-Insaf, iaitu mengenai proses keinsafan yang

berasal daripada bukunya Hikmat Al-Masriqiyy iaitu kupasan tentang falsafah Timur.

Sebuah lagi karya Ibn Sina dalam bidang falsafah ini ialah Kitab Al-Hudud, iaitu sebuah

karya yang membicarakan pelbagai kesimpulan dan rumusan berhubung dengan istilah

atau pengertian yang digunakan dalam ilmu falsafah.


BIDANG POLITIK DAN AGAMA

Menurut Ibn Sina, perbincangan tentang politik tidak dapat dipisahkan daripada

agama, kerana hampir kesemua cabang ilmu islam ada hubungan dengan politik. Sebagai

contoh, bukunya bernama Al-Mabda’ wa Al-Ma’aad yang mengulas tentang bermula

dengan berakhirnya dunia ini di samping kupasan tentang ilmu fiqah atau hokum ibadat

dan lain-lain.

Sekalipun diakui bahawa tidak banyak buku politik karangan Ibn Sina, namun

penjelasan beliau mengenainya cukup untuk menyusun suatu teori dalam ilmu politik.

Antara karya beliau dalam bidang ini ialah:

i) Al-Syifaa’ yang membicarakan awal dan akhir dunia menetapkan

nubuwah dan cara-cara dakwah nabi, ibadat dan faedahnya di dunia dan di

akhirat, peraturan membentuk rumah tangga, khalifah atau imam dan

kewajipan taat kepadanya serta mengenai muamalat dan akhlak.

ii) Risalah Al-Siyasah yang secara khusus membicarakan ilmu politik.

iii) Al-Arzaq yang membicarakan pembahagian ekonomi secara umum sama

ada pendapatan individu dan negara.

Menerusi karyanya dalam bidang agama, Ibn Sina sering menghubunginya


dengan bidang politik. Sebahagian besar karyanya dalam bidang agama telah hilang,

namun banyak perbahasan beliau terdapat dalam beberapa karyanya yang lain.
BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Ahmad,t.t Ibnu Sina Mesir tanpa penerbit.

Zukha Ahmat 1998, Muzik Intidiri; Ekspresi

Al-Attas dalam Journal p Islamic Research, Vol 7, No.1, winter 1993 94, Ankara

You might also like