OLAHRAGA( PECUT

)

PENDAHULUAN Sejak bertahun–tahun dahulu lagi sukan olahraga ini diamalkan oleh manusia untuk menilai kekuatan dan keupayaan seseorang individu menerusi perlakuan melompat, berlari dan membaling. Ini kerana sukan melibatkan aktiviti fizikal yang berasaskan persaingan dan seandainya seseorang individu itu dapat menguasai tiga kemahiran asas iaitu melompat, berlari dan membaling akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi didalam masyarakat dan pemerintah. Selain itu, sukan olahraga ini juga digunakan oleh kaum lelaki khususnya untuk mencapai kekuatan yang di impikan. Ketiga-tiga kemahiran yang diamalkan oleh manusia ini di perkembangkan lagi dari masa ke samasa mengikut kesesuaian zaman dan seterusnya menjadi sukan yang dipertandingkan sehinggalah pada masa ini. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menilai dan menentukan siapakah yang lebih pantas apabila berlari, melompat lebih tinggi dan melempar lebih jauh dari pada orang lain. Sukan olahraga ini telah pun wujud sebelum zaman masihi lagi terutamanya di zaman Greek kuno iaitu sukan Olimpik kuno.Sukan olahraga ini juga merupakan salah satu acara pertama yang di pertandingkan di sukan olimpik moden yang pertama kali diadakan di Athen pada tahun 1896.Satu pertubuhan peraturan telah di yang wujudkan iaitu untuk memantau,membuat Olahraga ke sehinggalah peraturanAmator peringkat olahraga IAAF (Pertubuhan olahraga

Antarabangsa)

memantau

antarabangsa.Olahraga ini juga terdapat pelbagai bentuk tetapi matlamat dan objektifnya adalah sama dan terus- menerus diperkembangkan. Apa yang perlu kita tahu bahawa sukan olahraga ini merupakan satu eleman yang sangat penting didalam sukan olimpik kuno sehingga lah ke sukan Olimpik moden.Sukan olahraga ini dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dengan lebih mendalam dan sepesifik bagaimana manusia melakukan pergerakan dan seterusnya bagaimana aktiviti sukan olahraga ini berperanan kepada peningkatan keadaan tubuh badan seseorang individu. Selain itu hasil dari penyelidikan dan pemerhatian para penyelidik dalam peningkatan keadaan tubuh badan seseorang individu dalam aktiviti sukan

1

OLAHRAGA( PECUT )

ini telah menjadi asas untuk prestasi yang paling optimum untuk sukan olahraga ini. SEJARAH Sejarah berlari pecut merupakan acara terawal dalam pertandingan olahraga yang dicatatkan. Semasa sukan olimpik Greek kuno hampir keseluruhan acara adalah acara berlari pecut, manakala pada zaman sukan Olimpik moden sukan Olimpik kuno adalah merupakan bahan rujukan utama dalam pertandinan berlari pecut yang diadakan oleh golongan bawahan dan bangsawan. Salah satu acara pecut yang diadakan yang pernah dicatatkan ialah perlumbaan yang diadakan di Kent, England pada tahun 1754. Pada abad ke19 dan acara pecut ini menjai popular.Perkembangan acara pecut ini dihalang oleh ketiadaan undang-undang dan peraturan piawai dan prosedur permulaan serta tiada keseragaman dalam penjagaan masa yang tepat.Ini menjadi satu masalah kepada pelari untuk menentukan mana satu cara masa diambil yang dapat diterima oleh semua pelari. Setelah kajian dan pelbagai cara digunakan maka persetujuan dibuat untuk menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang sangat baik dan sesuai digunakan dan cara ini dipersetujui oleh semua pihak.Cara yang digunakan ialah meletakkan kaki hadapan pada garis permulaan,manakala kaki belakang berada pada 15-20 cm daripada garisan. Tubuh badan pelari akan dicondongkan sedikit kehadapan sehingga pada sudut 90 darjah ataupun selari dengan padang. SENARAI PELAIR PECUT DUNIA
100M LELAKI NAMA Usain Bolt Tyson Gay Asafa Powell 100M WANITA NAMA Florence Griffith Joyner Carmelita Jeter Marion Jones CATATAN MASA(S) 10.49 10.64 10.65 TAHUN 16.07.1988(Indianapolis) 20.09.2009(Shanghai) 12.09.1998(Johannesburg) NEGARA USA USA USA CATATAN MASA(S) 9.58 9.69 9.72 TAHUN 16.08.2009(Berlin) 16.08.2008(Shanghai) 02.09.2008(Lausanne) NEGARA JAMAICA USA JAM

2

41s Athlete Watson Nyambek Dr. Abidin Negeri Sarawak Selangor K.1999(Sevilla) 17.1996(Atlanta) 30.1998(Johannesbur g) 13.29 TAHUN 26.JPN Manila PHL Tarikh 07/05/93 22/07/98 3/12/1993 3 .Shanti G.92s 46.2009(New York City) NEGARA JAM USA USA 400M WANITA NAMA Marita Koch Jarmila Kratochvilova CATATAN MASA(S) 47.08.50 23.58 TAHUN 20.2009(Berlin) 01.19 19.1988(Zurich) NEGARA USA USA CATATAN MASA(S) 21.Shanti Rabi Abdul Salam Tempat K.10. Jegathesan Mohd Zaiful Z.08. M.OLAHRAGA( PECUT ) 200M LELAKI NAMA Usain Bolt Michael Johnson Tyson Gay 200 PEREMPUAN NAMA Florence GriffithJoyner Marion Jones Merlene Ottey 400M LELAKI NAMA Michael Johnson Harry Reynolds CATATAN MASA(S) 43.34 21.37 52. Lumpur Tempat B.09.Lumpur Fukuoka.62 21.64 TAHUN 29.1985(Canberra) 10.1988(Seoul) 11.L Mexico City (Olympic) Brunei DS Tarikh 15/07/1998 15/10/1968 20/07/2001 WANITA Acara 100M 200M 400M Record(s ) 11. K.08.60 47.08. Jalil.09.32 19.56 Athlete G.18 43.30s 20.1991(Bruxelles) NEGARA USA USA JAM CATATAN MASA(S) 19.1983(Helsinki) NEGARA GRD CZE PELARI PECUT NEGARA LELAKI Acara 100 Meter 200 Meter 400 Meter Record 10.09.08.99 TAHUN 06.05.

Jarak langkan ini dapat dipertingkatkan melalui kekuatan pergelangan kaki.kelenturan badan yang tinggi dan keupayaan untuk merehatkan diri semasa berlari.lutut.jenis kejohanan dan seterusnya taraf atlit itu sendiri.fikiran dan kebolehan yang baik terutamanya bakat semulajadi.Terdapat dua faktor yang penting untuk dikuasai oleh atlit-atlit pelari pecut di mana factor ini menentukan kepantasan larian iaitu kelajuan jarak langkah dan kaki semasa berlari.Selain itu motivasi dan ransangan juga sangat penting untuk meningkatkan prestasi seseorang pelari pecut. Larian ini juga merupakan acara yang dibuat tanpa sebarang bantuan dan kebolehan berlari dalam kadar tertinggi.Seorang atlit mempunyai jarak langkah 1. adalah perlu kita mengetahui dengan lebih mendalam beberapa perbezaan antara ketiga-tiga acara pecut tersebut.Larian pecut ini bergantung kepada beberapa factor iaitu jarak. 4 .kekuatan dan mobiliti bergerak.Larian pecut terbahagi kepada tiga iaitu 100 meter.OLAHRAGA( PECUT ) LARI PECUT Definisi: Lari pecut bagi sukan olahraga didifinisikan sebagai acara yang berlari dengan pantas.5 hingga 2 meter pada larian pecut. Seseorang atlit mempunyai jarak optimum yang berbeza-beza dan dipengaruhi oleh panjang kaki.permukaan balapan.200 meter dan 400 meter. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-aspek larian pecut. Untuk berlari dengan pentas seseorang atlit perlu mempunyai kemahiran.rintangan angin.dan sendi pinggang.Atlit juga perlu mempunyai kordinasi yang baik. PANDUAN KHUSUS Berikut akan didedahkan secara khusus bagi setiap acara yang tergolong dalam kategori lari pecut.

tidak hairanlah bagi mereka yang menceburkan diri dalam sukan olahraga ini akan didedahkan dengan acara ini. maka segala aspek larian perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari. iaitu aspek yang paling penting dalam acara ini. kecuali apabila dicabar oleh pelari lain. Peringkata dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan ataupun lonjakan dari blok permulaan. Acara 100 Meter. Oleh kerana masa yang diambil untuk menamatkan acara ini terlalu cepat dan pantas.OLAHRAGA( PECUT ) 1. Ini adalah disebabkan permulaan ini boleh menentukan kedudukan setiap pelari. Selepas itu barulah pelari memulakan larian yang akan membawa kepada peningkatan kelajuan sehinggalah kelajuannya mencapai ke tahap maksimum sehingga sampai ke garisan penamat. Peringkat ini akan digunakan oleh pelari yang terlatih dan berpengalaman. Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja menerima isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas. Boleh dikatakan semua peserta ataupun pelari 100 meter memberikan tumpuan utama kepada acara memulakan larian. para peserta akan menumpukan perhatian kepada isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas. Sebelum memulakan larian. Selepas itu pelari akan memecut dan mengekalkan pecutannya sehingga ke garisan penamat. Acara ini dianggap sebagai acara yang diminati ramai dan yang paling istimewa. Pada waktu inilah para pelari akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memulakan larian mereka sebaik sahaja pistol dibunyikan. manakala pelari-pelari baru lebih gemar mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian. Para pelari ataupun peserta hendaklah sentiasa peka dengan pegawai pelepas yang berkemungkinan melepaskan isyarat awal ataupun lewat. malah di dunia secara tidak rasmi. Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara yang boleh menentukan manusia ataupun individu yang terpantas dalam sesuatu kejohanan atau negara ataupun wilayah. Seorang pelari itu seharusnya menumpukan perhatiannya kepada lariannya 5 . khususnya dikalangan peminat olahraga. Oleh yang demikian.

Penambahan Kelajuan ( Pick – Up )] Dalam fasa ini. Kelajuan Maksimum Pada fasa ini pelari akan berlari pada tahap kelajuan maksimum dan mengekalkan rentak larian pada tahap tersebut. 3. 3. Mulaan. Untuk fasa ini. kerana posisi yang digunakan oleh pelari nyata berbeza dengan fasa memulakan larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh. terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 9 meter sesaat. kelajuan pelari akan bertambah dalam lebih kurang 30 ke 35 meter selepas fasa yang kedua. pelari akan berusaha dengan seberapa cepat yang mampu untuk menukar posisi lariannya dari pegun kepada aksi larian iaitu dengan lonjakan yang sebaik mungkin. 2. Pelajuan ( acceleration ) Dalam fasa yang ketiga ini. larian boleh diklasifikasikan kepada empat fasa. 4.OLAHRAGA( PECUT ) sendiri dan tidak terpengaruh dengan mudah gaya atau corak gaya larian peserta/pelari lain. 1. 6 . Fasa ini dinamakan penambahan kelajuan (Pick-up). 2. 4. Mulaan. iaitu: 1. Selain daripada itu. iaitu dalam jarak lebih kurang tujuh hingga lapan langkah yang pertama. Dalam acara lari pecut 100m. Penambahan kelajuan ( pick-up ) Pelajuan (acceleration ) Kelajuan Maksimum.

walaupun pada hakikkatnya jarak larian adalah sama. Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa yang digunakan oleh setiap pelari. Dalam acara 100 meter pelari hanya perlu berlari mengikut lorong yang lurus dari awal hinggalah ke akhirnya. Empat fasa tersebut adalah seperti berikut: 1. 7 . Pelari hanya perlu mengekalkan teknik lariannya semata-mata. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini. Untuk acara 200 meter. kecuali blok permulaan yang harus diletakkan pada sudut 90 darjah daripada garisan permulaan. pelari yang berlari dilorong paling luar akan kelihatan berada pada kedudukan paling hadapan . pelari juga memerlukan pengawalan dan keseimbanagn badan serta kemahiran berlari semasa melalui selekoh. selain harus mempunyai kekuatan. Ini berbeza dengan larian dalam acara 200 meter dan 400 meter. Caranya adalah. Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha yang sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Ini akan menolong seluruh badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkoordinasi. kepantasan dan penumpuan. Kemahiran berlari di selekoh seharusnya dikuasai oleh pelari 200 meter. Permulaan untuk acara 200 meter adalah hampir sama dengan permulaan 100 meter.OLAHRAGA( PECUT ) Acara 200 Meter. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai. bukan daripada garisan lorongnya. ianya akan menyebabkan pelari lebih mudah tergelincir keluar. Gaya dekam pula sering digunakan dan dianggap sesuai untuk acara ini. 2. atlet perlu memperolehi teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak berlari di atas selekoh lebih kurang 100 meter. atlet/pelari akan condong kesebelah selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Dalam acara ini. Pada permulaan ini.Perbezaan yang paling ketara antar acara 100 dan 200 meter adalah daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan yang tinggi merentasi jarak yang lebih jauh berbanding 100 meter.

Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari dilorong lurus yang jaraknya lebih kurang 100 meter. Ini bermakna perlari perlu mengimbanagi semula badannya supaya keseimbanagan tengah badan dapata diperolehi semula. dengan kata lain pelari menigkatkan kadar pecutan untuk menuju ke garisan penamat. Ramai yang menganggap bahawa acara 400 meter tergolong dalam acara jarak sederhana dan bukannya termasuk dalam kategori acara pecut. Ini adalah disebabkan. kita bahagikan jarak 400 meter ini kepada dua peringkat. pelari menghadapi keadaan yang sukar. Pada hakikatnya. iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Sebaiknya pelari perlu mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dapat dicapai sehingga ke garisan penamat.OLAHRAGA( PECUT ) 3. Bagi memudahkan larian. pelari seharusnya dapat merancang lariannya dengan baik. pelari harus dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya mampu berlari pada kelajuan yang optimum dan memecut pada jarak tertentu. seorang pelari tidak mungkin dapat mengekalkan larian dan berlari pada kelajuan yang sama sepanjang jarak tersebut. acara ini adalah termasuk dalam acara pecut. Dalam situasi ini. Acara 400 meter. pelari seharusnya dapat mengukur kekuatannya berbanding dengan pelari lain. 4. Pelari 8 . iaitu menghulurkan bahagian dada pelari kehadapan seboleh mungkin. Manakala cara menamatkan larian 200 meter adalah sama dengan 100 meter. Dalam perlumbaan. Disebabkan jarak larian yang berbeza dengan acara 100 dan 200 meter. Lorong lurus 100 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan dan kekuatan mental yang tinggi. walaupun mempunyai cara larian yang agak berbeza dengan 100 dan 200 meter. kerana gaya larian terpaksa diubah suai. Walaubagaimanapun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang lariannya. Pada saat ini perlu menggunakan kaedah larian 100 meter iaitu berlari pada tahap kelajuan yang semaksimum mungkin.

Biasanya pelari 400 meter akan cuba untuk mendapatkan suatu permulaan dan larian yang baik pada selekoh yang pertama.OLAHRAGA( PECUT ) hendaklah memperuntukkan masa yang wajar untuk setiap jarak pada kedua-dua peringkat tersebut. Blok permulaan adalah merupakan gabungan besi dan keluli yang direka untuk tujuan ini. Berlari pada jarak ini. pada jarak 200 meter pertama masa yang diperuntukkan selama 20 ke 25 saat dan begitu juga pada jarak 200 meter terakhir. Ini adalah disebabkan oleh faktor asas bahawa adalah tidak mungkin seseorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan lariannya pada kelajuan yang sama sepanjang jarak tersebut. Para pelari juga diingatkan supaya menggunakan blok permulaan ini dengan baik tanpa mendatangkan sebarang kecederaan. Penggunaan blok permulaan dalam acara pecut adalah penting. Perancangan yang sebegini akan memudahkan pelari menentukan tahap kelajuannya pada jarak tertentu. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan dan membantu pelari dalam membuat permulaan. dan amat penting. menggunakan strategi larian yang bersesuaian terutama dalam acara pecut seperti 400 meter adalah perlu. Blok permulaan adalah suatu alat yang digunakan oleh pelari dalam kesemua acara pecut. diikuti meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. BLOK PERMULAAN DAN ATURAN PENGGUNAAN. Berikut adalah secara ringkas tentang panduan atau aturan penggunaan blok permulaan. samaada dari pelari yang lain ataupun dari mana-mana pihak. kerana blok akan memberikan bantuan dalam lonjakan dan tolakan kepada pelari sekaligus membantu pelari menghasilkan permulaan yang baik. pelari seharusnya dapat mengawal dan mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan yang tertekan. iaitu selama 20 ke 25 saat juga. Perkara ini penting untuk mengelakkan setiap 9 . Sebagai kesimpulan. Misalnya. larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama. meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua.

imbangan dan kecekapanm mekanikal kepada pelari semasa berada terutamanya pada kedudukan sedia. Dua factor asas mempengaruhi kepantasan seseorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. blok permulaan hendaklah diletakkan di tengah lorong.OLAHRAGA( PECUT ) peserta dari kecederaan ataupun melakukan kesilapan yang menyebabkan rentak permulaan dan larian yang kurang memuaskan. Melalui posisi ini. ARAHAN PERMULAAN 10 . Pelari hendaklah meletakkan blok permulaan pada tempat dan kedudukan yang sesuai bagi diri mereka. hadapan bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan. Apabila bermula pada lorong lurus seperti acara 100 meter. Jarak antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan adalah di antara 30 hingga 50 cm. e. A. Pelari hendaklah memastikan agar blok dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan baik dan ketat supaya dapat digunakan dengan berkesan dan selesa. blok hendaklah diletakkan di sebelah luar lorong dengan cara tangen kepada garisan permulaan. 200m. atlet boleh berlari lurus dalam jarak beberapa langkah yang pertama. b. PANDUAN UMUM LARI PECUT Lari pecut ialah acara jarak dekat yang terdiri daripada acara 100m. c. sesuai dengan keselesaannya. manakal jarak di antara bahagian belakang dengan d. Pelari hendaklah dapat menentukan kaki mana yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok dan kaki mana pula yang akan diletakkan pada bahagian hadapannya. a. Manakala di lorong lurus. dan 400m yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantas yang mungkin. Jarak blok daripada garisan permulaan hendaklah mampu memberi keselesaan.

arahan untuk memulakan perlumbaan adalah “ke garisan. gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. ‘Sedia”  Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. 3.  Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan. bang” B. Untuk pertandingan masa kini. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.  Condongkan badan ke hadapan. 1. kaki belakang sedikit ke belakang. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.  Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. 2. Gaya Berdiri  Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum.Persediaan  Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan’ diberi.OLAHRAGA( PECUT )  Untuk semua acara sehingga 400 meter termasuk 400 meter. sedia.  Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. TEKNIK MULA LARI PECUT  Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Ke garisan  Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya. 11 . kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

12 . Walaupun terdapat banyak variasi. 2. Gaya peluru a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 1/2 tapak. Fasa pecutan b. Gaya Peluru [Bullet/Bunch/Kangaroo Start] 2. pada amnya terdapat tiga cara iaitu: 1. Gaya Panjang [Elongated Start] Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan 1. Fasa penamat.’Bang’ atau ‘mula’  Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNK LARI PECUT Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut: 1. Fasa larian di selekoh 3. 4. Gaya Sederhana [Medium Start] 3.  Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan c. Fasa permulaan.OLAHRAGA( PECUT )  Kaki belakang tolak ke tanah. Fasa larian a. Fasa Permulaan Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza.

Gaya panjang  Blok hadapan diletak dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne. Gaya sederhana  Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 3. Memulakan larian dengan Blok Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan capat. Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.1985). Gaya peluru  Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. 2. Gaya Sederhana a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. Gaya memulakan larian juga melibatkan tiga gaya : 1. Penempatan Blok Permulaan yang Lebih Tepat 13 .OLAHRAGA( PECUT ) b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

14 . Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Fasa Pecutan  Selepas arahan pelepas ‘ke garisan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan.OLAHRAGA( PECUT ) Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang lebih tepat.55 Panjang kaki___ x 0. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki. diletak di belakang garis mula.Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain. Kedudukan tangan  Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. diberi. pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. Kedudukan kepala dan leher  Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Nilai dicari Panjang kaki Penempatan hadapan Jarak antara blok Cara mengira Dari Trochenter tanah blok Panjang kaki___x 0. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada garisan dalam.42 Keputusan (in/cm) ke Penempatan blok di selekoh  Acara larian 200m dan 400m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m.

Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Teknik Larian di Selekoh o Pada bahagian selekoh. maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum. Tangan dibengkokkan 90°darjah.OLAHRAGA( PECUT ) Pergerakan tangan dan kaki  Selepas ‘bang’ atau tembakan pistol.pecutan berlaku awal dalam larian. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. semakin kuat kuasa ‘centritugal’. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan o Fasa pecutan di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 – 18 meter. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. semakin laju atlit berlari.  Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. kadar pecutan akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk mengimbangkan kuasa ‘centritugal’ seorang pelari seharusnya 15 . pergerakan di hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.  Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Dalam lari pecut. kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LARI PECUT.OLAHRAGA( PECUT ) merendahkan badan kearah dalam. Teknik Penamat o Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. b). sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Tangan kiri terus dihayun lurus. manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam. a). Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjuk dalam rajah dengan mengangkat ke atas dan menarik tangan ke belakang. Prinsip-prinsip mekanik yang terdapat dalam acara lari pecut adalah seperti berikut. Pergerakan ( motion ) Halaju ( Velocity ) 16 .

c. jarak dan arah yang sama. Pergerakannya dibahagikan kepada yang sama dan yang tidak sama. Ianya tidak sama apabila jarak yang tidak sama dihabiskan dalam masa yang sama. a. Halaju Halaju didefinisikan sebagai kadar pergerakan sesuatu objek dalam satu arah. Pergerakan Linear.OLAHRAGA( PECUT ) c). Pecutan ( acceleration ) Pecutan bagi sesuatu objek yang bergerak ialah kadar perubahan halaju. f). Pergerakan Angular Pergerakan badan dalam paksi yang tetap. kerana dari 30 meter hingga 70 meter adalah dalam keadaan acceleration. Oleh sebab itu. e). Ianya akan diukur dalam meter per saat. seseorang pelari pecut mestilah memperolehi putaran kaki yang baik. Pergerakan Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan. b. 17 . dan diukur dalam meter per saat. Pergerakan badan dikatakan sama apabila jarak yang sama di habiskan dalam masa yang sama. tetapi dalam acara pecut terdapat dua jenis iaitu. Pergerakan “Linear” dan “Angular”. Pecutan ( Acceleration ) Halaju Resultant ( Resultant velocity ) Daya ( Force ) Pusat Graviti ( Pusat Of GravitY ). d). Ia adalah dalam satu bentuk yang relatif. Pergerakan seseorang pelari pecut tidak sama. Pergerakan terdapat dalam berbagai jenis. dan dari 80 meter hingga 100 meter berlaku decelartion. Pergerakan badan dalam satu garisan yang lurus dan ia bergerak dalam kepantasan yang sama.

Tetapi. Pusat Graviti : ialah titik pada badan. Kuasa Graviti adalah kuasa menarik benda ke arah pusat dunia. b. Halaju Resultant.OLAHRAGA( PECUT ) d. dalam besar boleh dihasilkan apabila mendatar menegak halaju resultant kemungkinan boleh terdapat daya tanpa pergerakan. Latihan mendorong 18 . a. Daya olahraga adalah kesan badan terhadap daya sesuatu. Tarikan ke bawah oleh gravity. punca utama daya ialah daripada pergerakan dalaman otot-otot pelari. pelari menggunakan dua jenis halaju pada badannya serentak. Daya. di mana berat keseluruhan badan ditumpukan. Kuasa Graviti. Dalam mengambil langkah larian seseorang. c. iaitu daya mendatar dan menegak. Pergerakan ‘component’ tidak selalu berlaku pada sudut tepat. f. tetapi ia juga boleh digunakan untuk sudut-sudut ‘obtuse’ dan ‘acure’. Tolakan ke atas oleh halangan tanah. Dalam lari pecut. a b c e. Adalah lebih baik jika seseorang pelari menetapkan laluan pusat gravity seberapa mendatar yang boleh.Pergerakan digunakan. LATIHAN ANSUR MAJU A. Manakala bahagian luar boleh dibahagikan kepada . Halangan udara.

4) Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan. dalam kumpulan. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kakii diluruskan. 3) Larian bayang-bayang. 19 . 5.OLAHRAGA( PECUT ) 1) Berlari dalam dimaklumkan. mengangkat lutut. 4. 6. B. secara berpasangan. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. Latihan pergerakan tangan. Berlari dengan melangkah panjang. Berjalan dengan lutut tinggi. 8. berkumpulan berlatih menggerakkan tangan90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut. kawasan terhad dan menyentuh objek yang 2) Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan. 3. Larian teknik pecut 1. Berlari menyepak ke belakang. dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. 2. Berjalan dengan lutut tinggi. 7. seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelekkan diri disentuh.

20 . Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan      Melonjak untuk jarak Melangkah panjang (Bounding) Melonjak dan melangkah melepasi halangan Melompat memusing. mendekam dan memecut. LATIHAN UNTUK LARI PECUT.OLAHRAGA( PECUT ) C. Berpasangan :Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Berlari pecut secara berulang-alik. kemudian memecut sejauh 30 ke 50 Berlari sambil mengejar pasangan yang kedudukan asalnya sejauh 30 meter. Berlari ke suatu jarak tertentu kemudian berhenti dan melakukan fizikal. sesuai untuk latihan dan 400 meter. 8. 2. dengan penekanan diberikan kepada aspek mencondongkan badan. 4. SPRINT DRILLS 1. Berlari pecut samaada berpasangan ataupun bersendirian ataupun berkumpulan dalam jarak tertentu seperti 20 hingga 300 meter. 200 7. di samping untuk acara olahraga yang lain. Bermula dengan pecutan 20 meter. 3. tangan latihan untuk melakukan latihan tertentu dan lakukan latihan fizikal semula. kemudian diikuti dengan 30. Ankling Step Over The Shin Straight Leg Run High Knee Stepping High Knee Skipping Butt Kick Impulse Step Sprinting Lunges Speed Stepping 21 . 5. 40. seorang pelari mesti mengamalkan/menjalani latihan tertentu untuk memantapkan larian dan daya pecutan.OLAHRAGA( PECUT ) - Di samping teknik larian yang betul . Berlari setempat sambil mengangkat kaki setinggi yang boleh dan dihayunkan dengan pantas mengikut gerak kaki. 4. 5. 6. Kaedah latihan tersebut adalah : 1. 2. Berlari pecut untuk beberapa jarak di selekoh. 6. Beberapa kaedah ataupun aktiviti yang dijalankan khusus untuk pelari pecut. kemudian lari lagi untuk jarak tertentu dan berhenti fizikal. 3. dan berlari pecut seterusnya untuk jarak meter. 7. Berlari biasa untuk 20 meter. Kemudian berlari lagi untuk kembali ke kedudukan asal. 50 meter dan seterusnya.

sebelum didedahkan dengan teknik larian yang betul. Kesalahan-kesalahan 22 . Pelari hendaklah mempunyai keyakinan.3 Straight Leg Fast Leg Teknik Larian Sebagai acara yang jaraknya agak jauh. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak. Pelari hendaklah bersedia mengikut latihan dan mematuhi segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh jurulatih. ketahanan mental dan konsentrasi untuk berlari dalam acara ini. Backward Strides Butt Kick With Command 1. 4. dan pada masa yang sama dapat mengelakkan dari sebarang kecederaan. teknik dan perancangan larian sendiri tanpa terpengaruh dengan larian peserta yang lain.sudah tentu ianya memerlukan gaya dan strategi serta bentuk larian yang berbeza dengan acara pecut jarak dekat seperti 100 dan 200 meter. Pelari hendaklah mengangkat lututnya setinggi yang boleh. 3. kerana dia sendiri yang tahu teknik dan kemampuan yang akan digunakannya. Pelari hendaklah menggunakan bahagian hujung tapak kaki dan bukan keseluruhan tapak kakinya. Seseorang pelari yang menyertai acara ini harus patuh pada gaya.2. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA. Setiap peserta. 10.OLAHRAGA( PECUT ) 9. serta mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi acara ini. 2. 5. para peserta selalunya melakukan pelbagai kesalahan. bentuk dan strategi larian agar mampu menghasilkan kejayaan atau prestasi yang baik. Antara cara larian dalam acara 400 meter ini adalah seperti berikut: 1. 11.

iaitu berlari dengan hanya meluruskan kedua tangan ke bawah lebih membebankan pelari tersebut. Berlari Tanpa Melakukan Hayunan. 3.OLAHRAGA( PECUT ) ini jika tidak diperbetulkan akan mengganggu pelari semasa melakukan pecutan. Berlari Di Atas Tapak Kaki. 23 . ianya akan mengganggu pecutan pelari tersebut. Ini adalah disebabkan oleh berat badan pelari menghalangnya untuk terus memecut. Hayunan yang menyilang badan akan mengganggu pelari dan akan menyebabkan pelari tidak selesa. Semasa melakukan pecutan pelari seharusnya menghayunkan tangan selari dengan badan. Berlari tanpa menghayunkan tangan tidak memberikan sebarang kelebihan. Ini akan menyebabklan peserta melakukan beberapa kesilapan lagi yang akan mengakibatkan peserta lain terganggu dan memasuki lorong peserta lain. PERMAINAN KECIL YANG MELIBATKAN LARI PECUT. 2. Semasa melakukan larian pelari hendaklah membrikan tumpuan sepenuhnya kepada lariannya sambil terus memandang ke hadapan. Memandang Ke atas. Kaedah atau cara ini. 4. adalah seperti berikut: 1. Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh setiap pelari. supaya pelari dapat memecut dan bergerak dengan lebih selesa. Sekirannya pelari melakukan cara ini. Pelari tidak seharusnya berlari sambil mendongak ataupun memandang ke atas. Hayunan Tangan Menyilang Badan.

Lari ulang alik ataupun lari kutip mata. d. Pukul berapa Datuk Harimau ? Belalang.OLAHRAGA( PECUT ) Permaian kegunaan kecil yang berbagai bentuk boleh di adakan dan dalam Pendidikan Jasmani yang bertemakan lari pecut. belatuk. Setiap acara ataupun jenis sukan olahraga yang dipertandingkan. ianya mempunyai undang tertentu. 24 . b. secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa melakukan setiap aktiviti permainan kecil. Undang-undang tersebut akan menentukan bahawa setiap keputusan ataupun hasil dari setiap acara itu dapat diterima dengan baik oleh semua pihak. Tujuan utama aktiviti permaianan kecil ini adalah untuk memudahkan pelajar mempraktikkan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Untuk acara lari pecut. Antara undang-undang yang khusus untuk lari pecut adalah seperti berikut: a. Dalam perkara ini. Kesemua aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan berpandukan pada arahan dan pemantauan daripada guru. Nombor sama berlari (bulatan). dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari. Blok permulaan hendaklah kukuh dan selamat digunakan. Ini adalah perlu untuk para pendidik semasa melaksanakan latihan program pengajaran dan pembelajaran. c. ianya tidak terkecuali daripada undang-undang tersebut. Antara permainan kecil yang dijalankan sesuai dengan tema lari pecut adalah seperti berikut:a. supaya pelajar dapat memberikan mutu permaianan serta teknik yang baik digunakan oleh para pelajar. UNDANG-UNDANG LARI PECUT. e. Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat.

kasut demikian tidak harus dibuat sedemikian sehingga memberi bantuan tambahan. Sebelum acara dimulakan. ianya akan dibatalkan terus. PERATURAN 143 IAAF (Pakaian. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Dalam perlumbaan yang melibatkan lorong. e. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan batal sekali sahaja. h. pelari ataupun peserta tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan. c. kasut dan Nombor Peserta) Kasut  Peserta boleh bertanding berkaki ayam atau dengan memakai kasut pada sebelah atau kedua-dua belah kaki. Apabila memulakan larian dengan gaya dekam. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira peserta yang dapat mencecahkan torsonya ataupun bahagian hadapan dadanya pada pita penamat/garisan penamat. g. sama ada dengan tangan ataupun kaki. peserta hendaklah berlari mengikut lorong asalnya dari awal hingga akhir perlumbaan.OLAHRAGA( PECUT ) b. kedua-dua tangan hendaklah menyentuh tanah. Bagaimanapun. Setiap peserta ataupun pelari hanya dibenarkan melonjak dari blok permulaan selepas pistol pegawai pelepas dibunyikan. SAekiaranya ia melakukan untuk kali yang kedua. bilangan mempunyai cengkaman yang baik pada tanah. f. Semasa berada di garisan permulaan. peserta hendaklah terlebih dahulu memanaskan badan. Peserta yang melonjak sebelum isyarat diberikan adalah dikira batal. dan tiada spring atau perkakas 25 . d. Tujuan memakai kasut dalam pertandingan ialah memberi perlindungan dan kestabilan kepada kaki dan kasut.

Tiga atau orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek. 3. Peraturan 121 Penjaga Masa 1. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengan garis penamat. 4.OLAHRAGA( PECUT ) dalam sebarang bentuk boleh dipasang pada kasut. 2. Sebarang bilangan paku sehingga 11 boleh digunakan tetapi lubang paku tidak harus melebihi.bahagian paku yang terkeluar dari tapak kasut tidak harus melebihi 9mm kecuali bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing yang tidak harus melebihi 12mm. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga Masa. Peraturan 160 26 . Tali kasut boleh meliliti bahagian kekura kaki dibenarkan. Bilangan Paku  Bahagian tapak dan tumit kasut harus dibuat supaya boleh memasang sehingga 11 paku. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa untuk setiap peserta. Paku-paku ini semaksimumnya harus mempunyai diameter 4mm.Bagi permukaan bukan sintetik.panjang maksimum paku ialah 25mm dan diameter maksimum ialah 4mm. Dimensi Paku  Apabila satu pertandingan dikendalikan di atas permukaan sintetik.

2 adalah masa rasmi. maka masa .6 Jam2 11. Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama. Contoh:: 10.1 saat. 27 . 10.11 s dibaca sebagai 10.maka masa yang sama itu adalah masa rasmi. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat. maka masa yang tengah beza dikira.2 tidak dikira. Contoh 10. masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. 2. jika salah satu terlalu dengan dua masa yang lain. pertimbangan berikut boleh diambil: a. maka masa itu tidak boleh (11.5 Jam3 11. 3.Namun begitu. Contoh: Jam 1 11.1. Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama. Dalam kes tiga jam randik digunakan.6 ) Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan. b.1. masa rasmi 10.25s. Jika dua daripada tiga masa adalah sama.OLAHRAGA( PECUT ) 1. c.9.maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.10. Untuk pengambilan masa dengan tangan. masa rasmi = 11.

Pada keseluruhannya. yang berkaitan dengan kaedah dan teknik larian pecut jarak 100 meter. Para penonton akan merasa puas dengan hasil yang mereka tontoni.OLAHRAGA( PECUT ) RUMUSAN. 28 . Kombinasi tersebut adalah penumpuan minda atau pemusatan minda terhadap acara yang disertai. kita dapat aplikasikannya kepda tiga acara yang berbeza pada jarak. Acara pecut merupakan acara yang sentiasa menjadi tumpuan dalam mana-mana kejohanan. teknik larian dan kekuatan fizikal. kita akan dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas lagi tentang sukan olahraga khususnya acara pecut. Dalam acara lari pecut ini. ketahanan mental serta daya pecutan yang semaksimum mungkin. lari pecut memerlukan beberapa kombinasi mantap yang diperlukan oleh setiap pelari semasa melakukan larian. Justeru itu. manakala jurulatih akan dapat kepuasan daripada hasil yang telah dipraktikkan oleh para pesertanya. para peserta seharusnya cuba untuk mempraktikkan segala yang telah dicurahkan oleh pihak tertentu. Dalam hal ini. kekuatan fizikal. dengan terhasilnya kerja ini. 200 meter dan 400 meter.

Dihasilkan atas (Asal) British Athletic Federation. Teng Boon Tong. 10. Kuala Lumpur. 1989.s. Indonesia. Kesatuan Olahraga Amator Malaysia. Sidhu N. Buku Peraturan Pertandingan Sukan. Kuala Lumpur. 1998 – 1999. 4. Kanada. 29 . Edisi Bahasa Inggeris Ratal Wirjasantosa. 8. Siri Teras Sukan. Supervisi Pendidikan Olahraga. 1980. Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia. Universitas Indionesia. Montoye et. 5. Bhd. 7. Balapan. Siri Mengenal Sukan. Buku Panduan.(KOAM). Henry J. Goodmark Enterprise: Kuala 3. 1984. Junjuara Publicatioan: Lumpur. Cetakan Pertama.1996. Olahraga – Balapan. Malaysia. Al. Panduan Pengajaran Olahraga. Manual Olahraga. 1996. Panduan Latihan Olahraga. Ahmad Wafi. Measuring Physical Activity and Energy Expenditure.. Sdn.1996.OLAHRAGA( PECUT ) BIBLIOGRAFI 1. Lumpur 2 Kuala Helen Tan. Human Kinetics. Longman Olahraga kerjasama 1994. 6.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful