You are on page 1of 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH:
IBNU THUFAIL

Nama Pelajar:
JOYNER ANAK SEDIN

No. Matrik :
JEA080028

No. Kumpulan Tutorial :


RABU(12.00-1.00 PETANG)

Nama Pensyarah :
DR. AMRAN MUHAMMAD

Nama Tutor :
CIK HADIJAH BT ABDUL RAHMAN
BIODATA TOKOH

Tokoh falsafah yang telah saya pilih untuk dibuat kajian ialah Ibnu Thufail.

Saya berminat untuk mengkaji falsafah yang disampaikan oleh beliau kerana beliau

mempunyai falsafah yang unik dan membolehkan saya mengupasnya dengan lebih

terperinci. Nama sebenar Ibnu Thufail ialah Abukabar Mohammad Ibnu Mali Ibnu

Thufail Al Qaisi. Ibnu Thufail dilahirkan di Sepanyol dan beliau merupakan penduduk

Granada asli. Beliau dilahirkan di kota tersebut pada tahun 1110M, iaitu setahun sebelum

Al Ghazali wafat. Kemudian beliau dibesarkan, belajar dan juga bekerja di kota ini. Di

samping menjadi seorang filosuf, beliau juga seorang tabib yang ahli, seorang ahli ilmu

dan ilmu alam. Beliau pernah menjabat sekretaris kerajaan dan menjadi tabib dari

Khalifah Abu Ya’kob Al Mansur. Kedudukannya sebagai tabib raja ini akan diberikannya

kepada Ibnu Rusydi untuk menggantikan tempatnya.

Ibnu Thufail mempunyai banyak karangan dalam soal-soal ketabiban,

astronomi dan lain-lain. Salah satu daripada karangannya yang amat masyhur ialah

karangan yang berjudul Hayy bin Yaqdhan (Si Hidup anak Si Bangun) yang turut

dinamakan sebagai Asrarul Falsafah al Masyriqiah (Rahasia Filsafat Timur), kerana

dalam buku ini Ibnu Thufail menerangkan tentang filsafat dari filosuf Timur (Al Farabi

cs.). Pada tahun 1671, buku ini telah disalin ke dalam bahasa Latin dan diberi nama

Philosopphus Autodidactus (Filosuf yang belajar sendiri). Selepas itu, buku ini juga telah

diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sepanyol dan Perancis.

_______________________________________________________________________

_
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan buku beliau yang bertajuk Hayy bin

Yaqdhan. Buku ini dianggap sebagai ciri yang khusus dari filsafat Ibnu Thufail, yang

sama dengan ciri Ibnu Khaldun pada bukunya yang terkenal iaitu Al Muqaddimah. Buku

Hayy bin Yaqdhan mengisahkan seorang anak kecil yang lahir ke dunia dari perkahwinan

yang memalukan. Orang tua anak itu telah menghanyutkan anak itu ke laut. Nasib

menyebelahi anak itu apabila dia terdampar di sebuah pulau yang subur tetapi terasing.

Kemudian seekor kijang menyusuinya dan membesarkan anak itu. Ibnu Thufail telah

memberikan nama Hayy bin Yaqdhan kepada anak itu.

Kehidupan Hayy amat primitif dan dia memulakan langkahnya untuk

memajukan dirinya. Hayy banyak mempelajari peradaban manusia dan hidupan di pulau

itu melalui pemerhatian dengan menggunakan pancaindera dan mempraktikkannya. Hayy

juga percaya akan kewujudan Tuhan dan sampailah pemikiran Hayy kepada pengakuan

ketuhanan. Temannya, iaitu seorang penduduk alim dari pulau lain mengajar Hayy

bertutur dalam bahasa manusia dan setelah itu mereka bertukar-tukar fikiran. Si alim itu

berasal dari pulau besar yang mempunyai ramai penduduk tetapi penduduk di pulau itu

mengamalkan cara hidup yang tidak elok iaitu mementingkan keduniaan dan hidup

bergelumung dengan maksiat. Di sinilah Ibnu Thufail menggambarkan alam fikiran Hayy

yang berkembang sendiri itu dapat disesuaikan dengan alam fikiran Si alim yang

terpelajar. Di samping itu, Hayy juga mengerti maksud agama yang menuntun langsung

secara praktis fitrah dan keselamatan orang yang berada dan kurang berkemampuan

melalui sistem zakat walaupun pada mulanya dia mengkritik sistem itu.

Berdasarkan buku ini, Ibnu Thufail menggambarkan bahawa filsafat (akal) itu

dapat berkembang sendiri tanpa harus bergantung kepada masyarakat yang telah maju.
Akhirnya Ibnu Thufail mengakui bahawa agama lebih praktis untuk menuntun

keselamatan manusia dalam kehidupannya secara langsung. Filsafat itu dapat dipakai

untuk makrifat kepada Tuhan tetapi ia adalah terlalu ideal dan theoretis untuk amalan

hidup manusia sendiri. Manusia akan dapat menyelami maksud agama dengan akalnya

(filsafat). Akal manusia masih terlalu lemah untuk menyelami hikmahnya yang sebenar

dalam beberapa hal misalnya soal peribadatan (ubudiah) seperti solat, puasa dan haji.

Pemikiran falsafah Ibnu Thufail adalah berdasarkan metafizika, fizika,

manusia dan epistemologi. Dalam persoalan metafizika, Ibnu Thufail melihat watak Hayy

sebagai cermin pemikirannya terhadap dalil kewujudan Tuhan. Sandaran utama adalah

kepada teori gerakan dimana setiap yang bergerak pasti ada penggeraknya. Tentang zat

dan sifat Allah, Ibnu Thufail lebih cenderung kepada pendapat golongan muktazilah.

Dalam persoalan fizika pula, Ibnu Thufail sependapat dengan Al Farabi dan Ibn Sina.

Ibnu Thufail menjawab persoalan adakah alam ini qadim atau baharu seperti yang

dilakukan oleh Al Farabi dan Ibn Sina sebelumnya iaitu ini qadim dari sudut masa dicipta

manakala baharu sebagai makhluk terhadap penciptanya.

Selain itu, pemikiran falsafah Ibnu Thufail adalah berdasarkan manusia. Ibnu

Thufail berpandangan bahawa manusia adalah mekanisme ciptaan yang tertinggi yang

terdiri dalam 2 unsur iaitu badan dan jiwa. Berdasarkan epistemologi, lukisan watak

Hayy bin Yaqdhan menggambarkan pemikiran falsafah Ibnu Thufail bahawa makrifat

ditemui dan dimulai dengan pancaindera terhadap hal-hal inderawi manakala dari sudut

metafisi diketahui dengan jalan akal dan rohani berdasarkan cara ilham atau kasyaf

rohani seperti yang dianut oleh para sufi.


Filsafat yang dikemukakan oleh Ibnu Thufail ialah harga akal atau roh dalam

pandangan para filosuf itu umumnya amat tinggi. Begitu tinggi sehingga mereka

menganggap Tuhan itu sebagai “Akal” atau “Sumber” dari segala lapisan akal yang

bertingkat-tingkat. Sebaliknya, Al Ghazali tidak dapat mengagungkan akal begitu tinggi

seperti para filosuf itu. Ibnu Thufail sendiri tidak sefahaman dengan Al Ghazali yang

menganggap tasawuf (bukan filsafat) yang dapat menghantar manusia pada hakikat

kebenaran. Ibnu Thufail setuju dengan Ibnu Bajah (Avempace) yang menyatakan bahawa

akal dapat membawa manusia setingkat demi setingkat dari alam kegelapan menuju

kepada cahaya yang terang-benderang tentang hakikat kebenaran.

Ibnu Thufail membahagikan perkembangan alam fikiran manusia menuju

hakikat kebenaran itu kepada 6 cara. Pertama, dengan cara ilmu Hayy bin Yaqdhan iaitu

dengan kekuatan akalnya sendiri memperhatikan perkembangan alam makhluk ini

bahawa setiap peristiwa yang terjadi pasti ada penyebabnya. Kedua, dengan cara

pemikiran Hayy bin Yaqdhan mengagumi teraturnya peredaran benda-benda besar di

langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ketiga, dengan memikirkan bahawa puncak

kebahagiaan seseorang itu ialah mempersaksikan adanya Wajibal Wujud Yang Maha Esa.

Keempat, dengan memikirkan bahawa manusia ini adalah sebahagian daripada makhluk

hewani tetapi mempunyai kepentingan yang lebih tinggi daripada haiwan. Kelima,

dengan memikirkan bahawa kebahagiaan manusia dan keselamatannya dari kebinasaan

hanyalah terdapat pada pengekalan penyaksiannya terhadap Tuhan Wajibal Wujud.

Keenam, mengakui bahawa manusia dan alam makhluk ini adalah fana dan semua

kembali kepada Tuhan.


Ibnu Thufail menerangkan bahawa perbandingan dan perhubungan antara

Tuhan Wajibal Wujud itu dengan alam makhluk adalah laksana cahaya matahari dengan

benda-benda alam yang disinarinya.Cahaya matahari itu saja sebenarnya yang bercahaya

(sumber cahaya), tetapi orang mengira bahawa benda-benda lain itu juga bercahaya.

Walhal benda-benda lain itu bila tubuhnya (jisimnya) hilang binasa, maka cahayanya juga

lenyap dan yang tetap tinggal itu ialah cahaya matahari.

Selain itu, Ibnu Thufail mengkritik filsafat Aristoteles, Al Farabi dan Ibn

Sina. Beliau mengatakan bahawa buku-buku mereka itu belum dapat memberi gambaran

filsafat yang memuaskan tentang hakikat kebenaran itu. Oleh yang demikian, Ibnu

Thufail cuba menerangkan pendapat filsafatnya dalam cerita Hayy bin Yaqdhan.

Maksudnya, menulis hikayat itu ialah sebagai satu jalan untuk menyampaikan hasrat

orang yang bertanya tentang darjat kepuasan yang selalu dibayangkan oleh kaum filsafat

dan tasawuf.

Kesimpulan daripada tokoh yang saya kaji, saya mendapati bahawa Ibnu

Thufail amat mementingkan falsafah ketuhanan dan percaya bahawa setiap yang berlaku

di alam ini datang daripada Tuhan Yang Maha Esa. Melalui alam fikiran (filsafat),

manusia akan dapat menyelami maksud agama. Ibnu Thufail turut membahagikan

manusia kepada 3 golongan jiwa iaitu, jiwa yang mengenal Tuhannya sebelum

mengalami kematian dan mengarah kehidupannya dengan mentaati perintah dan

menjauhi laranganNya, jiwa yang telah mengenal Tuhan tetapi melakukan maksiat dan

jiwa yang tidak pernah mengenal Tuhan selama kehidupannya. Ibnu Thufail juga

menitikberatkan falsafah manusia yang mendorong kepada usaha yang dilakukan dengan

bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini dan seterusnya akan menjadi
manusia yang berjaya dan berguna di dunia ini dan memperoleh ketenteraman di akhirat

nanti.

BIBLIOGRAFI

Hasbullah Bakry. Di Sekitar Filsafat Skolastik Islam

Laman web. Google: Ibnu Thufail

You might also like