You are on page 1of 7

20 Kesalahan Dalam Bacaan Al-Fatihah

KESALAHAN 1

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ب‬pada kalimah  (ّ‫)بسم هللا‬
ِ

JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf ( ‫ )ب‬berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut
‘Ismillah...’

BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( ‫ )ب‬berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara
‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.

KESALAHAN 2

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( ‫ )ر‬bersabdu pada kalimah (‫َّحيم‬
ِ ‫َّمن الر‬
ِ ‫)لرح‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )ر‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.

BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf ( ‫ )ر‬bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga
jelas perbezaan antara huruf ( ‫ )ر‬bersabdu dengan huruf ( ‫ )ر‬tidak bersabdu. Ini
kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan
menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan
seolah-olah huruf ( ‫ )ر‬tidak bersabdu sahaja.

KESALAHAN 3

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬pada kalimah ( ‫َّحیم‬
ِ ‫ا(لرحَّم ِن الر‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh  (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( ‫ )ح‬agar bunyinya
dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh  (‫)ه‬

KESALAHAN 4
KALIMAH/ HURUF :
Huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬pada kalimah (ُ‫)ال َحم د‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬pada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬perlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara
menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi
seakan-akan ketika kita kepedasan.
Bunyi huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬juga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran
keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh
(‫ )ه‬di mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.

KESALAHAN 5

KALIMAH/ HURUF :
ْ
Huruf ( ‫ )ع‬pada kalimah (‫)ال َعلَ ِمین‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫)أ‬

BACAAN BETUL :
Huruf ( ‫ )ع‬pada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu
dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.
Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf ( ‫ )ع‬dari makhraj
huruf ( ‫ ) أ‬iaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf ( ‫ )ع‬dan makhraj
huruf ( ‫ ) أ‬terletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun
bunyi serta sifatnya amat berbeza.

KESALAHAN 6

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ر‬bersabdu pada kalimah (‫)الرَّحم ِن‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi huruf ( ‫ )ر‬tersebut disebut dengan bunyi huruf (‫)غ‬

BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( ‫ )ر‬perlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara
menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan
melengkungkannya sedikit.
Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf ( ‫ )غ‬yang keluar dengan cara menekankan
suara ke permulaan kerongkong.
KESALAHAN 7

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf ( ‫ )ر‬bersabdu pada kalimah  (‫)لر َّح َم ِن ال َّر ِحیم‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )ر‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.

BACAAN BETUL :
Sebutan & bunyi huruf ( ‫ )ر‬bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas
perbezaan antara bunyi huruf ( ‫ )ر‬bersabdu dengan ( ‫ )ر‬tidak bersabdu. Ini kerana
disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu
tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah ( ‫ )ر‬tidak bersabdu sahaja.

KESALAHAN 8

KALIMAH/ HURUF :
ِ ‫ا(الر َّح َم ِن الر‬
2 huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬pada kalimah ( ‫َّحیم‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah ( ‫ )ح‬sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf ( ‫ )ح‬agar bunyinya
tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh  (‫)ه‬

KESALAHAN 9

KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf ( ‫ )د‬pada kalimah  (‫)الدِّین‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )د‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga
ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘miDDiin’.

BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )د‬perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara
sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf
bersabdu yang betul.

Bunyi huruf ( ‫ )د‬juga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah
yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’
yang agak keras.
KESALAHAN 10

KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf ( ‫ )ي‬pada 2 kalimah  (‫)إِیَّاك‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )ي‬tidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia
dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘iYYaka’.

BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf ( ‫ )ي‬perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar
ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf ( ‫ )ي‬tanpa sabdu.
Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan
sabdu tersebut.

KESALAHAN 11

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ع‬pada kalimah ( ‫)نَ ْع بُ ُد‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf  ( ‫)أ‬

BACAAN BETUL :
Semasa menyebut huruf ( ‫ )ع‬yang mati pada kalimah ( ‫ )نَ ْع بُ ُد‬, pembaca perlu berhati-hati
dan cermat agar huruf ( ‫ )ع‬dapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan
cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang
terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf ( ‫)أ‬

KESALAHAN 12

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ع‬pada kalimah (‫)نَستَ ِعین‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫)أ‬

BACAAN BETUL :
Memang huruf ( ‫ )ع‬berbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan
tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berbaris
bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia
dapat dibezakan dari bunyi huruf ( ‫ ) أ‬iaitu dengan cara menekankan suara pada
pertengahan kerongkong.
KESALAHAN 13

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ص‬pada kalimah  (َ‫)الصِّرط‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ص‬dilafaz dengan bunyi huruf  (‫)س‬

BACAAN BETUL :
Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf ( ‫ )ص‬akan mudah bertukar menjadi bunyi huruf  (‫)س‬
terutamanya ketika huruf ( ‫ )ص‬berbaris dibawah. Ini kerana, huruf ( ‫ )ص‬dan huruf (‫)س‬
berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung
lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
(‫ )ص‬memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( ‫ )ص‬lebih ‘tebal’ dari huruf (‫)س‬

KESALAHAN 14

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ت‬pada kalimah (‫)ال ُمستَقِی َم‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ت‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ط‬

BACAAN BETUL :
Bunyi huruf ( ‫ )ت‬boleh bertukar menjadi bunyi huruf ( ‫ )ط‬jika ia tidak dilafaz dengan
betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf ( ‫ )ت‬terletak bersebelahan dengan huruf (‫)ق‬
yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut
‘menebalkan’ bunyi huruf ( ‫ )ت‬menjadi bunyi huruf (‫)ط‬
Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan
membunyikan huruf ( ‫ )ت‬pada makhrajnya secara tepat.

KESALAHAN 15

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ق‬pada kalimah (‫)ال ُمستَقِی َم‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ق‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ك‬

BACAAN BETUL :
Huruf ( ‫ )ق‬disini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf ( ‫ )ك‬kerana ia
berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak
ringan.
Walau bagaimanapun, apabila huruf ( ‫ )ق‬berbaris bawah, bunyinya hanya menjadi
kurang tebal, bukannya nipis hingga bertukar kepada bunyi huruf ( ‫ )ك‬pula. Oleh itu,
kita perlu menjaga bunyi serta sifat ‘isti’la’ pada huruf ( ‫ )ق‬dengan membunyikannya
pada makhraj yang betul.

KESALAHAN 16

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ص‬pada kalimah (َ‫)صّرط‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ص‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)س‬

BACAAN BETUL :
Seperti perkataan ( َ‫ ) صّرط‬pada ayat 6, kesalahan sama mungkin bakal berulang pada
perkataan ini. Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf ( ‫ )ص‬akan mudah bertukar menjadi
bunyi huruf ( ‫ )س‬. Kesalahan ini akan lebih mudah terjadi memandangkan huruf (‫)ص‬
dan huruf ( ‫ )س‬berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah,
kemudian hujung lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.
Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
(‫ )ص‬memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf ( ‫ )ص‬lebih ‘tebal’ dari huruf (‫)س‬

KESALAHAN 17

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ذ‬pada kalimah ( َ‫)الَّ ِذین‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ذ‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ز‬

BACAAN BETUL :
Huruf ( ‫ )ذ‬jika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan
lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang
agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf (‫)ز‬
Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf (‫)ذ‬
atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat
keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.

KESALAHAN 18

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ع‬pada kalimah (‫)أَن َعمت‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ع‬dibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut
kepada huruf ( ‫)أ‬
BACAAN BETUL :
Ketika menyebut kalimah ( ‫ ) أَن َعمت‬, ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf (‫)ع‬
sehingga menyerupai sebutan huruf ( ‫) أ‬. Kesalahan ini agak popular dilakukan
memandangkan huruf ( ‫ )ع‬pada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan
tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf ( ‫ ) أ‬yang
dikeluarkan.
Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat
huruf ( ‫ )ع‬dengan sempurna agar maknanya tidak berubah.

KESALAHAN 19

KALIMAH/ HURUF :
Huruf ( ‫ )ض‬pada kalimah ( ‫ب‬
ِ ‫َیر ال َمغضُو‬
ِ ‫ ) غ‬dan kalimah (‫)الضالین‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf ( ‫ )ض‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)د‬

BACAAN BETUL :
Memang huruf ( ‫ )ض‬sukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak
unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.
Tambahan pula, huruf ( ‫ )ض‬memiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.
Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf ( ‫ )ض‬berulangkali
agar bunyi huruf ( ‫ )د‬yang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.

KESALAHAN 20

14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah (ِّ‫)هللا‬
(ّ‫ب‬
َ ‫ ) َر‬dan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah
didatangkan sesempurna mungkin.

Alhamdulillah, kita sudah mengetahui 20 kesalahan besar bacaan Fatihah


yang mungkin kita lakukan tanpa sengaja. Jika anda ada melakukan kesalahan
tersebut, cadangan saya, bolehlah mula berlatih betulkannya sekarang. Dan cara
terbaik untuk menyebut semua huruf itu dengan betul tidak lain tidak bukan melalui
‘berguru’ dengan pakar Al-Quran. Dari mereka, kita akan mengetahui kaedah tepat
mendatangkan sebutan sabdu, serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha
gulung’.

Wallahua'lam............
Dicatat oleh zach di 21:22

You might also like