You are on page 1of 3

• Pengertian Sivik

• Sivik merujuk kepada kesedaran diri untuk memupuk hubungan individu dengan masyarakat
sekeliling.

• Contoh : *hormat menghormati * kerjasama

• *kasih sayang * tolak ansur / toleransi

• Pengertian Kewarganegaraan

• Kewarganegaraan merujuk kepada hubungan antara individu dan negara.

• Contoh * semangat patriotik * menghormati undang-undang * semangat


nasionalisme *cintakan negara dan pemimpin * menyintai keamanan.

• Pengertian Pendidikan Sivik

• (Mengikut UNESCO)

• Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak untuk menjadi warganegara yang sedar dan
jelas tentang peranannya dalam membuat keputusan tentang hal-hal dalam masyrakat.
PSK menggalakkkan pelajar melibatkan diri dalam menentukan hala tuju
masyarakat dalam negara.

• CIRI-CIRI PSK

• Menyintai keamanan dan membenci keganasan

• Mengandungi unsur-unsur dan etika

• Menekankan kepada kesamaan

• Tidak mendiskriminasi

• Menekankan hak asasi manusia

• (hak sivik dan hak politik)


ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

• (i)Kemahiran sosial

• (ii)Memahami masyarakat

• (iii)Sosialisasi politik

• (iv)Sejarah Negara

• (v)Sistem Perundangan

(i) Kemahiran Sosial

suatu kemahiran penting untuk hidup dalam masyarakat Kita sebagai seorang
masyarakat perlulah saling kenal mengenali dan mempunyai hubungan yang baik
sesama masyarakat terutamanya masyarakat setempat di sekeliling kita. Selain itu,
budaya kunjung mengunjung, adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan
kemahiran sosial dalam masyarakat disamping saling bantu membantu dan
bekerjasama dalam komuniti setempat.

(ii) Memahami masyarakat

Malaysia merupakan negara yang unik kerana kita berbeza dari segi agama,
budaya, etnik., kita sebagai masyarakat seharusnya memahami kepelbagaian ini dan
bertolak ansur antara satu sama lain untuk menjadi rakyat yang bersatu padu dan
bertoleransi antara satu sama lain.

(iii) Sejarah Negara

Sejarah negara perlulah didedahkan kepada murid untuk memahami kepelbagaian


masyarakat pada hari ini. Untuk menjadi warganegara yang sayangkan negara dan
patriotic, perngetahuan akan sejarah negara seharusnya dikuasai. Dengan itu, kita
dapat memahami dan melihat akan kesusahan pemimpin terdahulu dalam
memperjuangkan hak-hak kemerdekaan tanah air dan seterusnya mempertahankan
kemerdekaan ini dari dijajah semula.

(iv) Sistem Kerajaan dan Perundangan

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang
demokrasi dan berperlembagaan. Malaysia juga merupakan negara yang masih
mengekalkan sistem beraja yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong. Perundangan
dinegara kita banyak dipengaruhi oleh perundangan British akibat jajahan dahulu.
Sistem perlembagaan Malaysia pula terdiri daripada tiga badan utama iaitu Badan
Kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.

You might also like