You are on page 1of 7

SJK(T) Ladang Juasseh , 72000 Kuala Pilah

Pertandingan Buku Informasi kesihatan

Tajuk: Kebersihan diri

Nama murid /peserta: 1.Gayathiri a/p Mohan AQ 48955

2.Kuberan a/l Raja Kumar AT 04304

3.Tashnavi Vishnu a/p Rengganathan AS 69174

Guru penasihat Kelab Doktor Muda: Pn.N.Karpagam

AMALAN KEBERSIHAN
   
  DIRI
   

Amalan kebersihan yang perlu di amalkan semasa


mengendali makanan;

Basuh tangan sebelum dan selepas


mengendali makanan. Basuhlah tangan
dengan sabun selalu.

Tangan adalah anggota badan yang kerap bersentuh


dengan makanan. Oleh itu, ia perlu dibersihkan
setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja
penyediaan makanan atau selepas:

1. Ke tandas.
2. Menyentuh muka terutamanya hidung, mulut atau
telinga.
3. Mengendalikan makanan mentah.
4. Mengendalikan sampah sarap.
5. Rehat atau setiap kali kembali ke tempat penyediaan.
6. Membersih dan disinfeksi tempat kerja.

Semua tempat penyediaan makanan harus


mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan
dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang
bersih. (Penggunaan sabun cecair amat digalakkan
kerana mungkin sabun buku mengandungi kuman
daripada penggunaan sebelumnya).
Amalkan 7 langkah membasuh tangan yang betul:
 
1   )     Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
2   )     Gosok tapak tangan.
3   )     Gosok setiap jari dan celah jari.
4   )     Gosok kuku di tapak tangan.
5   )     Gosok belakang tangan.
6   )     Basuh dengan air bersih secukupnya.
7   )     Keringkan tangan dengan kain bersih.
 
 

 
   
Pakaian

Pakai pakaian yang sempurna dan bersih. Gunakan


pakaian pelindung (apron), sarung tangan (jika perlu) dan
penutup kepala. Pastikan apron, penutup kepala dan
sarung tangan adalah bersih dan dipakai dengan betul.

Rambut

Rambut mengandungi pelbagai jenis kuman. Oleh itu


rambut harus bersih, diikat dan ditutup semasa
mengendalikan makanan. Jangan menyikat rambut
semasa berada di tempahpenyediaan makanan.

Pakai penutup kepala dan jangan sentuh atau sikat


rambut dalam kawasan penyediaan dan semasa
menghidang makanan.

Janggut dan misai hendaklah dijaga rapi.

Amalkan tabiat kebersihan diri yang betul. Jangan


menyentuh kulit khasnya mulut, hidung dan telinga.
Jangan meludah, mengunyah, makan, merokok atau
mengorek hidung.
 
Mulut, Hidung dan Telinga
 
Staphylococcus aureus biasanya didapati hadir
dalam mulut, hidung dan telinga. Pemindahan bakteria
boleh berlaku dan boleh mencemarkan makanan
sekiranya:

1. Batuk semasa mengendalikan makanan.


2.  Merasa makanan dengan jari.
3. Mengorek hidung semasa menyediakan makanan.
4. Meludah
merata-rata.
5. Merokok.
6. Makan semasa menyediakan makanan.

 
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang
tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi
melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam
komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah
menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta
melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika
keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan
berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung


wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti
kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan
melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah
pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-
kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk
mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk
sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik
ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa


untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan  dan pencegahan
yang cekap dan berkesan agar penularan kes  di Malaysia dapat
dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik


H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah
pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri,
kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang
sesuai. 

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan


kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan
jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan
perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A


(H1N1)?

a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun


b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang


menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang
panjang

d. Wanita mengandung

e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit


pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit
kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik,
neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes
Mellitus 

f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya


ketahanan yang rendah (immunosuppression)

g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi


penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

 Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada


manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa
bercakap, batuk atau bersin).

 Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang


1 meter) dengan individu yang mengalami gejala
selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair,
menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk
mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
 Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah
pencegahan berikut:

a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang


betul

b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah,


tempat kerja atau pengangkutan awam

c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam


masyarakat

 Tiada bukti kukuh mengenai


keberkesanan memakai mask di tempat
awam. Namun, ia telah digunakan dalam
ruang yang sesak/tertutup apabila
berhubung dengan individu yang
mengalami gejala selesema

 Individu boleh memakai penutup mulut


dan hidung (surgical mask) di rumah dan
di kalangan masyarakat, terutamanya jika
mereka berhubung rapat dengan individu
yang mengalami gejala influenza,
contohnya semasa menjaga ahli keluarga
yang sakit.

 Penggunaan mask membolehkan individu


yang mengalami gejala influenza untuk
menutup mulut dan hidung mereka bagi
menghalang titisan cecair dari tersebar,
salah satu kaedah adab batuk yang
betul/baik.

 Surgical mask juga disyorkan kepada


golongan yang berisiko tinggi apabila
berada di kawasan yang sesak.

d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah,


elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
yang lain serta mengambil langkah kawalan dan
pencegahan dari menjangkiti mereka yang
menjaga pesakit.

e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk,


pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan
rawatan di hospital.

f. Sekiranya individu yang tergolong dalam


kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala
influenza, segera dapatkan rawatan awal

g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-


bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan
menghadiri majlis keramaian

h. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi


semasa dari sumber yang boleh dipercayai
seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

You might also like