You are on page 1of 9

PERBANDINGAN TIGA PENDEKATAN PENGAJARAN AWAL MEMBACA

BAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK TABIKA

AZILA ALIAS
MAZLINA CHE MUSTAFA

Latarbelakang kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal
bacaan Bahasa Melayu iaitu melalui kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan
Kaedah Gabungan Bunyi Kata terhadap kanak-kanak tabika.. Penyelidikan ini dilakukan
terhadap kanak-kanak di tiga buah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS
bagi melihat perlaksanaan ketiga-tiga pendekatan pengajaran awal bacaan iaitu kaedah
Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan bunyi Kata

Penyelidik berharap melalui kajian ini, satu pendekatan pengajaran yang mudah
dan berkesan dapat dikenalpasti. bagi membantu guru-guru mengatasi masalah kanak-
kanak yang tidak tahu membaca dan lambat membaca di peringkat awal..

Pernyataan Masalah

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran telah


menjalankan satu kajian untuk menyelidik perlaksanaan program pemulihan khas di
sekolah rendah di Malaysia. Hasil Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan
Khas di Sekolah Rendah (2002) menunjukkan bahawa bilangan murid-murid yang
mengikuti kelas pemulihan khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 ke 2000 telah
meningkat iaitu dari 78,495 ke 86,852 orang. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan bilangan
murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 dan
2000.

1
Jadual 1.1
Bilangan murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun
1999 dan 2000.
Bahasa Melayu
Bilangan sekolah Jumlah murid Purata murid per
Tahap
sekolah
Tahap 1 : 1999 2243 48614 22
Tahap 2 : 1999 2331 29881 13
Tahap 1 : 2000 2490 56957 23
Tahap 2 : 2000 2395 29895 12
Namun begitu, didapati hanya 50% sahaja bilangan murid yang mengikuti
pelajaran di kelas-kelas pemulihan khas berjaya dipulihkan. Ini dapat dilihat dalam
Jadual 1.2 di bawah yang menunjukkan bilangan murid-murid yang mengikuti kelas
Pemulihan Khas dan telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000.

Jadual 1.2
Bilangan murid-murid yang telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000.
Bahasa Melayu
Bilangan sekolah Jumlah murid Purata murid per
Tahap
sekolah
Tahap 1 : 1999 2012 18512 9
Tahap 2 : 1999 2102 14375 7
Tahap 1 : 2000 2064 18625 9
Tahap 2 : 2000 2041 12719 6

Perangkaan di atas menunjukkan bilangan murid yang lemah membaca di


Malaysia agak membimbangkan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk
mengatasi masalah ini .
Dalam Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah
Rendah turut menjelaskan antara faktor penyumbang kepada masalah ini ialah kerana
pengajaran guru tidak berkesan. Mok Soon Sang (1994) pula, telah menyenaraikan
faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Antara
faktor yang dinyatakan ialah faktor pembelajaran yang melibatkan kurikulum yang
kurang sesuai diterima oleh murid dan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai untuk
menarik minat murid.

2
Pearson & Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi
sesebuah bilik darjah mempengaruhi kebolehan membaca dan kefahaman murid.
Kegiatan dan perlakuan guru seperti menyediakan murid untuk pembelajaran bacaan ,
pemilihan bahan bacaan dan alatan yang digunakan untuk mengajar, suasana pengajaran
dan pembelajaran yang diujudkan serta jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakan
dapat mempengaruhi tahap kefahaman murid (ms19).
Otto dan Smith (1980) pula mengatakan masalah dalam pembelajaran juga
disebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap ataupun kelemahan kurikulum. Di sini
menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran awal membaca merupakan satu aspek yang
penting untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan.
Justeru, melalui kajian ini penyelidik membuat tinjauan situasi sebenar di dalam
kelas dan melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal bacaan Bahasa Melayu.
Dapatan yang diperolehi dari kajian ini diharap dapat membantu guru-guru
menyelesaikan masalah murid-murid yang lambat dan tidak boleh membaca Bahasa
Melayu.

Kepentingan Kajian
Membaca merupakan satu kemahiran asas yang penting untuk murid mendapat ilmu
pengetahuan. Staiager dan O.Anderson (1968) mengatakan
‘Reading is a key to communication and contributes to the solution of world
problems of poverty and animosity . Reading is the key to continuing
education, employment and enjoyment’.

Oleh itu pengajaran awal membaca Bahasa Melayu perlulah dikaji untuk melihat tahap
keberkesanannya terutama pada peringkat tabika lagi, iaitu kanak-kanak lima tahun. Ini
adalah kerana membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semua
kanak-kanak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu peringkat awal , kemahiran asas
bacaan permulaan amat diutamakan sebelum kemahiran yang lain diajar. Terdapat
berbagai pendekatan dan perkaedahan pengajaran. Namun masalah tidak menguasai
kemahiran membaca masih menjadi masalah utama di sekolah rendah.

3
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk melihat dan membanding keberkesanan tiga
pendekatan pengajaran awal membaca Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak tabika.
Pendekatan-pendekatan yang dikaji ialah kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan
kaedah Gabungan Bunyi Kata.

Persoalan Kajian
Penyelidik telah membentuk persoalan kajian berikut untuk dijawab.
Persoalan 1.
Bagaimanakah perlaksanaan Kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan
Kaedah Gabungan Bunyi Kata di tabika.?
a. Bagaimanakah guru-guru tabika melaksanakan Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh
Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata di tabika mereka?
b. Bagaimanakah kanak-kanak tabika mengambil bahagian dalam setiap aktiviti
pembelajaran membaca yang dijalankan?

Persoalan 2 :
Secara bandingan, sejauh manakah keberkesanan kaedah Abjad, kaedah Seluruh
Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata dalam pengajaran awal membaca di
kalangan kanak-kanak tabika?
a. Apakah pencapaian kanak-kanak tabika dalam kemahiran membaca setelah
mereka diajar dengan mengguna tiga pendekatan di atas?

Metodologi Kajian

4
Kajian telah dijalankan ke atas 30 orang kanak-kanak tabika di tiga buah tabika yang
berasingan, iaitu seramai 10 orang bagi setiap tabika. melibatkan ujian diagnostik,
penggunaan ketiga-tiga pendekatan pengajaran membaca (iaitu kaedah Abjad, kaedah
Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata) , ujian bacaan pada setiap minggu
dan ujian penilaian terakhir.
Pada peringkat awal kajian, penyelidik telah menjalankan ujian diagnostik keatas
kanak-kanak di tabika A,B dan C. Tujuan utama dijalankan ujian diagnostik ialah untuk
mengetahui tahap kebolehan bacaan sampel yang telah dipilih. Berdasarkan ujian
diagnostik tersebut, seramai 10 orang kanak-kanak dari tabika A,B dan C telah dipilih.
Kesemua kanak-kanak berumur lima tahun. Tidak boleh membaca , tidak mengenal
huruf dan tidak pernah mendapat pendedahan tentang kaedah membaca.
Kemudian penyelidik telah menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan
kaedah yang berbeza di ketiga-tiga buah tabika. Tabika A menggunakan kaedah Abjad,
tabika B menggunakan kaedah Seluruh Perkataan dan tabika C menggunakan kaedah
Gabungan Bunyi Kata. Kajian dijalankan selama enam minggu, iaitu tiga kali seminggu
selama satu jam sehari. Pada setiap minggu, penyelidik telah menjalankan ujian bacaan
untuk mengetahui tahap kebolehbacaan kanak-kanak.
Pada minggu ketujuh, penyelidik telah menjalankan ujian penilaian . Markah
keseluruhan ialah 100.Ujian penilaian ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu :
a. Ujian menama dan membunyi huruf-huruf abjad : 10 markah
b. Ujian membaca sukukata : 10 markah
c. Ujian membaca perkataan : 20 markah
d. Ujian membaca ayat : 10 markah
e. Ujian Diagnostik Kaedah Gabungan Bunyi Kata : 50 markah

Setting Kajian
Kajian ini telah dijalankan didalam situasi sebenar pembelajaran formal iaitu di dalam
bilik darjah. Keadaan persekitaran adalah selesa bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran . Penyelidik tidak mengubah sebarang kedudukan kanak-kanak atau

5
peralatan kelas kerana penyelidik mahu kanak-kanak berinteraksi dengan guru dalam
situasi sebenar bilik darjah.

Sampel kajian
Sampel kajian dipilih selepas ujian diagnostik dijalankan di tiga buah taman bimbingan
kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah
Batang Padang, Perak. 10 orang kanak-kanak dari setiap tabika telah dipilih

Alatan Kajian
Terdapat beberapa alatan kajian yang digunakan sepanjang kajian iaitu ujian diagnostik,
borang rekod anekdot harian,rekod profil sampel, rekod penilaian, kamera video, ujian
bacaan , ujian penilaian dan alatan mengajar.

Dapatan kajian
Persoalan 1.
Bagaimanakah perlaksanaan Kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah
Gabungan Bunyi Kata di tabika?
Perbezaan keputusan pemerhatian antara kaedah Abjad, kaedah Seluruh
Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata

T.A/Kaedah Abjad T.B/Kaedah Seluruh T.C/Kaedah GBK


Perkataan
1. Tempoh masa Tempoh pengajaran Tempoh pengajaran Tempoh pengajaran
pembelajaran bertahan 15 minit bertahan 15 minit bertahan sehingga 30
sahaja sahaja minit
2. Tumpuan dan fokus Kurang tumpuan Kurang tumpuan Menumpukan
kanak-kanak terhadap pengajaran terhadap pengajaran sepenuh perhatian
terhadap pengajaran
3. Minat Kurang berminat Kurang berminat Menunjukkan minat
yang baik
4. Motivasi sederhana sederhana Bermotivasi tinggi
5. Pengajaran Berpusat kepada guru Berpusat kepada guru Berpusat kepada
kanak-kanak
6. Sikap kendiri Tidak kelihatan Jarang kelihatan Sikap kendiri yang
tinggi
7. Aktiviti Jarang dilakukan Jarang dilakukan Sering dilakukan
berpasangan/kumpulan
8. Skor pencapaian Rendah (purata skor : Rendah(purata skor : Tinggi(purata skor :
ujian penilaian 13%) 12.1%) 62.9%)

6
Persoalan 2 :
Secara bandingan, sejauh manakah keberkesanan kaedah Abjad, kaedah Seluruh
Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata dalam pengajaran awal membaca di
kalangan kanak-kanak tabika?

Ujian Menama dan Membunyi Huruf-huruf Abjad


Jadual 1.1 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian Menama dan
Membunyi huruf yang telah dijalankan di tiga tabika .
Jadual 1.3
Min Skor Ujian Menama dan Membunyi huruf .

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min 7.1 6.4 9.2 7.5
Sisihan 2.23 3.62 1.03 2.72
lazim

Nilai F = 3.316 , p < .001

Ujian Membaca Sukukata

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran
membaca sukukata. Jadual 1.2 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian
Membaca Sukukata yang telah dijalankan di tiga buah tabika .

Jadual 1.4
Min Skor Ujian Membaca Sukukata .

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min 3.7 3.0 8.8 5.2
Sisihanlazim 1.16 1.94 1.68 3.06
Nilai F = 37.74 , p < .001

7
Ujian Membaca Perkataan

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran
membaca perkataan.
Jadual 1.5

Min Skor Ujian Membaca Perkataan .

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min .00 2.7 14.3 5.66
Sisihanlazim .00 1.70 5.61 7.10
Nilai F = 50.243 , p < .001

Ujian membaca ayat

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran
membaca ayat.
Jadual 1.6
Min Skor Ujian Membaca Ayat

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min .00 .00 6.80 2.26
Sisihanlazim .00 .00 2.57 3.56
Nilai F = 69.82 , p < .001

Ujian Diagnostik Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran
membaca .
Jadual 1.7
Min Skor Ujian Diagnostik KGBK

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min 2.20 1.90 24.60 9.56
Sisihanlazim 0.78 1.19 11.097 12.480
Nilai F = 40.617 , p < .001

8
Ujian Penilaian di tabika A, B dan C
Jadual 1.7 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian Penilaian yang telah
dijalankan di tiga buah tabika .
Jadual 1.8

Min Skor Ujian Penilaian

Tabika Tabika B Tabika C Jumlah


A
Min 13.00 13.80 63.70 30.166
Sisihanlazim 3.887 8.323 20.90 27.26
Nilai F = 48.543 , p < .001

Huraian analisis perbandingan min skor pra ujian dan pasca ujian menunjukkan min skor
Tabika A ialah 10.00 ; Tabika B ialah 11.10 dan min Tabika C ialah 61.90. Ini
menunjukkan min Tabika C adalah tertinggi daripada Tabika A dan Tabika B. Min
Tabika B adalah kedua tertinggi dan Tabika A terendah

Ia menunjukkan bahawa pencapaian sampel di tabika C yang menggunakan


Kaedah Gabungan Bunyi Kata adalah lebih baik daripada tabika A yang menggunakan
Kaedah Abjad dan tabika B yang menggunakan Kaedah Seluruh Perkataan. Oleh itu ,
ini membuktikan bahawa Kaedah Gabungan Bunyi Kata merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu.

You might also like