You are on page 1of 35

KHALIFAH UMAR

BIN
ABDUL AZIZ
Pemimpin Yang Amanah dan Taat
Maksud Khalifah

1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti


pengganti. Dalam konteks tersebut pegganti
Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan
mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud
tanggungjawab memelihara kemurnian Islam
dan mengekalkan keharmonian serta
kestabilan umat Islam.
Syarat Pemilihan Khalifah

1. Lelaki merdeka beragama Islam.


2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.
3. Mematuhi perintah Allah dan
melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan berakhlak baik.
5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran,
warak.
6. Pandai mentadbir kerajaan Islam.
Cara Pemilihan Khalifah

1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu


Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum
wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar
sebelum wafat.
3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama
diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali
telah terpilih.
5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.
6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia
iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.
7. Syura bermaksud permuafakatan atau consensus.
Tugas Khalifah

1. Memelihara keduduk agama Islam.


2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al
- Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.
5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi
Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah,
zakat.
Biodata Ringkas Umar Abdul Aziz

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin


Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti Asim bin Umar bin Al-
Khatab
Tanggal Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil.


Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu
pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa
tokoh terkemuka seperti Imam Malik b. Anas, Urwah
b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan
sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran
dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah
Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal
dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah,
Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya).
Sifat-sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi,


disukai ramai dan warak yang diwarisi dari
datuknya Saidina Umar bin Al-Khatab. Baginda
amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang
melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan
dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan
urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan
keluarga sendiri .
Sifat-sifat Peribadi

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa


menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah
sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat
biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan
isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala
perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-
cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta
rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya
menegur dan memecat pegawai yang boros dan
segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan
menggunakan harta kerajaan.
Umar ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah


kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman
atas wasiat khalifah tersebut. Setelah
mengambilalih tampuk pemerintahan,
beliau telah mengubah beberapa perkara
yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di
antara perubahan awal yang
dilakukannya ialah :
Umar ibnu Aziz Sebagai Khalifah

1. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan


keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan
digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2. Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh
keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap,
menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang
dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana
yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau
bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti
khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-
askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar
berjumpa.
Umar ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan


keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai
keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua
rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan
dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan
sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah
menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah
Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan
oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang
angkuh dan zalim sebelumnya.
Umar ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Dalam tempoh pemerintahannya, kerajaan


Umaiyyah semakin kuat, tiada pemberontakan
dalaman, kurang berlaku penyelewengan,
rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan
menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang
yang mahu menerima zakat, kebanyakannya
sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh
berdikari sendiri.
Umar ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin


Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan
warak yang wajar menjadi contoh kepada
pemerintahan zaman moden ini. Hanya 852
hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke
arah pemerintahan yang diredahi Allah dan
menjadi contoh sepanjang zaman. Satu rekod
yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan
orang yang benar-benar ikhlas.
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content
heading

content

You might also like