You are on page 1of 19

-.

"'

"Kreativiti dan Inovasi


dalam Dunia Semasa:
Pendekatan Islami"
9 - 10 November 2010 /2 - 3 Zulhijjah 1431 H

Sesi IV

Pandangan Awal Terhadap Kesedaran


dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi
Oleh
PN. AZRINA SOBIAN
Fellow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, (KIM

Anjuran
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (lKIM)

Bertempat di
DEWAN BESAR. IKIM.
KUALA LUMPUR
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

PANDANGAN AWAL TERHADAP KESEDARAN DAN PEMUPUKAN KREATIVITI DAN INOVASI

Azrina Binti Sobian

Fellow, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

Pengenalan

Kemunduran umat Islam dalam bidang sains dan teknologi merupakan satu petunjuk bahawa wujudnya
kekurangan dalam kreativiti dan inovasi dalam kalangan masyarakat Islam, tidak terkecuali masyarakat
Islam di Malaysia. Untuk itu, usaha membangunkan kreativiti dan seterusnya menggalakkan inovasi amat
diperlukan masa kini.

Bagi tujuan tersebut, seawal usaha membangunkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan
masyarakat, mereka sewajarnya terlebih dahulu mengiktiraf keperluan dan kepentingan kreativiti dan
inovasi dalam kehidupan. Dengan itu, ahli masyarakat juga sewajarnya mempunyai kefahaman dan
pengetahuantentang bagaimana mengembangkan kreativiti dan inovasi.

Namun malangnya, maklumat tentang sejauh mana kefahaman masyarakat Islam (terutamanya di
Malaysia) terhadap kreativiti dan inovasi masih tidak difahami dengan jelas. Ini kerana, masih belum ada
kajian yang dijalankan bagi melihat kefahaman serta kesedaran mereka terhadap kreativiti dan inovasi.

Pun begitu, kajian-kajian tentang pemupukan kreativiti dan inovasi telah banyak dijalankan.
Namun, kajian pemupukan kreativiti dan inovasi secara Islami masih tidak begitu menonjol.

Oleh itu, berdasarkan kefahaman masalah yang serba ringkas ini, kertas kerja ini disediakan bagi
membincangkan pandangan awal tentang kesedaran masyarakat Islam di Malaysia terhadap
kreativiti/inovasi serta melihat dan menilai unsur-unsur penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha
memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, terutamanya berasaskan
pandangan hidup Islam. Diharapkan, kandungan kertas kerja ini dapat memberi gambaran awal terhadap
usaha menghuraikan dan meningkatkan kefahaman terhadap hubungan masyarakat dan bidang
kreativiti/inovasidi negara ini.

Kertas kerja ini dibahagikan kepada kepada dua bahagian. Sahagian pertama mellhat kepada
kesedaran
~ kreativiti dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia.
~ Dari sudut ini, kesedaran yang
dimaksudkan ialah dalam bentuk pengetahuan, kefahaman serta amalan kreatif yang wujud dalam
masyarakat. Dalam masa yang sama, kefahaman tentang kesedaran kreativiti dan inovasi juga dilihat dari
sudut ciri-ciri masyarakat kreatif. Bahagian kedua pula melihat kepada pemupukan kreativiti yang
menumpukan kepada unsur-unsur penting yang perlu diambil kira dalam usaha pemupukan kreativiti.
Seterusnya,bilamana perlu, unsur-unsur tersebut dinilai berdasarkan pandangan hidup Islam.

f!:e~
1
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Bahagian I: Kesedaran terhadap Kreativiti dan Inovasi

Untuk menjadi masyarakat yang kreatif dan seterusnya berupaya untuk berinovasi, kesedaran terhadap
kreativiti dan inovasi itu penting. Kesedaran ini diharapkan menjadi pemangkin awal kepada pelbagai
aktiviti kreatif dan penghasilan produk kreatif yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

Dalam konteks kertas kerja ini, "kesedaran" membawa maksud bahawa masyarakat mempunyai
pengetahuan tentang takrifan kreativiti, memah~mi kepentingan dan kesannya serta wujudnya3.mala··-
amalan secara kolektif dalam kegiatan kreatif..- c.,...y.-,; 1.- ;rv7V?'~, ~<../~{ ;: >

Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini bahawa belum ada mana-mana kajian di negara ini
y~ng melihat kesedaran masyarakat terhadag kreativiti. Malah, setakat ini, dalam kalangan pengkaji
Baratlluar, kajian sebegini juga belum pernah ditemui. Sebaliknya, kebanyakan tentang kreativiti lebih
menumpukan kepada melihat ~QID'.E.an kreativiti -..Sesebua~arak~, pembentukan kaedah
pengukuran kreativiti, perbandingan aplikasi pengukuran kreativiti dan pemupukan kreativiti.
- ---- --.- - ~- --- -

Kajian-kajian yang disebutkan ini juga sangat jarang ditemui di negara kita dan untuk itu rujukan-
rujukan yang ada kaitannya dengan Malaysia juga sangat terhad jumlahnya. Malah, jika ada disenaraikan
kajian tempatan dalam bidang ini maka nama penyelidiklpengkaji yang sama sahaja akan muncul dan
senarai itu tidaklah panjang. Le bih mencabar lagi jika ingin melihat tema kertas kerja ini dari sudut
pandangan hidup Islam. Apa yang pasti rujukan berasaskan pendekatan Islami boleh dibilang dengan satu
tangan. Penjelasan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kegiatan penyelidikan dalam bidang
kreativiti di negara ini belum begitu berkembang subur. Malah, keadaan ini juga menunjukkan betapa
kesedaran untuk memahami bidang ini di peringkat tempatan juga belum begitu menyerlah. Oleh itu, jika
kesedaran dalam kalangan pengkaji (golongan intelek) sendiri belum begitu memberangsangkan, maka
bagaimana pula kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat?

Berbalik kepada aspek kesedaran terhadap kreativiti, kertas kerja ini akan menunjukkan atau
membuktikan kewujudan (atau ketidakwujudan) kesedaran tersebut dalam kalangan masyarakat. Dalam
konteks kesedaran ini, apa yang dipaparkan di dalam kertas kerja ini kebanyakannya bergantung pada
kaedah pemerhatian dan sumber rujukan sekunder. Sebagai permulaan, kefahaman terhadap kesedaran
masyarakat terhadap kreativiti akan dilihat dari sudut pengetahuan/kefahaman umum masyarakat terhadap
kreativiti/inovasi. Selanjutnya, akan dilihat pula amalan kreativiti dalam kalangan masyarakat.

PengetahuanlKefahaman umum masyarakat terhadap Kreativitillnovasi

Melalui pemerhatian terhadap hubungan sosial kanak-kanak dan wanita serta pemerhatian terhadap
perkembangan media (cetak dan elektronik) semasa, dapat diperhatikan pengetahuan/kefahaman umum
masyarakat terhadap kreativiti. Dalam hal ini, dua situasi hubungan sosial dalam kalangan kanak-kanak
dan wanita dicatatkan di sini bagi membuktikan wujudnya pengetahuan/kefahaman umum masyarakat
Malaysia terhadap kreativiti:

2
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan inovasi

Situasi I

Sekumpulan kanak-kanak bermain bersama dalam satu permainan yang diberi nama
"meneari nama kereta bermula dari huruf tertentu." Misalnya, apakah nama kereta yang
bermula dari huruf "M"? Jawapannya ialah kereta "MyVi." Dalam permainan ini, setiap
kanak-kanak diberi peluang memilih huruf yang mereka suka dan rakan-rakan yang lain,
seeara spontan, akan menyebut nama kereta yang bermula dari huruf yang diberikan itu.
Selalunya, dalam permainan ini, akan tiba satu keadaan di mana ada kanak-kanak yang
gagal menyebut nama kereta yang diperlukan. Bila tiba keadaan ini, akan ada kanak-
kanak lain yang menyebut "Apalah, tak kreatif betul"

Situasi II

Dua orang wanita sedang bersembang tentang memulakan perniagaan kain seeara keeil-
keeilan, bukan untuk mendapat untung besar tetapi sekadar menambah pendapatan
keluarga. Wanita A sudah biasa melakukan kegiatan ini dan euba meyakinkan Wanita B
bahawa perniagaan sebegini sememangnya berbaloi untuk dieuba. Pastinya, Wanita B
yang tidak biasa, bertanyakan pelbagai soalan. Antara soalannya, "Bagaimana nak jual
(pasarkan) kain ni?" Dengan yakin, Wanita A memulakan jawapannya dengan ayat "Kita
kena kreatiflah, banyak eara nak pasar barang ni!"

Dalam kedua-dua situasi ini, dapat diperhatikan bahawa perkataan "kreatif' telah digunakan.
Malah, jika diperhatikan di sekeliling kita, perkataan itu sangat mudah dan kerap dilantunkan. Persoalannya
di sini, adakah mereka memahami makna perkataan itu atau ia sekadar disebut kerana telah begitu ramai
orang yang menyebutnya? Dalam masa yang sama, adakah penggunaan perkataan itu tepat pada
maksudnya?

Dalam situasi I, sememangnya perkataan kreatif telah digunakan. Namun, maksud penggunaan
perkataan tersebut bukanlah merujuk kepada kreativiti seperti takritannya' tetapi ia merujuk kepada
ketidakupayaan untuk memberikan jawapan yang betul. la tidak ada kena mengena dengan menghasilkan
sesuatu yang baharu. Oleh itu, penggunaan perkataan "kreatif' di sini tidak tepat pada maksudnya.
Ketidakupayaan kanak-kanak ini meneari nama-nama kereta yang bermula dari huruf "M" ada kaitannya
dengan kekurangan maklumat berkaitan nama-nama kereta tersebut. Jelas, ia tiada kena mengena
dengan kreativiti itu sendiri.

1 Antara takrifan kreativiti ialah "keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu" (Gilchrist, 1972) dan "satu proses yang
mana seseorang menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian
dan sebagainya, mengenalpasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian..." (Torrence, 1974 dalam Yong, 1994, m.s. 8).

3
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Dalam situasi II pula, penggunaan perkataan kreatif di sini membawa maksud kebolehan individu
mencari pelbagai kaedah untuk memasarkan produk jualan. Dengan kata lain, individu perlu mencari
kaedah memasarkan produk yang berbeza daripada biasa atau mencari kaedah baharu. Dengan itu,
penggunaan perkataan kreatif di sini lebih tepat dengan makna asal kreatif. Dalam situasi ini, kreatif
merujuk kepada "menggunakan kaedah baharu" untuk memasarkan barangan.

Berdasarkan pemerhatian ini, wujudnya keyakinan bahawa, serba sedikit, masyarakat Malaysia
sememangnya sudah mempunyai pengetahuan/kefahaman terhadap kreativiti. Dalam hal ini, kefahaman
yang dimaksudkan di sini ialah masyarakat telah memahami keperluan kreativiti dalam menyelesaikan
masalah dan memberikan jawapan/jalan penyelesaianyang berbeza daripada kebiasaan.

Pengetahuan/kefahaman umum ini mungkin terhasil daripada pembacaan, pemerhatian mahupun


apa yang mereka dengar. Ini kerana, sejak sekian lama, perkataan "kreatif' dan "kreativiti" telah begitu
kerap dipaparkan di media cetak mahupun disebut di dalam media elektronik.

Walau bagaimanapun, berkaitan dengan penjelasan di atas, terdapat sekurang-kurangnya dua


persoalan yang perlu dijawab di sini. Pertamanya, adakah pengetahuan/kefahaman umum ini lengkap dan
keduanya, adakah pengetahuan/kefahaman umum ini mencukupi? Untuk persoalan pertama,
pengetahuan/kefahaman umum masyarakat terhadap kreativiti iaitu melibatkan unsur penyelesaian
masalah dan penghasilan idea baru yang tersendiri/unik, merupakan satu pengetahuan/kefahaman yang
benar. Ini kerana, jika dirujuk takrifan kreativiti itu sendiri, dua unsur tersebut sememangnya terkandung
dalam takrifan itu. Walau bagaimanapun, pengetahuan/kefahaman sebegini belum lengkap dan terlalu
"nipis" sifatnya. Ini ker~an kreativiti ini sangat luas dan boleh mencakupi pelb?gai bigang
(Yong, 1993). Apatah lagi, jika kreativiti ini dilihat dari sudut pandangan hidup Islam. Pastinya, ramai
Muslim yang kurang yakin atau tidak tahu akan kepentingan serta penekanan kreativiti dalam pandangan
hidup Islam. Berdasarkan penjelasan ini, maka boleh disimpulkan bahawa pengetahuan/kefahaman
masyarakat Malaysia terhadap kreativiti masih belum len9l~1L dan amat perlu diperbaiki. Malah, ini
mungkin menjadi satu faktor kurangnya kegiatan kreatif serta inovasi dalam negara kita. --

Bagi persoalan kedua pula, kefahaman masyarakat terhadap kreativiti sebenarnya belum
mencukupi. Ini kerana, mereka perlu memahami banyak perkara lain berkaitan kreativiti itu. Misalnya,
tentang kep§ntingan kreativiti. unsur-uns~Ly-an9-p-edu.ada untuk berkreativiti, halangan/kekanganterhadap
kreativiti, had-had berkreativiti. ruang untuk menyalur serta mengembangkan kreativiti dan bagf Muslim,
pa.ncf8n9anhidup Islam terhadap kre~ov~ Jika masyarakat- dapat dibekalkan; dengan dengan
maklumat lengkap berkaitan dengan kreativiti ini maka pembudayaan kreativiti/inovasi berkemungkinan
mempunyai masa depan yang cerah.

Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini bahawa membekalkan maklumat lengkap dalam
usaha membudayakan kreativiti dan inovasi tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Usaha ini sewajarnya
dilakukan secara kolektif dan konsisten jika ingin melihat perubahan positif masyarakat terhadap
kreativiti/inovasi. Dalam masa yang sama, pembudayaan kreativiti dan inovasi tidak akan menjadikan

4
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

setiap seorang ahli masyarakat itu kreatif dan mampu berinovasi. Individu yang kreatif tidak muncul setiap
hari tetapi mungkin mengambil masa ratusan tahun untuk dihasilkan.

Arna/an kreativiti da/am ka/angan masyarakat

Amalan kreativiti bermakna penglibatan/kegiatan ahli masyarakat dalam aktiviti yang ada kaitannya dengan
kreativiti/inovasi. Misalnya, menghasilkan sesuatu yang baharu atau berinovasi terhadap idea,
perkhidmatan mahupun produk yang boleh dimanfaat masyarakat. Oleh itu, untuk membuktikan wujudnya
amalan, maka perlulah diteliti petunjuk-petunjuk yang membuktikan wujudnya kegiatan kreativiti dalam
masyarakat. Justeru itu, sub-bahagian ini akan membentangkan tiga petunjuk iaitu (i) data produk yang
dipatenkan,2 (ii) jumlah penyelidik dan (iii) aktiviti kreativiti/inovasi melalui media untuk membuktikan
kewujudan kegiatan kreativiti yang seterusnya boleh menjadi sandaran dalam membuktikan kesedaran
serta amalan masyarakat terhadap kreativitilinovasi.

Pertamanya dari segi penghasilan produk yang dipatenkan.' Penghasilan produk yang dipatenkan
telah menjadi satu petunjuk yang sering digunakan untuk melihat kelebihan sesebuah negara/masyarakat
dalam kreativitilinovasi. Produk yang dipatenkan menunjukkan bahawa adanya penghasilan produk baharu
dan dengan itu pencipta produk tersebut mempatenkan produknya untuk melindungi haknya terhadap
produk tersebut. Jika dikaitkan dengan tema kertas kerja ini maka, lebih tinggi jumlah produk yang
dipatenkan maka ini bermakna lebih ramai individu yang menghasilkan produk baharu. Apabila ramai
individu melibatkan diri dengan penghasilan produk baharu maka ini ada kemungkinannya memberikan kita
gambaran bahawa wujudnya amalan terhadap kegiatan kreativiti. Dengan itu, apabila ramai orang
melibatkan diri dengan kegiatan kreativiti (mengamalkannya) maka ini ada kemungkinannya menunjukkan
bahawa kesedaran masyarakat terhadap kegiatan kreativiti itu tinggi.

Bagi Malaysia, jumlah paten' yang diluluskan pada tahun 2002 ialah sebanyak 1492 paten
berbanding 405 pada tahun 2000. Dari jumlah ini 32 (2%) dipatenkan oleh pemastautin manakala 1460
(98%) dipatenkan oleh bukan pemastautin (RMK9, 2006: 276). Manakala dalam aktiviti penyelidikan dan

2 Data produk yang dipatenkan kerapkali digunakan dalam indeks-indeks yang menunjukkan kemampuan kreativiti/inovasi
sesebuah negara. Contohnya, The Global Innovative Index yang dibangunkan oleh by The Boston Consulting Group (BCG) dan
the National Association of Manufacturers (NAM) yang menunjukkan tahap innovasi sesebuah negara serta The Creativity Index
yang dibangunkan oleh Richard Florida, Profesor Pembangunan Ekonomi Wilayah di Carnegie Mellon University di mana index
ini menilai kemampuan komuniti untuk berinovasi.
3 Produk yang dipatenkan bukanlah satu-satunya hasil kegiatan kreativiti/inovasi. Selain produk, kreativiti juga melibatkan idea
serta perkhidmatan. Data ini selalunya digunakan sebagai petunjuk kekuatan ekonomi sesebuah negara atau sebagai petunjuk
kekuatan daya saing sesebuah negara. Perlulah diingatkan bahawa kekuatan atau keupayaan kreativiti dan inovasi selalu
dikaitkan dengan petunjuk ekonomi. Oleh itu, kajian ini juga bergantung pad a data-data ekonomi itu. Bagi mendapat gambaran
jelas tentang data tersebut, sila rujuk kepada Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh (Unit Perancanq Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri) dan bagi melihat perbandingan kekuatan inovasi Malaysia dan negara lain, lihat The Global
Competitiveness Report 2010-2011 (World Economic Forum).
4 Data ini ialah untuk penduduk Malaysia keseluruhannya tanpa membezakan sarna ada mereka Muslim atau tidak. Setakat ini
tiada lagi data yang menunjukkan pempaten ialah Muslim atau bukan Muslim.

5
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

pembangunan (R&D) oleh syarikat biotek, 650 paten telah diluluskan untuk penyelidikan berkaitan biotek
bagi tempoh 2005-2009 (RMK10, 2010: 45).

Berdasarkan paparan data ini, hakikatnya aktiviti mempatenkan produk di negara ini belum begitu
memberangsangkan. Jika dibandingkan dengan Singapura, bagi tahun yang sama, 7,584 paten diluluskan
dengan 246 (3%) dipatenkan oleh pemastautin manakala selebihnya (7,338 atau 97%) dipatenkan oleh
bukan pemastautin. Jika dibandingkan pula dengan Taiwan yang menunjukkan data memberangsangkan
dengan 45,042 paten diluluskan pada tahun 2002. Dari jumlah ini, 24,846 (55%) difailkan oleh pemastautin
dan 20196 (45%) dipatenkan oleh bukan pemastautins.

Malahan, sebahagian besar aktiviti mempatenkan oleh pemastautin (tinggal dan menetap di
Malaysia) juga sangat rendah. Hal yang sama berlaku di Singapura. Namun, di Taiwan keadaan sangat
berbeza dengan permohonan paten yang diluluskan, separuhnya dibuat oleh entiti tempatan.

Dengan itu, jika kita menerima andaian awal bahawa jumlah produk yang dipatenkan ada hubung
kaitnya dengan faktor amalan dan kesedaran masyarakat terhadap kreativiti dan inovasi maka,
~
berdasarkan data yang dipaparkan ini jelas bahawa amalan dan kesedaran kreativiti masyarakat Malaysia
masih terlalu rendah. Ini menyokong andaian awal berdasarkan pemerhatian pengkaji tadi.

Selain produk yang dipatenkan, jumlah penyelidik berkemungkinan menjadi petunjuk yang boleh
digunapakai dalam melihat kesedaran masyarakat terhadap kreativiti/inovasi. Andaiannya, dengan jumlah
penyelidik yang tinggi maka aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) adalah aktif bagi sesebuah
negara. Aktiviti P&P yang berleluasa berkemungkinan menghasilkan penemuan dalam bentuk
idea/produk/perkhidmatan/sistem yang baharu dan bermanfaat kepada masyarakat. Ini merupakan satu
kriteria kepada kreativiti/inovasi. Secara tidak langsung ini menunjukkan kegiatan kreatif dan inovatif yang
tinggi. Akhirnya, kegiatan kreatif dan inovatif yang tinggi secara tidak langsung menunjukkan pula amalan
dan seterusnya kesedaran terhadap kreativiti/inovasi yang tinggi.

Di Malaysia, data penyelidik6 bagi setiap 1 juta penduduk pada tahun 2006 ialah 372 penyelidik.
Dibandingkan dengan Singapura 6,088 penyelidik, Hong Kong 2,650 penyelidik dan Iran 706 penyelidik.7
Data ini jelas menunjukkan bahawa jumlah penyelidik bagi setiap 1 juta penduduk di Malaysia masih terlalu
rendah jika dibandingkan dengan Singapura dan Hong Kong. Malah, apabila dibandingkan dengan Iran
(sebuah negara Islami), jumlah penyelidik bagi setiap 1 juta penduduk di Malaysia masih lagi rendah.

~\V
~
1 Oleh itu, jika andaian awal tadi digunapakai, maka boleh kita katakan bahawa kegiatan P&P di
Malaysia rnasih lagl rendah. Dengan ltu, kernunqkinan untuk terhasilnya idea, produk, perkhidmatan dan

5 Data -data untuk Singapura diperoleh di http://www.ipos.gov.sg/topNav/pub/sta/ dan data-data untuk Taiwan diperoleh di
http://www.tipo.gov.tw (Statistic & Publication)
6 Data ini juga tidak membezakan sama ada penyelidik itu Muslim atau tidak. Setakat ini belum ditemui data yang membezakan
penyelidik Muslim atau bukan Muslim.
7 Data diperoleh daripada http://stats.uis.unesco.org/unescolT ableViewer/document.aspx?Reportld=143&IF Language=eng
(Summary Data, Global Ranking)

6
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

<-\ --Jj ',sebagainya yang kreatif/inovatif juga adalah rendah. Oengan itu, ini mungkin juga menjadi petunjuk
~ Jrendahnya aktiviti atau kesedaran terhadap kreativiti/inovasi.

Seterusnya, dengan melihat kegiatan kreativiti/inovasi melalui media, khususnya media elektronik.
Berdasarkan pengalaman/pemerhatian terhadap media di Jepun, dapat diperhatikan bahawa wujudnya
amalan kreativiti dalam kalangan penduduk Jepun. Oi salah satu stesen TV di Jepun, adanya satu
rancangan yang memaparkan hasil kreativiti anggota masyarakat mereka. Masyarakat di Jepun boleh
menghantar produklidea baharu mereka ke stesen TV tersebut dan rancangan itu akan memaparkan
produklidea itu kepada penonton. Oaripada pemerhatian, produklidea baharu itu tidaklah bersifat kompleks
tetapi sesuatu yang memudahkan orang ramai misalnya, bagaimana untuk menghidupkan mancis jika
kotak mancisnya tiada atau bagaimana untuk menghilangkan penanda perekat kertas atas barangan yang
kita miliki. Malah, ada juga mencipta teknik melipat kain yang segera dan mudah.

Oaripada pemerhatian ini, didapati bahawa permintaan anggota masyarakat untuk menyiarkan
produklidea baharu mereka amat tinggi. Oengan itu, berdasarkan pemerhatian ini dapat disimpulkan
'1-- bahawa kegiatan mereka cipta dalam kalangan penduduk JepunBsudah menjadi satu kebiasaan dan amat
dialu-alukan serta mendapat sokongan media. Ini amat berbeza dengan keadaan di Malaysia yang lebih
suka menyiarkan rancangan hiburan ataupun kisah hantu!

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di bahagian ini dapat disimpulkan bahawa kesedaran


umum/masyarakat terhadap kreativiti/inovasi di Malaysia masih di tahap rendah dan amat perlu diperbaiki.
Walau bagaimanapun, bagi mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesedaran ini, dicadangkan satu
kajian yang lebih rnendalarn terhadap perkara ini dijalankan. Hasil daripada kajian itu nanti dapat dijadikan
satu input untuk merangka dan menjalankan usaha-usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap
kreativiti dan inovasi di negara ini.

Selain daripada pemerhatian dan data yang ditunjukkan di atas (dalam usaha membuktikan
kesedaran atau ketidaksedaran masyarakat Malaysia terhadap kreativiti dan inovasi), ciri-ciri masyarakat
yang kreatif juga boleh dijadikan sandaran kewujudan kesedaran atau ketidaksedaran masyarakat
terhadap kreativiti dan inovasi. Kita mengandaikan bahawa masyarakat yang punya kesedaran terhadap
kreativiti dan inovasi pasti menunjukkan ciri-ciri masyarakat kreatif. Jadi, adakah ciri-ciri masyarakat kreatif
itu wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Terlebiih dahulu, apakah ciri-ciri masyarakat kreatif? Menurut Grulan dan Mayers (1988)

tf masyarakat yang kreatif ialah masyarakat yang mempunyai: (i) teknologi dan ekonomi yang menghasilkan
kekayaan mencukupi untuk menggalakkan kegiatan kreatif, (ii) sistem komunikasi yang membenarkan
pertukaran maklumat dan idea, (iii) sistem nilai yang memberi ganjaran kepada kreativiti, (iv) tahap
penerimaan kreativiti yang tinggi (tidak menghukum hal berkaitan dengan kreativiti), (v) peluang untuk
kebersendirian atau privacy, (vi) mekanisme sosial di dalam sistem sosialnya yang membenarkan atau

8 Jepun sememangnya negara yang terkenal dengan inovasi. Di dalam World Competitiveness Report 2010-2011, Jepun
diletakkan ditangga kedua dalam senarai kebolehan/kemampuan untuk berinovasi (Capacity for innovation). Manakala dari segi
Utility Patents per Million Population pula, Jepun juga berada ditangga kedua. Rujuk data ini dimukasurat 488 dan 494 laporan
tersebut. Bagi memahami takrifan Utility Patents per Million Population, rujuk mukasurat 498 laporan tersebut.

7
Ie.·
~

Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

-4. [ m:ggalakkan pembentukan kumpulan (profesional, seni dan sebagainya) yang menggalakkan kreativiti
dan, (vii) sistem pendidikan yang menggalakkan pertanyaan, penyelidikan, penyiasatan dan penerokaan
serta mengiktiraf kreativiti.

Oleh itu, adakah ciri-ciri ini boleh dilihat di dalam masyarakat Malaysia? Secara umumnya, ciri-ciri
ini wujud di dalam masyarakat Malaysia. Namun, kewujudan sesetengah ciri-ciri ini tidak ketara atau masih
di peringkat yang rendah. Misalnya, sistem pendidikan yang berasaskan pertanyaan. Walaupun telah
beberapa lama cadangan untuk mengubah sistem pendidikan negara, daripada sistem pendidikan yang
berasaskan peperiksaan kepada sistem yang berasaskan penerokaan dan pertanyaan dicadangkan,
namun baru kini kita mengorak langkah ke arah itu. Pembaharuan yang dicadangkan ini pula masih belum
begitu ketara diamalkan kerana interaksi satu hala masih menjadi keutamaan di dalam kelas. Oleh itu,
langkah pembaharuan ini akan mengambil masa untuk dilihat hasilnya.

Begitu juga dengan sistem komunikasi di negara ini. Sistem komunikasi secara umumnya
merupakan sistem yang membolehkan komunikasi dilakukan. la merupakan satu sistem yang kompleks
meliputi peralatan, jaringan komunikasi dan sebagainya. Masyarakat umum pula memahami sistem ini
dengan melihat kebolehcapaian mereka terhadap pelbagai maklumat melalui telefon, televisyen, radio,
internet dan sebagainya. Hakikatnya, kerajaan kini melabur sejumlah modal yang besar untuk
rneningkatkan sistem komunikasi ini.

Pun begitu, adakah sistem komunikasi itu membenarkan serta membolehkan pengaliran serta
pertukaran idea dan maklumat sebagai salah satu ciri masyarakat kreatif? Ya, sememangnya setiap hari
kita bertukar maklumat dan idea, namun apakah bentuk maklumat dan idea itu? Interaksi masyarakat
berkemungkinan menghasilkan pertukaran idea kreatif dan maklumat. Walau pun tidak begitu menyerlah,
diyakini bahawa wujudnya percambahan idea dan pertukaran maklumat hasil interaksi masyarakat
Malaysia. Namun, kebelakangan ini minat masyarakat Malaysia terhadap maklumat tertentu
berkemungkinan besar menghambat kreativiti masyarakat itu sendiri. Apakah jenis maklumat apa yang kita
gemari? Jika ahli masyarakat itu hanya berminat kepada maklumat serta idea berasaskan gosip, kisah
hantu, cerita seks, sembang-sembang ringan dan sebagainya, maka hasrat untuk membentuk masyarakat
Malaysia yang kreatif nampaknya masih lagi terlalu jauh.

Berdasarkan penjelasan ini disimpulkan bahawa masyarakat Malaysia sudah menunjukkan serba
sedikit ciri-ciri masyarakat yang kreatif namun ciri-ciri itu belum begitu menonjol dan memerlukan usaha
yang lebih untuk direalisasikan.

Sahagian II: Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Bahagian ini akan menunjukkan beberapa perkara asas atau unsur-unsur yang diperlukan dalam
pemupukan kreativiti.

Pertama, kesedaran bahawa "setiap manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif'
(Jones, 1972 dim Yang, 1994: 1). Dengan potensi ini maka usaha pemupukan amat perlu dilakukan. Walau
8
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

bagaimanapun, ada pengkaji yang melihat kreativiti sebagai satu anugerah Allah SWT (Mohd Azhar,
2004). Dalam konteks ini, jika kreativiti merupakan satu anugerah maka boleh dikatakan bahawa tidak
semua orang akan menerima anugerah itu. Jika ini benar maka, tidak semua orang boleh menjadi kreatif.
Kenyataan ini pastinya satu yang bertentangan dengan kenyataan awal tadl

Walau bagaimanapun, kita boleh melihat keadaan ini dari sudut yang lain pula. Dalam hal ini, oleh
sebab kreativiti itu satu anugerah (yang tidak semua akan memperolehnya), maka boleh juga kita katakan
bahawa, semua orang berpotensi menerima anugerah itu. Oleh itu, setiap individu mempunyai peluang
atau kemungkinan untuk menjadi individu kreatif.

Malah dalam banyak keadaan, sebenarnya kreativiti wujud dalam diri setiap individu. Namun yang
membezakannya adalah kekuatan (intensity) atau kualiti kreativiti9 itu sahaja. Kenyataan ini adalah lanjutan
daripada hasil kajian Yong (1993) yang membandingkan tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di
Malaysia dengan pelajar di Amerika Syarikat (dalam julat usia yang sama). Dalam kajian ini beliau
membuat kesimpulan bahawa pelajar Malaysia mempunyai kemampuan kreativiti yang sam a dengan
pelajar Amerika Syarikat tetapi tahap kreativiti ituadalah dalam kategori rendah. (Yong, 1993: 61). Malah,
kenyataan ini turut disokong oleh Leo (2008: 9-10) yang menyebut bahawa "manusia dilahirkan dengan
ciri-ciri kreativitL" Dengan penerangan ini, jelas bahawa pemupukan kreativiti perlu menumpukan kepada
semua individu atau pelajar (dalam konteks pendidikan) dan bukannya tertumpu pada satu-satu golongan
sahaja.

Kedua, dalam proses pemupukan, ramai juga pengkaji bersetuju bahawa pemupukan harus
bermula seawal mungkin. Dengan kata lain, untuk membentuk individu yang kreatif, pembentukan individu
kreatif harus dijalankan atau diusahakan pada usia kanak-kanak. Menurut Kokot dan Colman (1997: 216),
"'jumlah' kreativiti dan kepintaran ditentukan oleh genetik tetapi pendidikan atau rangsangan awal dilihat
sebagai penting untuk merealisasikan potensi kreatif atau intelek setiap individu." Kajian Torrence dalam
tahun 1962 menunjukkan bahawa kreativiti individu merosot apabila kanak-kanak berumur sembilan tahun
(Yong & Chen, 1994: 3). Dengan itu, sebelum usia ini, segala usaha dan persekitaran yang sesuai untuk
menjana kreativiti anak-anak perlu diwujudkan agar kemerosotan kreativiti itu dapat dibendung dan
seterusnya dikekalkan.

Walau pun pemupukan harus dijalankan pada usia mud a namun ini tidak bermakna bahawa hasil
usaha itu akan dapat dilihat dengan segera. Hasil itu akan dilihat pada satu jangka masa yang lama. Ini
bersesuaian sekali dengan kajian Lehmann (1993) (Yong & Chia, 1994) yang menunjukkan bahawa
pencapaian kreatif para genius memuncak dalam usia 30-40 tahun dan kemudiannya merosot. Manakala
Kamaruzaman et al. (2009: 28) pula berpendapat bahawa "kebanyakan penemuan penting dibuat oleh
para saintis muda semasa mereka belajar di peringkat ijazah [pertama] atau beberapa tahun selepas
mereka memperoleh ijazah kedoktoran" dan "jangkausia 20-30 tahun adalah tahun-tahun terbaik dalam
kehidupan seorang saintis." Ini jelas menunjukkan bahawa pemupukan kreativiti seharusnya dilakukan
secara berterusan dan konsisten.

9Atau disebut tahap kreativiti. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004) membezakan tahap kreativiti tinggi dan tahap kreativiti rendah.
Sila rujuk mukasurat 255-260.

9
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan inovasi

Ketiganya, kepentingan ilmu dalam pemupukan kreativiti. Dalam usaha pemupukan kreativiti ini
selain melakukannya seawal usia kanak-kanak dan dalam keadaan yang konsisten, keperluan paling asas
dalam usaha pemupukan juga perlu diambil perhatian. Keperluan paling asas ini merujuk kepada
kepentingan ilmu dalam membangkitkan kreativiti atau dalam proses membentuk individu kreatif.

Untuk menjadi seorang yang kreatif, ilmu sangat diperlukan. Tanpanya, kreativiti tidak akan dapat
direalisasikan. Dalam pandangan hidup Islam, kepentingan memperoleh ilmu sang at difhikberatkan.i?
Sebagai seorang Muslim, ilmu yang penting baginya adalah ilmu fardhu 'ain dan juga ilmu fardhu kifayah
(Nurazmallail, 2010: 2,6). Secara amnya, ilmu fardhu 'ain merujuk kepada ilmu-ilmu yang berasaskan
kepada tanggungjawab di peringkat individu kepada Allah SWT. Manakala ilmu fardhu kifayah menyentuh
kehidupan manusia bermasyarakat seperti sains, bahasa, geografi, alam sekitar, bertukang, memasak dan
sebagainya.

Kedua-dua bentuk ilmu ini sangat penting dan saling lengkap-melengkapi. Misalnya, penguasaan
ilmu fardu 'ain dapat memandu seorang saintis agar tidak menjalankan kajian yang bertentangan dengan
pandangan hidup Islam. Manakala, ilmu fardu kifayah, contohnya pengetahuan tentang astronomi, dapat
membantu menentukan waktu solat, permulaan Ramadhan dan sebagainya.

Dalam hal ini, untuk membentuk individu kreatif, maka individu ini perlu melengkapkan dirinya
dengan ilmu. Contoh paling mudah, tidak mungkin seorang saintis dapat menghasilkan ubat untuk merawat
penyakit manusia jika dia tidak mengetahui anatomi tubuh manusia itu sendiri. Contoh lain, bagi seorang
seorang ahli muzik, tidak mungkin dia boleh mengubah sebuah lagu atau susunan muzik yang memukau
pendengar jika tidak tahu menggunakan alatan muzik.

Bagi menyokong keperluan ilmu untuk berkreativiti, Kamaruzaman et a!. (2009:26), menyebut
bahawa "sang at nyata bahawa sebelum seseorang boleh melakukan sains kreatif, seseorang perlu
mempunyai pengetahuan teknikal tentang fakta, undang-undang dan kaedah." Ini membuktikan
kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan sebelum seseorang boleh berkreativiti.

Adams (2006: 5) semasa menjalankan kajian tentang sumber inovasi dan kreativiti telah memetik
kajian yang dijalankan oleh Amabile (1998, 1992) dan Gardner (1994, 1999) berkaitan kepentingan ilmu
dalam membentuk individu kreatif. Kajian Amabile menunjukkan untuk menjadi kreatif, seseorang
memerlukan ilmu dan ilmu yang diperlukan itu ialah "semua maklumat yang berkaitan yang boleh
digunakan oleh seorang individu untuk menyelesaikan masalah." Bagi Gardner pula, terdapat dua bentuk
ilmu yang diperlukan untuk kreativiti iaitu pengalaman dan fokus jangkapanjang terhadap sesuatu bidang.
Pun begitu kemampuan untuk menggabungkan pelbagai elemen berbeza dalam bentuk baru juga penting
dalam kreativiti. Ini menunjukkan pengetahuan terhadap pelbagai bidang juga amat penting. Dengan itu,
untuk menjadi seorang yang kreatif, selain menguasai satu atau dua bidang, pengetahuan tentang
pelbagai bidang lain juga penting. Dalam hal ini, Frans Johansson dalam buku beliau, The Medici Effect
menekankan "keseimbangan di antara kedalaman dan keluasan ilmu" untuk memaksimakan potensi

10 Kepentingan ilmu disebut antaranya dalam surah Saba' 34: 6 (orang berilmu mengetahui dengan yakin), surah Faathir 35: 28
(orang berilmu takut melanggar perintah Allah SWT) dan surah al- Mujaadalah 58 (orang berilmu ditinggikan darjatnya).

10
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

kreanf." Dari sudut pendidikan, ini menunjukkan para pelajar harus didedahkan kepada pelbagai disiplin
ilmu dan dalam masa yang sama mereka seharusnya terlibat dengan pelbagai kumpulan projek yang terdiri
daripada ahli-ahli yang mempunyai minat yang pelbagai.

Berkaitan juga dengan ilmu, Nurazmallail (2010: 25-27) dalam kajian beliau terhadap corak
pendidikan saintis Muslim di era keqemllanqan Islam telah menunjukkan bahawa kebanyakan saintis
Muslim itu melalui sistem pendidikan di kuttab.? Antara kurikulum yang diajar di kuttab ialah menulis,
membaca, mempelajari pengetahuan asas agama (e.g. wuduk, sembahyang, puasa etc.), pengajian al-
Quran (bacaan, hafazan), asas bahasa Arab dan kesusasteraan (e.g. nahu, syair, prosa etc.). Jelas
bahawa, pendidikan awal saintis Muslim ini memberi tumpuan kepada ilmu yang berkait dengan
pengukuhan akidah. Ini boleh menjadi sandaran dalam usaha membentuk individu kreatif kini.

Keempat, selain daripada ilmu pengetahuan, dikatakan juga bahawa untuk memupuk
kreativiti/inovasi, persekitaran yang sesuai amat diperlukan. Jika persekitaran yang sesuai ini dapat
dibangunkan maka lebih ramai individu kreatf dapat dihasilkan. Leo (2008: 208) melihat faktor persekitaran
ini dengan merujuk kepada suasana persekitaran yang sesuai untuk berkreativiti. Ini berdasarkan
pemerhatian beliau terhadap sikap pelajar di dalam kelas dan di luar kelas, misalnya di padang sekolah.
Menurut beliau, sikap pelajar di dua tempat itu amet berbeza. Ini kerana dalam persekitaran kelas, pelajar
melalui pembelajaran yang ketatlrigid tetapi di luar kelas, pelajar berasa kurang tertekan. Lagipun,
persekitaran luar memberi lebih peluang kepada pelajar membuat penerokaan. Berdasarkan penjelasan
ini, persekitaran yang sesuai amat diperlukan dalam memupuk kreativiti/inovasi. Persekitaran yang
membantu pencapaian kreativiti ialah satu keadaan persekitaran yang menggalakkan penghasilan
penerokaan dan seterusnya akan membantu kepada penjanaan idea-idea kreatif mahupun inovatif. Adams
(2006: 9-13) turut menyebut tentang persekitaran sebagai satu faktor menjana kreativiti bahawa
persekitaran yang tidak mengancam dan tidak mengawal (bebas) adalah lebih sesuai untuk penghasilan
idea.

Selain suasana persekitaran yang sesuai, terdapat juga pengkaji yang melihat faktor persekitaran
ini dengan merujuk kepada keluarga dan sekolah (Weihua, 2007: 151-155).13Kajian ini menunjukkan
bahawa selain kecerdasan otak (intelligence) dan personaliti individu, faktor persekitaran penting untuk
keseluruhan aktiviti kreatif. Dengan itu, kajian ini menyimpulkan bahawa masyarakat umum termasuklah
keluarga, sekolah dan tempat kerja, boleh mencipta satu persekitaran yang sesuai untuk melindungi dan
memupuk kreativiti. Sebaliknya, usaha secara langsung atau tidak langsung untuk menghadkan
kebebasan atau memaksa keakuran terhadap individu akan menyekat kreativiti. (Weihua, 2007: 170-171)

11 Kenyataan ini turut disokong dalam kajian historiometric Simonton terhadap tokoh-tokoh pencipta yang hebat dan kajian yang
hampir sarna oleh Gardner. Gardner mencetuskan idea "ten year rule" di mana seseorang individu memerlukan jangkamasa
lebih kurang 10 tahun untuk membina penguasaan terhadap sesuatu ilmu dan kepakaran dalam usaha memacu kreativiti dalam
Adams (2006: 6)
12 Merujuk kepada Nurazmallail (2010), kuttab juga disebut maktab iaitu tempat kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak belajar
menu lis, membaca dan menghafaz al-Quran (m.s. 23, notakaki)
13 Baer & Kaufman, 2008 dalam kajian mereka terhadap perbandingan keupayaan kreativiti di an tara pelajar perempuan dan
lelaki memetik kajian Handerson (2003) untuk menunjukkan bahawa persekitaran awal individu seperti keluarga, sekolah,
komuniti dan pengalaman pendidikan tinggi adalah penting dalam mempengaruhi keupayaan untuk mereka cipta (m.s. 88)

11
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Walaupun persekitaran yang sesuai merupakan sesuatu yang penting dalam pemupukan namun,
Sternbergs (Kamaruzaman et aI., 2009: 26) menyebut bahawa persekitaran sesuai yang diperlukan untuk
berkreativiti menyediakan dua pandangan berbeza. Dengan kata lain, persekitaran yang sesuai tidak
semestinya perlu dalam berkreativiti. Ini kerana wujudnya keadaan di mana hasil kreativiti dapat dicipta
oleh pereka atau pencipta yang hidup dalam persekitaran yang tertekan.

Kelima, berkaitan dengan kebebasan. Di dalam kertas kerja ini, telah disebut beberapa kali tentang
kebebasan. Dikatakan bahawa untuk merealisasikan kreativiti dan inovasi, seseorang perlukan kebebasan.
Kebebasan yang dimaksudkan di sini ialah kebebasan untuk berkreativiti iaitu bebas melakukan apa
sahaja, kebebasan berfikir apa sahaja, kebebasan persekitaran iaitu berada dalam persekitaran yang
bebas dari tekanan serta kebebasan untuk belajar iaitu bebas untuk meneroka.

Dalam hal ini, kita bersetuju bahawa faktor kebebasan itu perlu agar kreativiti seseorang boleh
direalisasikan. Walau bagaimanapun, dalam konteks umat Islam, aspek kebebasan ini perlu diberi
penjelasan yang lebih mendalam. Pada pandangan penulis, kebebasan bagi Muslim ada hadnya. Ini
bermakna, Muslim bebas berkreativiti selagi tidak melanggar hukum serta peraturan yang ditetapkan di
dalam Islam. Dengan kata lain, kita boleh mencipta apa sahaja dengan syarat ciptaan itu tidak
memudaratkan orang lain serta alam keseluruhannya pada masa kini mahupun pada masa akan datang.
Malahan, kebebasan untuk menjalankan penyelidikan juga tidak mutlak. Dengan kata lain, penghasilan
barangan baharu yang bermanfaat kepada manusia tetapi menerusi kaedah penyelidikan yang tidak
menepati syariat Islam juga tidak boleh diterima kerana dalam Islam, "matlamat tidak menghalalkan cara."
Ini boleh dirujuk khususnya dalam kaedah pengklonan manusia atau kes ibu tumpang.14

Keenam, kefahaman terhadap motivasi sebagai satu faktor yang mengggerakkan kreativiti
individu. Adams (2006: 9) menyebut bahawa "kebanyakan ahli teori [dalam bidang psikologi dan kreativiti]
melihat motivasi sebagai komponen kreativiti paling penting. ~otivasi boleh dibahagikan kepada motivasi
dalaman (intrinsic) dan motivasi luaran (extrinsic). [Motivasi dalaman merujuk kepada dorong~n dalal'!'ldirt
seseorang untuk berkreativiti manakala motivasi luaran pula meru'uk kepada doronqan untak berkreativiti
dari luar. Motivasi dalaman merujuk kepada sifat ingin tahu yang tinggi, minat dalaman, ketabahan
terhadap minat, minat terhadap sesuatu, kepuasan, cabaran dalam fuqasan" serta keperluan terhadap
sesuatu yang asli." Manakala, motivasi luaran pula merujuk kepada ganjaran dan arahan dari luaJ

Persoalannya, bagaimanakah motivasi dalaman ini boleh dipertingkatkan? Ramai pengkaji


berpendapat bahawa motivasi dalaman amat bergantung pada kemahuan individu sendiri. Ini bermakna
individu sendiri perlu punya kemahuan untuk menjadi kreatif. Dalam masa yang sama, untuk menyokong
motivasi dalaman maka perlu adanya motivasi luaran. Dengan itu, faktor persekitaran, peranan ibu bapa
dan guru, ketersediaan pelbagai kemudahan den kefahaman terhadap individu kreatif perlulah
diperkukuhkan.

14 Penjelasan lanjut boleh dilihat dalam SM Saifuddeen SM Salieh, Wan Roslili Abd. Majid dan Azrina Sobian (peny.),2005.
Sempadan Bioteknologi Menurut Perspektif Islam, IKIM: Kuala Lumpur dan Abu Bakar Abdul Majeed, 2002. Bioethics: Ethics in
the Biotechnology Century, IKIM: Kuala Lumpur.
15 Amabile dan Nakamura & Csikzentmihaly dalam Adams, 2006: 9-10.
16 Mohd Azhar Abd. Hamid, 2004: 82.

12
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

~.~

Selanjutnya/ bolehkah agama diletakkan sebagai satu bentuk motivasi dal~Dalam dunia
keilmuan Barat, agama dianggap sebagai satu faktor yang mengekang perkembangan ilmu. Oleh itu,
dalam konteks kreativiti dan inovasi juga, agama dianggap tidak membantu individu untuk bebas
menghasilkan idea-idea baharu. Oleh sebab inilah kita dapat melihat dalam perkembangan dunia sains
moden, saintis membebaskan diri daripada agama agar dapat menghasilkan apa sahaja
ciptaan/penemuan tidak kira penemuan itu baik atau tidak kepada masyarakat serta alam keseluruhannya.
Contohnya, kesungguhan saintis menguasai bidang pengklonan sehingga sampai ke tahap mengklonkan
manusia. Mereka beranggapan bahawa mereka boleh dan mampu untuk mencipta manusia. Jelas sekali
mereka menolak faktor Tuhan sebagai Pencipta. Dengan itu, mereka sebenarnya menolak tuhan dan
agama dalam dunia keilmuan dan ini termasuklah melihat agama sebagai pengekang kebebasan
menghasilkan idea.

Dalam hal ini, agama Islam sendiri teruk dikecam sebagai satu agama yang menghadkan kreativiti.
Dalam konteks ini, agama Islam dilihat sebagai agama yang tidak memberikan kebebasan idea. Ini kerana,
agama ini mempunyai set-set peraturan yang perlu diikuti penganutnya. Semua ini pastinya dilihat sebagai
satu kekangan sedangkan dalam dunia kreativiti dan inovasi, kebebasan merupakan kata kunci yang perlu
diberikan kepada individu jika mahu melihat pelbagai idea bermutu dihasikan."

Hakikatnya, tuduhan sebegini amat tidak berasas kerana agama Islam merupakan satu agama
yang menggalakkan penerokaan ilmu apatah lagi kreativiti dan inovasi. Ini boleh dilihat melalui sejarah
tamadun Islam iaitu dengan melihat tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang melakukan pelbagai penemuan yang
bermanfaat kerana didorong oleh perasaan ini membongkar rahsia al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu,
tuntutan-tuntutan dalam pandangan hidup Islam itu sendiri banyak menunjukkan keperluan Muslim untuk
berkreativiti termasuklah melalui faham is/ah, tajdid dan mas/ahah. Malahan, banyak sekali ayat-ayat al-
Quran yang menuntut umat Islam memerhati, melihat, mengkaji dan rneneroka." Akhirnya, kita juga boleh
melihat perkara ini daripada sudut ganjaran bila mana seseorang Muslim dapat menghasilkan idea, produk
atau sistem baharu yang baik dan boleh dimanfaatkan manusia sejagat.19

Berdasarkan daripada penjelasan ini, bagi seorang Muslim, agama sewajarnya menjadi satu
bentuk motivasi dalaman yang boleh mendorong dirinya menjadi insan kreatif dan seterusnya mencipta
sesuatu yang bermanfaat kepada manusia dan alam keseluruhannya. Walaupun Islam meletakkan
beberapa syarat, misalnya hanya boleh menghasilkan sesuatu yang selaras dengan tuntutan syariat Islam,
namun ini bukan bertujuan untuk menyekat mereka tetapi untuk kesejahteraan hidup manusia dan alam
keseluruhannya.

Ketujuh, kefahaman terhadap individu kreatif. Dikatakan bahawa individu kreatif berbeza dengan
individu biasa. Setiap pengkaji mempunyai senarai set perilaku tertentu yang dikhususkan kepada individu
kreatif. Misalnya, Brockman (dalam Tekin dan Tasgin, 2009: 1089) merujuk individu kreatif sebagai
"individu yang membaca, memerhati, mendengar dan menyiasat." Manakala, Mohd Azhar Abd Hamid

17 Beaudin, Rebecca H. 2005. "And God Created ... ": Creativity in Islam, International Journal of Kurdish Studies, Jan 2005.
18 Contoh dalam surah al-Baqarah 2: 219, surah al-An'aam 6: 151 dan surah ali Imran 3: 191
19 Contoh, dalam surah az-Zumar 39:10 dan surah ali Imran 3: 134 & 148

13
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

(2004: 267-277) mengumpulkan sifat-sifat individu yang berfikiran kreatif daripada pelbagai pengkaji.
Antara sifat-sifat itu ialah kecerdikan, bersikap terbuka dan asertif (bersifat pendesak), gigih, suka
mencuba, proaktif dan dinamik, mempunyai idea yang gila-gila, berpandangan jauh dan bermaklumat,
mempunyai daya konsentrasi yang tinggi, mempunyai banyak idea, suka bertanya dan banyak lagi.

Sifat-sifat yang ditunjukkan ini merupakan sebahagian daripada ciri-ciri individu kreatif. Namun,
tidak semua individu yang kreatif akan menunjukkan sifat-sifat yang sama. Menurut Siabbert (1994), .
"sangat jarang semua ciri-ciri kreatif ditemui pada seorang individu kreatif. Kebiasaannya, individu kreatif
akan menunjukkan kombinasi dua atau tiga ciri." Apa yang penting di sini ialah kebolehan untuk mengenal
pasti sifat-sifat ini dan seterusnya memberikan galakan dan suasana pembelajaran yang sesuai kepada
individu kreatif.

Namun, apa yang sering berlaku, dengan sifat-sifat yang ditunjukkan tadi, individu kreatif selalu
disalahertikan sebagai individu yang bermasalah dan tidak disenangi (terutama dalam kalangan guru).
Runco (2003)20 menyebut "walaupun guru kelihatan menghormati kreativiti secara umum, namun mereka
tidak menyenangi tingkahlaku tertentu dalam manifestasi [kreativiti] itu." Ini pastinya bertepatan dengan
kenyataan Kokot & Colman (1997: 213) bahawa "walaupun ramai pengkaji bersetuju bahawa kreativiti
perlu dipupuk namun, hakikatnya ramai yang tidak pasti bagaimana melayan orang yang kreatif terutama
sekali semasa mereka [individu kreatf kecil." Salah faham seperti ini seharusnya dihindarkan dalam usaha
memupuk kreativiti. Dalam konteks ini, para guru (mahupun ibu bapa) sewajarnya dibekalkan dengan ilmu
mengenal pasti ciri-ciri individu kreatif.

Akhir sekali, kelapan, mengenal pasti halangan kreativiti. Halangan kreativiti perlu dikenal pasti
kerana apabila halangan ini dikenal pasti maka kita dapat memahami dan seterusnya menggariskan
langkah-Iangkah untuk mengatasi halangan tersebut. Apabila halangan telah dapat diatasi, maka usaha
pemupukan kreativiti dapat dijalankan dengan lebih baik. Pelbagai pengkaji melihat wujudnya pelbagai
halangan kepada kreativiti. Misalnya bagi Yong & Chia (1994: 4-5) halangan kreativiti merujuk kepada
tabiat, tradisi, peraturan, ketetapan pandangan serta persekitaran yang tidak menggalakkan. Manakala
Roger Von Oech menggariskan 10 halangan kreativiti oleh pakar kreativiti iaitu jawapan yang tepat,
penekanan kepada pemikiran logik, mengikut peraturan, praktikaliti, keengganan terhadap [aspek]
bermain, pengkhususan, mengelakkan kesamaran (ambiguity), kebencian terhadap 'kebodohan',
[anggapan bahawa] melakukan kesilapan adalah salah, percaya bahawa "saya tidak kreatif' (Leo, 2008:
62-68). Akhir sekali Mohd. Azhar Abd Hamid (2004: 277-281) melihat halangan kreativiti sebagai tidak
dapat mengenalpasti masalah, memberi perhatian terhadap apa yang ingin dilihat sahaja, gagal
menggunakan semua deria, sukar melihat hubung kait, takut gagal, takut dikritik, takut ambil risiko, sikap
konservatif dan logikal, stereotaip, serius dan praktikal, birokrasi dan sikap masyarakat.

Oaripada senarai yang diberikan ini jelas menunjukkan bahawa setiap pengkaji mempunyai
senarai halangan kreativiti masing-masing. Ada juga pengkaji yang melihat agama, termasuklah agama
Islam, sebagai satu bentuk halangan. Hal ini telah diperjelaskan dengan lebih lengkap di atas. Walaupun

20 Dalam Beghetto (2006), m.s. 150

14
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

kita bersetuju bahawa dengan mengatasi halangan-halangan ini maka pemupukan kreativiti boleh
dilakukan dengan lebih baik namun perlu juga kita menerima kenyataan bahawa kadang kala halangan-
halangan ini boleh menjadi faktor pencetus kepada kreativiti individu.

Penerangan-penerangan yang diberikan di dalam bahagian kedua ini menunjukkan beberapa


unsur yang perlu difahami untuk memastikan usaha pemupukan kreativiti dapat dilakukan dengan lebih
baik lagi. Namun, terdapat juga unsur yang harus dilaksanakan secara berhati-hati kerana pelaksanaan
tanpa melihat kesesuaiannya terhadap budaya masyarakat dan juga tuntutan agama Islam boleh
menyebabkan matlamat pembentukan individu kreatif itu tersasar. Harus diingat bahawa kefahaman
terhadap kreativiti pada masa kini banyak dikuasai atau dijuarai oleh pandangan hidup Sarat. Oleh itu,
tidak wajar kefahaman ini dicedok bulat-bulat kerana ternyata ada yang bertentangan dengan pandangan
hidup Islam (misalnya, anggapan bahawa agama membantutkan kreativiti). Sewajarnya pemupukan
kreativiti selaras dengan kerangka pemikiran Islam iaitu bermatlamatkan membentuk individu kreatif yang
mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah SWT.

Penutup

Kertas kerja ini membincangkan dua perkara iaitu kesedaran kreativiti/inovasi dan unsur-unsur penting
dalam usaha pemupukan kreativiti dan inovasi. Secara umumnya, kesedaran terhadap kreativiti dan
inovasi sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia tetapi kesedaran ini masih belum
mencukupi. Pun begitu, kesimpulan yang diberikan ini sangat asas sifatnya. Untuk mendapat kesimpulan
yang lebih baik, dicadangkan agar dijalankan satu penyelidikan yang lebih mendalam berkaitan kesedaran
masyarakat terhadap kreativiti dan inovasi. Oi dalam kajian ini kelak, sewajarnya pelbagai aspek
kefahaman serta sikap masyarakat dalam berkreativiti boleh diperoleh. Oalam masa yang sama,
sewajarnya dilihat juga keyakinan masyarakat terhadap berkreativiti. Ini kerana, sejak sekian lama,
masyarakat Muslim berada dalam keadaan "rendah diri" iaitu kurang berkeyakinan untuk berkreativiti dan
berasakan bahawa kepintaran kreativiti ini milik bangsa lain (Sarat, misalnya). Kemungkinan besar
disebabkan oleh keadaan inilah kegiatan kreativiti amat rendah di negara ini. Kesilapan pemikiran ini perlu
dikaji dan jika benar, maka kesilapan itu perlu diperbetul, terutamanya menerusi sistem pendidikan negara.

Serkaitan dengan pemupukan pula, kemungkinan peserta mengharapkan agar pembentangan


kertas kerja ini memberikan atau menyatakan kaedah-kaedah pemupukan kreativiti dan inovasi yang Islami
dan hal ini tidak pula disentuh di dalam kertas kerja ini. Sememangnya, kaedah pemupukan kreativiti
banyak dipelopori oleh pemikir Sarat dan kaedah Sarat itu membawa budaya dan pemikiran Sarat. Oengan
itu, tentunya kita risau budaya dan pemikiran Barat itu meresapi diri anak-anak kita dan seterusnya
mempengaruhi pemikiran dan cara hidup anak-anak Muslim. Kenyataan ini ada benarnya. Namun, perlulah
diingat bahawa apa yang dibawa oleh Barat itu tidak semuanya buruk. Ada juga perkara baik yang boleh
kita pelajari.

Serbalik kepada kaedah pemupukan, hakikatnya kaedah Sarat itu tidak keseluruhannya
bertentangan dengan kerangka pemikiran Islam. Cuma terdapat beberapa unsur yang perlu diteliti atau

15
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

diubah agar ia bersesuaian dengan pemikiran dan cara hidup Muslim. Oleh sebab itu, di dalam kertas kerja
ini disebut beberapa unsur penting yang perlu diberikan perhatian dalam usaha pemupukan kreativiti dan
inovasi. Jika unsur-unsur itu tidak jelas atau bertentangan dengan pandangan hidup Islam maka ia perlu
diperbetul atau diubah sama sekali. Apa yang telah dipaparkan di dalam perbincangan di atas jelas
menunjukkan bahawa terdapat beberapa unsur yang perlu difahami oleh Muslim misalnya keperluan ilmu,
tujuan ilmu, tujuan kreativiti, kebebasan dalam kreativiti dan sebagainya. Jika perkara-perkara ini jelas,
maka sewajarnya tiada masalah untuk membudayakan kreativiti dalam masyarakat dan sewajarnya tidak
wujud masalah dalam mengaplikasikan kaedah pemupukan kreativiti daripada Barat kerana ia boleh
disesuaikan dengan kerangka pemikiran Islam.

Selanjutnya, dalam perbincangan berkaitan pemupukan kreativiti, kebanyakannya merujuk kepada


bidang pendidikan. Sememangnya, bidang pendidikan merupakan tempat paling sesuai untuk memulakan
langkah pemupukan kreativiti. Dalam konteks ini, bidang pendidikan di sini tidak merujuk kepada
pendidikan di sekolah sahaja tetapi turut meliputi pendidikan di rumah. Dengan itu, peranan ibu bapa dan
guru amat penting dalam pemupukan kreativiti dan inovasi. Walau bagaimanapun, ketidakfahaman ibu
bapa dan guru terhadap kreativiti dan pemupukan kreativiti menyukarkan keadaan ini. Jika ibu bapa dan
guru tidak memahami kreativiti dan tidak tahu bagaimana hendak memupuk kreativiti, jadi bagaimanakah
anak-anak kita boleh menjadi kreatif?

Dalam konteks ini, kesedaran dan kemahiran untuk memupuk kreativiti perlu dibekalkan kepada
ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, ibu bapa dan guru perlu memahami apa itu kreativiti, bagaimana
memupuk kreativiti, apakah aktiviti-aktiviti yang menjana kreativiti dan paling penting mengenal pasti ciri-ciri
kreatif dalam diri anak-anak. Bagi guru, kemahiran ini agak mudah untuk dibekalkan kerana guru-guru juga
melalui proses pembelajaran dan dalam proses tersebut, unsur-unsur kreativiti boleh dimasukkan dalam
sukatan pelajaran (syllabus) pendidikan guru. Dengan itu, jika guru itu kreatif (hasil daripada pembelajaran
serta latihan yang diperolehnya), maka kemungkinan besar guru tersebut boleh menghasilkan anak-anak
murid yang juga kreatif.

Namun, bagi ibu bapa agak sukar. Ini kerana, di negara kita, tiada latihan atau kursus tertentu
yang wajib diikuti para ibu bapa untuk mempertingkatkan kemahiran keibubapaan. Apa yang ditawarkan
masa kini lebih bersifat "rela hati." Dengan kata lain, ibu bapa mengikuti latihan secara sukarela. Dalam
keadaan ini, ibu bapa sendiri perlu ada usaha sendiri untuk menjadi ibu bapa yang kreatif atau sekurang-
kurangnya menyokong kreativiti. IImu ini boleh diperoleh dengan membaca, melihat contoh serta
kerjasama dan perbincangan yang berterusan dengan pihak guru dan sekolah anak-anak.

Berkaitan dengan bidang pendidikan juga, bagi merealisasikan pemupukan kreativiti dan inovasi,
banyak perkara yang perlu berubah. Daripada sukatan pelajaran hinggalah kepada kaedah pembelajaran
dan sokongan-sokongan alat-bantu mengajar. Kita percaya, usaha ke arah ini sudah dijalankan. Namun,
usaha ini akan mengambil masa yang panjang. Apa yang penting usaha tersebut hendaklah dijalankan
dengan segera kerana jika kita masih bertangguh maka hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia
yang kreatif serta mampu berinovasi akan hanya tinggal angan-angan semata-mata.

16
Kesedaran deni Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Rujukan

Kamaruzaman Jusoff et al. 2009. Promoting University Community's Creative Citizentary, International
Journal of Social Sciences 4:1, p. 25-29.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan (Buku 1). McGraw Hill:
Kuala Lumpur.

Yong, M.S., 1994. Kreativiti: Ke arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Arenabuku SIB: Kuala Lumpur.

Yong, Leonard M.S., 1993. Studies in Creativity: Creativity Research in Malaysia, Incotrends: Kuala
Lumpur.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), 2006. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri:
Putrajaya.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), 2010. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri:
Putrajaya

Mohd Azhar Abd. Hamid, 2004. Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. UTM: Skudai, Johor.

Yong, Leonard M.S. & Chia Chee Fen, 1994. Pemikiran Kreatif: Penyelesaian Masalah Secara Kreatif.
Arenabuku SIB: Kuala Lumpur.

Nurazmallail Marni, 2010. Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam. UTM Press:
Skudai, Johor.

Leo Ann Mean, 2008. On Creativity: Awakening the Creative Mind. Pelanduk Publications: Subang Jaya,
Selangor.

Weihua Niu, 2007. Individual and Environmental Influences on Chinese Student Creativity. Journal of
Creative Behavior, Vol. 41, No.3, Third Quarter 2007.

Baer, John & Kaufman, James C., 2008. Gender Differences in Creativity. Journal of Creative Behavior,
Vol. 42, No.2, Second Quarter 2008.

Adams, Karlyn, 2006. The sources of Innovation and Creativity. A Paper Commissioned by the National
Center on Education and the Economy for the New Commission on the Skills of the American
Workforce. National Center on Education and the Economy, 2006.

Siabbert, Johannes A. 1994. Creativity in Education Revisited: Reflection in Aid of Progression. Journal of
Creative Behavior, Vol. 28. NO.1. First Quarter 1994.

Kokot, Shirley J. & Colman, Jane. 1997. The Creative Mode of Being. Journal of Creative Behavior, Vol. 31.
NO.3. Third Quarter 1997.

17
Kesedaran dan Pemupukan Kreativiti dan Inovasi

Beghetto, Ronald A. 2006. Creative Justice?-The Relationship between Prospective Teachers' Prior
Schooling Experiences and Perceived Importance of Promoting Student Creativity. Journal of Creative
Behavior, Vol. 40. No.3. Third Quarter 2006.

World Competitiveness Report: 2010-2011, World Economic Forum, Geneva.

18

You might also like