You are on page 1of 14

FALSAFAH

DAN
LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

HIKAYAT PANJI SEMIRANG

NAMA : MOHD HELMI BIN AINI


NO MATRIK : JEA080043
NAMA PENSYARAH : DR AMRAN BIN MUHAMMAD
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Pengertian Panji

Apabila meneliti cerita-cerita panji gelaran “Panji atau Apanji” hanya muncul

sewaktu tokoh Inu dan Galoh Chendera Kirana dalam penyamaran dan pengembaraan.

Dalam cerita ini, gelaran Raden Panji digunakan walaupun tokoh tidak dalam

pengembaraan.

Menurut S. Prowiroatmodjo, Panji ialah gelaran langsung bangsawan, pangkat

dalam ketenteraan atau yang setaraf dengan pangkat Wedana. Pandangan ini ada

kebenaran kerana gelaran ini hanya digunakan oleh tokoh protagonis dan tidak antagonis.

Tokoh protagonis (wira) berketurunan bangsawan seperti Raden Inu, putera kepada Raja

Kuripan dan tidak daripada orang kebanyakan seperti yang diberikan oleh Pigeaud:

Panji or Apanji is an old title. As usual its value fluctuated through the

times. In the fourteenth and fifteenth centuries in the Majapahit Kingdom it was a

title of prince s of the blood. So the hero who appeared romantic tales written in

this period or shortly afterwards was given the title panji, prince which soon was

used a name

(Pigeaud,1967:206)

Pandangan Pigeaud ini telah diberikan terlebih dahulu oleh Poerbatjaraka dan

beliau telah menegaskan bahawa nama Panji ini telah digunakan dalam susur galur

keturunan raja-raja Jawa sebagaimana yang terdapat dalam kitab Babad Tanah Jawa dan

gelaran panji digunakan oleh anak panji (Panji) Amiluhur yang menjadi raja di Jenggala

(M. Ramlan, 1975:5 dan Abd. Rahman Kaeh, 1989:18)


Dengan demikian, Panji diberikan berbagai-bagai pengertian sehinggalah

Juynboll menterjemahkannya sebagai “bijnaam” (nama keluarga) dan “bijgenaamd

vekzeeg eentitel” (Abd. Rahman Kaeh, 1989:18)

Berhubung dengan pandangan Juynboll menganggapnya sebagai nama keluarga,

kemungkinan beliau mengaitkan nama keluarga yang lumrah ada pada masyarakat barat.

Beliau mungkin tidak menyedari bahawa orang Timur, lebih-lebih lagi orang Jawa sama

sekali tidak menggunakan nama keluarga. Pastinya kata “panji” mempunyai konotasi

yang tepat untuk dianalisis.

Dalam memberikan pengertian panji, Robson berpendapat:

Panji is a derivation from panji, a flag or banner, meaning having (as) a flag,’’ that is,

a kind of title, the one who has such –and such on his flag. The title Panji found, for

instance, in the Majapahit period, and especially in the inscriptions of the Kediri

period.

Pendapat Robson telah dikupas secara panjang lebar oleh Abd. Rahman Kaeh

yang mempersoalankan landasan yang menjadi dasar antara tokoh dengan Panji, seperti

kupasan di bawah ini:

“Robson tidak menjelaskan hal di atas secara terperinci, kecuali ia mengatakan

bahawa terdapat hubungan antara nama tersebut dengan zaman Majapahit dan

Kediri.”

(Abd. Rahman Kaeh)

Bagi menjelaskan hujahan, Abd. Rahamn Kaeh telah mengaitkannya dengan

tokoh Jayalengkara yang menurunkan “tunggul wulung” di Majapahit sebelum

meninggal dan naik ke langit. Ketancapan tunggul ini telah membawa panyakit di
Majapahit dan wabak ini terhindar setelah Jayengrana (ayah Cekel Waneng Pati)

mencabutnya. Menurut Abd. Rahman Kaeh lagi mungkin adanya kesamaan fungsi antara

tunggul atau panji sakti yang sering membawa tuah kepada tokoh yang menggunakannya.

Pandangan beliau memang ada kebenarannya kerana Raden Inu dan Galoh endera Kirana

sewaktu menggunakan gelaran Panji dalam pengembaraan, sering berjaya dalam

sebarang peperangan, atau kadangkala tokoh wira atau wirawati ini sering dapat

mengatasi sebarang kesukaran sehingga seolah-olah gelaran Panji ini mempunyai satu

kesaktian yang paling ampuh.

Sebagai rumusan, dapat dibuat kesimpulan bahawa gelaran Panji hanya

diperuntukkan kepada anak raja (khususnya wira dan wirawati) swaktu mereka

berkelana, mengembara mencari kekasihnya. Gelaran Panji digunakan sebagi satu perisai

yang membentingi diri tokoh agar tidak dikenali orang-orang yang ditemuinya. Gelaran

Panji juga terpaksa digunakan sebagai azimat kekuatan kerana ketika pengembaraan dan

penyamaran inilah tokoh terpaksa unggul melawan segala gejala yang mendatang.
Sinopsis Hikayat Panji Semirang

Pengenalan

Berdasarkan teks Hikayat Panji Semirang, ceritanya bermula dengan pengenalan

keempat-empat ratu yang bersaudara di antara satu sama lain, iaitu Ratu Kuripan, Daha,

Gegelang dan Biku Gandasari. Mereka ini ialah jelmaan para dewa kayangan. Ratu

Kuripan adalah saudara yang tertua dan dia menjadi raja di negeri Kuripan. Baginda

mempunyai seorang isteri serta anak yang bernama Raden Inu Kertapati. Sementara Ratu

Daha saudara kedua kepada Ratu Kuripan. Baginda mempunyai tiga orang isteri iaitu

Permaisuri, Mahadewi dan Paduka Liku. Dikatakan Ratu Daha adalah seorang yang

terlalu mengasihi perempuan dan terlalu mengikut kata-kata perempuan.

Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang Ratu Gegelang. Baginda mempunyai

seorang anak lelaki bernama Raden Singa Menteri. Manakala saudara keempat para ratu

di Jawa iaitu Biku Gandasari. Baginda dikatakan bertapa di gunung Wills dan tidak

berkahwin. Baginda berupaya mengetahui perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada

jauh ataupun dekat.

Dalam bahagian pengenalan nin diceritakan yang Galoh Chendera Kirana dan

Raden Inu Kertapati telah ditunangkan. Bagaimanapun terjadi perpisahan di antara

mereka berdua setelah Permaisuri Daha diracuni oleh Paduka Liku.


Peristiwa Semasa Pengembaraan

Pada bahagian nin watak-watak akan keluar mengembara. Dalam masa

pengembaraan ini banyak peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran, pertukaran nama,

peperangan, permainan wayang dan sebagainya. Babak paling menarik dalam cerita

panji adalah babak-babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan

untuk: menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang

dan menarik.

Raden Galoh Chendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan membina

sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan kedua-dua pengiringnya (yang

telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak merampas harta benda orang yang lalu

lalang berhampiran dengan negeri mereka. Raden Galoh Chendera Kirana pula bertindak

menyamar menjadi pria dan menukar nama menjadi Panji Semirang. Antara yang

dirampas ialah barang-barang hantaran pihak Raden Inu kepada Galoh Chendera Kirana

yang disangkakan oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu

membuatkan Raden Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.

Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang

berhadapannya adalah Galoh Chendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana Daha

dan diberitahu bahawa Raden Galoh Chendera Kirana telah hilang dari istana. Sebagai

ganti, Inu dikahwinkan dengan Galoh Ajeng. Inu pula sentiasa teringat-ingat Panji

Semirang (Galoh Chendera Kirana) yang ditemuinya semasa dalam perjalanan ke istana

Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap Galoh Ajeng yang terlalu mengada-

ngada. Akibatnya Inu lari meninggalkan isterinya itu lalu keluar mengembara mencari
Panji Semirang yang dirasakan olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan

“unik.

Peleraian Cerita

Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Inu telah bertamu dan mengenali

pemain gambuh yang diminatinya itu adalah Raden Galoh Chendera Kirana. Yang aneh

dalam setiap cerita panji, watak Galoh pasti akan mengenali watak Inu yang sedang

menyamar. Bagaimanapun Inu sukar sekali untuk mengenali Galoh Chendera Kirana

yang sedang dalam penyamaran. Cuma dikatakan Inu amat tertarik dengan orang yang

sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu terhadap “lelaki” yang bersama-

samanya agak aneh. Layanannya seolah-olah lelaki itu perempuan terutama terhadap

Panji Semirang.

Identiti Galoh Chendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia ternampak

Raden Galoh Chendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan emas

pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke istana Ratu Kuripan

dan dikahwinkan.
Petikan :Hikayat Panji Semirang
Muka surat:24-25
Terbitan:Pustaka Antara
Paduka Liku melihat hal anak-nya, Galoh Ajeng itu mata-nya balut bekas menangis,
sakit-lah hati-nya teramat sangat, lalu mengadap ke-bawah duli Sang Nata. Paduka Liku
itu lalu duduk berderet dengan Mahadewi di-hadapan Sang Nata itu. Pada masa itu
Galoh Chendera Kirana dudok jauh tanda menghormati pada ibu-nya. Baginda Sang
Ratu melihat tingkah laku paduka anakanda sangat hormat dan ta’adzim itu, bertambah-
tambah-lah belas kasehan hati-nya, sebab di-lihat-nya, bahawa puteri-nya itu mengetahui
akan darjat diri-nya dan lemah lembut segala barang laku-nya. Baginda Sang Ratu
memanggil Chendera Kirana, di-ajak-nya santap. Ia pun datang-lah dengan ta’adzim
serta menyenbah, lalu santap bersama-sama dengan Sang Nata dan Mahadewi itu. Pada
masa itu Paduka Liku dan Galoh Ajeng itu sakit hati teramat sangat dan timbul-lah
kedengkian di-dalam hati-nya, kerana melihat Chendera Kirana santap. Sunggoh masing-
masing santap, tetapi hati Paduka Liku dan Galoh Ajeng tiada terlepas daripada
kedengkian itu. Sa-telah sudah santap lalu kembali-lah dan masing-masing di-iringikan
oleh dayang-dayangnya. Sa-telah masing-masing sudah tiba ka-dalam istana-nya,
Paduka Liku tiada juga hilang sakit hati-nya dan tiada mengetahui apa yang akan di-buat-
nya. Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan di-buboh-nya rachun, lalu di-taroh-nya di-
dalam bokor emas. Sa-telah sudah lalu di-suroh persembahkan oleh dayang-dayang-nya
pada permaisuri, dayng-dayang itu pergi-lah membawa persembahkan yang di-taroh di-
dalam bokor yang amat majlis dan permai itu sa-hingga tiada tersangka, bahawa telah
berchampor dengan rachun. Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ka-istana
permaisuri. Sa-telah sampai lalu di-persembahkan-nya persembahan itu dengan manis
muka-nya seraya berdatang sembah, katanya:
“Ini-lah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan seperti-nya, yang di-iringi dengan
sujud, di-suroh Paduka Liku persembahkan ka-bawah duli tuan-ku”

Permaisuri lalu menyambut bokor itu sambil memandang muka dayang-dayang yang
amat manis itu, serta di-suroh-nya dayang-dayang-nya menyalin bokor itu, lalu di-salin
dayang-dayang-lah bokor itu. Sa-telah itu lalu kembali-lah dayang-dayang itu dan di-
persembahkan-nya apa-apa yang telah di-perbuat-nya itu. Paduka Liku bersuka hati
teramat sangat dan berfikir di-dalam hati-nya:
“Pada hari ini-lah permaisuri itu akan mati dan aku-lah yang akan menggantikan-nya
menjadi permaisuri, jikalau Chendera Kirana yang memakan itu, neschaya ia pun akan
mati juga dan anak-ku Galoh Ajeng akan aku jadikan tunangan Raden Inu Kertapati,
supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan di-dudokki-nya semua, kerana patut-lah ia
menggantikan”

Sa-telah sudah ia berfikir yang demikian, lalu di-suroh-nya dayang-dayang-nya menutup


pintu. Dayang-dayang itu lari menyembunyikan diri-nya, hanya tinggal Galoh Ajeng dan
Paduka Liku sahaja di-dalam puri itu dan rupa-nya tiada lain yang di-fikirkan-nya hanya:
“Jikalau permaisuri memakai tapai itu, ia ta’dapat tiada, pada hari itu akan mati”
Falsafah Dalam Petikan

Berdasarkan petikan falsafah yang terdapat di dalamnya ialah mengenai perasaan

hasad dengki. Akibat dari perasaan tidak puas hati maka timbullah perasaan iri hati atau

dengki. Misalnya dari perasaan tidak puas hati Paduka Liku terhadap layanan yang

diberikan oleh Sang Nata kepada Permaisuri dan Raden Galoh Chendera Kirana, maka

timbullah perasaan iri hati atau dengki yang teramat kepada mereka. Paduka Liku telah

bertindak membuat tapai yang diisinya dengan racun untuk diberikan kepada Permaisuri.

Paduka Liku beranggapan bahawa jikalau Permaisuri yang memakan tapai itu dan

meninggal dunia, dia akan diangkat kedudukan menjadi permaisuri. Manakala

seandainya Raden Galoh Chendera Kirana yang memakan tapai dan meninggal dunia,

maka dia akan menunangkan anaknya Raden Galoh Ajeng dengan Raden Inu Kertapati

dan ingin menguasai kerajaan Daha dan Kuripan.

Jika kita mengkaji di sebalik petikan, perkara yang ingin diutarakan adalah

berkaitan dengan perasaan iri hati atau hasad dengki. Cuba kita mengimbas sejarah silam

di mana kenapa iblis tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam a.s ? Sebab iblis sangat

dengki terhadapnya. Barang sesiapa di antara kita memiliki sifat dengki atau iri hati,

maka sesungguhnya kita telah memiliki salah satu sifat iblis. Rasulullah s.a.w bersabda,

“melepaskan dua ekor serigala lapar di kandang kambing tidak lebih besar bahayanya

jika di bandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki

terhadap agama. Sesungguhnya dengki itu memakan habis kebaikan, seperti api

membakar kayu”

(HR. At. Tirmidzi)


Seseorang pendengki hidupnya tidak akan mulia di dunia. Malaikat pun akan

benci dan muak kepadanya. Jika kelak meninggal dunia, dia akan mendapat kedudukan

yang teramat hina di sisi Allah s.w.t. Manakala di Yaumul Hisab timbangannya akan

terbalik sehingga neraka Jahanam akan menerkamnya. Itulah nasib malang yang akan

Allah timpakan kepada seorang yang bergelar “pendengki”

Apa itu dengki ?

Hasad dengki ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa

mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal dari bahasa Arab iaitu al-hasad.

Seseorang yang memiliki sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada

seseorang berpindah kepada dirinya. Dalam bahasa Melayu perkataan dengki

digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud “kebencian (kemarahan) kerana

perasaan cemburu atau iri hati yang sangat. Jadi hasad dengki merupakan perasaan tidak

senang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.

Secara garis kasar sifat dengki ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama

dengki yang diharamkan. Seseorang berasa tidak senang akan kenikmatan yang

diperolehi orang lain dan berasa bahagia kalau orang lain mendapat musibah. Hal ini

terbukti apabila Paduka Liku telah bertindak menganiayai Permaisuri dengan

memberikan tapai berisikan racun. Ini telah menyebabkan Permaisuri memakannya dan

mengalami sakit lalu meninggal dunia. Tindakan ini berpunca dari perasaan Paduka Liku

yang dengki terhadap Permaisuri dan Raden Galoh Chendera Kirana atas layanan yang
diberikan ke atas mereka. Ini dengki yang diharamkan kerana sifat seperti ini termasuk

ke dalam tingkat ketiga penyakit hati.

Kedua, dengki yang dibolehkan berupa rasa iri kepada kenikmatan orang lain

tetapi tidak ingin menghilangkan kenikmatan tersebut daripadanya. Melihat orang lain

memiliki rumah bagus misalnya, kita merasa iri hati ingin memiliki hal yang sama da

tidak dengan merampas hak orang tersebut tetapi dengan cara berusaha igin memiliki

rumah seperti itu dengan usaha sendiri. Keinginan seperti ini wajar sahaja di dalam

Islam. Bahkan “kebolehan” merasa dengki seperti ini insya Allah akan berpahala apabila

berbuat sedemikian seperti melihat oarang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya,

giat berdakwah dengan penuh keikhlasan dan kita pun ingin melakukakan dan melihat

oarang kaya yang gemar membelanjakan hartanya ke jalan Allah, lantas kita juga ingin

berbuat hal serupa.

Antara punca-punca yang nmencetuskan perasaan dengki ialah disebabkan

kebencian dan permusuhan. Sifat ini muncul kerana pernah disakiti, difitnah, salah satu

haknya dilanggar atau sebab-sebab lain yang merugikan dirinya. Misalnya Paduka Liku

sakit hati apabila Permaisuri dan Raden Galoh Chendera Kirana mendapat layanan lebih

daripada Sang Ratu dan Sang Nata. Manakala dirinya dan Raden Galoh Ajeng tidak

mendapat layanan sedemikian rupa. Maka tidak hairanlah timbul rasa kebencian dalam

diri Paduka Liku sehingga sanggup meracuni Permaisuri dengan memberi tapai yang

racun.

Selain itu, hadirnya naluri untuk selalu lebih daripda orng lain. Naluri ini

merupakan jalan menuju penyakit dengki. Paduka Liku begitu dengki apabila Permaisuri

dan Raden Galoh Chendera Kirana mendapat layanan lebih daripadanya. Hal ini
membuatkan Paduka Liku berhasrat untuk melenyapkan (mambunuh) salah seorang

daripada mereka. Allah s.w.t berfirman dalam QS An-Nisa A:32

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada

sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain. (kerana) bagi lelaki ada

bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian

daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebahagian

daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Punca yang lain membawa sifat kedengkian dalam hati ialah disebabkan

mempunyai akhlak yang buruk. Orang yang buruk akhlaknya akan kikir berbuat

kebaikan dan tidak suka melihat oarang lain mendapat kebaikan. Jika mereka melihat

sesuatu yang tidak disukai, mereka pasti akan mengutuk dan sibuk menyalahkan. Oarang

seperti ini hidupnya akan selalu sengsara dan di akhirat kelak akan mendapat pindaan

pahala yang mereka miliki kepada orang yang didengkinya. Rasulullah s.a.w

menyebutnya sebagai oarang muflis. Ia membawa kebaikan tetapi pahala itu habis untuk

mengantikan dosa yang dilakukannya kepada orang lain.

Kita hidup seharusnya seperti oarng yang memandikan mayat. Ia akan senang

apabila ada yang membantu. Ketika berkiprah dalam dakwah hendaklah kita bersyukur

tatkala ada saudara seiman yang memiliki misi yang sama dan ditakdirkan ilmu dan

jemaahnya lebih ramai dari kita. Jika seseorang itu memiliki perasaan dengki, ini

menunjukkan iman seseorang itu belum cukup sempurna malah dengki merupakan sifat

yang diwarisi daripada iblis. Sifat dengkilah maka iblis atau syaitan mengoda Adam
sehingga terkeluar dari syurga dan kerana dengki juga maka terjadi pembunuhan antara

Qabil dan Habil.

Secara kesimpulannya, cuba kita renungkan punjangga Arab pernah berkata

“orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak

dapat dijadikan kawan. Orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi

pendusta”. Ibnu Sina pernah berucap “saya tidak sempat dengki di dunia ini, kenapa saya

harus dengki, apatah lagi dengki kepada orang soleh ? Bukankah dunia ini tiada apa-

apa jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Apakah perlu kita dengki ?”.
BIBLIOGRAFI

Hikayat Panji Semirang, 1963. Kuala Lumpur: Pustaka Antara

Noriah Mohamed dan Mariyam Salim, 2005. Sastera Panji. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Nota Kuliah Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

htpp://www.epustaka.com/blog/tazkirah

http://www.nurqudrah.com/index.pHD

http://www.sabah.gov.my/jheains

You might also like