You are on page 1of 59

Konsep falsafah

berasal dari dua perkataan Yunani


a)Philos(bermakna mencintai)
b)Sophio(bermakna kebijaksanaan)
diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan.
Pemikiran atau pandangan yang benar,rasional
dan bernas.
Dihasilkan berasaskan cara saintifik, sistematik
dan logik.
RUSSELL (1946):
- Falsafah sebagai sesuatu di antara
teologi dan sains.
- mengandungi spekulasi tentang
perkara-perkara yang belum tepat
atau nyata lagi.
- menggunakan taakulan untuk
membuktikan sesuatu.
- Falsafah ialah sesuatu yang
melibatkan spekulasi dan taakulan.
“usaha untuk berfikir secara rasional dan
kritis terhadap perkara-perkara yang
penting”
(E.D.Miller,Questions That Matter,1984)
“falsafah ialah perkembangan asas dan
andaian mengenai pertimbangan terhadap
perkara yang penting”
(Sharifah Alwiah Alsagoff,1984)
Schofield(1972)

MENGANGGAP DAN MENERANGKAN


FALSAFAH SEBAGAI PROSES

MENYOA
L
ERTI FALSAFAH PENDIDIKAN
Satu pedoman,arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
Falsafah Pendidikan Negara dianggap
sebagai satu proses aktiviti pendidikan
yang dapat mencerminkan pemikiran dan
hasrat sesebuah masyarakat atau Negara.
Hubungan antara Falsafah dan
Matlamat pendidikan serta
Peranannya.
Falsafah pendidikan perlu selari dengan
matlamat pendidikan yang menjadi teras
ideologi dan aspirasi masyarakat di sesebuah
Negara.
Matlamat Pendidikan Negara akan menjadi lebih
jelas,mantap,bermakna dan sempurna apabila
unsur-unsur pendidikan yang tersirat dalam
ideology dan aspirasi masyarakat dijelmakan
dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara.
-Segala bentuk perancangan dan reformasi
yang hendak dilakukan dalam Sistem
Pendidikan Negara akan dapat mencapai
matlamatnya jika mengikut haluan dan
pedoman yang dinyata atau digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Matlamat Pendidikan Malaysia
 Bertujuan melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi
warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab dan memiliki serta
menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berakhlak mulia,memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.
 Memupuk amalan toleransi bagi mewujudkan
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
 Taat setia kepada raja dan cintakan negara
serta memahami prinsip-prinsip demokrasi
berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.
 Berilmu pengetahuan,progresif,mahir dan
cekap agar dapat melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna,demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan
pembangunan negara.
Peranan Falsafah Pendidikan
terhadap sistem pendidikan:

 Penentu hala tuju dan panduan kepada


pendidik dalam menentukan generasi yang
bakal dihasilkan.
 Dasar dalam menentukan matlamat dan
membuat keputusan dalam sistem
pendidikan.
 Dasar dan asas pertimbangan dalam
menentukan kurikululm,bahan-bahan
pengajaran pembelajaran dan strategi
yang digunakan.
 Alat kawalan daripada berlakunya
penyelewengan kesan daripada salah
faham,keraguan dan pertelingkahan.
 Asas pertimbangan ketika merancang
perubahan dalam pendidikan.
 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara".
Penyataan dan Tafsiran

 Pendidikan satu usaha yang berterusan:


Secara meluas dan tidak terhad pada semua
peringkat pendidikan sehinggalah ke akhir hayat.
 Memperkembangkan potensi individu:
Cuba meningkatkan bakat dan kebolehan yang
dimiliki.Ia mungkin terpendam yang memerlukan
usaha dan tindakan yang sisitematik untuk
mencungkil dan dimajukan.
Secara menyeluruh dan bersepadu:
Bakat yang dimiliki secara serentak dan
menyeluruh.
Insan yang seimbang dan harmoni:
Manusia yang menginsafi tentang kewujudan
Pencipta, mempunyai rasa kesyukuran dan
berakhlak.
Unsur rohani:
Menyedari dan menginsafi tentang kewujudan
Pencipta,mempunyai rasa kesyukuran dan
berakhlak.
Unsur emosi:
Perasaan-ia mengawal tingkah laku.

Unsur jasmani:
Keadaan fizikal-memerlukan penjagaan
kesihatan.

Unsur intelek:
Mempunyai fikiran yang waras,kreatif dan
inovatif
Kepercayaan dan kepatuhan Tuhan:
Mempercayai kewujudan Pencipta yang
menyedarkan manusia tentang
tanggungjawab mereka memakmurkan
alam
Berilmu pengetahuan:
Manusia yang mempunyai ciri-ciri yang
mencintai ilmu,gemar membaca dan
menyebarkan ilmu.
Berketerampilan:
Mempunyai kecekapan dan kebolehan
dalam menjalankan tugas.
Berakhlak mulia:
Mengamalkan tingkah laku yang baik
Bertanggungjawab:
Melaksanakan amanah terhadap
Tuhan,negara,masyarakat dan diri.
 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri:
Memiliki ketenangan, kekuatan diri dalam
menghadapi cabaran hidup.
 Sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara:
Rela berkorban demi agama,masyarakat
dan negara
Faktor-faktor Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:

Faktor Individu

Menekankan perkembangan potensi individu


melalui pendidikan yang meliputi pelbagai aspek
iaitu dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani
secara bersepadu.Ia akan melahirkan insan yang
seimbang yang sentiasa dahagakan
ilmu,progresif,bersyukur,menikmati ketenteraman
jiwa dan bersedia menempuh pelbagai cabaran.
Faktar ekonomi
• Sifat atau ciri insan yang dilahirkan akan mampu
untuk memberikan sumbangan dalam
perkembangan ekonomi negara.
• Insan yang berilmu,mahir dan bertanggungjawab
sudah pasti akan dapat meningkatkan daya
pengeluaran negara selaras dengan keinginan
untuk mencapai negara maju berteraskan industri
pada tahun 2020.
Faktor sosial

Perpaduan kaum merupakan asas kepada


kestabilan dan kemakmuran Negara.Ia sangat
penting memandangkan masyarakat Malaysia
terdiri daripada masyarakat majmuk yang
mempunyai budaya yang berbeza.Keharmonian
dan kemakmuran Negara bergantung kepada
sikap toleransi,kerjasama dan rasa hormat
antara satu sama lain.
Faktor politik

• digubal berdasarkan ideologi negara.


• penting dalam menentukan hala tuju
pendidikan negara.
• Politik kerjasama pelbagai kaum,sikap
toleransi dan demokrasi yang diamalkan
di negara akan sentiasa diserapkan dalam
pendidikan.
Faktor agama
• Agama Islam merupakan agama rasmi di
Malaysia
• Agama lain bebas dianuti oleh sesiapa sahaja
seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan
negara.
• Sikap kepercayaan kepada agama sangat
penting kerana ia akan menjadi asas dalam
memberi panduan kepada masyarakat untuk
bertingkah laku baik.
Visi
Berusaha menjadikan sekolah di negara
sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat
melahirkan pelajar yang intelek,
berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap
positif, berteraskan kesepaduan ilmu,
mengikut acuan budaya Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi
1. Mendidik melalui proses pengajaran dan
pembelajaran terkini.
2. Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari
masa ke semasa.
3. Menjadikan sekolah sebagai taman ilmu.
4. Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai.
5. Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk
meningkatkan prestasi murid.
6. Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan
efisien.
7. Sentiasa berhubung dengan sekolah-
sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-
idea ke arah kecemerlangan.
8. Sentiasa berusaha mendapatkan input-input
terkini daripada Pusat Perkembangan
Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan daerah dan lain-lain
pihak yang berkenaan.
• Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang
terdidik, kepimpinan yang unggul, penuh keimanan dan
bertanggungjawab.

• Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan


penyuluh hidup.

• Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha


bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan.

                                                          
• Membentuk semangat kerjasama, bersatu
padu, hormat menghormati, ikhlas dan
jujur.
• Menanam semangat cintakan negara rasa
kekitaan dan penyayang.
• Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam
semua aktiviti sekolah.
• Berusaha menyemai dan mengamalkan
nilai-nilai Islam.
• Memupuk tabiat suka membaca sepanjang
hayat.
• Memupuk semangat berusaha mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran dan ko-
kurikulum.
Implikasi terhadap
kokurikulum
 perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program
bersepadu

 perubahan bahan-bahan pelajaran


yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata
pelajaran.
 perubahan program pendidikan yang
berorientasikan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis.
 perubahan sistem pendidikan yang
berorientasikan ke arah pendidikan
umum
 Penekanan kepada penguasaan
bahasa selaras dengan bahasa
merentasi kurikulum.
 Penenkanan kepada pendidik teknik dan
vokasional.
 Menghayati dan menguasai sains dan
teknologi.
 Menerapakn budaya keusahawan.
 Memperluaskan bahasa Melayu sebagai
cabang ilmu.
 Memberikan pendedahan seluasnya
kepada penguasaan bahasa Inggeris.
 Melahirkan insan yang berkeyakinan dan
berdikari.
Implikasi terhadap pendidk
perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan
dan cita falsafah pendidikan kebangsaan
perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai
untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan,berketrampilan serta berakhlak
mulia
peribadi pendidik yang lebih beriltizam dan
berpandangan jauh.
Implikasi terhadap institusi
pendidikan
perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-
pelajar mendapat peluang mengembangkan
potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,
social dan jasmani secara menyeluruh dan
seimbang .
perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif
untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
perubahan ilkim sekolah yang kondusif untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang mencintai ilmu dan
seterusnya menbentuk budaya membaca di
kalangan mereka.
“guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisilpin.”
Matlamat
menghasilkan guru yang berkualiti dari
segi peribadi, profesional, sosial dan
amalan tingkah laku .
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan
nilai-nilai keguruan
berupaya mencapai kecemerlangan
pendidikan untuk pengisian tuntutan
wawasan pendidikan dalam abad ke-21
Model Konseptual
Pendidikan Guru
Model Konseptual pendidikan guru adalah
dirangka berlandasan kepada dasar Falsafah
Pendidikan Guru dan matlamat pendidikan.
Model ini merangkumi akauntabiliti guru di
bawah tiga dimensi utama, iaitu :
a) Ketuhanan
peningkatan ilmu , penghayatan dan amalan
individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama.
b) Kemasyarakatan
penekanan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen
perubahan.
c) Kendiri
penekanan pembinaan daya kefahaman
dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu
serta pembentukan sahsiah murni dan
berpekerti mulia.
Di bawah tiga dimensi utama tersebut,
Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas, iaitu :
1. Pengetahuan yang berkaitan dengan
perkembangan dan kepentingan
pendidikan dalam kehidupan.
2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan
pelajaran dengan tujuan meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan
nilai-nilai murni, perlakuan guru yang
penyayang, pekerti mulia, berdaya
tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh
kepada etika profesion keguruan.
-Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan
merentas semua disiplin dan program
perguruan yang dirancangkan.
-Model Konseptual Pendidikan Guru juga
menekankan matlamat mengembangkan
potensi guru secara seimbang dan
besepadu dari segi rohani, emosi, intelek
dan jasmani.
Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi
guru adalah diganbarkan seperti Rajah 3.2 di
bawah :

Rohani
Pengetahuan Nilai
Kemahiran
Intelek Emosi
Jasmani
Implikasi Falsafah
Pendidikan Guru
Peranan Guru Sebagai Pendidik

a) Guru hendaklah melengkapkan diri


dengan pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajaran,
khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan.
b) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Guru, khasnya mengembangkan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
c) Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai
murni dan etika keguruan kepada diri dan
pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan Guru.
d) Menyempurnakan tanggungjawab dan
akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa
mencari ilmu serta mengamalkannya bagi
memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan
masa depan.

e) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik


serta nilai keguruan untuk merangsang
perkembangan pelajar.
Falsafah Pendidikan Guru membayangkan
ciri-ciri kualiti guru yang ingin
dibentukan.Ciri-ciri itu adalah seperti:

Berpekerti mulia:
menerima setiap murid dengan baik dan
bersedia menolongnya.
rela menjalankan aktiviti permulihan bagi
murid yang lemah dan aktiviti pengayaan
bagi murid yang baik pencapaian.
Berpandangan progresif dan saintifik:
sentiasa menokoh tambah ilmunya
dengan membaca dan menghadapi
seminar dan bengkel.
menyedari perkembangan baru dalam
bidang pendidikan dan dapat memainkan
peranan sebagai seorang inovator.
Bersedia menjunjung aspirasi negara:
peka kepada aspirasi negara akan
menekankan unsur perpaduan, prihatin,
ikram, berbudi bahasa, keupayaan
bersaing dan berdikari dalam kegiatan
pengajaran dan pembelajarannya.
Menjalin perkembangan individu:
 aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah mirip ke arah
perkembangan potensi murid secara
menyeruluh dan bersepadu yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi,
dan jasmani.
Menyanjung warisan kebudayaan negara:
warisan kebudayaan Negara hendaklah
ditekankan dalam kokurikulum sekolah sama
ada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau
pakaian.
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik
memberi peluang kepada murid untuk
memegang jawatan dan memikul
tanggungjawab.
Memelihara suatu masyarakat yang
berdisiplin
menitikberatkan nilai-nilai seperti
ketepatan masa, bersopan santun,
bertimbang rasa, tolong-menolong,
prihatin dan bekerjasama dalam kalangan
murid-murid .
Memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu:
guru hendaklah menekankan unsur
bersatu padu dalam segala kegiatan yang
dikendalikannya dan cuba memastikan
murid-murid pelbagai kaum sentiasa
berinteraksi antara satu sama lain.
Rujukan
Pengantar Pendidikan Teras(Mok Soon Sang)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Ee Ah Meng,1996)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Abdullah Sani P.Kumar,1990)
Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan,
guru dan sekolah)
(Shahril@Charil Marzuki)
Pendidikan di Malaysia dan Psikologi
Pendidikan(Abdul Rahim M.Ali)

You might also like