You are on page 1of 8

CONTOH ANALISIS AYAT

1) Minggu depan kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

ANALISIS

- Ayat ini merupakan ayat pasif susunan sebahagian pelaku diri ketiga.
- Subjek ayat terdiri daripada kampung kami manakala predikat akan dikunjungi
pemimpin parti tersebut pada minggu depan.
- Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada
kata nama kampung dan kami, iaitu kata ganti nama diri pertama yang
berfungsi sebagai penerang kepada kampung. Frasa kerja pasif sebagai predikat
terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif berawalan di- dikunjungi dan
pelaku diri ketiga pemimpin parti serta kata penentu, tersebut. Pemimpin
merupakan kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang
berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin. Dalam frasa kerja terdapat frasa
sendi nama pada minggu depan yang berfungsi sebagai keterangan masa
kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama
pada, kata nama minggu kata nama arah depan yang berfungsi penerang
kepada kata nama minggu.
- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif seperti berikut :
 Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu
depan.

2) Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

ANALISIS

- Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif susunan biasa.


- Subjek ayat terdiri daripada hasil padinya manakala predikat berguni-guni di
dalam kepuk itu.
- Pola ayat terdiri daripada FN + FK . Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada
kata nama hasil. Nya- merupakan kata ganti diri ketiga manakala padinya
berfungsi sebagai penerang kepada hasil. Frasa kerja sebagai predikat terdiri
daripada kata kerja tak transitif berguni-guni yang merupakan kata ganda.
Dalam frasa kerja terdapat frasa sendi nama di dalam kepuk itu yang berfungsi
sebagai keterangan tempat kepada kata kerja tak transitif. Dalam frasa sendi
nama terdapat kata sendi nama di, kata arah dalam, kata nama kepuk dan kata
penentu itu.
- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat songsang pendepanan separa seperti
berikut :
 Berguni-guni hasil padinya di dalam kepuk itu.

3) Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

ANALISIS

- Ayat ini merupakan ayat pasif songsang pendepanan seluruh predikat dengan
pelaku diri pertama.
- Subjek ayat terdiri daripada perintah yang kami terima itu manakala predikat
ayat kami laksanakan dengan segeranya.
- Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada
kata nama perintah, kata kerja pasif pelaku diri pertama yang kami terima itu
yang berfungsi sebagai penerang kepada perintah. Yang merupakan kata
hubung di dalam ayat ini. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata ganti
diri pertama kami dan kata kerja pasif laksanakan. Dalam frasa kerja terdapat
frasa sendi nama dengan segera. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi
dengan dan kata adjektif segera.
- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif seperti berikut :
 Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya.
4) Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak.

ANALISIS

- Ayat ini merupakan ayat songsang sebahagian predikat.


- Subjek ayat terdiri daripada orang manakala predikat ayat sibuk
memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh Negara.
- Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada
kata nama orang. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada . Dalam frasa
kerja terdapat frasa sendi nama di seluruh negara. Dalam frasa sendi nama
terdapat kata sendi di, kata bilangan seluruh dan kata nama negara yang
berfungsi sebagai keterangan tempat.
- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif transitif seperti berikut :
 Kenaikan harga minyak di seluruh negara sibuk diperkatakan orang.

5) Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.

ANALISIS

- Ayat ini merupakan ayat pasif songsang pendepanan sebahagian dengan pelaku
diri ketiga.
- Subjek ayat terdiri daripada pengedar dadah itu manakala predikat ayat terus
diburu polis ke mana-mana sahaja.
- Pola ayat terdiri daripada FN + FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada
kata nama terbitan pengedar, kata nama dadah dan kata penentu itu. Frasa
kerja sebagai predikat terdiri daripada kata bantu terus, kata kerja pasif
berawalan di diburu dan kata nama pelaku diri ketiga polis. Dalam frasa kerja
terdapat frasa sendi nama ke mana-mana sahaja. Dalam frasa sendi nama
terdapat kata sendi ke, kata nama tanya yang digandakan mana-mana dan kata
penegas sahaja.
- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa seperti berikut :
 Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.
6) Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap
rakyatnya.

ANALISIS
- Ayat ini ayat pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama dengan klausa
sebagai subjek.

- Subjek ayat terdiri daripada klausa bahawa pemimpin itu tidak amanah
terhadap rakyatnya manakala predikat ayat ialah saya jelaskan kepadanya.
Klausa sebagai subjek terdiri daripada subjek pemimpin itu dan predikatnya
terdiri daripada tidak amanah terhadap rakyatnya dan bahawa merupakan
kata hubung. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama, pemimpin itu.
Pemimpin golongan kata nama dan itu ialah kata penentu. Predikat klausa
terdiri daripada kata nafi tidak, kata adjektif amanah dan frasa sendi nama
terhadap rakyatnya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama
terhadap, kata nama rakyat dan kata ganti nama diri ketiga -nya.

- Predikat ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku
diri pertama saya jelaskan dan frasa sendi nama kepadanya. Frasa kerja pasif
pelaku diri pertama terikat dengan hukum aneksi persona, iaitu antara kata ganti
nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir perkataan lain.
Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi nama kepada dan kata ganti nama
diri ketiga -nya.

- Ayat ini boleh dituturkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut:

 Saya menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya


kepadanya.
7) Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya?

ANALISIS

- Ayat ini ialah ayat tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikat.

- Pola ayat terdiri daripada FN+FN. Subjek ayat terdiri daripada kawasan
kediamannya itu manakala predikat ayat ialah bagaimana keadaannya. Frasa
nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama kawasan, kata nama kediaman
yang menjadi penerang kepada kawasan, -nya ialah kata ganti diri ketiga dan itu
ialah kata penentu.

- Predikat ayat tanya susunan biasa dengan klausa sebagai predikat ini terdiri
daripada klausa yang terdiri daripada subjek keadaannya dan predikat
bagaimana. Frasa nama dalam subjek terdiri daripada kata nama dan kata ganti
diri ketiga. Kata nama ialah keadaan dan –nya ialah kata ganti diri ketiga yang
menerangkan tentang bagaimana keadaan. Bagaimana pula tergolong dalam
kata tanya.

- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat tanya susunan songsang seluruh predikat
dengan klausa sebagai predikat seperti berikut:

 Bagaimana keadaannya kawasan kediamannya itu.


8) Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

ANALISIS

- Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan klausa sebagai subjek.

- Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama dalam subjek terdiri daripada kata nama
iaitu pihak dan kata nama polis.

- Predikat ayat aktif transitif dengan klausa sebagai subjek terdiri daripada frasa
kerja transitif. Predikat juga terdiri daripada klausa yang berfungsi sebagai objek
yang hadir selepas kata kerja transitif iaitu bahawa pendatang asing itu telah
melarikan diri dan predikat telah melarikan diri. Subjek dalam klausa terdiri
daripada frasa nama iaitu pendatang asing itu. Pendatang asing golongan
kata nama dan itu merupakan kata penentu. Predikat klausa pula terdiri daripada
frasa kerja yang terbina daripada kata kata bantu aspek iaitu telah, kata kerja
transitif melarikan dan diri merupakan kata nama.

- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa dengan klausa
sebagai objek seperti berikut:

 Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis.
9) Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

ANALISIS

- Ayat ini ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap.

- Subjek ayat terdiri daripada penduduk di situ manakala predikat ayat ialah
bahawa kediaman mereka tidak selamat.

- Pola ayat terdiri daripada FSN + FK. Frasa sendi nama sebagai subjek terdiri
daripada kata nama penduduk, di ialah kata sendi nama dan situ ialah kata
nama arah. Di situ ialah frasa sendi nama keterangan tempat yang
menerangkan frasa penduduk.

- Predikat ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap
ini terdiri daripada kata kerja tak transitif berpendapat dan klausa sebagai
pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif ialah bahawa kediaman
mereka tidak selamat. Subjek dalam klausa terdiri daripada kediaman mereka
dan predikatnya terdiri daripada tidak selamat dan bahawa merupakan kata
hubung pancangan. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama kediaman
mereka. Kediaman golongan kata nama dan mereka merupakan golongan kata
ganti diri ketiga. Predikat klausa terdiri daripada frasa adjektif yang terbina
daripada kata nafi tidak dan kata adjektif selamat.

- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif tak transitif dengan klausa sebagai
pelengkap songsang seluruh predikat seperti berikut:

 Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat penduduk di situ.


10) Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu
bukan orang tempatan.

ANALISIS

- Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa dengan klausa sebagai penerang.

- Pola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Subjek dalam ayat terdiri frasa nama iaitu
kakitangan pejabat itu. Subjek terdiri daripada kata nama kakitangan, kata
nama am pejabat yang menjadi penerang kepada kakitangan dan kata penentu
itu.

- Predikat ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai penerang terdiri
daripada frasa kerja iaitu kata kerja transitif mendapat dan pengesahan pula
merupakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Predikat juga terdiri
daripada klausa bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Subjek
dalam predikat terdiri daripada pengarah baharu itu dan predikatnya ialah
bukan orang tempatan dan bahawa merupakan kata hubung. Subjek dalam
predikat terdiri daripada frasa nama iaitu kata nama pengarah, baharu
merupakan kata adjektif dan itu kata penentu. Predikat dalam klausa pula terdiri
daripada frasa nama yang terdiri daripada kata nafi bukan, kata nama orang
dan kata nama am tempatan yang menjadi penerang kepada orang.

- Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan biasa dengan pelaku diri
ketiga dengan klausa sebagai penerang seperti berikut:

 Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan kakitangan pejabat itu


bukan orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.

You might also like