You are on page 1of 8

ASAS PERNIAGAAN

A. Maksud Perniagaan
o Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan untuk
mendapatkan keuntungan
o Peniaga ialah orang yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barangan
atau perkhidmatan
o Peniaga bukan usahawan

o Usahawan mestilah juga seorang peniaga

 Usahawan ialah seseorang yang mencipta sesuatu produk baru


barangan atau perkhidmatan dan dijual untuk mendapatkan keuntungan
 Usahawan mestilah seorang yang kreatif, inovatif,bijak mengambil
peluang dan sanggup menanggung risiko

B. Konsep dan kepentingan perniagaan

o Perniagaan muncul kerana kehendak manusia tidak terbatas dan berbeza


sedangkan kemampuan setiap individu atau komuniti terhad
o Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup

o Kerperluan asas manusia ialah

a. makanan
b. pakaian
c. tempat tinggal
o Keperluan lain ialah perubatan, pendidikan dan kewangan

o Kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup lebih selesa dan bermegah-
megah
o Perniagaan menjadi penting kepada manusia kerana

a. manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendak


b. manusia dapat membaiki taraf hidup dan memeliki hidup yang lebih
selesa
c. terdapat banyak peluang perkerjaan sewaktu berlaku urusniaga
d. mengeratkan hubingan antara kaum, bangsa dan negara

B. Jenis Perniagaan

1. Perniagaan Tempatan
a. Perniagaan Runcit
Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga
menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit
 Runcit kecil-kecilan
i. Penjaja
 Peniaga yang bergerak dari rumah ke satu rumah
atau dari satu tempat ke suatu tempat
 contoh : Penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur
ii. Pegerai
 Contoh : Penjual buah-buahan, Penjual kuih-
muih
iii. Pekedai runcit
 Contoh : Mini Market Kamunting,
 Runcit besar-besaran
i. Pasar raya
 Contoh : The Store, Fajar,
ii. Pasar raya besar
 Contoh : Carrefour, Giant, Tasco
iii. Kedai sejaras
 Contoh : KFC,Mc Donald
iv. Gedung serbanika
 Contoh : D-Lima, 7-Eleven
b. Perniagaan Borong
Perniagaan borong ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga
menjual kepada peruncit dan pengguna dalam kuantiti yang banyak
 Borong Am
-Membeli secara borong pelbagai jenis barang runcit
 Borong Pertanian
-Membeli secara borong hasil-hasil pertanian
 Borong Agen
-Membeli secara borong keluaran syarikat tertentu seperti
Nestle
 Borong Kilang
-Membeli secara borong barang keluaran kilang seperti perabot,
alatan elektrik dan pakaian
2. Perniagaan Antarabangsa

a. Import
Urusniaga yang membeli barangan luar negara dan dijual pula dalam
negara
 Contoh : Malaysia mengimport buah-buahan, bijirin dan daging
lembu
b. Eksport
Urusniaga yang membeli barangan dalam negara dan dijual pula ke
luar negara
 Contoh : Malaysia mengeksport barangan elektronik, minyak
kelapa dan kayu balak
c. Entreport
Urusniaga yang menjalankan perniagaan import dan eksport
 Contoh : Malaysia mengeksport minyak mentah dan
mengimport minyak yang telah diproses (ditapis)

B. Perkembangan Perniagaan

1. Perniagaan Dahulu

 Kehdupan berasaskan sara diri dan perniagaan tukar barang


 Perniagaan tukar barang dikenali sebagai sistem barter
 Kelemahan sistem barter

i. Sukar menentukan nilai


ii. Sukar membahagikan barang
iii. Sukar membawa barangan pada satu-satu masa
iv. Sukar menemui kemahauan yang seretak
 Sistem wang mula diperkenalkan dengan menggunakan barang-barang
berikut sebagai wang

a. Contoh : Anak panah ,Kulit siput, Kulit binatang ,Gading gajah


dan garam
 Fungsi wang adalah
a. menyimpan nilai
b. alat pertukaran nilai
 Sifat-sifat wang mestilah
a. Diterima umum
b. tahan lama
c. Mudah dikenal
d. Mudah dibawa
e. Mudah disimpan
f. Nilai tetap dan stabil
g. jumlah penawarannya terhad

Wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia (RM)

2. Perniagaan Masa Kini

I. Jenis urusniaga masa kini ialah

 Jual beli tunai


 Jual beli kredit
 Sewa beli
 Prabayar
 Sistem barter moden
 Jual beli melalui mesin runcitan
 Jual beli melalui internet - e dagang
II. Ciri-ciri perniagaan masa kini ialah
 Penggunaan sistem wang yang lebih sistematik
 Perbandingan nilai mata wang dengan mata wang utama dunia
 Penggunaan cek
 Penggunaan kad kredit
 Penggunaan kad prabayar
 Penggunaan mesin runcitan
 Penggunaan kod bar

Penggunaan kod bar yang semakin meluas

2. Perniagaan Akan Datang

 Penggunaan kad pintar secara meluas


 Penggunaan e-dagang dipelbagai sektor dan jenis urusniaga
 Ciri-ciri perniagaan akan datang

a. lebih memudahkan pengguna


b. penggunaan internet lebih meluas
c. urusniaga tanpa menggunakan wang

B. Jenis Milikan

o Jenis perniagaan bermaksud perniagaan yang dibahagikan kepada beberapa


jenis mengikut siapa dan cara perniagaan tersebut dimiliki

1. Milikan Tunggal
- Seorang Pemilik

a. Pemilik - tunggal
b. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
c. Pengurusan - diurus sendiri atau diupah orang lain mengurus
d. Kuntungan - diperolehi sepenuhnya
e. liabiliti - tidak terhad
f. Contoh : Perniagaan Kamunting Enterprise, Kedai Kopi Abd. Rashid
2. Perkongsian
- Dua atau lebih dariada seorang pemilik
a. Pemilik - dua hingga 20 orang pemilik
b. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
c. Pengurusan - diurus oleh orang yang dilantik
d. Keuntungan - dibahagikan mengikut perjanjian perkongsian
e. Liabiti - tidak terhad
f. Contoh : Poliklinik Dr. Azhar dan rakan-rakan
3. Sendirian Berhad - Sdn. Bhd.
- Dimiliki oleh sekumpulan orang
a. Pemilik - dimiliki oleh sekumpulan orang yang memegang saham
b. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri
c. Pengurusan - diurus oleh Lembaga pengarah
d. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
e. Liabiti - terhad
f. Contoh : Syarikat Master Piano snd. bhd.
4. Syarikat Berhad - Bhd.
- dimiliki oleh orang awam atau kerajaan melalui pembelian terbitan saham
a. Pemilik - dimiliki oleh orang awam yang memiliki saham
b. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri
c. Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah
d. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
e. Liabiliti - terhad
f. Contoh : Syarikat Telekom Berhad, Syarikat Tenaga Nasional Berhad,
Syarikat Taiping Sekuriti berhad, Syarikat Genting Berhad
5. Koperasi
- Dimiliki secara bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran
a. Pemilik - dimiliki bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran dan
membeli saham
b. Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Koperasi, Jabatan
Pembangunan Koperasi
c. Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah yang dilantik
d. Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
e. Liabiliti - terhad
f. contoh : Koperasi SMK Bukit Jana Berhad, Koperasi Kakitangan
Kerajaan Taiping Berhad

Milikan Perniagaan secara Islam


6. Mudharabah
- perniagaan tunggal
7. Murabahah
- perniagaan perkongsian
8. Musyarakah
- perniagaan syarikat

Bank Islam adalah satu contoh perniagaan secara Islam. Antaranya Bank
Islam menawarkan perkhidmatan Murabahan kepada pelanggannya.

B. Faktor mempengaruhi perniagaan


1. Keadaan ekonomi

 Pertumbuhan ekonomi berkembang dengan baik dan pesat akan akan


memeberikan kemampuan kepada kerajan dan swasta membina
prasarana yang baik sesuai dengan iklim pelaburan dan perniagaan.
Disokong pula oleh pengguna yang mempunyai kuasa beli akan
mendorongkan lagi pelbagai jenis perniagaan akan muncul dan
perkembang
2. Peraturan dan undang-undang
 Terdapat beberapa negara mengadakan undang-undang yang menyekat
perniagaan tertentu. Malaysia contohnya melarang perniagaan menjual
mercun dan perkhidmatan pelacuran.
3. Pesaing
 Pesaing mungkin akan timbul dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan yang hampir serupa atau barangan tiruan.

Pengeluar kereta akan bersaing dipasaran


4. Pembekal
 Terdapat beberapa jenis perniagaan yang diimport dikuasai
(dimonopoli) oleh hanya satu syarikat sahaja seperti perniagaan
menjual kereta import dan perniagaan jualan langsung
5. Pengusaha
 Perniagaan akan menjadi semakin berkembang dan maju jika pengusa
memiliki modal yang besar dan memiliki ilmu pengetahuan serta
kemahiran yang berkiatan.
6. Pelanggan
 Semakin ramai pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan
semakin lebar kawasan perniagaan dan semakin besar nilai
keuntungan.
 Permintaan yang tinggi juga akan menggalakan pengusaha-pengusaha
lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang serupa
7. Pekerja
 Pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan faedah yang
pengusaha
 Kadar upah yang rendah akan memberikan faedah dan galakan untuk
pengusaha dan pelabur untuk menceburi sesuatu jenis perniagaan

Pekerja juga dianggap aset bagi perniagaan


8. Teknologi
 Teknologi komputer dan robot telah banyak menggurangkan bilangan
dalam pelbagai sektor pembuatan dan perniagaan
 Komputer dan internet telah banyak mengendalikan pelbagai urusan
bank.

You might also like