You are on page 1of 8

UNIVERSITI MALAYA

_____________________________________________________
_

AKADEMI PENGAJAIAN MELAYU


_____________________________________________________
_

FALSAFAH & LOGIKA MELAYU


JXEA 1104

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK:


PANTUN NASIHIAT

_______________

Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos


JEA 080058
Dr, Amran Muhammad

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


Karya Sastera Melayu Klasik

Pantun Kadi, Hulubalang, Pegawai

Bergerak ke tengah kota,

Tempat bertanam selasih jambi,

Kalau tak banyak kitab terbaca,

Tiada sah menjadi kadi.

Burung kenari berkekah¹ ,

Berkekah di tengah padang,

Jika tak berani menjarah² ,

Tiada sah menjadi hulubalang.

Lalu berempat orang Kubung,

Ke baruh membaawa petai,

Jika tak tahu kata penghubung,

Tiada sah menjadi pegawai.

Dari: MALAY LAW (dalam: Papers on Malay subjects).

¹ menyerak-nyerakkan dengan kaki atau tangan

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


² menyamun, menyerang

Falsafah merupakan sebuah bidang kajian dan penyelidikan yang mempunyai

kaedah, matlamat, asas dan bahan kajian tersendiri. Ilmu Falsafah sama dengan ilmu-

ilmu lain, tetapi ada dua cirri khas membexakannya, iaitu: pertama; falsafah tidak

terbatas skopnya seperti ilmu-ilmu yang lain tetapi melihat alam sebagai kesatuan yang

belum dipecah-pecahkan, dan, falsafah menyelidik hakikat sesuatu untu kmenjawab

persoalan apa, dari mana, keanpa, berbanding ilmu-ilmu lain yang hanya membahas

sebab akibat tentang sesuatu. Maka, di dalam kajian ini, karya Melayu klasik yang

dipilih iaitu pantun nasihat akan dilihat secara keseluruhan dan perkara yang tersirat di

sebalik makna yang sedia ada.

Pantun adalah salah satu bentuk sastera Melayu klasik yang masih kekal hingga

sekarang. Di dalam Kamus Dewan, pantun bermaksud “sejenis puisi lama yang biasanya

terdiri daripada empat baris setiap rangkap, dua baris pertama pembayang dan dua baris

akhir maksud dan selalunya mengandungi maksudnya”. Pantun terdapat dalam pelbagai

bentuk dan wajah seperti pantun dua kerat hinggalh 18 kerat, pantun berkait, pantun budi,

pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun kasih-sayang dan lain-lain lagi. Genre

sastera yang berbentuk lisan ini disampaikan dan diperturunkan secara lisan kepada

generasi lain. Pantun amat berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat

Melayu pada zaman dahulu, sebagai contoh, pantun diungkapkan dalam permainan

kanak-kanak, dalam percintaan, dalam proses peminangan dan perkahwinan, nyanyian,

dan upacara adat-istiadat.

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


Pantun ‘Kadi, hulubalang, pegawai’ ini dikategorikan sebagai pantun nasihat.

Antara cirri-ciri pantun ini ialah: empat baris dalam satu rangkap, empat hingga lima

patah perkataan dalam satu baris, terdapat lapan hingga 11 suku kata dalam satu baris dan

rimanya a,b,a,b. Didalam rumpun pantun ini, rangkap pertama berkisar tentang perkaitan

ilmu daengan kadi, rangkap kedua perkaitan keberanian dengan hulubalang, dan rangkap

ketiga pula ialah perkaitan kebolehan berkomunikasi dan bersosial bersama masyarakat

dengan pegawai. Dari ketiga-tiga rangkap pantun ini, rangkap pertama pantun ini sahaja

yang dikaji:

Bergerak ke tengah kota,

Tempat bertanan selasih jambir.

Kalau tak banyak kitab dibaca,

Tidak sah menjadi kadi.

Secara-terang-terangan, apa yang cuba disampaikan oleh pantun ini dapat

dilihat pada baris maksud , iaitu di baris tiga dan empat, yang mana pantun ini

menegaskan seorang kadi tidak layak dan tidak sah digelar kadi jika tidak banyak

membaca kitab . Ini bermaksud, mereka yang memegang jawatan kadi sebenarnya masih

belum layak digelar kadi jika kurang membaca. Besar kemungkinan pantun ini

dihasilkan selepas kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu kerana penggunaan

perkataan ‘kadi’, iaitu kata pinjaman dari Bahasa Arab yang bermaksud “hakim dalam

perkara yang berkaitan agama Islam (seperti mengurus hal perceraian orang Islam,

membicarakan orang yang dituduh melanggar hokum Islam, dll)”(Kamus Dewan).

Tetapi, jika dilihat dengan lebih mendalam dan teliti, ‘kadi’ tidak seharusnya ditujukan

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


kepada individu yang mendapat jawatan kerana pendidikan agama yang diterimanya,

tetapi dari segi makna tersirat di sebalik maksud yang ‘kasar’ ini, perkataan ‘kadi’ juga

boleh dirujuk kepada mereka yang mempunyai jawatan yang mewakili masyarakat

keseluruhannya dan dihormati masyarakat sepeti ulama’, menteri, ilmuwan, dan para

intelektual. Frasa “kalau tak banyak kitab dibaca” juga bukan sekadar membawa makna

yang selapis atau sekadar tersurat. Ayat ini juga boleh diertikan dengan “jika kurang

ilmu pengetahuan, jika cetek ilmu penetahuan, jika tidak menguasai ilmu pengetahuan”

kerana apabila disusun kembali makna yang tersirat di dalam pantun ini, ia akan menjadi

“ jika tidak banyak ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang ilmuwan itu, maka dia

belum layak untuk digelar dan disanjung sebagai ilmuwan”. Apabila dikaji dari sudut

falsafah, pantun nasihat ini mengandungi falsafah ketertinggian dan kepentingan ilmu di

dalam rangkap pertamanya. Ilmu amat penting kepada semua orang tidak kira umur,

pangkat, warna kulit, bangsa dan agama.

Penekanan falsafah kepentingan dan ketinggian ilmu terhadap pemimpin di

dalam pantun nasihat ini amatlah tampak berdasarkan maksud tersurat, dan kemudiannya

maksud tersirat yang diutarakan di atas. Seseorang ilmuwan yang tidak banyak

pembacaan dan cetek ilmunya adalah tidak layak digelar ilmuwan, sedangkan para

ilmuwan adalah tempat rujukan masyarakat apabila menghadapi masalah. Selain itu,

oleh kerana ilmu falsafah bukannya hanya mengkaji bidang-bidang tertentu, maka

keseluruhan pantun harus diselidik untuk memngeratkan lagi pantun nasihat ini dengan

falsafah ketinggian dan ketinggian ilmu terhadap pemimpin yang dibawa oleh maksud

pantun. Pemilihan kata “kadi” juga merupakan sesuatu yang tersirat di dalam pantun ini

sebagai penyampai maksud pantun ini berbanding jawatan penting lain dalam sesebuah

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


kerajaan seperti menteri, bendahara, dan lain-lain kerana di zaman itu, kadi dilihat

sebagai individu yang mempunyai pengetahuan agama dan berilmu pengetahuan yang

tinggi, manakala jawatan yang lain tidak berapa mementingkan bab ilmu pengetahuan.

Maka, disebabkan penghormatan tinggi yang diberikan oleh masyarakat terhadap mereka,

kadi atau pegawai agama adalah tempat rujukan dan mendapatkan nasihat apabila

berlakunya masalah. Dalam ilmu falsafah, terdapat sebuah bidang kajian yang dipanggil

“epistemology” yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan, dan apabila pantun ini

dikaji melalui bidang ini, ilmu pengetahuan buakanlah sesuatu yang empirikal atau

tampak, tetapi sesuatu yang luas, abstrak dan tidak terlihat. Bagaimanapun, dapat dilihat

seseorang itu mempunyai ilmu keerana keperibadian. Ini disebabkan keperibadian dan

tingkah laku adalah empirical di pandangan khalayak. Jika pantun ini dikaji dari segi

ontology iatitu kajian tentang kewujudan, ilmu pengetahuan wujud dalam diri seseorang

apabila ada sumber ilmu yang diterima, sama ada jenis ilmu pengetahuan itu imbasan,

sains, falsafah atau mistik. Berdasarkan maksud pantun ini, cara memperolehi ilmu

pengetahuan yang dianjurkan adalah melalui pembacaan, iaitu tergolong dalam imbasan

dan falsafah kerana kitab atau buku menghimpunkan data dan fakta yang benar ataupun

batil.

Perkaitan antara falsafah rangkap pantun ini ddengan bidang epistemology adalah

berdasarkan maksud ilmu pengetahuan itu sendiri. Ilmu ditakrifkan sebagai sifat

mengetahui, mengenali, dan memahami, manakala pengetahuan pula bermaksud

himpunan daripada apa yang diketahui, dikenali dan difahami itu. Berdasarkan ini, ilmu

pengetahuan adalah mencakupi kedua-dua aspek ini iaitu ilmu sebagai sifat mengetahui

dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui. Oleh itu, seorang

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


pemimpin haruslah mempunyai pelbagai ilmu, tidak hanya pakar dalam sesuatu ilmu dan

epitemologi pula bidang kajian yang mengkaji bukan hanya satu ilmu, tetapi semua ilmu

yang ada. Dalam pantun ini, beberapa pengajaran dapat dibuat berdasarkan esensi dan

hakikat yang dibawa pantun ini melalui falsafahnya. Seorang individu haruslah

mempunyai ilmu pengetahuan yang luas disamping sentiasa memperkayakan ilmu yang

sedia ada sebelum menduduki jawatan penting dan bergelar pemimpin. Selain itu,

individu yang sudahpun menjadi pemimpin dan tempat rujukan masyarakat tidak

seharusnya bergantung dan sentiasa berasa puas dengan ilmu yang sudah dimiliki,

sebaliknya hendaklah berusahamembanyakkan pembacaan dan menambahkan

pengetahuan dalam pelbagai ilmu, bukan dalam jurusan pngjian at\au bidang ilmunya.

Pengajaran lain yang boleh didapati melalui falsafah yang idlahirkan dari pantun ini ialah

betapa penting dan tinginya darjat ilmu sehinggakan mereka yang menjadi pemimpin

belum lagi layak di ankat sebagai pemimpin jika tidak memperluaskan cakupan ilmu

pengetahuannya.

Pantun ini berunsur nasihat kerana dengan selaran terhadap pemimpin yang

disampaikan melalui maksud pantun, diharap para pemimpin yang tidak menammbah dan

malas untuk mempertingkakan ilmu pengetahuan akan berubah, seterusnya menjadi

contoh kepada khalayak umum. Sebagai kesimpulan, rangkap pertama pantun ‘kadi,

hulubalang, pegawai’ yang mengandungi falsafah kepentingan dan ketinggian ilmu

terhadap pemimpin ini membawa maksud yang tersurat tentang kepentingan ilmu, di

samping perkara yang tersirat atau terselindung yang mendalam maksudnya. Pantun ini

menunjukkan bahawa karya sastera Melayu klasik bukanlah sekadar satu pengucapan

yang kosong, tetapi mempunyai perspektif yang abstrak dan sangat luas.

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT


Bibliografi

S. Takdir Alisjahbana,1965,Puisi Lama, Kual Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Hasyim bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
Pengeanlan, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.

Prof. Dr. Awang Sariyan.2007, Falsafah Dan Logika melayu. Selangor: Synergymate
Sdn. Bhd.

http://www.usm.my/pantun/.

http://members.tripod.com/Bobezani/sastera.htm

http://www.karyanet.com.my/knet/sastera_budaya/pantun.php

http://citrasastera.blogspot.com/2008_02_01_archive.html

FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT

You might also like