P. 1
syair seribu satu hari

syair seribu satu hari

4.0

|Views: 1,217|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
syair seribu satu hari
NOOR AINI BINTI AWANG
falsafah dan logika melayu
syair seribu satu hari
NOOR AINI BINTI AWANG

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/16/2013

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK KARYA KLASIK :-

SYAIR SERIBU SATU HARI
NAMA : NOOR AINI BINTI AWANG NO. MATRIK : JEA 080064 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

SEMESTER 1 SESI 2008/2009, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.

HIKAYAT BAGINDA KHALIFAH HARUN AR-RASYID DAN LIMA ORANG TUTUPAN. DARIPADA HARI YANG PERTAMA HINGGA SERATUS. 181 Beberapa laki-laki terpasung nyata, Terbelenggu terantai tubuh anggota, Di penjuru penjara berdukacita, Tadharra’ kepada Tuhan semesta. Di bumi tutupan sembahyang mereka, Suaranya perlahan berhati duka, Hampir tiada kedengaran beka, Segera didekati Seri Paduka. Baginda bermadah dengan lembutnya, Jikalau pekerjaan dipandang zahirnya, Kamu sekaliannya di masjid patutnya, Di rumah tutupan bukan layaknya. Soleh ibadat zahir atasmu, Laksana orang berbakti berilmu, Apakah sebab maka dirimu, Ke dalam penjara dimasukkan kamu. Di dalam tempat gelap gelita, Kisahkan olehmu supaya nyata, Tiap-tiap seorang kamu cerita, Dengan yang benar jangan berdusta. Tiadalah lain aku kehendakkan, Melainkan benar kamu ceterakan, Siapa menyalahi seperti disebutkan, Balasannya besar aku hukumkan.

182

183

184

185

186

Syair merupakan salah satu kesusasteraan melayu lama yang berasal daripada kesusasteraan arab. Syair biasanya mengandungi empat baris kalimat pada tiap-tiap rangkapnya yang mengandungi isi yang saling berkaitan. Kebiasaannya, syair dikarang untuk meluahkan perasaan dan menyatakan sesuatu oleh penyair yang selalunya berhubungan dengan perasaan antaranya sindiran, nasihat, kiasan, pengajaran mahupun keagamaan. Syair Seribu Satu Hari ini merupakan salah satu syair yang digunakan untuk bercerita. Teks syair ini tergolong dalam kategori cerita berbingkai berbentuk puisi yang mempunyai dua unsur penting, iaitu bingkai cerita dan cerita-cerita yang dibingkaikan atau cerita ini berdasarkan cerita atas cerita. Dalam hal ini, sesebuah hikayat yang panjang digubah menjadi syair.

Syair Seribu Satu Hari mengisahkan Puteri Farukhtar yang tidak mahu berkahwin ekoran dari mimpinya mengenai dua ekor rusa. Mimpi itu juga membuatkan Puteri Farukhtar begitu bencikan lelaki. Keadaan ini membimbangkan ayahandanya iaitu

Maharaja Tughrul Baya. Walaupun telah banyak pinangan yang datang untuk puterinya, namun baginda terpaksa menolaknya. Baginda meminta bantuan daripada pengasuh puterinya iaitu Mardhi’ah untuk menasihati puterinya agar mampu menerima lelaki dalam hidupnya. Mardhi’ah menceritakan kisah lima orang banduan yang begitu kuat mempertahankan kasih sayang dan cinta mereka. Pelbagai dugaan dan rintangan yang harus diterimaa oleh banduan-banduaan untuk cuba mempertahankan cinta mereka sehingga mereka sanggup membunuh, mendera, mengkhianati kawan sendiri dan berlapar untuk membahagiakan orang yang mereka sayang.

Mereka yang melakukan perbuatan jahat pasti akan menerima hukuman bagi setiap kesalahan yang mereka lakukan kerana perrbuatan tersebut menyalahi undangundang dan akhirnya mereka akan dipenjarakan. Mereka yang disabitkan bersalah akan ditempatkan di dalam penjara dan kemudiannya dirantai dengan penuh seksaan. Mungkin kerana seksaan itu, mereka mula insaf dan ber’tadhara’ kepada Allah S.W.T. ‘Tadhara’ yang berasal daripada perkataan arab ini bermakna merendahkan diri kepada Allah S.W.T. Mereka melakukan amal ibadat kerana mahu dosa-dosa yang telah mereka lakukan sebelum mereka berada di dalam penjara diampunkan oleh Allah S.W.T. Disebabkan itulah, mereka sentiasa melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T sepanjang masa.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka bukanlah satu alasan untuk mereka mengabaikan sembahyang lima waktu. Walaupun sedang menerima hukuman di dalam penjara, mereka tetap wajib menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam selain amalan-amalan ibadat yang lain. Sembahyang adalah wajib ke atas ummat Islam walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa. Suara mereka kedengaran amat perlahan menampakkan yang mereka begitu khusyuk menjalankan kewajipan yang telah diamanahkan kepada mereka. Kelihatan mereka

begitu sedih dalam melakukan kewajipan yang sedang dilaksanakan, mungkin kerana teringatkan sikap mereka yang jahat dulu. Baginda yang hanya melihat banduan-banduan tersebut dari tadi akhirnya mendekati mereka berlima.

Baginda kemudiannya bertitah kepada banduan-banduan tersebut dengan suara yang lemah lembut. Mereka begitu tekun dan sabar dalam mengerjakan amal ibadat dan kewajipan kepada Allah S.W.T. Tetapi, yang menghairankan baginda kenapa semuanya boleh berada di dalam penjara. Jika mereka tergolong dalam orang-orang yang begitu tekun beribadat kepada Allah S.W.T, mereka sepatutnya berada di rumah Allah iaitu surau atau masjid. Rumah Allah adalah satu-satunya tempat yang layak untuk mereka bagi mengerjakan amalan yang mulia itu. Penjara hanyalah sesuai untuk mereka yang jahat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T sahaja. Banduan-

banduan tersebut tidaklah tergolong dari orang-orang yang jahat kerana mereka begitu beriman kepada Allah S.W.T dari pandangan mata baginda. mereka berlima sesuai berada di masjid bukannya di penjara. Baginda terfikir yang

Mungkin solat yang sempurna boleh dilihat pada mata kasar orang lain adalah melalui amalannya, namun mata manusia tidak boleh nampak apa yang tersirat di dalam hati manusia lain. Jika benarlah mereka adalah terdiri dari golongan tersebut, mereka sepatutnya mampu untuk terus berilmu dan beramal, malah mereka juga boleh berbakti kepada masyarakat yang lain. Mereka boleh terus mengembara untuk terus mendalami ilmu-ilmu agama dan jika sekiranya mereka sudah bersedia untuk membimbing orang lain ke jalan Allah, mereka boleh membawa masyarakat yang ingin mendalami ilmu agama ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T mungkin dengan menjadi seorang guru agama. Akhirnya, baginda pun bertanya kepada banduan-banduan tersebut yang begitu kuat beribadat kepada Allah S.W.T mengapa mereka boleh berada di dalam penjara.

Penjara bukanlah satu tempat yang baik untuk didiami kerana di situ bukanlah satu tempat yang selesa untuk mengerjakan amal ibadat. Malah, hidup di dalam penjara yang gelap gelita begitu menyeksakan. Mereka tidak mampu lagi untuk kenikmati

kehidupan dunia yang indah dan lebih selesa iaitu di luar penjara. Walaupun keadaan tidak begitu selesa, baginda ingin mengetahui kisah banduan-banduan tersebut apakah sebabnya mereka boleh berada di dalam penjara seorang demi seorang. Baginda mahu banduan-banduan tersebut bercakap benar mengenai perbuatan jahat mereka sehingga membawa mereka menjadi penghuni di dalam tempat yang hina ini. berbuat jahat memang layak untuk berada di dalam penjara. bersalah, maka hukuman mereka akan menjadi lebih berat lagi. Mereka yang

Jika didapati mereka

Hanya kebenaran dari banduan-banduan tersebut yang ingin diketahui oleh baginda kerana baginda tidak suka ada yang bercakap bohong. Jika ada antara mereka yang berbohong, baginda akan menjatuhkan hukuman yang lebih berat lagi kepada mereka. Baginda akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada baginda Baginda berhak untuk menjatuhkan

untuk menjaga negara dengan baik dan jujur.

hukuman yang lebih berat sekiranya ada antara banduan-banduan tersebut yang ternyata benar-benar berbuat salah dan patut menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Baginda akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih dan nyata serta keterangan yang benar dari banduan-banduan tersebut. Negara yang aman bermula dari sikap pemerintah yang adil dan saksama.

Banyak pengajaran melalui Syair Seribu Satu Hari ini yang kita boleh jadikan sebagai teladan dalam hidup kita sehari-hari dan untuk masa akan datang. Antaranya ialah berfikir sebelum bertindak. Seharusnya sebelum bertindak, kita sudah tahu apa akibatnya disebalik perbuatan kita itu. Kalau perbuatan kita itu adalah salah, kita tidak patut melakukannya dan cuba mengelaknya daripada berlaku. Sebagai manusia yang sudah matang dan berakal, kita sepatutnya sudah mampu menilai yang mana buruk dan yang mana baik. Pengajaran yang kedua ialah adil dan amanah. Setiap tugas yang diberi kepada kita seharusnya dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur kerana itu adalah satu amanah. Jika kita mengabaikan dan tidak jujur dengan tugas yang diberi, orang lain akan ikut mencurigai kita apabila mereka tahu perangai kita. Bukan sahaja kita yang kerugian malah masyarakat di sekeliling akan turut menyisihkan kita.

Bibliografi. Amran Yusof, 2000. Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Terbitan Eastview Publication Sdn. Bhd. Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu. Hasyim bin Haji Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu ; Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur : Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Sharniza Sahir, 2006. Syair Seribu Satu Malam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusuf Mohd Nor, Dr Abd Rahman Kaeh, 1985. Puisi Melayu Tradisi. Petaling Jaya :

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->