P. 1
PANTUN AGAMA

PANTUN AGAMA

4.67

|Views: 1,074|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
pantun agama
NOOR LATIFAH BINTI RAZAK@AB RAZAK

falsafah dan logika melayu
pantun agama
NOOR LATIFAH BINTI RAZAK@AB RAZAK

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/06/2012

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) NOOR

LATIFAH BINTI RAZAK@AB RAZAK (JEA 080067) TAJUK :PANTUN AGAMA NAMA PENSYARAH: DR AMRAN BIN MUHAMMAD

PANTUN AGAMA

KEMUNING DAUNNYA LAMPAI, TUMBUH DI JIRAT PADUKA TUAN; DI ATAS DUNIA KAU TAK SAMPAI, DI DALAM SYURGA BERNANTIAN. HALIA INI TANAM-TANAMAN, DI BARAT SAJA AKAN TUMBUHNYA; DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN, AKHIRAT JUGA AKAN SUNGGUHNYA. TERITIP DI TEPI KOTA, MARI DIKAYUH SAMPAN PENGAIL; IMAM KHATIB LAGIKAN BERDOSA, BERTAMBAH PULA KITA YANG JAHIL. . ASAM KANDIS ASAM GELUGUR, KETIGA ASAM SI RIANG-RIANG; MENANGIS MAYAT DI PINTU KUBUR, TERINGAT BADAN TIDAK SEMBAHYANG.

PENGENALAN

Pantun merupakan pengucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan dunia Melayu. Asal dan makna kata ”pantun” telah dibincangkan oleh para sarjana terdahulu termasuk Brandstetter, Winstedt, Djajadiningrat dan Ophuijsen. Secara ringkasnya semua berpendapat makna ”pantun”kepada sesuatu yang teratur, lurus(secara konkrit mahupun abstrak)adalah bertujuan untuk memimpin, mendidik dan memberi panduan. Berhubung dangan tema keagamaan dalam pantun, sacara keseluruhannya dapat dikatakan persembahannya atau temanya agak ringan dibandingkan dengan tema yang sama dibicarakan melalui media syair, nazam dan dikir.

DIATAS DUNIA KAU TAK SAMPAI, DIDALAM SYURGA BERNANTIAN. Rangkap pantun diatas memperihalkan sebagai orang Islam kita wajib menunaikan segala tuntutan yang diperintahkan oleh Allah SWT berpaksikan kepada AlQuran dan As-Sunnah. Namun terdapat umat Islam masa kini tidak mempedulikan serta meminggirkan tuntutan yang telah digariskan Islam disebabkan oleh kejahilan dan keegoan diri sendiri. Ini adalah kerugian yang amat besar kerana dengan kejahilan inilah akan mejuruskan manusia ke lembah kehinaan dan kerugian serta tersasar terus dari landasan Islam yang sebenar. Manusia diberi akal untuk dimanfaatkan kearah kebaikan tetapi jika tidak digunakan dengan sebaiknya akan merugikan diri sendiri.Manusia sebegini apabila

dipanggil ajal, pulanglah ia ke akhirat sebagai sebatang kara dan dengan tangan kosong tanpa membawa sebarang amalan ynag boleh menolong mereka.Begitulah keadannya kita yang pulang mengadap Ilahi tanpa bekalan. Allah SWT tidak akan terjejas sedikitpun tanpa pemberian dari makhluknya tetapi makhluknya yang akan rugi kerana sibuk dengan godaan dunia. Keinginan dunia itu dipenuhi sehingga lupa tujuannya dia dicipta. Sabda Rasulullah SAW: ”Alangkah nikmatnya dunia bagi orang yang menjadikannya bekal untuk negeri akhirat hingga Allah SWT redha kepadanya , dan alangkah buruknya dunia bagi orang yang terhalang olehnya tentang akhiratnya dan Allah SWT tidak redha kepadanya.” Hadih riwayat Al-Hakim Orang Islam khususnya seharusnya bijak dalam menjalani kehidupan diatas muka bumi ini supaya tidak menjadi manusia yang rugi samada didunia ataupun di akhirat.

DUNIA INI PINJAM-PINJAMAN, AKHIRAT JUGA AKAN SUNGGUHNYA. Berdasarkan rangkap pantun di atas, dunia ni hanyalah pinjaman semata- mata dari Allah SWT untuk makluk ciptaanNYA. Ia hanyalah bersifat sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal abadi buat selamanya. Orang Islam khususnya, mengetahui akan hakikat tersebut tetapi alpa kerana terpedaya dengan kenikmatan dunia. Manusia mudah tewas dengan pangkat, harta, darjat, dan sebagainya kerana menyangka itulah bekalan yang boleh dijadikan sandaran di akhirat nanti. Allah SWT menuntut kita sebagai hamba, memakmurkan bumi ini dengan penuh kebijaksanaan dan ketaatan untuk mendapat keredhaanNYA. Kepentingan dunia dan akhirat perlu diseimbangkan. Namun terdapat dalam kalangan umat Nabi Muhammad

SAW masa kini yang tidak mampu berbuat demikian lantaran kenikmatan dan keseronokan dunia lebih menguasai diri. Apabila dunia yang dikejar, sudah pastilah dunia yang yang diperolehi. Natijahnya, kerugianlah yang akan dituai di akhirat nanti. Kehidupan insan yang sebenar adalah bermula di akhirat nanti. Di sanalah manusia akan dihitung tanpa sebarang keraguan dan dengan perhitungan inilah akan membawa manusia samada ke syurga atau ke neraka mengikut amalan masing-masing. Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini ( meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat ) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya hidup; kalaulah mereka mengetahui ( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat )” Surah Al-Ankabuut ( Ayat 64 ) Oleh itu,manusia harus menyedari dan insaf bahawa dunia dan segala kenikmatan isinya hanyalah bersifat sementara kerana sesungguhnya akhirat jualah yang kekal.

Apabila dunia dikejar, sudah pastilah dunia yang yang diperolehi tetapi apabila keduaduanya diambil dengan melaksanakan segala tuntutan agama dengan ikhlas, nescaya selamatlah hidup mereka dunia dan akhirat.

IMAM KHATIB LAGIKAN BERDOSA, BERTAMBAH PULA KITA YANG JAHIL. Falsafah yang terkandung disebalik makna pantun diatas ialah iman dan amalan. Rasulullah SAW bersadda:

”Iman itu tidak berpakaian, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya malu dan buahnya adalah ilmu” Kita sebagai orang Islam seharusnya tidak merasa jemu dalam menuntut ilmu khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama.Ilmu agama ini penting untuk dipelajari supaya kita tidak akan menjadi orang yang jahil dan rugi di dunia dan di akhirat.Ilmu yang dipelajari perlulah dipraktik dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Bak kata pepatah Melayu ada mengatakan ”Ilmu itu pelita hidup” .Ini

menggambarkan bahawa ilmu itu sangat penting dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Ilmu akan menerangi dan memudahkan jalan yang akan kita tempuhi. Kita juga sering mendengar orang mengatakan bahawa ilmu itu perlu dituntut walaupun sampai ke negeri China. Pantun diatas mengambil nama Imam Khatib sebagai simbol orang yang arif dan mengetahui tentang ilmu agama tetapi masih tidak terlepas dari segala dosa,apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.

MENANGIS MAYAT DIPINTU KUBUR, TERINGAT BADAN TIDAK SEMBAHYANG. Sebagai orang Islam yang benar-benar mengakui diri sebagai Islam, kita tidak terlepas dari menunaikan segala tuntutan yang telah disyariatkan oleh agama. Antara tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam yang lima adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Sembahyang adalah tiang agama dan sesiapa yang tidak melaksanakannya, ia dianggap telah meruntuhkan agamanya sendiri tanpa disedari.

Sembahyang merupakan soalan

pertama yang akan disoal oleh Allah SWT

.Orang Islam yang tidak sembahyang tidak akan terlepas daripada menerima azab siksaan yang amat pedih dari Allah SWT Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah menjadi kafir secara terang-terangan.” Dapat dijelaskan disini bahawasanya sembahyang merupakan amalan wajib yang mesti diamalkan dan dilakukan oleh setiap orang Islam.

KESIMPULAN

Dapat dirumuskan disini, kita sebagai hamba Allah SWT yang kerdil lagi hina wajib menimba sebanyak mungkin ilmu terutamanya ilmu agama. Ini supaya kita tidak tergolong dari salah seorang manusia yang rugi samada rugI di dunia mahupun rugi di akhirat.

BIBLIOGRAFI:

Jamaludin Abdul Rahman, As Sayuti.1992 Fadhilat dan Kafiyyat:Himpunan Amal Soleh

Mohd Yusof Md.Nor, Dr.Abdul Rahman Kaeh. 1985 Puisi Melayu Tradisi

Harun Mat Piah, editor oleh Harun Mat Piah. 2001 Pantun Melayu:Bingkisan Permata

Zulkafli Baharuddin. 2008 Milenia Muslim

Zainal Abidin Borhan. Pantun Dondang Sayang Melaka: Olahan Cinta Kasih Melayu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->