You are on page 1of 10

UNIVERSITI MALAYA

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


(JXEA 1103)
PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
( APM)
NOR DIANA BINTI ABDULLAH
(JEA080070)
TAJUK : kupasan falsafah dalam PANTUN AGAMA DAN
PENGAJARAN

NAMA PESYARAH:
DR AMRAN BIN muhammad

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau mutiara


Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Anak siamang di pohon duri


Anak buaya berenang-renang
Jika malang menimpa diri
Bawalah tertawa supaya senang hati

Bawa aksin terlalu indah


Ombak bersusun berlari-lari
Jika berkata yang tidak berfaedah
Terlebih baik mendiamkan diri

Bintang tujuh sinar berseri


Bulan purnama datang menerpa
Ajaran hendaklah di cari
Mana yang dapat janganlah di lupa

Anak ayam turunlah enam

Mati satu tinggal lima

Supaya kita janganlah jahanam

Baik tuntut pada ulamak


Pendahuluan

Asal dan makna pantun telah di bincangkan oleh para serjana terdahulu,contohnya

Brandstetter,Winstedt,Ophuijsen dan Djajadiningrat.

Menurut Brindstetter,kata pantun pada Pantun Sunda adalah kata akar dari “Tun” yang

terdapat juga dalam bahasa Pampanga. “tuntun” yang bererti teratur dan “matuntun” bererti

memimpin. Dalam Bahasa Minangkabau, “panuntun” ialah sejenis sastera lisan yang

disampaikan untuk memberi tuntutan dan panduan kepada anggota masyarakat.Ringkasnya

semua pendapat itu merujuk makna pantun kepada suatu yang teratur yang lurus dan baik

secara konkrit mahupun abtrak.


Disamping itu mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan masyarakat seperti genre

puisi melayu tradisional lain.Pada zaman dahulu, pantun dijadikan sebagai hiburan. Ia masih

wujud sehingga sekarang. Khususnya di Melaka, pantun menjadi satu tradisi.Contohnya

dalam persembahan dondang sayang dan bongai.

Selain hiburan dan pengajaran pantun juga terdapat dalam kegiatan-kegiatan berbentuk

ritual,upacara,malah mentera untuk pengubatan diri.Ulit Mayang salah satu contoh dalam

penggunaan pantun dalam ritual untuk memanggil semangat yang dipercayai dapat

menyembuhkan penyakit.

Disamping itu,pantun juga sarat dengan nilai-nilai murni yang dianggap baik oleh

masyarakat, ini termasuklah nilai budi, nilai ilmu, nilai seni dan sebagainya.Unsur-unsur ini

dianggap sebagai sebahagian daripada ciri-ciri estetika pantun.

Patun yang saya ambil adalah pantun agama dan pengajaran untuk di

kupas dalam konteks falsafah. Makna di sebalik pantun pada rangkap

pertama iaitu “awal bismillah pembuka bicara”. Bismillah adalah

ringkasan daripada perkataan “bismillah hirrahmanirrahim”yang

bermaksud dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang. Bismillah sering di ucapkan dengan tujuan memuji tuhan

pencipta sekalian alam. Dalam agama islam bismillah sering diucapkan

bukan sahaja sewaktu hendak membaca Al-Quran malah setiap kali ingin

membuat sesuatu pekerjaan digalakkan membaca bismillah. Ini bertujuan

untuk memperoleh keberkatan daripada ALLAH S.W.T dalam setiap

perbuatan yang kita lakukan.

Jika dihayati, membaca bismillah mempunyai berbagai kelebihan,

antaranya ialah seperti sabda nabi Muhammad S.A.W “Apabila hamba

yang mengucap BISMILLAHIRRAHMANIRRAHM kecuali hancur-leburlah


syaitan seperti hancurnya timah di atas api” . Hal ini menunjukkan betapa

besarnya kelebihan bismillah itu. Ia dapat mnghancurkan iblis atau

syaitan yang sentiasa mengganggu anak-anak adam di muka bumi ini.

Kerana itu, kita perlu selalu membaca membaca bismillah agar diri kita

terhindar dari gangguan dan hasutan syaitan yang sentiasa mencari

peluang untuk menyesatkan manusia agar mengingkari perintah ALLAH.

Selain itu amalan membaca bismillah juga dapat menenangkan jiwa

serta dimurahkan rezeki oleh ALLAH kepada sesiapa yang mengamalkan

bismillah dengan penuh yakin.disamping itu, ALLAH akan mengampunkan

dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh hambanya yang mengamalkan

bacaan bismillah, sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W lagi

“Barang siapa yang mengucapkan bismillahirrahmnirrahim maka ALLAH

akan mengampunkan dosanya disepanjang hari”.

Makna tersirat atau falsafah yang terdapat dalam rangkap kedua

adalah sabar, ini kerana rangkap itu berbunyi “jika malang menimpa diri

bawalah tertawa supaya senang hati”Ia boleh di kaitkan dengan sifat

sabar.sabar atau sabr dalam bahasa arab ialah nomen antionis bermaksud

menahan atau mengikat.dalam Al-Quran,sabar dikait dengan ketabahan,

kecekalan,menahan dan menyerah serta menerima nasib. Dalam pada

itu,sabar juga disebut dalam bentuk nagetif.maka sabar merupakan

ketahanan rohani dan jasmani untuk melaksanakan perintah ALLAH SWT

dan meninggalkan segala larangannya.


Sebagai muslim kita digalakkan menanam sifat sabar di dalam diri

setiap individu. Dalam Al-Quran juga telah menyebut tentang kepentingan

sifat sabar lebih tujuh puluh kali. ini menunjukkan peri pentingnya sifat

sabar dalam kehidupan manusia amnya. Kita perlulah cekal dan tabah

menempuh ujian yang diberikan serta sentiasa optimis. Kita tidak boleh

bersikap pesimis dengan menyalahkan takdir. Disamping itu, perlu

bersikap berani dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dengan

hati yang terbuka. Contoh terbaik iaitu Nabi kita Muhammad S.W.A dalam

mengharungi cabaran getir sebagai seorang rasul, namun baginda tidak

pernah mengeluh apalagi berputus asa dalam menegakkan agama islam

di muka bumi.

Huraian dari sudut falsafah yang terkandung dalam rangkap ketiga

iaitu amalan berdiam diri lebih baik dari bercakap kosong yang langsung

tidak mendatangkan faedah. Amalan tersebut hanya membuang masa

sahaja,sedangkan masa itu suatu yang berharga. Masa sering dikaitkan

dengan emas.sesungguhnya emas itu amat bernilai.Kita telah sedia

maklum bahawa bercakap kosong itu tidak berfaedah namun kita tetap

melakukannya, sebagaimana sabda nabi “hikmah diam itu adalah

bijaksana tetapi sedikit orang yang melakukannya”.

Diam merupakan amalan yang baik kerana,jika kita terlebih cakap

kemungkinan kata-kata itu menjadi umpatan. Sesungguhnya mengumpat

itu merupakan perbuatan yang keji dan tercela. Paling di risaukan jika

bercakap banyak akan terjadinya fitnah, itu yang lebih menakutkan,


kerana fitnah itu itu amat merbahaya. Nabi juga pernah bersabda perkara

yang paling ditakuti adalah finah, sesungguhnya fitnah lebih buruk dari

membunuh.

Tetapi berbeza bagi orang alim, kata-kata mereka penuh dengan

hikmah. Mereka digalakkan bercakap, kerana mereka orang yang

mempunyai ilmu yang tinggi dan nasihat mereka akan lebih mudah

diterima. Bagi orang yang jahil pula mereka perlu lebih banyak

mendiamkan diri.Orang yang bercakap tanpa ilmu merupakan omongan

kosong sahaja. Maka dengan itu mereka digalakkan diam daripada

bercakap benda-benda yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

Sebagaimana sabda nabi “diamnya orang alim itu tercela sedang

bicaranya merupakan hiasan. Bicaranya orang bodoh itu tercela sedang

diamnya merupakan hiasan”. Setiap orang itu perlu menjaga tutur

katanya agar tidak bercakap perkara-perkara yang akan membawa

kepada keburukan dan kecelaan.

Pada rangkap seterusnya tetang kepentingan menuntut ilmu serta

tidak melupakan ilmu yang dituntut itu. Maksud pantun tersebut ialah

kepentingan menuntut ilmu samada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Hal

ini kerana ilmu keduanya amat penting untuk menyeimbangkan dan

memperoleh kesempurnaan dunia dan akhirat.


Ilmu itu pelita hidup,tanpa ilmu kita seolah-olah berada dalam

kegelapan,kerana itulah kita sebagai umat islam diwajibkan menutut ilmu.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud menuntut ilmu itu

wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Dengan ilmu juga kita

boleh mengubahdan meningkatkan taraf hidup kita agar menjadi lebih

baik.

Namun begitu, ilmu itu perlulah diamalkan agar tidak lupa. Ilmu

Jika tidak diamalkan atau tidak diajar kepada orang lain lama-kelamaan

ilmu itu akan hilang. Jika kita mengajar sesuatu ilmu itu kepada orang lain

maka ilmu itu akan berkembang menjadi warisan dari jenerasi ke

jenerasi. Malah tanpa ilmu diri kita tidak akan mencapai satu tahap

ketamadunan yang tinggi. Tiada penciptaan teknologi-teknologi canggih

seperti yang kita lihat pada zaman sekarang. Pendek kata semua yang

kita lakukan harus mempunyai ilmu dan ilmu itu merupakan satu elemen

penting dalam kehidupan dan ia perlu dituntut sejak dari kecil sehinggalah

henbusan nafas yang terakhir. Sebagaimana hadis Rasulullah yang

bermaksud “ tuntutlah ilmu itu dari dalam buaian hinggalah ke liang

lahat”. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia.

Makna yang terdapat pada rangkap terakhir pula tentang saranan

menuntut ilmu daripada orang yang lebih alim ataupun yang lebih

arif.Maknanya,dengan memperoleh ilmu dari orang yang alim yang

bertauliah kita tidak akan terpesong dari ajaran sebenar.Tetapi jika kita
menuntut ilmu dari orang yang jahil,besar kemungkinan kita akan

terpesong dengan ajaran sesat yang diajar kepada kita.

Oleh kerena itu pantun tersebut dicipta untuk mengingatkan kita

akan hal demikian agar kita tidak terjerumus dengan ajaran-ajaran sesat

dan tidak terpesong dari ajaran yang sebenar.Ajaran-ajaran sesat ini

bertujuan untuk memesongkan akidah umat islam yang kian rapuh.

Kebanyakkan orang yang mahu berjinak-jinak dengan ilmu agama

cotohnya, mereka akan lebih mudah terikut-terikut.

Pada zaman dahulu para ulamak menjadi sumber rujukan. Mereka disanjung tinggi

oleh masyarakat, sekiranya ada sebarang kemusykilan mereka akan merujuk kepada para

alim ulamak untuk mengungkai segala masalah mereka. Hal ini kerana para alim ulamak

merupakan ahli cerdik pandai dan mempunyai ilmu yang tinggi samada ilmu dunia mahupun

ilmu akhirat. Pantun itu di cipta untuk menasihati kita,sekiranya kita ingin menuntut ilmu

maka carilah orang yang benar-benar berpengetahuan dalam bidang tersebut agar kelak tidak

menyusahkan kita.

bibliografi

Harun Mat Piah. 2001. Pantun Melayu:Bingkasan Permat. Selangor: utusan Printcorp
Sdn.Bhd
.
Jaluddin Abdul Rahman Assuyuti .1992. Fadhilat Dan Kaifiyyat Amal Soleh. Klang,
Selangor: Perushaan Sinar Jaya

M. Z. Azmi. 2001. Sabar Dan Syukur Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi. Utusan
Publications & distribulators Sdn. Bhd

Hashim Bin Hj Musa, Ph. D. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala
Lumpur : Akademi Pengajian Melayu

Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu .Midmodal Industries Sdn. Bhd

Mohd Fauzi Hamat.2005.Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik.Kuala Lumpur :


Universiti Malaya

Ummu Saif. 1999. Riwayat Hidup Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam Al-
Ghazali. Johor: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

You might also like